Tuesday, December 22, 2020

About Me: The Author

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman. 

Mari mengenali pemilik blog ini yang menggunakan nama penanya sebagai Eza Boom Boom. Berusia 29 tahun pada tahun 2020. Berasal dari Utara Bumi Kenyalang, Sarawak. Mempunyai hobi membaca dan menanam sayuran di kebun belakang rumah. 

Menceburkan diri dalam dunia blogging bermula November 2020 sehingga kini. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan yang lebih santai dan bukan fiksyen. Blog ini lebih cenderung menceritakan mengenai gaya hidup penulis (lifestlye blogger) yang merangkumi pelbagai sudut kehidupan seperti motivasi, tips tanaman, tips blogging, pengalaman peribadi, ulasan-ulasan produk yang telah digunakan dan sebagainya. 

Dari aspek pendidikan, Eza Boom Boom memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Kelas Pertama. Beliau merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan aktif beliau pada zaman persekolahan tertumpu kepada pengucapan awam termasuklah bahas, syarahan agama dan pantun.

Kini, beliau sedang bertugas di sektor awam. Beliau merupakan part-time blogger yang mengisi masa lapangnya dengan menghasilkan sesebuah entry yang mencukupi syarat yang ditetapkannya sendiri iaitu informasi, menarik, infografik, penggunaan bahasa yang baik dan karya yang asli. 

Harapan beliau agar bakat penulisannya akan berkembang ke tahap yang lebih baik seterusnya mencapai impian sebagai seorang blogger yang berjaya suatu hari nanti. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dalam kalangan penulis wanita Sarawak yang bakal menghasilkan sebuah buku pada tahun 2021. 

Sebarang pertanyaan lanjut mahupun kolaborasi review (ulasan produk), advertisement (iklan) dan advertorial, boleh hubungi Eza Boom Boom di alamat email ini ezaboomboom@gmail.com.

Kepada Allah yang selalu memberi ILHAM, alhamdulillah. 😍

Selamat maju jaya dan terus berjaya, Eza Boom Boom! Sekian, terima kasih. 

No comments:

TUAIAN MENJADI