7 HARI LAGI, JEMPUT JOIN SEGMEN!

Isnin, Disember 21, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua baik-baik sahaja di hari Isnin yang mulia ini. Terima kasih selalu singgah blog Eza dengan mengukir senyuman yang manis di bibir. Eza seharian ni sibuk dengan mesyuarat projek bangunan baru dari pagi hingga ke petang. Berpinar juga mata sebab lama sangat meetingnya. Namun ku gagahi jua, sebab esok pagi sambung lagi. Hahaha. 

Berbaki 7 hari lagi SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM akan berakhir. Alhamdulillah setakat ini, penyertaan peserta adalah di tahap yang memberangsangkan. Untuk makluman semua pembaca, Eza memang akan kemaskini senarai peserta setiap hari bagi memaklumkan korang yang Eza telah menerima penyertaan korang. Eza juga akan drop komen kat blog korang dengan kata-kata terima kasih atas kesudian menyertai segmen yang Eza anjurkan. 

PERINGATAN,

Terdapat beberapa blogger yang telah published entry penyertaan tetapi tidak menghantar LINK PENYERTAAN di tempat komen LINK SEGMEN INI. Mana yang Eza perasan, Eza akan drop komen untuk hantar link penyertaan. Sayang tau kepada blogger yang dah buat entry, tapi lupa hantar link penyertaan. Oleh itu, para peserta yang dihormati sekalian dijemput untuk menyemak SENARAI PESERTA SEGMEN. 

TAK SABAR!

Tak sabar Eza nak tutup segmen ini dengan jayanya. Tak sabar rasanya hari-hari kira hari, bilalah 27 haribulan ni. Tak sabar nak letak bloglist dah kat sidebar blog. Tak sabar nak terjah blog korang. Eza sekarang ni blogwalking dekat reading list je, mana yang sempat je lah Eza lawati ya. So nanti bila dah letak bloglist senang la sikit Eza tahu update terbaru blog korang. Lebih memudahkan, mengeratkan silaturrahim dan korang pun akan selalu dapat komen dari blogger Eza Boom Boom. Sesiapa yang belum join tu, jemputlah join ya! 

JEMPUTAN JOIN SEGMEN,

Sesiapa yang berminat untuk ikut serta, sila rujuk ENTRY INI untuk mengetahui syarat-syarat dan hadiah yang Eza tawarkan kepada para pemenang.

Setelah entry siap copy link penyertaan anda dan tinggalkan di ruang komen, ENTRY INI. Eza akan drop komen sebagai tanda penyertaan anda telah diambil maklum. Terima kasih yang telah sudi join segmen Eza. Pada yang belum join, masih ada masa lagi ni nak join. Nak tunggu apa lagi, jom lah join sekaki, hihi!

Sekian dulu entry sempoi-sempoi bahasa. Otak kena prepare untuk meeting esok. 😅
Till then. 😍

11 ulasan

  1. Bagus Eza ingatan peserta yang terlupa hantar penyertaan.

    Semoga berjaya para peserta yang terpilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eza taknak usaha mereka sia-sia. Sebab tu, kalau Eza perasan memang Eza akan maklumkan untuk tinggalkan link kat komen. :)

      Padam
  2. yay!! tak sabar nak tgk sidebar nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeah! Eza lagi tak sabar tau. Susah nak blogwalking guna reading list. Huhu.

      Padam
  3. Semoga berjaya dgn segmen yg dianjurkan😊

    BalasPadam
  4. bagus utk sesiapa yg nk mencari followers dan yg berjinak2 nk jd blogger :)

    BalasPadam
  5. Happy blogging, Eza. Wah, dah add page About Me dan Disclaimer. Nak apply adsense ye. :)

    BalasPadam
  6. Semoga terus meriah segmen Eza anjurkan ni :)

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.