KEINDAHAN PANTAI MENDAMAIKAN HATI

Wednesday, December 23, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman 😀. 

Alhamdulillah, kurang lebih dua tahun dah menetap dan bekerja di mana tempat Eza menjalani kehidupan sekarang. Dekat bandar ni, ada pantai. Tak seperti tempat asal Eza yang hanya ada sungai-sungai untuk dipandang bila hati gundah gulana. 

Bunyi deruan ombak bagi Eza adalah satu terapi ketenangan. Cantiknya ciptaan Allah. Semuanya sempurna pada tempatnya. MasyaAllah. Angin sepoi-sepoi bahasa menggambit hati yang keresahan. Bila rasa ingin menangis, pantai jugalah tempat dituju (sejadah tidak dilupakan). Melihat ombak datang dan pergi. Seperti memberi makna masalah dalam kehidupan pun begitu, datang dan pergi. Ada masanya, ombak yang datang besar dan tinggi. Risau bagaimanalah nasib para nelayan yang tengah mencari rezeki di lautan. Bertempur dengan ombak bukanlah perkara mudah. Sempat Eza titipkan doa mudahan selamat semua mereka pulang ke pangkuan keluarga membawa hasil tangkapan pada hari tersebut. 😇


Animated Photo kat atas ni merupakan hasil video yang kemudiannya Eza save dalam format GIF. Eza ambik video ini selepas aktiviti gotong royong bertiga dengan seorang lagi sahabat suami untuk membersihkan kawasan tempat letak perahu (Parking perauk padah orang Sarawak). Selesai kerja pembersihan melibatkan pemotongan rumput dan pencucian perahu yang hanya digunakan empat kali sahaja tahun ini, kami berdua menuju ke pantai tersebut. Jarak dengan berjalan kaki hanya dalam kira-kira 50 langkah. Dari pagi hingga berganjak tengahari akhirnya semua kerja tersebut selesai. Best jugak aktiviti macam ni, bantu suami. Bukan bantu sangat pun, lebih kepada teman suami. Ambil gambar, ambil video. Selain bantu sapu-sapu rumput sikit, sedia air minuman dan start enjin mesin rumput. Eza okay je lah start mesin rumput tu. Berkali-kali juga baru hidup enjin. HAHA. Paling penting, never ever give up. Buat je lah sampai jadi 😂!

Ok, gambar di atas merupakan percubaan Tutorial: How To Add Animated Photo Into Blog Entry. Terima kasih Blogger Wak Lat atas perkongsian tutorial atas pertanyaan Eza sendiri di ruangan komen entry beliau. Hasilnya, Eza berjaya! Alhamdulillah. Jika ada sesiapa yang berminat, dipersilakan untuk tekan link di atas untuk ke blog beliau ya. 

Sebenarnya, nak cerita pasal animated photo je. Tapi banyak pulak idea lain yang berkaitan. Moga ada manfaatnya. Sekarang ni masih musim tengkujuh. Janganlah pergi ke persisiran pantai ya. Bahaya jika angin kuat dan ombak besar. Jaga keselamatan diri sendiri ya!

Esok Eza masih kerja sampai 31 Disember. Korang yang dah cuti tu, Eza ucapkan selamat bercuti bersama keluarga tercinta. Jangan fikir hal kerja dah kecuali diperlukan 😆. Enjoy your holiday cikeboom cikeboom saudara saudari semua. 

Till then. 💕💕

21 comments

  1. seronoknya..boleh jalan-jalan tepi pantai..stress reliever..

    saya pun kena kerja sampai 31/12..takleh ambik cuti..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, best berjalan tepi pantai. Tenang sangat jiwa raga.

      #kitagengtakcutihujungtahun.

      Hihi, sep sikit! :)

      Delete
  2. saya suka juga lepak pantai tapi kalau mandi2 tu kureng sikit..
    unless pegi pulau2 jalan2 tu. saja2 rimas.. duduk tepi pantai lepak2 tu sukaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eza pun sama, nak mandi-mandi segan. Dah la Eza tak tau berenang. Suka tengok pemandangan je sambil nak rasa angin pantai.

      Delete
    2. kalau pegi pantai.. walaupun rasa xnk main air mesti jugak bwk at least seluar ganti. bukan blh.. kadng gatai rasa nk p celup kaki hehe..

      Delete
  3. Bestnya dapat ke pantai menikmati ombak debush debush 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ombak debush debush tu best kalau dia kena kaki masa berdiri kat pantai tu.. Hihi :)

      Delete
  4. tak cuti juga :( ayuh la kita sama2 bekerja hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh! Kerja masa ramai yang cuti ni rasa panjang masa. Sebab sunyi je office.

      Delete
  5. oh.. dh try tutorial dr wak... good²
    cmne nk save video tek ke format gif?
    ajarin lok.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakmim kmk convert video to gif online jak. Lepas ya download. Kedak ya jak. Sik tauk la mun ada apps tertentu. Haha. Maklumlah ya jak cara dapat difikir kmk tek.

      Delete
  6. Oh? Boleh eh jadikan gif? Uncle ni buta teknologi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes uncle! Video to gif. Benda baru jugak bagi Eza :)

      Delete
  7. Shida hari ni masih bekerja, cuma cuti sehari je jumaat..sabtu ahad smbg kerja seperti biasa :)

    duduk depan deruan ombak mmg mendamaikan eza..lg2 ade pula angin sepoi sepoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti sehari Shida. Chayo chayo! :)

      Jom pergi pantai Shida!

      Delete
  8. hehehe.. beejaya jugak eek buat gambar gerak2 gituuuu.. well done cik eza kebaboom 😅😅😅

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka dengan keindahan pantai. Bagus membersihkan kawasan pantai tu Eza. Wahh menjadi sudah style wak tu.

    ReplyDelete
  10. Tahniah, Eza ye, dah boleh buat animated photo. Bagusnya, aktiviti gotong royong bersih kawasan.

    ReplyDelete
  11. Cik TK pernah juga try nak upload gambar gif direct dari desktop tapi tak menjadi pula. tak apa, ada kesempatan nanti Cik TK try lagi. Sebelum ni (zaman dulu-dulu) pernah letak juga sebenarnya tapi guna link. Macam embedded gitu.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.