Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. 😁😁😁
Apa khabar korang? Dua hari Eza bercuti tak ada post baru. Hari Ahad, sibuk dengan aktiviti keluarga. Macam biasa Isnin Eza memang selalunya agak mencabar dengan urusan kerja ya.
Nak dijadikan cerita, Eza dah tekad sampai pasang niat tau nak blogging sungguh-sungguh supaya one day jadi blogger yang berjaya. Untuk tujuan itu, peralatan seperti laptop contohnya perlulah berada dalam keadaan yang tip top. Untuk pengetahuan semua, laptop ni Eza beli masa masih kerja kontrak dekat sebuah jabatan pada tahun 2014. Abah yang teman beli pada masa itu. Kalau tak silap harga laptop ini tak mahal sangat la sebab gaji time tu gaji harian sahaja. Bawah RM2k. Oleh kerana harganya sedemikian, prestasi pun seperti yang dijangka. Agak lambat nak start semua benda. Nak tunggu loading.. Boleh sidai baju dulu. Laptop masih pusing-pusing loading..
Macam lirik lagu Didi and Friends,
"Tayar bas berpusing-pusing, tayar bas berpusing-pusing, sepanjang hari..... "
Oleh kerana perkara ini sangat menguji kesabaran jiwa raga, so Eza pun upgradelah kepada Solid State Drives (SSD) 2.5" 240GB dengan bayaran termasuk upah perkhidmatan pemasangan adalah RM210. Hasilnya, memang sangat laju ya. Ujian kesabaran Eza itu dengan rasminya berakhir. Dengan duit, boleh settle 😅😅😅.
NAMUN...
Masalah lain pulak yang timbul apabila laptop Eza tak mengeluarkan bunyi langsung 😡😡💣💣. Padahal sebelum hantar ke kedai komputer bukan main Eza layan youtube menyanyi riang. Laptop Eza hanya akan berbunyi apabila disambung dengan wayar speaker, earphone/headphone, bluetooth speaker SAHAJA. So, agak kurang berpuas hatilah perasaanku ini. Dengar pulak kena tambah bayaran kalau nak ganti kabel kecik yang berkemungkinan penyebab faulty. Memang baran ya Eza petang tu ditambah pula angin pun tak begitu baik seiring cuaca asyik nak hujan je menangisi bumi bertemankan angin kencang dan kilat sambung menyambung (Wah kemain kau Eza, main sambung je ayat berbaur emosi dengan cuaca! 😂)
Sekarang ini, Eza dalam proses nak try sound installer (betul ke ni eh?) yang bersesuaian dengan laptop Eza setelah mendapat khidmat nasihat kawan Eza yang bertugas di Unit ICT. HAHA. Dia cakap kena try and error. So, Eza akan try sampai jadik (Mampu ke?). Cara-cara yang ada dekat Google mahupun Youtube untuk pulihkan sound laptop, Eza dah cuba berulang kali. Dan berulang kali itu jugalah GAGAL 💔💔💔.
Eza rasa kalau seminggu ni tak bagus jugak, bayar je lah lagi untuk repair. Rasa tak sempurna pulak laptop ni tanpa suara/bunyi. Please remind diri sendiri ya Eza, "Duit boleh cari". Hasutan betul ya ayat tu. Korang kena faham, ini namanya sesi luahan. HAHA.
Begitulah kisahnya, point Eza sebenarnya ada tiga je:
- Tak semua yang kita rancang tu semuanya akan menjadi. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.
- Nak lajukan laptop, tukar la kepada SSD 2.5" terpulang berapa storage yang korang nak. Eza fikir banyak kali, Eza just perlu dalam 240GB.
- Usahalah dengan apa cara sekalipun, kalau dah penat mencuba baru give up. Hantar je lah laptop ni ke kedai tu semula. Selesai masalah 😅.
Korang yang sentiasa sudi baca blog ini, Eza ucapkan terima kasih daun keladi. 💋💕
Betul itu duit boleh dicari.
BalasPadamSemoga berjaya.
Semoga masalah laptop eza segera diatasi ye.
BalasPadamUncle pon kalau laptop sunyi... boleh stress ooo!
BalasPadamHarap laptop segera sembuh, dan selepas itu terus lancar berblogging hehehhee.
BalasPadamSemoga laptop cepat sembuh.. huhuuuu
BalasPadamni semua salah laptop.. hehehe
BalasPadamlaptop dah okaylah skrg?
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan Eza
Dah boleh keluar sound ke, Eza? Harap semuanya dipermudahkan, dan happy blogging! :)
BalasPadamPoint no.2 tu sangat setuju. Lepas dah tukar SSD problem slow tu settle. Laptop saya pun problem speaker pecah. Laptop lama memang ada je problemnya. Harap selesai masalah Eza tu, kalau dah give up hantar kepada yang pakar terus :)
BalasPadamlaptop sekarang ni ssd jugak tapi storage sikit ja.. problem jgk huhu kdg menyesal jgk pilih laptop skrg ni hmm
BalasPadammacbook aida ni pun ari tu masuk ward.
BalasPadamminta member uruskan beberapa hal.
tak la rosak, tapi ada few things tak function properly.