Self-Motivation: Stand Tall and Proud

Wednesday, December 30, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih sentiasa sudi singgah dengan senyuman. Hari ini Eza akan membicarakan mengenai motivasi diri, Stand Tall and Proud. Bukan tak boleh hendak merendah diri, tapi biar bertempat dan bukan dekat semua tempat. Keyakinan dalam diri kena ada supaya orang yang berurusan dengan kita pun akan yakin dengan kita. 

Ok, itu baru intro. Sebelum itu, Eza minta maaf sangat sebab Eza belum sempat blogwalking ke blog rakan-rakan bloggers. Selagi hari bekerja, selagi itulah susah sikit nak fokus aktiviti blogging ni. Esok last day kerja tahun 2020, ada cuti tiga hari long weekend lagi macam minggu lepas. 4 haribulan, kita melangkah lagi ke pejabat untuk mencari rezeki yang halal dan berkhidmat untuk negara. Hashtag, #teamkerjahujungtahun. InsyaAllah, start jumaat tu Eza kembali ke dunia blogging. Ataupun, tak sampai hari jumaat, malam khamis dah terjah blog korang. Tunggu ya!

Sibuk sikit untuk beberapa perkara berkaitan penulisan anekdot, product review, laporan-laporan yang tak pandai habis. Banyak benda la hold. Lama-lama, Eza cakap kat diri sendiri mana yang mampu je lah buat. Hari ni agak struggle jugak sebenarnya, sebab rata-rata yang singgah office borak benda-benda yang Eza tak reti dan tak berminat. Sebab, Eza tengah buat kerja. Then, orang tak faham. Borak sekejap tak apa, ni sampai setengah jam. Eza serious tak okay nak dengar benda yang tak related dengan kerja. Penuh tau otak. Bebel kat blog nampak, Eza. HAHA. Sesi luahan ya tuan-tuan dan puan-puan. 

Kredit kepada Blog Kak Mim. Thank you gilak okay. Moga ada manfaat ngan orang lain juak.


Berbalik kepada motivasi diri untuk sentiasa menghargai diri kita sendiri. Ingat, Masih Ada Yang Sayang. Cuma, kita kena sayang diri kita dulu. Kita kena yakin, kita pun orang yang berguna kepada mak ayah, adik beradik, saudara mara dan komuniti secara amnya. Awak ada kelebihan awak yang orang lain tak ada, be proud of it. Contohnya, awak pandai bake cake. Sedap pulak tu. Pandai buat hiasan kek. Give applause to yourself. Bangga dengan pencapaian awak, tapi diingatkan tak elok pulak bangga diri berlebihan ya. Awak tengok lah Eza kat ENTRY INI, kek simple pun tak lulus lagi. Eza takda kelebihan tu. InsyaAllah, rajin berlatih dan rajin cuba baru Eza akan setanding awak.

So please hargai apa yang awak ada. Mungkin ramai jadikan awak sebagai inspirasi mereka, just tak kabo kat awak. Inspirasi dalam diam-diam je. Paling penting, awak kena jadi diri awak sendiri. Tak perlu jadi orang lain. Awak seorang je kat dunia ni, takda dublicate. Ini jadikan awak paling istimewa kat dunia ni. Ramai sayang awak, sebab diri awak sendiri. Sebab value yang ada dalam diri awak. Awak baik, awak jujur, awak amanah dan sebagainya. 

Oleh itu, bila awak rasa rendah diri dan kesedihan.. Awak kena cepat bangkit. Kehidupan ini banyak lagi benda menarik yang kita kena terokai, banyak lagi benda yang boleh awak happy. Blogging buat awak happy? Type entry dan post. Ceritalah apapun, tetap ada yang sudi baca. Awak suka tanam bunga? Jangan tunggu lagi, cepat beli pasu dan beli anak bunga/biji benih bunga. Start doing it. Mulakan ya dan jangan terlalu memikirkan perkara yang jauh ke hadapan.

Sepatutnya, entry ni tak panjang. Sebab ada kerja nak buat lagi. Tengok dah bebel panjang lagi. Sebelum terlupa, terdapat makluman ringkas kepada pemenang-pemenang Segmen Pencarian Bloglist Letopss by Eza Boom Boom. Bagi Kategori 1: Entry Positif & Kreatif telah selesai urusan penyerahan hadiah kepada ketiga-tiga pemenang melalui kaedah online banking malam tadi. Dapat email je, Eza terus langsaikan. Manakala, Kategori 2: Lucky Participants masih tunggu seorang lagi pemenang untuk email kepada Eza maklumat yang diperlukan. Jangan risau ya, Eza memang nak selesaikan cepat-cepat. Semoga semuanya dipermudahkan. 

Sekian dulu dari Eza.

Jaga diri semua. Till then. 

Read More

KEPUTUSAN PEMENANG SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Tuesday, December 29, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca budiman. Terima kasih kerana singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. Manisnya muka awak yang tengah senyum itu 😊.

Seperti yang dijanjikan, keputusan untuk mengetahui siapakah pemenang-pemenang Segmen Pencarian Bloglist Letopss by Eza Boom Boom akan terjawab dalam entry malam ini. Sementara itu, bagi meredakan debaran yang semakin terasa, Eza ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa untuk menyertai segmen Eza. Thank you so much! Makseh gilak-gilak (Dalam bahasa Sarawak)!

Untuk makluman semua, segmen ini berlangsung selama 15 hari dengan objektif utama segmen seperti yang berikut:

  • Sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan Eza kembali ke dunia blogging semula. 
  • Mempunyai senarai bloglist di sidebar untuk memudahkan aktiviti BLOGWALKING

Tanpa melengahkan masa lagi, Eza nak umumkan terlebih dahulu pemenang-pemenang bagi KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF 

Hadiahnya adalah berupa wang tunai yang akan dipindahkan secara online banking:
  • Tempat Pertama dimenangi oleh PESERTA NOMBOR 16 - RM30
  • Tempat Kedua diraih oleh PESERTA NOMBOR 21 - RM20
  • Tempat Ketiga menjadi milik PESERTA NOMBOR 6 - RM10 
Para pemenang bagi Kategori 1 dimohon untuk menghantar maklumat seperti Nama Penuh, Nombor Telefon dan Nombor Akaun Bank untuk pemindahan duit kemenangan ke akaun bank korang dengan kadar yang segera. 

Seterusnya pula adalah pengumuman keputusan pemenang-pemenang segmen bagi KATEGORI 2: LUCKY PARTICIPANTS. Pemenang ditentukan dengan menggunakan aplikasi random number generator. Oleh itu, semua peserta yang join ada peluang untuk menang. Hadiahnya adalah:
Tiga pemenang tersebut adalah:


PEMENANG 1: PESERTA NOMBOR 11
PEMENANG 2: PESERTA NOMBOR 22
PEMENANG 3: PESERTA NOMBOR 24

Para pemenang bagi Kategori 2 dimohon untuk menghantar maklumat seperti Nama Penuh, Nombor Telefon dan Alamat untuk tujuan pengeposan Planner Book 2021 korang ke email Eza di alamat nurpaejahs@gmail.com dalam kadar yang segera. 

SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021. InsyaAllah, next time Eza akan buat lagi segmen/contest/giveaway untuk para blogger sekalian. 

Keputusan adalah muktamad. Kalah dan menang adat kehidupan. Kepada yang menang, syabas dan tahniah diucapkan. Manakala, yang menanggung kekalahan cuba lagi di lain kesempatan ya. Eza doakan semua pembaca budiman termasuk Eza sendiri akan dimurahkan rezeki melimpah ruah seluas lautan China Selatan (South China Sea). 

Selesai sudah keseluruhan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM. Alhamdulillah sangat. Terima kasih Allah yang selalu memberi ilham dan rezeki berpanjangan. 

Sekian, terima kasih. 

Read More

[27/12/2020] SENARAI PENUH PESERTA SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Monday, December 28, 2020

Assalamualaikum semua. Hai readers sekalian alam. 

Terima kasih sudi singgah blog Eza dengan senyuman.

Tamatlah sudah Segmen Pencarian Bloglist Letopss by Eza Boom Boom yang telah diadakan mulai 13 sehingga 27 Disember 2020 (semalam). Alhamdulillah, senarai 32 peserta telah menyertai segmen ini. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang sudi melibatkan diri dalam segmen pertama Eza. 

Senarai peserta adalah seperti berikut:

  1. https://www.siinurul.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  2. https://www.tiarasaphire.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  3. https://www.kasihjuju.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  4. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  5. https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  6. https://pemudattbc.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  7. https://www.farhanajafri.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  8. http://leylanurjatiey.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  9. https://kogoro-mauru.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  10. https://www.shikinrazali.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  11. https://www.aziankhalil.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  12. http://www.suriaamanda.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  13. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  14. https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  15. http://www.zianaeunos.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  16. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  17. https://www.ibucida.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  18. https://www.luqmanzakaria.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by-eza-boom-boom.html
  19. http://www.duniashida.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  20. http://www.aimisyahirah.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  21. https://www.kakmim.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  22. https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  23. https://www.yamanaimy.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  24. http://www.mamapipie.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-awesome-by.html
  25. https://www.tehokaw.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by-eza-boom-boom.html
  26. https://www.hayatisuki.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by-eza-boom-boom.html
  27. https://www.ibudokter.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  28. https://weolls.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  29. http://www.zukidin.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  30. https://izatiesalim.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  31. https://akusanglagenda99.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html
  32. https://ciksukataip.blogspot.com/2020/12/segmen-pencarian-bloglist-letopss-by.html

Countdown  NO MORE DAY to closing date 📅📆. Yehaaaa!
  • 13th December 2020 
  • 14th December 2020
  • 15th December 2020
  • 16th December 2020
  • 17th December 2020
  • 18th December 2020
  • 19th December 2020
  • 20th December 2020
  • 21st December 2020
  • 22nd December 2020
  • 23rd December 2020
  • 24th December 2020
  • 25th December 2020
  • 26th December 2020
  • 27th December 2020

Sesiapa yang rajin, boleh je BLOGWALKING kat blog mereka di atas ni ya. Dalam kesempatan ini, once again Eza ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada blogger yang berkesudian untuk join segmen sulung Eza. I'm truly appreciate your time, effort and kind words. Thank you very much!💋

Till then 💕

Read More

TAMAT : SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman. 

Tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok!

Jam sudah menandakan pukul 12.00 tengah malam. Tarikh menunjukkan 28 Disember 2020, hari Isnin. Menanti cinderella keluar ke tu? Eh eh bukan ya, ini bermaksud Segmen Pencarian Bloglist Letopps by Eza Boom Boom sudahpun dititik penamatnya. Sebarang penyertaan tidak akan dilayan selepas ini. Alhamdulillah, sampai juga ke detik ini.


Sejujurnya, nervous jugak ya buat segmen secara solo buat pertama kalinya ni. Banyak benda perlu dijaga dan diurus sendiri agar perjalanan segmen nampak teratur, kemas dan baik-baik sahaja. Persediaan pun perlu terperinci dan teliti. 

Oleh itu, Eza suka nak kongsikan pengalaman Eza sendiri berdasarkan segmen yang Eza anjurkan buat julung kalinya ini. Checklist ini boleh dijadikan panduan (guideline) kepada mana-mana blogger yang ingin menganjurkan segmen/giveaway/contest. Antara senarai checklist adalah seperti berikut:

  • Nama Segmen
  • Banner Segmen
  • Objektif penganjuran
  • Syarat penyertaan
  • Hadiah 
  • Tempoh segmen diadakan 
  • Senarai peserta 
  • Maklum balas kepada peserta yang ikut serta 
  • Entry Tamat Segmen
  • Entry Para Pemenang Segmen

Setiap penganjuran ada objektifnya sendiri. Penganjurannya kena ikhlas, tak ada hidden agenda dan unsur-unsur penipuan. Sikit atau banyak jumlah peserta, itu bukan persoalan pokok. Paling penting, segmen Eza ni mencapai objektifnya untuk mendapatkan senarai bloglist bagi tempoh enam bulan. Eza boleh melawat dalam 30 blog setiap hari paling minima. Jadi korang rajin-rajinlah update blog jugak ya. Eza sangat berbesar hati datang blogwalking dan drop komen dekat blog korang. 

Rumusannya, penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan blogger. Kalau ikutkan, memang rendah hati jugak nak anjurkan segmen dengan followers dari satu angka ke dua angka. Al-maklum, Eza baru nak sebulan dalam dunia blogging dari tarikh FIRST ENTRY: Being a blogger again iaitu pada 29 November 2020. Tetapi ini sedikitpun tidak mematahkan semangat Eza untuk terus mencuba. Tak cuba tak tahu. Ramai jugak blogger-blogger yang baru Eza kenali. Terima kasih korang sebab support dan sudi menceriakan atmosfera blogging Eza! Rasa bijak pulak guna perkataan atmosfera tu. Hihik!

Untuk makluman semua, Pengumuman Rasmi Para Pemenang akan diadakan pada 29 DISEMBER 2020 PADA JAM 8.00 MALAM. Ini merangkumi dua kategori iaitu Lucky Participants dan Entry Positif dan Kreatif. Manakala, Bloglist Letopss akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tunggu dan sama-sama kita nantikan keputusannya ya!

SENARAI PENUH PESERTA SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Senarai penuh peserta dapat dilihat mulai jam 8.00 pagi esok, click sebelum jam tersebut tak keluar apalah ya. Harap maklum. 

Dup dap dup dap! 

Jumpa esok! 


Read More

Mee Kolok Special dan Roti Jantan Double: Menu Sarapan Sarawak

Sunday, December 27, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca semua. Terima kasih sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Hari ni hari Ahad, korang pergi mana jenjalan hari ni?

Hari ini Eza nak kongsikan sarapan yang dinikmati pagi tadi. Bukan selalu dapat makan di luar ya. Hari bekerja menu sarapan sama je setiap hari kalau tak nasi goreng alamatnya telur rebuslah tu. Memang husband dah didik untuk sarapan before ke tempat kerja. So, masa bekerja teruslah buat kerja hakiki yang sepatutnya. Tak la moody kalau boss arah buat kerja sekian sekian tapi perut kosong. Kena atur masa sebaiknya. Lagipun memang hak majikan pun untuk minta kita buat kerja terus jam 8.00 pagi tu. Tak payah nak merungut pun.Tapi itu terpulanglah dengan kebiasaan masing-masing. Tepuk dada, tanya selera. 

Hujung minggu ini, agak istimewa menu sarapan kami suami isteri iaitu hidangan Mee Kolok Special dan Roti Jantan Double. Untuk air minuman, Eza order Horlick panas, manakala suami order Milo Panas. Mee Kolok terkenal di negeri Sarawak. Bila dapat rasa mee kolok yang sedap, memang layan habis.

Kebanyakan restoran dan gerai makanan di seluruh Sarawak menghidangkan menu Mee Kolok. Kebiasaanya dihidangkan bersama sup dan kicap. Tapi tadi, Eza dihidangkan dengan sup dan sos cili cair. Mee Kolok ni uniknya kepada mee yang digunakan iaitu mee sanggul/yee mee. Korang boleh pilih nak mee kolok ayam, mee kolok daging mahupun mee kolok special. Ikut citarasa sendiri. Mee Kolok boleh dimakan kering (makan begitu sahaja), ataupun dimakan basah dengan menuangkan sup yang disediakan ke dalam mangkuk mee kolok. Eza pula lebih suka makan kering. 

Kenangan Mee Kolok, paling sedap Eza pernah rasa adalah kat kantin sekolah masa sekolah menengah dulu. Sampai sekarang tak jumpa lagi Mee Kolok sedap macam tu. Mungkin sebab duduk asrama, semua benda rasa sedap. HAHA. Itulah sebab Mee Kolok kantin sekolah paling sedap bagi Eza. Mee Kolok yang Eza makan hari ni Eza bagi 🌟🌟🌟/5. 

Menu seterusnya adalah Roti Jantan Double. Harga sepinggan ni adalah harga RM5.00. Sarapan jenis ni jugak sekali sekala sahaja kami melayan nafsu nak makan juadah ni. Maklumlah tinggi kalori. Tiberrr pulak ingat kalori time ni. Roti Jantan Double ni mengandungi 2 keping roti canai kosong dihiasi dua biji telor mata kerbau diatasnya, sambal sesudu kecil dan kuah banjir. Overall, rasanya sedap dan boleh tahan. Cuma belum sampai tahap wow lagi. Sama jugak, Eza bagi 🌟🌟🌟/5. 

Kepada korang yang datang ke Sarawak, jangan lupa order menu di atas terutamanya Mee Kolok. Roti jantan tu mana-mana ada kan? Hihik.

Total semua bayaran sarapan ni adalah kurang RM30.00 untuk dua orang makan. Tak dapat nak bagi exact harga sebab husband yang bayarkan. Makseh gilak tokeyneo kmk! Moga makin kaya raya melimpah ruah rejeki ktk!

Itu je lah cerita Eza di hujung minggu ni. Sambil menunggu penyertaan saat-saat akhir para peserta segmen yang Eza anjurkan. Esok Isnin, kena kerja demi sesuap nasi. Husband bestlah dia, cuti panjang. Tahun depan baru jumpa office. Banyaklah masa dia luangkan untuk hobi dia pulak. Moga semangat masih ada untuk bekerja dan dipermudahkan segala urusan. Januari nanti cuti panjang sikit. Nak balik kampung!

Oklah, sekian dahulu. Jumpa lagi. 

Read More

CUTI KRISMAS, BLOG PUN CUTI..

Saturday, December 26, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Semalam rasanya mood bercuti Eza amat tinggi ya. Rajin blogwalking je ke blog rakan-rakan yang ada kat reading list. Lepas tu, nak kemaskan blog. Jadi kena search tutorial yang sesuai digunakan. Banyak benda pulak tak reti. New interface ni ada yang tak boleh guna tutorial yang blogger dulu-dulu buat. So, sebab macam helpless Eza biarkan je la. Bukan tak gigih, gigih tu yang akan datang kemudian. Boleh kan gitu? Hihik. 

Mengenai perayaan Krismas, Eza sempat beraya pada malam 24 haribulan tu dekat rumah rakan sekerja yang baik dengan kami dua suami isteri. Ukhuwah yang baik perlu dikekalkan. Salah faham perlu dihindari. Sebab hidup ini untuk bahagia dan membahagiakan. Tak lama mana pun mereka pun perlu pergi ke gereja dan kami pun ada perkara lain yang perlu diuruskan. Done ngabang raya Krismas bagi tahun 2020. Ngabang dalam dialek Sarawak adalah aktiviti menziarahi ataupun berkunjung ke rumah.

Haa, semalam jugak Eza ada buat kek. Bancuhan kek yang memang ada dalam paket box beli kat Mall. Cuma tambah butter, air dan telur. Tak perlu Eza mention brand apa ye, sebab apa sebabnya tak jadi. Memang boleh dapat makan. Tapi, tak melepasi piawaian standard Eza sendiri. Hmmm, hambar dan gagal. Excited nak buat kek sebab oven yang dibeli di shopee belum digunakan sejak beli bulan puasa yang lepas. Masa beli tu semangat berkobar-kobar, konon nak buat biskut dan kek sendiri masa raya. Non-hado, kita main tunjuk je kek tu semua. Siap order dari Bintulu lagi dekat kawan sama SBP Eza dulu. So, semalam tu sempurnalah majlis perasmian oven Eza ya. Perasmian bagai, ye kena guna perkataan rasmi kan baru first time pakai oven tu. Hihik. 

Husband balik dari offshore, dia merasalah jugak kek tu. Dia cakap, "Cecah dengan teh panas sedap tok mami...". Ye lah tu. Jaga hati isteri nampak. Haha. Pagi ni, sambunglah ya menu kek sponge tak menjadik untuk sarapan. Memang sedia dengan set teh panas. 

Itu sahajalah cerita pagi Sabtu. Happy weekend!

Till then. 

Read More

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN PLANNER BOOK

Thursday, December 24, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. Senyum itu sedekah tau!

Seperti yang kalian maklum, Eza tengah dalam tempoh penganjuran segmen. Rujuk link di bawah ini:

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Oleh itu, sesiapa yang nak blogwalking atau sesiapa yang DAH JOIN dan nak tengok senarai peserta yang join.. Boleh rujuk link di bawah:

SENARAI PESERTA PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

So, hari ini Eza nak kongsikan gambaran hadiah Planner Books untuk bakal pemenang Lucky Participants. Kira macam lucky draw jugaklah kaedahnya ya. Sebelum itu, Eza kongsikan dahulu beberapa kepentingan adanya sebuah planner book untuk tahun 2021.

Kehidupan lebih teratur 🎉

Dengan adanya planner, kita akan melakukan aktiviti merancang dengan lebih awal sebelum kejadian berlaku. Contohnya, masa Eza nak bertunang Eza memang sediakan buku untuk persediaan sebelum hari pertunangan. Tarikh sekian-sekian kena settle satu benda ni, kena settle bayaran itu. Pelamin, jurumekap dan sebagainya. So, life akan lebih teratur. Tak serabut mana yang tak settle lagi. Even teknologi dah semakin pesat membangun, Eza lebih selesa dengan menulis dalam buku walaupun tulisan cakar ayam. Untuk situasi terkini melibatkan aktiviti blogging, Eza kena prepare beberapa perkara sebelum posting iaitu isi-isi penting mengenai topik yang ingin dikupas, gambar yang bersesuaian, informasi yang ingin dikongsikan. A planner book is such the right choice for me, indeed!


Capai sasaran dengan lebih jelas 🎯

Setiap orang memiliki sasaran (target) dalam kehidupan tidak kira secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Contohnya, sasaran untuk menurunkan berat badan. Bila dah ada sasaran, usaha kena ada. Kena bersenam, kena makan secara sihat dan cut terus minum manis. Dengan adanya planner book ini dapat membantu kita untuk trace dan track dekat mana pencapaian kita setakat tempoh dua minggu sekali. Turun berapa kilogram? Kurang berapa inci? So semua itu nampak lebih jelas dan nyata. Begitu jugak sasaran nak full solat lima waktu sehari semalam. Hari-hari akan rasa semangat nak dapat full mark sebab lengkap solatnya. Hujung minggu bolehlah tengok pencapaian semasa, alhamdulillah terjaga amanah Allah minggu ini. 

Catat peristiwa penting dalam hidup 📝

Planner book juga berperanan seperti diari kepada seseorang individu. Tetapi kalau dijadikan sebagai diari jangan pulak letak merata. Benda ni antara benda peribadi yang perlu disimpan dengan baik. Apa sahaja yang terjadi dalam satu-satu hari itu, kita tulis sebagai rekod kita. Contohnya, dapat surat dari HQ naik pangkat. Berita gembira macam inilah bila kita tulis kita akan tersenyum diri. Dalam hati, rezeki tak salah alamat. Bila Allah nak bagi, Dia akan bagi. Contoh lain, kena catat berapa hari ponteng puasa bulan Ramadhan. Sebab kita muslimah ni kena ganti puasa lepas tu. Jadi, dengan adanya planner book ni kita tak perlu agak-agak berapa hari nak ganti puasa. Rujuk saja planner book pada tarikh sepanjang bulan Ramadhan. 




Setakat itu sahaja perkongsian Eza mengenai buku planner. Ini pendapat peribadi Eza sendiri. Mungkin ada yang lebih gemar menggunakan kemudahan era digital. Mungkin masih ada yang memerlukan buku planner ini seperti Eza. 

Entry ini mengandungi beberapa gambar Planner Book yang bakal dimenangi oleh peserta segmen. Jemput menjamu mata. Segmen Eza berlangsung sehingga 27 Disember 2020 jam 11.59 malam. Sempat sangat nak join lagi. Penyertaan korang sangat dialu-alukan pihak penganjur. Hehe! 😍😍😍

Sekian dahulu entry kali ini. Jumpa lagi esok ya 💙💚💛💜. 

Read More

KEINDAHAN PANTAI MENDAMAIKAN HATI

Wednesday, December 23, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman 😀. 

Alhamdulillah, kurang lebih dua tahun dah menetap dan bekerja di mana tempat Eza menjalani kehidupan sekarang. Dekat bandar ni, ada pantai. Tak seperti tempat asal Eza yang hanya ada sungai-sungai untuk dipandang bila hati gundah gulana. 

Bunyi deruan ombak bagi Eza adalah satu terapi ketenangan. Cantiknya ciptaan Allah. Semuanya sempurna pada tempatnya. MasyaAllah. Angin sepoi-sepoi bahasa menggambit hati yang keresahan. Bila rasa ingin menangis, pantai jugalah tempat dituju (sejadah tidak dilupakan). Melihat ombak datang dan pergi. Seperti memberi makna masalah dalam kehidupan pun begitu, datang dan pergi. Ada masanya, ombak yang datang besar dan tinggi. Risau bagaimanalah nasib para nelayan yang tengah mencari rezeki di lautan. Bertempur dengan ombak bukanlah perkara mudah. Sempat Eza titipkan doa mudahan selamat semua mereka pulang ke pangkuan keluarga membawa hasil tangkapan pada hari tersebut. 😇


Animated Photo kat atas ni merupakan hasil video yang kemudiannya Eza save dalam format GIF. Eza ambik video ini selepas aktiviti gotong royong bertiga dengan seorang lagi sahabat suami untuk membersihkan kawasan tempat letak perahu (Parking perauk padah orang Sarawak). Selesai kerja pembersihan melibatkan pemotongan rumput dan pencucian perahu yang hanya digunakan empat kali sahaja tahun ini, kami berdua menuju ke pantai tersebut. Jarak dengan berjalan kaki hanya dalam kira-kira 50 langkah. Dari pagi hingga berganjak tengahari akhirnya semua kerja tersebut selesai. Best jugak aktiviti macam ni, bantu suami. Bukan bantu sangat pun, lebih kepada teman suami. Ambil gambar, ambil video. Selain bantu sapu-sapu rumput sikit, sedia air minuman dan start enjin mesin rumput. Eza okay je lah start mesin rumput tu. Berkali-kali juga baru hidup enjin. HAHA. Paling penting, never ever give up. Buat je lah sampai jadi 😂!

Ok, gambar di atas merupakan percubaan Tutorial: How To Add Animated Photo Into Blog Entry. Terima kasih Blogger Wak Lat atas perkongsian tutorial atas pertanyaan Eza sendiri di ruangan komen entry beliau. Hasilnya, Eza berjaya! Alhamdulillah. Jika ada sesiapa yang berminat, dipersilakan untuk tekan link di atas untuk ke blog beliau ya. 

Sebenarnya, nak cerita pasal animated photo je. Tapi banyak pulak idea lain yang berkaitan. Moga ada manfaatnya. Sekarang ni masih musim tengkujuh. Janganlah pergi ke persisiran pantai ya. Bahaya jika angin kuat dan ombak besar. Jaga keselamatan diri sendiri ya!

Esok Eza masih kerja sampai 31 Disember. Korang yang dah cuti tu, Eza ucapkan selamat bercuti bersama keluarga tercinta. Jangan fikir hal kerja dah kecuali diperlukan 😆. Enjoy your holiday cikeboom cikeboom saudara saudari semua. 

Till then. 💕💕

Read More

Blog Disclaimer

Tuesday, December 22, 2020

A very good day. 

Dear ladies and gentlemen, 

DISCLAIMER 

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the the blog owner and do not present those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly.

All content provided on this Eza Boom Boom's Blog (https://www.ezaboomboom.com) is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. 

The owner of Eza Boom Boom's Blog (https://www.ezaboomboom.com) will not be liable for any errors or omissions in this information nor the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This blog disclaimer is subject to change at anytime. 


COMMENTS

I value your comments and feedbacks  However, the blog owner reserves the right to delete any comments submitted to this blog without notice due to:

  • deemed to be spam or questionable spam
  • including profanity
  • containing language or concepts that could be deemed offensive
  • containing hate speech, credible threats, or direct attacks on an individual or group.
The blog owner is not responsible for the content in comments. 

ADVERTISER & SPONSORSHIP

Eza Boom Boom's Blog (https://www.ezaboomboom.com) may contain advertising and sponsorships. Therefore, advertisers and sponsors are responsible for ensuring that material submitted for inclusion in my blog is accurate and complies with applicable laws. I am not responsible for the illegality or any error, inaccuracy or problem in the advertiser's or sponsor's materials.  


CONTACT 

If you need further information and discussion, please do not hesitate to contact me at your convenience. This is my email address, ezaboomboom@gmail.com

Thank you.

Read More

About Me: The Author

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman. 

Mari mengenali pemilik blog ini yang menggunakan nama penanya sebagai Eza Boom Boom. Berusia 29 tahun pada tahun 2020. Berasal dari Utara Bumi Kenyalang, Sarawak. Mempunyai hobi membaca dan menanam sayuran di kebun belakang rumah. 

Menceburkan diri dalam dunia blogging bermula November 2020 sehingga kini. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan yang lebih santai dan bukan fiksyen. Blog ini lebih cenderung menceritakan mengenai gaya hidup penulis (lifestlye blogger) yang merangkumi pelbagai sudut kehidupan seperti motivasi, tips tanaman, tips blogging, pengalaman peribadi, ulasan-ulasan produk yang telah digunakan dan sebagainya. 

Dari aspek pendidikan, Eza Boom Boom memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Kelas Pertama. Beliau merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan aktif beliau pada zaman persekolahan tertumpu kepada pengucapan awam termasuklah bahas, syarahan agama dan pantun.

Kini, beliau sedang bertugas di sektor awam. Beliau merupakan part-time blogger yang mengisi masa lapangnya dengan menghasilkan sesebuah entry yang mencukupi syarat yang ditetapkannya sendiri iaitu informasi, menarik, infografik, penggunaan bahasa yang baik dan karya yang asli. 

Harapan beliau agar bakat penulisannya akan berkembang ke tahap yang lebih baik seterusnya mencapai impian sebagai seorang blogger yang berjaya suatu hari nanti. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dalam kalangan penulis wanita Sarawak yang bakal menghasilkan sebuah buku pada tahun 2021. 

Sebarang pertanyaan lanjut mahupun kolaborasi review (ulasan produk), advertisement (iklan) dan advertorial, boleh hubungi Eza Boom Boom di alamat email ini ezaboomboom@gmail.com.

Kepada Allah yang selalu memberi ILHAM, alhamdulillah. 😍

Selamat maju jaya dan terus berjaya, Eza Boom Boom! Sekian, terima kasih. 

Read More

7 HARI LAGI, JEMPUT JOIN SEGMEN!

Monday, December 21, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua baik-baik sahaja di hari Isnin yang mulia ini. Terima kasih selalu singgah blog Eza dengan mengukir senyuman yang manis di bibir. Eza seharian ni sibuk dengan mesyuarat projek bangunan baru dari pagi hingga ke petang. Berpinar juga mata sebab lama sangat meetingnya. Namun ku gagahi jua, sebab esok pagi sambung lagi. Hahaha. 

Berbaki 7 hari lagi SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM akan berakhir. Alhamdulillah setakat ini, penyertaan peserta adalah di tahap yang memberangsangkan. Untuk makluman semua pembaca, Eza memang akan kemaskini senarai peserta setiap hari bagi memaklumkan korang yang Eza telah menerima penyertaan korang. Eza juga akan drop komen kat blog korang dengan kata-kata terima kasih atas kesudian menyertai segmen yang Eza anjurkan. 

PERINGATAN,

Terdapat beberapa blogger yang telah published entry penyertaan tetapi tidak menghantar LINK PENYERTAAN di tempat komen LINK SEGMEN INI. Mana yang Eza perasan, Eza akan drop komen untuk hantar link penyertaan. Sayang tau kepada blogger yang dah buat entry, tapi lupa hantar link penyertaan. Oleh itu, para peserta yang dihormati sekalian dijemput untuk menyemak SENARAI PESERTA SEGMEN. 

TAK SABAR!

Tak sabar Eza nak tutup segmen ini dengan jayanya. Tak sabar rasanya hari-hari kira hari, bilalah 27 haribulan ni. Tak sabar nak letak bloglist dah kat sidebar blog. Tak sabar nak terjah blog korang. Eza sekarang ni blogwalking dekat reading list je, mana yang sempat je lah Eza lawati ya. So nanti bila dah letak bloglist senang la sikit Eza tahu update terbaru blog korang. Lebih memudahkan, mengeratkan silaturrahim dan korang pun akan selalu dapat komen dari blogger Eza Boom Boom. Sesiapa yang belum join tu, jemputlah join ya! 

JEMPUTAN JOIN SEGMEN,

Sesiapa yang berminat untuk ikut serta, sila rujuk ENTRY INI untuk mengetahui syarat-syarat dan hadiah yang Eza tawarkan kepada para pemenang.

Setelah entry siap copy link penyertaan anda dan tinggalkan di ruang komen, ENTRY INI. Eza akan drop komen sebagai tanda penyertaan anda telah diambil maklum. Terima kasih yang telah sudi join segmen Eza. Pada yang belum join, masih ada masa lagi ni nak join. Nak tunggu apa lagi, jom lah join sekaki, hihi!

Sekian dulu entry sempoi-sempoi bahasa. Otak kena prepare untuk meeting esok. 😅
Till then. 😍

Read More

HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM

Sunday, December 20, 2020

Assalamualalaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Apa aktiviti korang seharian di hujung minggu ya? Mesti berehat bersama seisi keluarga bukan. Memang kebiasaannya begitu. Setelah penat membanting tulang dari Isnin sampai Jumaat. Mencari rezeki untuk keluarga, mana ada kerja yang senang kecuali curik tulang!

Yesterday, Eza ada program yang perlu dihadiri. Satu pagi dan satu lagi sebelah petang. Pagi Eza guna baju bertema merah, petang guna baju tema biru. By the way, kalau korang ada baca komen Eza kat blog korang dan perhati jam dalam 4.30 ke 5.00 pagi tu memang Eza ya. Bukan orang lain. HAHA. Awal Eza bangun setiap hari. Dah terbiasa kot mata ni. Time tu jugak la Eza buat draft post untuk new entry. Aman damai ya suasana pada hening-hening pagi. Husband Eza cakap kalau kita awal bangun, masa yang kita ada sehari tu lebih banyak untuk diluangkan kepada aktiviti yang bermanfaat. Lepas kahwin begitulah ya, dah jadi habit awal bangun di pagi hari. Sekian cerita part tu. HAHA. Hashtag #readersperlutahu 

So, selepas selesai program kedua Eza teruslah meneruskan perjalanan ke Mall untuk beli hadiah istimewa untuk husband tercinta. Of course lah dia ikut sekali pergi Mall 😆. Lama dah menabung untuk beli hadiah dia ni. Bukan apa, effort kena ada kan. Nak bagi orang hadiah ada syaratnya jugak tau. Pertama, kena bagi apa yang terbaik di mata kita. Kedua, bagi dengan seikhlas hati. Jika dua syarat ni ada, you're at the right track!



Ok, nak dijadikan cerita tajuk di atas adalah hadiah beliau. Betul, XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Sebuah handphone baharu yang dibeli cash. Tak suka nak hutang kalau beli phone. Sebab tu pilih dan beli handphone dengan harga yang affordable. Husband dah latih untuk beli apa-apa aset/barangan di bawah RM10k, kami kena kumpul duit month by month, berjimat cermat amalan mulia. 

Untuk entry ini, Eza ceritakan serba sedikit spesifikasi handphone XIOMI POCO X3 NFC. Untuk review penuh, Eza akan post new entry selepas penggunaan sebulan. Kelebihan dan kekurangan (jika ada). 


Dengan harga RM1099. Telefon bimbit jenama XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM yang dilancarkan pada 8 september 2020 memiliki kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.

  • Saiz skrin - 6.67" (inches). Maksudnya skrinnya cukup luas ya, saujana mata memandang. 
  • Camera - 64MP (wide). Handphone ni for sure takda masalah mengenai camera. Cantik je gambar-gambar yang diambil. Sharpness, low light. Great!
  • 6GB RAM - Snapdragon 732G. 6GB RAM ini mencukupi untuk bertindak pantas. Jadi taklah lag or loading je memanjang. Lagipun snapdragon tu memang sesuai dengan individu kaki games macam husband Eza ni. Contohnya, bagi permainan MOBILE LEGEND. Dia cakap TAKDA MASALAH dan running smooth!
  • Battery - Li-Po 5160mAH (non-removable) dengan adanya fast charging 33W melalui USB-C. Penggunaan yang lama dan cas yang cepat. Ini yang diperlukan ya dalam sesebuah handphone tuan-tuan dan puan-puan. Renyah juga nak cas handphone memanjang, bawa powerbank. So, this one adalah spec yang eza titikberatkan jugak sebelum buat pembelian.
  • Storage - 128 GB. Bolehlah simpan gambar-gambar dan fail-fail kerja. Tak perlulah husband delete everyday benda yang tak penting dalam phone dia seperti sebelum ni. Tapi, whatsapp dari orang yang merapu dan merepek kena delete la. Sakit mata dan sakit hati. HAHA! Oh dude, your message is deserved to be deleted. 
  • Infrared port - YES. Oh yeah, bagi spec ni memang husband suka sangat. Dengan adanya infrared port ini anda boleh mengawal peralatan elektrik seperti televisyen, penghawa dingin, kipas dan termasuklah peralatan berkaitan jenama Xiomi dengan menggunakan phone ini saja. So dia senang nak control on off air con, on off televisyen. Mudah sangat!
So secara kesimpulannya, phone ni dalam kategori worth buying ya. Kami pun hanya golongan rakyat kategori marhaen sahaja dan pemilihan telefon adalah mengikut kemampuan kami. So, post ini adalah pandangan dan ulasan peribadi Eza dan suami setelah memiliki phone tersebut. Benda yang kita dah miliki, baru dapat review kan. 

Sekian dulu, cerita hari ni. Esok cerita lain pulak ya. 
Till then, kesayangan semua. 

Read More

LIMA (5) Tips Pengurusan Kewangan Di Awal Perkahwinan - PART 1

Friday, December 18, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Sempena hari Jumaat yang mulia, marilah kita bersama-sama perbanyakkan sedekah terutama kepada ahli keluarga dan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi kaum adam yang ke masjid untuk menyempurnakan Sembahyang Jumaat secara berjemaah, bawalah duit sedekah seikhlas hati untuk disumbangkan kepada tabung masjid berkenaan. Moga kebaikan sekecil ini, besar ganjaran pahalanya.

Berbalik kepada tips pengurusan kewangan di awal perkahwinan. Ini adalah antara isu penting yang sentiasa ke udara dalam setiap rumahtangga di awal usia perkahwinan. Benar, suatu kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Namun, kebanyakan perkara di dunia ini memerlukan duit termasuklah nak guna tandas awam!

Oleh itu, Eza akan kongsikan tips pengurusan kewangan dengan berbekalkan pengalaman sendiri yang baru setahun jagung. Tiada istilah betul ataupun salah dalam perkongsian. Mana yang bermanfaat dan relevan untuk dijadikan panduan, dipersilakan untuk mengikuti lima (5) tips yang berikut:

1. Pembahagian tanggungjawab dalam komitmen bulanan

Situasinya, suami isteri yang bekerjaya. Sehubungan itu, pembahagian tanggungjawab dalam pembayaran bulanan perlu dilaksanakan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Contohnya, suami membayar kewajipan nafkah kepada isteri, ansuran rumah, ansuran kereta, bil air, bil elektrik dan sebagainya. Manakala, isteri pula boleh membantu untuk membayar bil yang lain seperti bil wifi, bayaran bulanan penapis air, petrol/diesel kereta dan keperluan-keperluan lain. Pembahagian ini penting supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Namapun hidup bersama. Susah sama susah, senang sama senang. Seorang suami mempunyai tanggungjawabnya besar untuk menyara keluarga. Manakala, tugas isteri membantu mana yang boleh. Dalam perkara ini, perbincangan dan persetujuan bersama perlu dilakukan sebelum pelaksanaan pembahagian  tanggungjawab. 

2. Pembelian Insurans Perlindungan Diri 

Pada pendapat peribadi kami, insurans adalah penting bagi pasangan yang baharu berkahwin. Tambahan lagi, semasa musim pandemik yang sedang melanda dunia. Selain untuk mendapatkan medical card dan menerima manfaat perlindungan yang dinyata dalam pakej insurans, pembelian insurans ini merupakan antara salah satu cara kami menyimpan duit daripada dibelanjakan tanpa hala tuju. Perkara ini amat kami titikberatkan demi masa hadapan dan tahap kesihatan yang tidak dapat dijangka. Sekurang-kurangnya, kami telah menyediakan payung sebelum hujan. 

3. Penyimpanan duit di Unit Trust

Inipun salah satu cara kami untuk menyimpan duit. Ada penyimpanan secara bulanan dan konsisten. Ada juga penyimpanan sekaligus maksudnya lump sum RM10k dan tunggu duit 'beranak-pinak'. Hasil Unit Trust ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Perjalanan kami masih jauh. Cuma konsepnya, semakin banyak simpanan, semakin banyak pulangan (jumlah keuntungan) yang akan diperolehi. Korang boleh membuat pembacaan sendiri mengenai untungnya menyimpan di Unit Trust. Nak explain terperinci, takut salah explain pulak. Sebab tu, Eza tak recommend mana-mana bank yang lebih bagus dalam entry ini kerana masing-masing ada tawaran mereka sendiri mengikut target pulangan korang. Puluhan ribu, ratusan ribu mahupun mencapai angka jutaan. 

4. Simpanan Sendiri (Manual dan Auto)

Simpanan sendiri ini termasuklah duit syiling yang dikumpul secara harian, simpanan tabung haji, dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting kena menyimpan. Dekat ASB Auto-Labur paling minima adalah RM30. Macam Eza bagitahu tadi, biar sikit jangan takda langsung. Prinsip kami dengan mengutamakan simpanan (saving) ni sebab taknak susahkan ibubapa bila sudah berkeluarga. Belajar berdikari. Bagi Eza, mereka dah cukup berkorban segalanya untuk membesarkan kami dari kecil. Tiba masanya kami pula yang berbakti setia kepada mereka. Oh ya, baru teringat duit syiling dalam tin roti tak kira lagi!

5. Sediakan tabung kecemasan

Kegunaan tabung kecemasan ini bagi menghadapi kejadian yang tidak dapat diramal seperti kereta rosak, kecemasan melibatkan keluarga hingga memerlukan pembelian tiket kapal terbang, bayaran klinik swasta dan sebagainya mengikut situasi semasa. Tabung kecemasan perlu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan disiplin kedua belah pihak. Sekurang-kurang, simpanan lain masih terpelihara dan tidak diganggu dengan adanya tabung ini. 

Cukup lima tips dahulu untuk dikongsikan. Kesemua lima tips tersebut, Eza dan suami telah/sedang laksanakan seawal dua ke tiga bulan usia perkahwinan. Kami masih dalam usaha untuk men-stabil-kan kewangan keluarga kecil kami. Sejujurnya, ini merupakan 100% pengalaman sendiri. 

Ada lima tips lagi yang Eza akan kongsikan pada entry akan datang. Semoga manfaat kepada semua pembaca. Panjang pulak bebels pasal ini. Gigih nak taip panjang-panjang. 

Till then. 💕

Read More

MOTIVASI: Masih ada yang SAYANG, BE STRONG!

Thursday, December 17, 2020

Assalamualaikum. Hai semua. Dah hari khamis. Terima kasih kerana sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Tengah senyum ke tu? Alhamdulillah, banyakkan senyuman dan bermanis muka ya 😄😍😊.

Eza nak share something yang boleh boost up semangat korang masa tengah down. Masa down semua perasaan negatif datang bertalu-talu sekali dengan pakej menangis, mood swing, tak selera makan dan cepat marah. Normal lah tu. Itu perasaan manusia biasa bila berdepan dengan kehidupan yang penuh dengan pancaroba dunia. Jangan rasa weird (pelik) or sebagainya.

Bila tengah down, korang boleh cuba tindakan seperti yang berikut:

  1. Jika rasa nak menangis, menangislah. Biarkan air mata itu mengalir. Jika rasa nak jerit kuat-kuat, jeritlah. Jangan ditahan. Tapi, carilah tempat yang bersesuaian. Cadangan tempat seperti dalam kereta, tepi pantai. Lepaskan apa sahaja yang dirasa. Beban yang ditanggung. Perasaan yang disakiti. Lepaskan. 
  2. Cari orang yang korang boleh percaya dah luahkan masalah korang. Parents, Husband, Siblings, Bestfriends. No, awak tak susahkan mereka pun. Percayalah. Mereka akan sedia membantu dan mendengar dengan setia. 
  3. Busykan diri dengan pelbagai aktiviti. Bercucuk tanam sayur, bersihkan peti ais, mop lantai, cuci tandas. Korang buatlah apa yang boleh halang korang daripada fikir benda yang menyesakkan jiwa dan raga tu. Please do something dan jangan termenung meratapi nasib diri.
  4. Yakinlah segala masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cepat atau lambat, kita kena sabar. Hidup ini kita tak selamanya di atas dan tak selamanya juga kita di bawah. Bertahan untuk terus kuat!
  5. Paling utama, luahkan kepada Allah Maha Mendengar. Tadahkan tangan seeratnya, ceritakan segalanya di depan tikar sejadah. Allah pasti bantu! InsyaAllah. 
Ini sedikit sebanyak yang Eza boleh kongsikan. Eza pun pernah melalui zaman kejatuhan yang boleh dikatakan setiap hari menangis. Dan kini, Eza bangkit dengan lebih kuat. Manusia, banyak ragam. Memang complicated. Bila semua orang kita sangka mereka JAHAT, sebenarnya masih ada lagi yang SAYANG kita. No worries!


Percayalah orang BAIK itu masih wujud. Cuma sukar untuk ditemui. Maka, jadilah salah seorang yang baik kerana kebaikan itu SANGAT diperlukan dunia kini. Bukan persekitaran negatif dipenuhi dengan keladak toksik yang kotor. Penganiayaan, hipokrit, hina-menghina, buli-membuli, lontaran kata-kata kesat dan mengadu domba yang menjadi punca utama pergaduhan, perpecahan dan salah faham 💔.

Sedarlah, dunia perlukan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sejagat. 

I just sharing this entry in order to tell that everyone has their own struggles. But, some people are better at hiding it than others. So, please please please DO KIND TO EVERYONE 🙏

Ingat (Bear in mind that),
MASIH ADA YANG SAYANG. 
SENTIASA ADA YANG SAYANG. 
Semoga entry ini jadi satu motivasi untuk terus kuat 💪.


Till then. 💙💚💜💛

Read More

Bakat dan Minat : REZEKI

Wednesday, December 16, 2020

Assalamualaikum guys. Hai readers. Terima kasih sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Hari ini hari rabu, hari-hari Eza cuba update new entry. Moga konsisten hendaknya. 😉

Bakat dan minat adalah dua perkara yang berbeza. Bakat ditafsirkan sebagai kebolehan semula jadi. Sebagai contoh, bakat dalam bidang seni lakonan ataupun nyanyian. Termasuklah penulisan. Manakala, minat adalah kecenderungan untuk belajar sesuatu perkara dengan penuh kegigihan. Oleh sebab itu, bila bakat dan minat itu ada dalam diri individu ianya adalah perkara yang letopss! Da ba boom! The best combination!

Sering kali, kejayaan diukur dari segi pencapaian akademik. Tingginya markah yang diperolehi. Tebalnya sijil pengiktirafan dari banyak pihak. Namun, tidak semua daripada kita dikurniakan kepandaian yang begitu terserlah tanpa usaha yang jitu dan berterusan. Kelebihan setiap individu adalah berbeza dan tidak dapat disamakan. Kau mungkin bagus dalam matematik, aku pulak handal dalam pertukangan kayu yang melibatkan kemahiran. 

Menyentuh mengenai minat pula, sesuatu minat dalam satu bidang tidak bermakna kita berbakat untuk bidang tersebut. Minat kita mungkin dalam penulisan, tapi bakat kita belum ada ataupun bahasa lembutnya belum diasah. Oleh itu, bagi menguatkan minat seiring dengan bakat, proses pembelajaran perlu diteruskan. Tidak kira apapun sumbernya. Buku, pemerhatian, youtube, orang berpengalaman, latihan dan sebagainya. Belajarlah untuk mengasah bakat dengan lebih tajam, kerana minat akan semakin mekar apabila terdapatnya progress yang positif. 💙💚💛

Nak dijadikan cerita.. 

Alhamdulillah, keputusan Pertandingan Mencipta Pantun bertemakan COVID-19 anjuran kementerian telah diumumkan secara rasmi dan Eza mewakili jabatan. Eza mendapat hadiah saguhati iaitu berbentuk wang tunai RM50 dan sijil penyertaan. Walaupun hanya memenangi saguhati, Eza tak tahu kenapa Eza happy sangat sebab 'menang'. Haha! Rezeki, alhamdulillah. Maka, pada tarikh 15 Disember 2020 iaitu semalamlah keputusan rasmi telah diumumkan tepat jam 4.00 petang. Bagi tepukan sikit...😂😂👏👏👏

Sebenarnya dari sekolah dah Eza ikut pertandingan pantun ni sebab minat. Minat saja-saja, tak perlu pengaruh rakan sebaya. Jenis lone ranger, ku redah sahaja liku-liku itu bersendirian. Masa sekolah memang cikgu bagi latihan bertubi-tubi sebelum masuk pertandingan tidak kira peringkat kelas, peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat bahagian barulah peringkat negeri. Latihan cipta pantun dalam masa 1 minit. Lebih satu minit kira gagal ya. 

Kena banyak membaca sebab hikmahnya akan senang nak cari pembayang pantun. Bakat takda lagi masa itu. Tapi itulah tu. Minat sangat pantun. Akhirnya, tahun ini ikut pertandingan pulak. Dapat saguhati. Mana tak happy! Juri penilai pun dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Rasa macam naik satu level. Dulu tahap peringkat negeri sahaja masa sekolah. Sekarang upgrade sikit peringkat kementerian. Tuntasnya, itu pencapaian terbaik peribadi Eza setakat ini dalam bidang pantun.  

Ok, itu je lah nak kongsi. Rasa bersyukur sangat 😍😍😍.

Hari ni busy ke sana ke sini. Harap semua urusan dipermudahkan. Jemputan hadir function orang ni best sebab ada jalan-jalan keluar pejabat selain lunch hour. Hihi!😝

Till then ya. 

Read More

Vector dan Doodle Eza Boom Boom

Tuesday, December 15, 2020

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Harap semuanya sentiasa bersemangat waja. Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 😊

So, Eza nak borak mengenai kenangan lalu mengusik jiwa. Sebab setiap kenangan tu akan hilang kalau tidak disimpan sebaiknya. Biasalah kita manusia mudah lupa. Benda boleh simpan kita simpan. Oleh kerana itu, Eza letak di blog kesayangan ini kenangan manis buruan seluruh kerabat semut. Semut kan suka gula yang sifatnya manis!

Bila throwback atau #tikambelakang masa zaman blogging dulu, ada jugak dapat beberapa hadiah daripada rakan blogger. Eza dapat dua benda yang sifatnya sama iaitu gambar. Satu adalah vector. Satu lagi adalah doodle. Pemberian rakan blogger suatu masa dahulu. Dapat hadiah ni pun Eza happy sangat. So blessed actually merasai kasih sayang sesama blogger walaupun sekadar di alam maya. 

Prinsip Eza senang je, kita tak kenal orang tu kita kena bersangka baik. So kita kena fikir yang baik-baik pasal orang itu. Macam tu jugak dekat dunia blogging. Anggap aje la semua blogger baik-baik ya. Orang buat jahat dekat kita, barulah kita kata dia jahat. Betul dak?😏😒😞

PERTAMA ialah:


Vector ini dihadiahkan oleh Blogger Fiza. Boleh rujuk entry Fiza pada 26 Disember 2011, sembilan tahun lepas. Dapat hadiah sebab berjaya teka vector artis Lisa Surihani paling pantas. Sangat bermakna dan nostalgia ya hadiah ni. Gambar turun kelas pakai tudung warna merah jambu, baju kurung pun warna merah jambu tanpa bunga. POLOS! Tahun 2020 ni, baju warna pink pun tak ada. Alahai. By the way, korang boleh baca je entry tu dekat LINK ini. Terima kasih banyak awak, Blogger Fiza.

KEDUA ialah:


Doodle ini Eza dapat dari Blogger Cahaya Pencinta. Comel sangat doodle ni, dia sampai terangkan kenapa dan bagaimana pemilihan warna untuk doodle ini. Eza sangat menghargainya. Terima kasih banyak. Walaupun, blog dia macam tak aktif lagi tapi kenangan ini tetap manis sampai bila-bila. Boleh baca entry dia pada 03 Februari 2012 bersamaan lapan tahun yang lepas dekat LINK ini. 

Inilah cerita dia mengenai macam mana dia describe Eza sebagai blogger. Antara sedutannya adalah:

Last but not least, dua gambar ini antara tinggalan blog Eza yang terdahulu. Eza memilih untuk diletakkan semula di dalam blog ini untuk simpanan diri sendiri. Setiap kenangan manis itu bisa mengukir senyuman yang cukup indah. Bahagia. Pandanglah semua benda dengan penuh kesyukuran, dari itulah kita akan merasai nikmatnya kasih sayang kurnia Allah. 

Terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah. 😇

Till then. 💕

Read More

DARI BLOGSPOT KE DOT COM

Sunday, December 13, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga pembaca sekalian walau di mana anda berada. Terima kasih singgah ke blog ini dengan senyuman. 

Ada sesiapa tak perasan pertukaran link baru ke blog Eza. Ke blog Eza ya bukan ke hati awak. Cia cia cia!

Ok sebelum ini, link blog Eza adalah:

http://paejahbebels.blogspot.com

Sekarang, blog Eza telah mengalami penghijrahan drastik kepada:

https://www.ezaboomboom.com

Orang kata, anjakan paradigma. Guna perkataan jargon pulak. Tak adalah. Eza just suka nak ber-dot-com sebab Eza memang nak serius berblogging. Dan Eza harap blog ini malar segar hingga ke 10 tahun dan ke 20 tahun akan datang. Minat Eza memang dalam penulisan kreatif. Jadi Eza rasa Eza tak patut nak bazirkan bakat yang diberikan oleh Allah. Dan macam selalu Eza tekankan, Eza harap setiap tulisan itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat walaupun sedikit. Kalau korang dapat banyak manfaat lagilah Alhamdulillah. 

Eza beli domain blog Eza ni daripada NetKL Network. Lepas tu, ada sahabat blogger Sii Nurul bantu Eza untuk atur setting. Ada problem sikit semalam, Eza minta tolong lagi dekat NetKL Network dekat Facebook mereka. So, settlelah urusan membeli domain untuk blog kesayangan Eza ni semalam, pada tarikh twelve twelve twenty twenty (12.12.2020). Happy me!

Untuk pengetahuan korang, blog Eza ni bermula dari zero. Even dulu memang kenal secara maya blogger Fiza dan Uncle Gedek. Excited bukan main bila dapat tahu, mereka masih lagi blogging. Serius happy sangat! Zaman 10 tahun lepas masa masih ambik diploma. Then, time degree dah deactivated/deleted blog. Rindu old times yang cerita-cerita pasal pergi travelling bajet guna hasil berjimat PTPTN. 

Awal nak bagitahu, jangan tanya apa kelebihan ada domain sendiri. Eza kena study dan experience sendiri dulu benda ni, baru dapat share. Eza jenis tak dapat reka cerita yang Eza tak tahu. Nerdnya kamu ni Eza! One fine day, I will share about it to you guys bila dah celik minda sikit pasal ni. 


To dear self, what should you do when you need to choose between two options?

Should I buy it?

or 

Should I not?

If it's still in your mind, it is worth taking risk. 
That's the reason why I bought this domain.


Thank you for reading guys!

Read More

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

 SUDAH TAMAT!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Buat julung kalinya, Eza berbesar hati untuk menjemput para blogger sekalian untuk menyertai Segmen Pencarian Bloglist Awesome by Eza Boom Boom sempena tahun 2020 yang bakal berakhir tidak lama lagi. Ini sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan Eza kembali ke dunia blogging semula. 

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Follow blog Eza Boom Boom.
  2. Letak tajuk post, "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM"
  3. Letak banner yang tertera di atas dan letak backlink entry ini
  4. Nyatakan SEBAB (REASON) ingin disenarai dalam bloglist Eza
  5. Tinggalkan link entry penyertaan di ENTRY ini. 
  6. Blogger mestilah beralamat di Malaysia.
  7. Tarikh tutup: 27 Disember 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.
  8. Siap!
Tanda terima kasih dan penghargaan Eza kepada korang yang baik hati dan supportive, terdapat enam hadiah yang korang boleh menangi mengikut kategori:

KATEGORI 1: ENTRY YANG POSITIF & KREATIF (rujuk syarat no. 3)
Hadiahnya adalah berupa wang tunai yang akan dipindahkan secara online banking:
  • RM30 x 1 peserta
  • RM20 x 1 peserta
  • RM10 x 1 peserta 

KATEGORI 2: LUCKY PARTICIPANTS
Pemenang ditentukan dengan menggunakan aplikasi random number generator. Oleh itu, semua peserta yang join ada peluang untuk menang. Hadiahnya adalah:
SEMUA BLOG peserta yang menyertai segmen ini, akan DISENARAI dalam bloglist Eza selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021. 

Oleh itu, pada tarikh 13 Disember 2020, jam 8.00 pagi:
Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim.. Eza buka Segmen Pencarian Bloglist Letopss by Eza Boom Boom kepada semua blogger Malaysia.

Rujuk entry ini untuk senarai peserta: 

Jemputlah join ramai-ramai ya dan terima kasih in advance sudi join.

Read More

#Ezajoin - "Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog"

Friday, December 11, 2020

 Assalamualaikum dan hye reader semua 😍

Eza join lagi Giveaway rakan blogger. Jemput join sekali. Syarat pun mudah je. Apa tunggu lagi, klik je banner bawah ni okay. 

Till then,

Terima kasih sudi singgah blog Eza 💕

Read More

Tips Tanaman Buah Tembikai

Thursday, December 10, 2020

 Assalamualaikum semua dan hai pembaca yang baik-baik semuanya. 

Hari ini, Eza nak cerita mengenai tanaman tembikai. Taklah terror mana berkebunnya pun. Baru pertama kali jugak try tanam kat belakang rumah. Masih level beginner. Tambahan tanah belakang rumah pun tak sebesar mana. Maklumlah duduk kawasan perumahan ni tak sama dengan kampung halaman. Harap ada rezeki la nak memiliki sebidang tanah yang luas suatu hari nanti. 

Buah tembikai adalah tanaman pertama yang Eza berminat nak tanam. Sebab selalu beli je timbang kilo. Tambah hari panas-panas, memang sedap makan buah tembikai. Nak dijadikan cerita Eza beli la biji benih yang jenis paket kat kedai yang sepatutnya. 

Eza tanam di tepian pagar. Kita memang dah maklum tumbuhan ini jenis menjalar. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, selesailah aktiviti penanaman biji benih buah tembikai. Mengenai berapa tempoh masa nak tumbuh dan bercambah, jangkaan Eza adalah dalam tempoh seminggu. Eza tak berapa ingat sebenarnya. Biasalah benda tak catat ni, Eza tak berani nak yakin sangat. Risau Eza silap. Risau tertipu orang. Eza tak mau semua tu. Lebih selamat gunalah perkataan jangkaan.

Tips menanam buah tembikai adalah (HAHA terus bagi tips):

  1. Tumbuhan ini suka di permukaan yang berpasir. Korang bubuh la pasir kalau kawasan korang tanah bukit macam area rumah kami ni.
  2. Selalu siram dengan air yang mencukupi. Tambahan pula kalau tanam pada musim kemarau. Pagi sebelum turun kerja siram, petang balik kerja siram lagi. 
  3. Jika ada daun yang kekuningan atas sebab kekurangan kasih sayang petani moden seperti Eza ni, guntingkan sahaja. Bagi yang berdaun hijau hidup lebih subur.
  4. Bagi baja organik seperti baja taik ayam yang "harum semerbak" dan baja buah. 
  5. Cantaslah rumput-rumput yang menjadi saingan tumbuhan ini. Jangan biarkan rumput lagi panjang tau. 
Tak salah kan bagi tips berdasarkan pengalaman sendiri. Mana yang korang nak ikut, ikut je. Eza suka je kongsi benda-benda yang Eza dah pernah lalui ni. 

Pemerhatian mengenai tumbuhan ini:
Tumbuhan ini merupakan salah satu tumbuhan yang senang hidup. Banyak menghasilkan bunga. Bunga bagi tumbuhan ini ada jantan dan betinanya. Bunga betina akan menghasilkan buah, manakala bunga jantan hanya berbunga dan layu. Tetapi perlu diingat, tak semua buah akan menjadi. Ada yang akan terbantut pada saiz yang kecil sahaja. 


Hasil tanaman:
Hasilnya, hanya dua biji buah tembikai sahaja yang berjaya dipetik dan dimakan segar. Alhamdulillah manisnya sedang-sedang. 

Oklah, sekian sahaja perkongsian Eza hari ni. Moga ada manfaatnya. Lain hari lain tanaman lagi ya. Sampai jumpa lagi. 


Read More