Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman 😀.
Alhamdulillah, kurang lebih dua tahun dah menetap dan bekerja di mana tempat Eza menjalani kehidupan sekarang. Dekat bandar ni, ada pantai. Tak seperti tempat asal Eza yang hanya ada sungai-sungai untuk dipandang bila hati gundah gulana.
Bunyi deruan ombak bagi Eza adalah satu terapi ketenangan. Cantiknya ciptaan Allah. Semuanya sempurna pada tempatnya. MasyaAllah. Angin sepoi-sepoi bahasa menggambit hati yang keresahan. Bila rasa ingin menangis, pantai jugalah tempat dituju (sejadah tidak dilupakan). Melihat ombak datang dan pergi. Seperti memberi makna masalah dalam kehidupan pun begitu, datang dan pergi. Ada masanya, ombak yang datang besar dan tinggi. Risau bagaimanalah nasib para nelayan yang tengah mencari rezeki di lautan. Bertempur dengan ombak bukanlah perkara mudah. Sempat Eza titipkan doa mudahan selamat semua mereka pulang ke pangkuan keluarga membawa hasil tangkapan pada hari tersebut. 😇
Ok, gambar di atas merupakan percubaan Tutorial: How To Add Animated Photo Into Blog Entry. Terima kasih Blogger Wak Lat atas perkongsian tutorial atas pertanyaan Eza sendiri di ruangan komen entry beliau. Hasilnya, Eza berjaya! Alhamdulillah. Jika ada sesiapa yang berminat, dipersilakan untuk tekan link di atas untuk ke blog beliau ya.
Sebenarnya, nak cerita pasal animated photo je. Tapi banyak pulak idea lain yang berkaitan. Moga ada manfaatnya. Sekarang ni masih musim tengkujuh. Janganlah pergi ke persisiran pantai ya. Bahaya jika angin kuat dan ombak besar. Jaga keselamatan diri sendiri ya!
Till then. 💕💕
seronoknya..boleh jalan-jalan tepi pantai..stress reliever..
BalasPadamsaya pun kena kerja sampai 31/12..takleh ambik cuti..huhu..
Haah, best berjalan tepi pantai. Tenang sangat jiwa raga.
Padam#kitagengtakcutihujungtahun.
Hihi, sep sikit! :)
saya suka juga lepak pantai tapi kalau mandi2 tu kureng sikit..
BalasPadamunless pegi pulau2 jalan2 tu. saja2 rimas.. duduk tepi pantai lepak2 tu sukaaa..
Eza pun sama, nak mandi-mandi segan. Dah la Eza tak tau berenang. Suka tengok pemandangan je sambil nak rasa angin pantai.
Padamkalau pegi pantai.. walaupun rasa xnk main air mesti jugak bwk at least seluar ganti. bukan blh.. kadng gatai rasa nk p celup kaki hehe..
PadamBestnya dapat ke pantai menikmati ombak debush debush 😁
BalasPadamOmbak debush debush tu best kalau dia kena kaki masa berdiri kat pantai tu.. Hihi :)
Padamaduh! rindu nye nak mandi pantai
BalasPadamNi mesti kes lama tak pergi pantai ni :)
Padamtak cuti juga :( ayuh la kita sama2 bekerja hehehe
BalasPadamAyuh! Kerja masa ramai yang cuti ni rasa panjang masa. Sebab sunyi je office.
Padamoh.. dh try tutorial dr wak... good²
BalasPadamcmne nk save video tek ke format gif?
ajarin lok.. hahaha
Kakmim kmk convert video to gif online jak. Lepas ya download. Kedak ya jak. Sik tauk la mun ada apps tertentu. Haha. Maklumlah ya jak cara dapat difikir kmk tek.
PadamOh? Boleh eh jadikan gif? Uncle ni buta teknologi!
BalasPadamYes uncle! Video to gif. Benda baru jugak bagi Eza :)
PadamShida hari ni masih bekerja, cuma cuti sehari je jumaat..sabtu ahad smbg kerja seperti biasa :)
BalasPadamduduk depan deruan ombak mmg mendamaikan eza..lg2 ade pula angin sepoi sepoi
Selamat bercuti sehari Shida. Chayo chayo! :)
PadamJom pergi pantai Shida!
hehehe.. beejaya jugak eek buat gambar gerak2 gituuuu.. well done cik eza kebaboom 😅😅😅
BalasPadamSaya pun suka dengan keindahan pantai. Bagus membersihkan kawasan pantai tu Eza. Wahh menjadi sudah style wak tu.
BalasPadamTahniah, Eza ye, dah boleh buat animated photo. Bagusnya, aktiviti gotong royong bersih kawasan.
BalasPadamCik TK pernah juga try nak upload gambar gif direct dari desktop tapi tak menjadi pula. tak apa, ada kesempatan nanti Cik TK try lagi. Sebelum ni (zaman dulu-dulu) pernah letak juga sebenarnya tapi guna link. Macam embedded gitu.
BalasPadam