Tips Tanaman Buah Tembikai

Khamis, Disember 10, 2020

 Assalamualaikum semua dan hai pembaca yang baik-baik semuanya. 

Hari ini, Eza nak cerita mengenai tanaman tembikai. Taklah terror mana berkebunnya pun. Baru pertama kali jugak try tanam kat belakang rumah. Masih level beginner. Tambahan tanah belakang rumah pun tak sebesar mana. Maklumlah duduk kawasan perumahan ni tak sama dengan kampung halaman. Harap ada rezeki la nak memiliki sebidang tanah yang luas suatu hari nanti. 

Buah tembikai adalah tanaman pertama yang Eza berminat nak tanam. Sebab selalu beli je timbang kilo. Tambah hari panas-panas, memang sedap makan buah tembikai. Nak dijadikan cerita Eza beli la biji benih yang jenis paket kat kedai yang sepatutnya. 

Eza tanam di tepian pagar. Kita memang dah maklum tumbuhan ini jenis menjalar. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, selesailah aktiviti penanaman biji benih buah tembikai. Mengenai berapa tempoh masa nak tumbuh dan bercambah, jangkaan Eza adalah dalam tempoh seminggu. Eza tak berapa ingat sebenarnya. Biasalah benda tak catat ni, Eza tak berani nak yakin sangat. Risau Eza silap. Risau tertipu orang. Eza tak mau semua tu. Lebih selamat gunalah perkataan jangkaan.

Tips menanam buah tembikai adalah (HAHA terus bagi tips):

  1. Tumbuhan ini suka di permukaan yang berpasir. Korang bubuh la pasir kalau kawasan korang tanah bukit macam area rumah kami ni.
  2. Selalu siram dengan air yang mencukupi. Tambahan pula kalau tanam pada musim kemarau. Pagi sebelum turun kerja siram, petang balik kerja siram lagi. 
  3. Jika ada daun yang kekuningan atas sebab kekurangan kasih sayang petani moden seperti Eza ni, guntingkan sahaja. Bagi yang berdaun hijau hidup lebih subur.
  4. Bagi baja organik seperti baja taik ayam yang "harum semerbak" dan baja buah. 
  5. Cantaslah rumput-rumput yang menjadi saingan tumbuhan ini. Jangan biarkan rumput lagi panjang tau. 
Tak salah kan bagi tips berdasarkan pengalaman sendiri. Mana yang korang nak ikut, ikut je. Eza suka je kongsi benda-benda yang Eza dah pernah lalui ni. 

Pemerhatian mengenai tumbuhan ini:
Tumbuhan ini merupakan salah satu tumbuhan yang senang hidup. Banyak menghasilkan bunga. Bunga bagi tumbuhan ini ada jantan dan betinanya. Bunga betina akan menghasilkan buah, manakala bunga jantan hanya berbunga dan layu. Tetapi perlu diingat, tak semua buah akan menjadi. Ada yang akan terbantut pada saiz yang kecil sahaja. 


Hasil tanaman:
Hasilnya, hanya dua biji buah tembikai sahaja yang berjaya dipetik dan dimakan segar. Alhamdulillah manisnya sedang-sedang. 

Oklah, sekian sahaja perkongsian Eza hari ni. Moga ada manfaatnya. Lain hari lain tanaman lagi ya. Sampai jumpa lagi. 


14 ulasan

  1. Alhamdulillah
    hasil berbudi kepada tanah

    BalasPadam
  2. Wah cepat juga berbuah. Alhamdulillah 2 biji pun jenuh juga habiskan seorang.

    BalasPadam
  3. Yah... rajin bertanam... best dpt mkn buah tanam dikpun ooo

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah.. dapat 2 biji, nanti bakal ada lagi tu

    BalasPadam
  5. Wah! nampak subur buah tembikai tu.
    Tangan Mrs. A nih kurang sesuai bercucuk tanam selalu tanam tak menjadi

    BalasPadam
  6. wahh alhamdulillah..sedap tuu btw hai sis saja singgah,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html

    BalasPadam
  7. Ini tangan sejuk ni... semua menjadi.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Sejuk tangan Eza. Saya dulu pernah tanam tembikai, tapi tak berbuah pun, takat berbunga je.

    BalasPadam
  9. Wah bestnya bila tanaman menjadi!! Tembikai ni tengah2 panas buat jus best kan!!!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah menjadi hasil tanaman Eza. Bukan kaleng kaleng tanam tembikai ni. Hebat betul!

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.