CUTI KRISMAS, BLOG PUN CUTI..

Sabtu, Disember 26, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Semalam rasanya mood bercuti Eza amat tinggi ya. Rajin blogwalking je ke blog rakan-rakan yang ada kat reading list. Lepas tu, nak kemaskan blog. Jadi kena search tutorial yang sesuai digunakan. Banyak benda pulak tak reti. New interface ni ada yang tak boleh guna tutorial yang blogger dulu-dulu buat. So, sebab macam helpless Eza biarkan je la. Bukan tak gigih, gigih tu yang akan datang kemudian. Boleh kan gitu? Hihik. 

Mengenai perayaan Krismas, Eza sempat beraya pada malam 24 haribulan tu dekat rumah rakan sekerja yang baik dengan kami dua suami isteri. Ukhuwah yang baik perlu dikekalkan. Salah faham perlu dihindari. Sebab hidup ini untuk bahagia dan membahagiakan. Tak lama mana pun mereka pun perlu pergi ke gereja dan kami pun ada perkara lain yang perlu diuruskan. Done ngabang raya Krismas bagi tahun 2020. Ngabang dalam dialek Sarawak adalah aktiviti menziarahi ataupun berkunjung ke rumah.

Haa, semalam jugak Eza ada buat kek. Bancuhan kek yang memang ada dalam paket box beli kat Mall. Cuma tambah butter, air dan telur. Tak perlu Eza mention brand apa ye, sebab apa sebabnya tak jadi. Memang boleh dapat makan. Tapi, tak melepasi piawaian standard Eza sendiri. Hmmm, hambar dan gagal. Excited nak buat kek sebab oven yang dibeli di shopee belum digunakan sejak beli bulan puasa yang lepas. Masa beli tu semangat berkobar-kobar, konon nak buat biskut dan kek sendiri masa raya. Non-hado, kita main tunjuk je kek tu semua. Siap order dari Bintulu lagi dekat kawan sama SBP Eza dulu. So, semalam tu sempurnalah majlis perasmian oven Eza ya. Perasmian bagai, ye kena guna perkataan rasmi kan baru first time pakai oven tu. Hihik. 

Husband balik dari offshore, dia merasalah jugak kek tu. Dia cakap, "Cecah dengan teh panas sedap tok mami...". Ye lah tu. Jaga hati isteri nampak. Haha. Pagi ni, sambunglah ya menu kek sponge tak menjadik untuk sarapan. Memang sedia dengan set teh panas. 

Itu sahajalah cerita pagi Sabtu. Happy weekend!

Till then. 

17 ulasan

  1. Kmk baru jak abiskan novel 'Suri Hati Sementara'.. dlm novel ya madah mun nk belajar baking kek pertama yg harus dipolah ialah kek coklat.. hahaha.. ktk polah kek apa tek?

    mun kitak xmok gagal paling senang polah kek main kukus jak... kmk pn masih failed mun molah kek tunok... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHAHA! Kek sponge vanilla jak kmk molah ya tek. Ok pastok molah kek kukus jak laaa. Terbaik cadangan ktk ya.. Tetak kmk bacanya. Haha.

      Padam
  2. Happy long weekend Eza. ala hambar ke kejadian kek tu. Takpe, yang penting cuba dan ada orang yang menjaga hati :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi Eza je kot hambar. Husband relax je makan kek tu Fiza. Hahaha. Tinggal separuh kek lagi. Hari ni la nak habiskan. Hihi.

      Padam
  3. selamat bercuti panjang hujung mingu ye.. 😅😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wak.. Selamat berhujung minggu jugak. Hihi.

      Padam
  4. Hehe.. takpe Eza, sendiri makan kek. Yang penting, ada usaha tu, untuk buat kek.

    BalasPadam
  5. aida pernah jugak beli tepung kek segera.
    just tambah few ingredients yg lain.
    jadik ke? hmmmm sama la dgn eza, tak capai piawaian :(

    tu la tu. nak kena buat from scratch juga ekk kek ni.
    baru kena dgn tekak.

    BalasPadam
  6. Saya pun tak pandai baking. Buat kek ke cookies tak pernah jadi. Huhu. Blog saya pun bercuti ni, tak berupdate. Blogwalking je

    BalasPadam
  7. Kalau tepung kek segera berjenama ni tak pernah beli lagi. Tapi pernah guna tepung kek segera dari kedai bahan bakeri. Pada Cik TK kira bolehlah, menjadi.

    BalasPadam
  8. kalau rasa ok mesti ok je eza. mama ni pun fail juga bab kek2 ni sebab tu nak selamat selalu buat kek coklat sebab confirm sedap muehaha

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.