Year of 2023 & Rabbit's year

Jumaat, Januari 27, 2023

 Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Pertama sekali, Eza nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 walaupun hari ini dah 27 haribulan Januari. Lama bebeno ya tak update blog. Semoga diri ini masih belum dilupai oleh rakan-rakan blogger. Sinonim dengan tahun baharu pastinya tidak lari daripada topik-topik berikut:

Azam bukan zam zam ala kazam

Macam biasa azam nak kurus macam model setiap tahun. Namun makan tak pernah kurang. Sedih betul gemok ni ya. Korang faham tak perasaan orang gemok ni? Huhu.

Buku Perancangan or Planner Book

Eza bought 1 planner book. Nak tunjuk la dalam next entry. So cantik warna yellowish. Harapannya, nak full tulis dalam buku tu agar tak membazir amalan syaitanirrojiim.

Ucapan atau wish tahun baharu

Happy New Year guys! May 2023 bring us to a better life, better health, better future, better me and better you. Semoga ekonomi Malaysia semakin baik dan mengukuh serta keadaan politik yang lebih stabil demi kesejahteraan masyarakat di bumi Malaysia. 

InsyaAllah tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas yang Eza update blog suam-suam kuku tu. Banyak hilang dari ada. Banyak menyepi dari berbunyi. Sosial media lain pun Eza tak bukak sangat kecuali yang melibatkan urusan kerja. Ye, sosial media pun kerja jugak.

Ini adalah entry pertama Eza pada tahun ini. Harapnya next entry will be coming very soon. KPI blog tahun ini rendah saja iaitu 12 post setahun. HAHA. Satu post per month. But I hope I post more and more. Eza suka tau meluah rasa guna perkataan ni. Guna percakapan macam tak sampai. Or orang macam tak berapa dengar sebab suara too soft. Entahlah. Biarlah. 

Anak sulung Eza sekarang dah tumbuh gigi dan nak pandai berdiri dah. Aktif dan bijak sangat dia, disayangi ramai sebab comel. Biasalah mak-mak suka puji anak sendiri. Anyhow, kita as parents memang kena selalu doa yang baik-baik pun untuk anak kita. Time ni anak tengah tido, barulah Eza berakit-rakit ke hulu menaip blog. Agitcheew. 

Itu sahajalah update kali ni. Sesuai sangat selepas perayaan Tahun Baharu Cina. Tahun ini tahun rabbit. So cute rabbit. I still got angpows CNY. Rezeki alhamdulillah. 

Bye for now, patik undur diri dulu. 

Read More

AMALAN DOA IBU MENGANDUNG

Isnin, Ogos 08, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ini, Eza nak kongsikan doa yang selalu Eza baca sepanjang tempoh mengandung. Buat yang beragama Islam, berserahlah sepenuhnya dengan Allah dengan segala usaha dan doa yang tidak putus-putus. Zuriat merupakan rezeki dari Tuhan. 💗

Eza doakan sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, dianugerahkan dan dikurniakan rezeki anak. Jangan putus usaha dan doa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui masa yang tepat dan terbaik untuk kita mendapat zuriat. 

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, didoakan kesihatan yang baik (untuk ibu dan bayi dalam kandungan), emosi yang stabil, dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dimudahkan proses kelahiran. InsyaAllah amiin. 

Setiap kali baca doa ni, Eza rasa sebak sangat tau. Eza amal baca dari awal pregnancy hingga 40 weeks of blessings sebab Eza overdue. Baca masa contraction. Baca masa dalam ward. Baca sebelum pergi labour room. Hanya Allah tahu apa di dalam hati kita dan kita adalah kepunyaan Allah SWT. 💗

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam."

Amiin Amiin Yarabbal Alamiin.

Bacalah doa ini bersama-sama suami tercinta dan amiinkan secara berjemaah. Kita doa yang baik-baik. InsyaAllah akan dapat yang baik-baik. Nikmati moment-moment indah semasa mengandung dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, banyak liku-liku yang perlu dilalui dan tidak mampu dijelaskan panjang lebar dengan kata-kata. 

Insaf untuk cuba menjadi sedaya upayanya menjadi anak yang baik untuk parents, yang menyenangkan hati mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Masa mengandunglah akan teringat balik dosa dengan mak ayah dulu. Semuanya berlegar-legar diruangan minda dan diakui istilah pendosa itu😢.

Semoga rezeki seumpama ini sentiasa disyukuri dan berjuanglah dengan semangat keibuan yang tekad. Mohonlah kemaafan daripada suami, ibu ayah, insan-insan terdekat dan sesama manusia. Moga Allah juga mengampuni dosa-dosa kita selama hayat di dunia ini. Amiin. 

Read More