HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM

Ahad, Disember 20, 2020

Assalamualalaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Apa aktiviti korang seharian di hujung minggu ya? Mesti berehat bersama seisi keluarga bukan. Memang kebiasaannya begitu. Setelah penat membanting tulang dari Isnin sampai Jumaat. Mencari rezeki untuk keluarga, mana ada kerja yang senang kecuali curik tulang!

Yesterday, Eza ada program yang perlu dihadiri. Satu pagi dan satu lagi sebelah petang. Pagi Eza guna baju bertema merah, petang guna baju tema biru. By the way, kalau korang ada baca komen Eza kat blog korang dan perhati jam dalam 4.30 ke 5.00 pagi tu memang Eza ya. Bukan orang lain. HAHA. Awal Eza bangun setiap hari. Dah terbiasa kot mata ni. Time tu jugak la Eza buat draft post untuk new entry. Aman damai ya suasana pada hening-hening pagi. Husband Eza cakap kalau kita awal bangun, masa yang kita ada sehari tu lebih banyak untuk diluangkan kepada aktiviti yang bermanfaat. Lepas kahwin begitulah ya, dah jadi habit awal bangun di pagi hari. Sekian cerita part tu. HAHA. Hashtag #readersperlutahu 

So, selepas selesai program kedua Eza teruslah meneruskan perjalanan ke Mall untuk beli hadiah istimewa untuk husband tercinta. Of course lah dia ikut sekali pergi Mall 😆. Lama dah menabung untuk beli hadiah dia ni. Bukan apa, effort kena ada kan. Nak bagi orang hadiah ada syaratnya jugak tau. Pertama, kena bagi apa yang terbaik di mata kita. Kedua, bagi dengan seikhlas hati. Jika dua syarat ni ada, you're at the right track!



Ok, nak dijadikan cerita tajuk di atas adalah hadiah beliau. Betul, XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Sebuah handphone baharu yang dibeli cash. Tak suka nak hutang kalau beli phone. Sebab tu pilih dan beli handphone dengan harga yang affordable. Husband dah latih untuk beli apa-apa aset/barangan di bawah RM10k, kami kena kumpul duit month by month, berjimat cermat amalan mulia. 

Untuk entry ini, Eza ceritakan serba sedikit spesifikasi handphone XIOMI POCO X3 NFC. Untuk review penuh, Eza akan post new entry selepas penggunaan sebulan. Kelebihan dan kekurangan (jika ada). 


Dengan harga RM1099. Telefon bimbit jenama XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM yang dilancarkan pada 8 september 2020 memiliki kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.

  • Saiz skrin - 6.67" (inches). Maksudnya skrinnya cukup luas ya, saujana mata memandang. 
  • Camera - 64MP (wide). Handphone ni for sure takda masalah mengenai camera. Cantik je gambar-gambar yang diambil. Sharpness, low light. Great!
  • 6GB RAM - Snapdragon 732G. 6GB RAM ini mencukupi untuk bertindak pantas. Jadi taklah lag or loading je memanjang. Lagipun snapdragon tu memang sesuai dengan individu kaki games macam husband Eza ni. Contohnya, bagi permainan MOBILE LEGEND. Dia cakap TAKDA MASALAH dan running smooth!
  • Battery - Li-Po 5160mAH (non-removable) dengan adanya fast charging 33W melalui USB-C. Penggunaan yang lama dan cas yang cepat. Ini yang diperlukan ya dalam sesebuah handphone tuan-tuan dan puan-puan. Renyah juga nak cas handphone memanjang, bawa powerbank. So, this one adalah spec yang eza titikberatkan jugak sebelum buat pembelian.
  • Storage - 128 GB. Bolehlah simpan gambar-gambar dan fail-fail kerja. Tak perlulah husband delete everyday benda yang tak penting dalam phone dia seperti sebelum ni. Tapi, whatsapp dari orang yang merapu dan merepek kena delete la. Sakit mata dan sakit hati. HAHA! Oh dude, your message is deserved to be deleted. 
  • Infrared port - YES. Oh yeah, bagi spec ni memang husband suka sangat. Dengan adanya infrared port ini anda boleh mengawal peralatan elektrik seperti televisyen, penghawa dingin, kipas dan termasuklah peralatan berkaitan jenama Xiomi dengan menggunakan phone ini saja. So dia senang nak control on off air con, on off televisyen. Mudah sangat!
So secara kesimpulannya, phone ni dalam kategori worth buying ya. Kami pun hanya golongan rakyat kategori marhaen sahaja dan pemilihan telefon adalah mengikut kemampuan kami. So, post ini adalah pandangan dan ulasan peribadi Eza dan suami setelah memiliki phone tersebut. Benda yang kita dah miliki, baru dapat review kan. 

Sekian dulu, cerita hari ni. Esok cerita lain pulak ya. 
Till then, kesayangan semua. 

23 ulasan

  1. Zaman sekarang memang storage size amat penting kan. Mesti happy husband Eza dapat hadiah dari isteri tersayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Storage memang amat penting. Alhamdulillah, happy dia :)

      Padam
  2. Seronoknya dapat hadiahkan orang tersayang semething dengan hasil menabung. Best gak handphone xiomi poco x3 ada ram dan rom. saiz besar gak tu storage dia. kamera ada lowlight dan sharp memang best. Harga pun masih mampu milik. Memang worth buying lah Eza :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebab husband nak sangat handphone ni.. So, kira Eza hadiahkan apa yang dia nak la. Syukur, rezeki dia.

      Padam
    2. Alhamdulillah. Tambah happy bila kita belikan barang yang dia nak sangat :)

      Padam
  3. Wah :)
    bertuahnya encik suami dapat hadiah mcm ni dari isteri tercinta.

    betul apa kata suami eza..bila bgun awal kita punya byk masa utk buat perkara bermanfaat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sampai tak terjawab pulak dia selalu sangat ucap terima kasih. :)

      Padam
  4. Memang betul tulis blog awal-awal di keheningan pagi adalah seronok.
    Selalu terbangun awal sebelum Subuh.
    Alhamdulillah suami Eza suka hadiah diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa betul part terbangun sebelum subuh tu. Banyaknya benda dapat buat, sedia sarapan, iron baju, mengaji..

      Padam
  5. wahhh... happy belated birthday hubby eza... program di hotel ne tek sabtu ya? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan hadiah birthday la. HAHA. Hadiah saja-saja bini nak berik suprise. Sikda ke hotel function ya. Lamak dah eh sikda function di hotel tok. :P

      Padam
  6. Betul la tu. Kalau bangun awal,boleh siapkan banyak benda. Rezeki pun lagi murah orang tua-tua kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, semoga semakin murah merezeki. Amiin YRA :)

      Padam
  7. wah, untungnya suami Eza, dapat hadiah handphone dari isteri tersayang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Eza yang untung sebab dapat husband sebaik dia :)

      Padam
  8. untungla husband dpt hadiah henpon baharu tuuu., ;p

    BalasPadam
  9. Hehe bangun awal boleh buat macam2. Kadang pun Cik TK ada tinggal jejak kat blog orang jam 2 ke 3 pagi gitu. Tapi itu bukan bangun awal. Itu belum tidur lagi. Yang bangun awal tu masa jam 5 ke 6 ke 7 pagi gituuuu...

    Alhamdulillah encik suami suka hadiah yang eza beri. Memang Cik TK sendiri pun pernah survey Poco X3 NFC ni, survey Xiaomi Note 9S juga. Tapi Cik TK tunggu dulu. Tunggu fon yang sekarang ni betul2 rosak dulu baru beli baru. Sayang fon yang sekarang ni. 3 tahun dah usia dia.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.