Assalamualaikum semua. Salam sejahtera warga pembaca sekalian. Hari ini hari pertama bulan Disember. Tinggal 30 hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2021. Tahun yang mempunyai seribu satu cerita yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Menyentuh mengenai nilai HORMAT. Kami suami isteri bertugas dalam satu jabatan yang sama tetapi berlainan unit. Jadi, hal-hal kerja yang melibatkan kedua belah pihak senang sampai ke telinga masing-masing. Urusan kerja perlu dilaksanakan dengan professional dan sedaya upaya tidak melibatkan emosi yang berlebihan.
One day, husband said to me.. "Saya respect dengan cara awak bekerja. Even masih baru dalam perkhidmatan (almost 5 years), tapi cara awak bekerja boleh dijadikan contoh. Tak curi tulang dan sebagainya. Saya percaya bila awak ada rezeki naik pangkat nanti, awak akan jadi ketua yang baik." 😭😭 (Masa dengar ini Eza cool je, dalam hati sebaknya)
Sebenarnya, kata-kata husband itu amat menyentuh hati Eza. Dia nampak macam tak kisah pun tetapi seorang yang memerhati. Perasaan terharu macam menang anugerah. Sebak pun ada. Bagusnya penilaiannya di mata yang tersayang, semoga begitu juga di mata Tuhan. Selama ini, memang cakap kat diri sendiri "whatever you do, do the best you can do!" 😃
Apa yang Eza nak sampaikan sebenarnya, tak kira kita baru masuk kerja atau sudah bergelar senior buatlah sesuatu dengan terbaik. Walaupun mungkin tidak terbaik untuk orang lain, memadai terbaik untuk diri sendiri. Sampai satu masa, kita rasa bahagia dengan pekerjaan yang kita lakukan.
Hormat ini mahal harganya. Tak semestinya kita pangkat tinggi orang akan hormat kita. Orang tak akan pandang pangkat pun kalau awak kerja aniaya orang, teriak orang sana sini. Jaga etika bekerja semasa di tempat kerja. Hal kerja, kerja. Hal peribadi tolak tepi, bawaklah hal peribadi tu dekat tepi laut semasa bersantai bersama keluarga.
Secara jujurnya, Eza sangat respect dengan orang bersungguh kerja. Bukan depan je baik, rajin dan segala sifat positif ditonjolkan secara jelas. Tetapi, jadilah diri sendiri. Semampunya awak, seadanya awak. Jadilah diri awak yang sebenar. Sebabnya, kalau lakonan semata-mata, takut awak penat dengan lakonan sendiri.
Pekerjaan yang baik adalah rezeki yang berkat. Buatlah dengan seikhlas hati. Gaji kecil tidak mengapa, yang penting mencukupi untuk keluarga. Bila gaji besar pula pastikan sumbernya dari yang halal sahaja dan tiada ketirisan di mana-mana.
Menghormati dan dihormati adalah perkataan yang berbeza. Raihlah nilai hormat dengan amanah serta rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, unit, jabatan, dan organisasi.
Sekian dulu dari Eza 💕.
Ada flu sikit, semoga disegerakan kesembuhan.
Wassalam.
salam singgah
BalasPadamAlhamdulillah. penghargaan yang juga mahal tu dari orang yang tersayang. Ye eza, bekerja tu biarlah bersungguh sungguh dan jujur amanah. Naik pun atas usaha sendiri :) Bila dah berpangkat tinggi pun jangan pernah hilang hormat pada pekerja bawahan tak kira umur.
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga bertambah semangat Eza untuk bekerja lebih baik. :)
BalasPadamSusah nak jumpa orang yang bagi kredit kat kita. Selalunya, bila kita dah tak ada, baru orang terhegeh-hegeh nak kenang jasa kita.
dalam bidang pekerjaan ni, kena buat yang terbaik..bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri juga...
BalasPadamsetuju dengan EZa. Pekerjaan yang terbaik adalah rezeki yang berkat :-)
BalasPadamSemoga kita semua dideraskn rezeki yang halal dan berkat.
betul.. agreed wit u.
BalasPadamp/s follow u back. salam perkenalan juga ^^
jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
BalasPadamJujur menjalankan amanah. Makin semangat bekerja berkat sokongan orang tersayang.
BalasPadamAssalamualaikum Eza.. Kalau ada nak tanya apa2 pasal blog bole DM sy kat insta @ciknurul23 td Eza ada tanya pasal domain kan.. Semoga d'permudahkan urusan dunia akhirat..
BalasPadamSetuju sangat Eza... seniority tidak bermakna boleh buat sesuka-hati... ini termasuklah dari segi jawatan dan umur... kadangkala, yang lebih muda menjadi pegawai atasan, tapi sukar mendapat sokongan dan kerjasama dek kerana senior dok kumpul ahli pasukan untuk mengedownkan sang pegawai... takpelah... Allah kan ada... yang penting, kita bekerja seikhlas hari kerana Allah... biarpun dikeji, dicerca, tak direspect, tetaplah jalankan tanggungajawab yang telah diamanahkan sebaik-baiknya... #curhat #respect
BalasPadamlama sgt kakmim x baca entri blog yg mcm eza buat ni... cara penulisan blogger dulu² ni... keep it up eza.. hv a nice weekend
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamSemoga jadi pekerja yang boleh dijadikan contoh teladan
Tidak kira kita bekerja sebagai apa pun, kita di atas atau pun di bawah kita haruslah sentiasa buat yang terbaik! Lakukan kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
BalasPadam