First Entry: Being a blogger again

Sunday, November 29, 2020

 Assalamualaikum and hi guys.. Apa khabar?

Yeah, aku jadi blogger lagi. Blog dahulu memang dah lama deactivated. So biarlah cerita-cerita dahulu dilupakan dan kita mulakan hidup baharu ya. 

Since benda typing dan writing ni memang tak dapat berpisah walaupun aku dah layan neflix, layan Kdrama. Sebab itu, wujudlah sebuah blog dengan izin suami yang tercinta dengan nama blog yang lebih sempoi. 

Oh ya, nak dijadikan cerita alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan suami pada tahun lepas. Tahun yang banyak keajaiban. Tahun yang membahagiakan. Tahun yang istimewa. Next time, aku share pasal kehidupan selepas berumahtangga ya. Syukur ke hadrat Ilahi, kami sudah berjodohan selama setahun dengan direstui kedua-dua belah keluarga. Rindunya dengan keluarga, cepatlah pandemik berakhir. Please go away COVID-19!

Blog kali ini aku namakan sebagai Paejah Bebels. Sebabnya, aku memang lebih suka menaip perkataan daripada membebel dengan mulut. Aku susah nak explain something gunakan kata-kata sebab aku jenis detail dan a bit complicated. Err.. Sebenarnya aku malas nak cakap banyak. End up lebih baik aku diam saja. Hahaha. The fact is bila aku dengar orang membebel aku macam automatik mengantuk. Tak kira di pejabat atau di rumah. Mungkin ada had perkataan untuk pendengaran  aku sampaikan ke otak. Kalau lebih, effectnya terus ngantuk atau tanda awalnya sakit kepala. Haha. 

Dulu aku pun guna nama Eza Boom Boom acah-acah nama pena. Aku tak dapat fikir nama lain, jadi aku kekalkan je la. Dulu nama blogspot aku masyaAllah panjangnya, (cheksunnyboomboom@blogspot.com). Sekarang, aku dah insaf sikit. Mungkin nak dekat angka 30 ni, aku nak yang simple-simple je. Blog ini aku harap dapat bertahan lama sebagai hobi masa lapang, luahan sesi-sesi perasaan, motivasi dan banyak lagi aku nak share. 

Sampai jumpa lagi tau. 

Aku nak hias-hias blog tu bagi cantek. Follow la kalau sudi ya!

Adious amigos, bai bai!


30 comments

  1. hai saya doa kan kamu berjaya ya

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Eza. Selamat berblogging kembali ye. Mcm akk pun blog ni just tempat meredakan tension, so tulislah apa2 yg terlintas..
    Trmkasih follow akk. Akk bls follow ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Blog ni untuk hadiah diri sendiri. Kalau stress kerja, meluahlah perasaan kat blog.

      Delete
  3. Selamat kembali berblog... bubuh entry best best tau. Nnt Mama Yan datang baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mama Yan. Eza cuba usahakan ya buh entry best². 😘

      Delete
  4. Selamat menulis semula. Saya sudah ikuti blog ini semula #4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjadi yang terawal untuk follow blog Eza 😊

      Delete
  5. akak pun on off blogging ni, ada anak haritu tak dapat nak commit. sekarang anak2 dah besar sikit, baru on balik. keep on blogging ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy blogging ya kak. Harap Eza konsisten la dengan blog ni. Amiim 😘

      Delete
  6. semoga perkahwinan sampai ke jannah , tahniah !! welcome back to being blogger hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin atas doanya. Terima kasih banyak! 😘

      Delete
  7. Selamat kembali ke dunia blogging
    Done follow # 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak ya sudi follow blog Eza. 😊

      Delete
  8. welcome back eza... selamat kembali... kakmim pun br jugak kembali ke blogsphere ni setelah lama menyendukan diri... kakmim follower ke-12 so keep on blogging ya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakmin. Lama jugak Eza menghilangkan diri ni. Patut tak delete blog dulu. Ni kena start dari zero semula.

      Delete
  9. Welcome back Eza. Itulah terkejut lak tetiba blog baru. Lama menyepi tu.
    anyway, tahniah Eza dah selamat menjadi isteri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza. Haah dah muncul semula dengan blog baharu. Hihi.

      Delete
  10. welcome back.
    sila la taip entry ye.
    aida memang suka baca entry santai2 hal org :) ha ha ah ha...
    bukanlah sibuk tepi kain org.
    done folo u, eza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ye akan taip selalu entry santai². InsyaAllah. Terima kasih follow Eza.

      Delete
  11. Hai akak rabia singgah ke sini selamat berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Rabia. Terima kasih sudi singgah sini.😘

      Delete
  12. welcome back n keep in touch hehe

    ReplyDelete
  13. Hai selamat berkenalan!! Selamat kembali ke dunia blogging! Cik TK pun baru muncul balik beberapa bulan yang lalu.. selamat berblogging ya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenalan jugak! Wahhh mula balik la kita blogging ya. 😘😘

      Delete
  14. Hahaha sama lah, bila dah menginjak ke angka 3 ni memang suka yang simple je. Tahniah untuk blog baru dan tahniah juga dah jumpa en suami. Semoga berbahagia through thick & thin hingga ke Jannah insya-allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farhana. Terima kasih atas doanya. Semoga yang baik-baik jugak untuk awak :) Amiin.

      Delete
  15. Saya pun agak baru juga dalam dunia blog. Happy blogging ye, Eza.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.