Bakat dan Minat : REZEKI

Wednesday, December 16, 2020

Assalamualaikum guys. Hai readers. Terima kasih sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Hari ini hari rabu, hari-hari Eza cuba update new entry. Moga konsisten hendaknya. 😉

Bakat dan minat adalah dua perkara yang berbeza. Bakat ditafsirkan sebagai kebolehan semula jadi. Sebagai contoh, bakat dalam bidang seni lakonan ataupun nyanyian. Termasuklah penulisan. Manakala, minat adalah kecenderungan untuk belajar sesuatu perkara dengan penuh kegigihan. Oleh sebab itu, bila bakat dan minat itu ada dalam diri individu ianya adalah perkara yang letopss! Da ba boom! The best combination!

Sering kali, kejayaan diukur dari segi pencapaian akademik. Tingginya markah yang diperolehi. Tebalnya sijil pengiktirafan dari banyak pihak. Namun, tidak semua daripada kita dikurniakan kepandaian yang begitu terserlah tanpa usaha yang jitu dan berterusan. Kelebihan setiap individu adalah berbeza dan tidak dapat disamakan. Kau mungkin bagus dalam matematik, aku pulak handal dalam pertukangan kayu yang melibatkan kemahiran. 

Menyentuh mengenai minat pula, sesuatu minat dalam satu bidang tidak bermakna kita berbakat untuk bidang tersebut. Minat kita mungkin dalam penulisan, tapi bakat kita belum ada ataupun bahasa lembutnya belum diasah. Oleh itu, bagi menguatkan minat seiring dengan bakat, proses pembelajaran perlu diteruskan. Tidak kira apapun sumbernya. Buku, pemerhatian, youtube, orang berpengalaman, latihan dan sebagainya. Belajarlah untuk mengasah bakat dengan lebih tajam, kerana minat akan semakin mekar apabila terdapatnya progress yang positif. 💙💚💛

Nak dijadikan cerita.. 

Alhamdulillah, keputusan Pertandingan Mencipta Pantun bertemakan COVID-19 anjuran kementerian telah diumumkan secara rasmi dan Eza mewakili jabatan. Eza mendapat hadiah saguhati iaitu berbentuk wang tunai RM50 dan sijil penyertaan. Walaupun hanya memenangi saguhati, Eza tak tahu kenapa Eza happy sangat sebab 'menang'. Haha! Rezeki, alhamdulillah. Maka, pada tarikh 15 Disember 2020 iaitu semalamlah keputusan rasmi telah diumumkan tepat jam 4.00 petang. Bagi tepukan sikit...😂😂👏👏👏

Sebenarnya dari sekolah dah Eza ikut pertandingan pantun ni sebab minat. Minat saja-saja, tak perlu pengaruh rakan sebaya. Jenis lone ranger, ku redah sahaja liku-liku itu bersendirian. Masa sekolah memang cikgu bagi latihan bertubi-tubi sebelum masuk pertandingan tidak kira peringkat kelas, peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat bahagian barulah peringkat negeri. Latihan cipta pantun dalam masa 1 minit. Lebih satu minit kira gagal ya. 

Kena banyak membaca sebab hikmahnya akan senang nak cari pembayang pantun. Bakat takda lagi masa itu. Tapi itulah tu. Minat sangat pantun. Akhirnya, tahun ini ikut pertandingan pulak. Dapat saguhati. Mana tak happy! Juri penilai pun dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Rasa macam naik satu level. Dulu tahap peringkat negeri sahaja masa sekolah. Sekarang upgrade sikit peringkat kementerian. Tuntasnya, itu pencapaian terbaik peribadi Eza setakat ini dalam bidang pantun.  

Ok, itu je lah nak kongsi. Rasa bersyukur sangat 😍😍😍.

Hari ni busy ke sana ke sini. Harap semua urusan dipermudahkan. Jemputan hadir function orang ni best sebab ada jalan-jalan keluar pejabat selain lunch hour. Hihi!😝

Till then ya. 

20 comments

  1. klu org tu minat benda yg dia berbakat, mmg bonus utk org tu kan ! Tahniah Eza dapat hadiah saguhati !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bonus dan untunglah orang tu kan.. Hihi! Terima kasih Atie!

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih Perdu Cinta!

      Delete
  3. Alhamdulillah. Penting rasa syukur walaupun dapat saguhati. Insya Allah nanti menang hadiah utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Eza amiinkan menang hadiah utama tu. Hihi!Terima kasih NA!

      Delete
  4. Wah! RM50! Apa lagi? Open table lah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Open table gula-gula je boleh ni uncle! :P

      Delete
  5. Cuya pun minat sangat dengan pantun..kalau siapa dah biasa dengan blog Cuya dari dulu..
    nampak la minat Cuya ke arah situ..heheh

    boleh geng r ni >_<

    ReplyDelete
  6. laa, mana pantun yg menang tuuh? hehehe tahniah., wak fail la bab pantun nih

    terbang tinggi burung merpati;
    terbang hinggap kat aerial tv;
    kalo blogger komen kat blog kita tiap2 hari;
    tu maknanya murah rezeki., hehehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah Eza. Setuju bab minat dan bakat seiring tu perlu teruskan pembelajaran :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah eza! Zaman sekolah dulu pun saya minat pantun jugak. Contoh perkara saya minat tapi takde bakat adalah bola sepak. Haha. So pandai tengok je. Suruh main memang ke laut

    ReplyDelete
  9. setuju. sijil tebal dlm akademik, ada rezekinya.
    bakat & minat pun salah satu punca rezeki.
    kalau ada keduanya, lebih la luas pintu rezeki.

    tahniah eza. tak mudah berpantun. kena ada idea yg indah :)
    yes. byk membaca tu kuncinya.
    aida tabik spring pada org sastera yg boleh hasilkan naskhah yg indah.
    pantun. syair. sajak. tu la dia budaya kita melayu yg mesti dipupuk, kan :)
    tahniah dari aida sekali lagi :)

    ReplyDelete
  10. Walaupun saguhati tetap 'menang' kan?? Bukan senang nak mencipta karya-karya ni. Perah otak itu satu keperluan untuk dapatkan ilham

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.