LIMA (5) Tips Pengurusan Kewangan Di Awal Perkahwinan - PART 1

Jumaat, Disember 18, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Sempena hari Jumaat yang mulia, marilah kita bersama-sama perbanyakkan sedekah terutama kepada ahli keluarga dan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi kaum adam yang ke masjid untuk menyempurnakan Sembahyang Jumaat secara berjemaah, bawalah duit sedekah seikhlas hati untuk disumbangkan kepada tabung masjid berkenaan. Moga kebaikan sekecil ini, besar ganjaran pahalanya.

Berbalik kepada tips pengurusan kewangan di awal perkahwinan. Ini adalah antara isu penting yang sentiasa ke udara dalam setiap rumahtangga di awal usia perkahwinan. Benar, suatu kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Namun, kebanyakan perkara di dunia ini memerlukan duit termasuklah nak guna tandas awam!

Oleh itu, Eza akan kongsikan tips pengurusan kewangan dengan berbekalkan pengalaman sendiri yang baru setahun jagung. Tiada istilah betul ataupun salah dalam perkongsian. Mana yang bermanfaat dan relevan untuk dijadikan panduan, dipersilakan untuk mengikuti lima (5) tips yang berikut:

1. Pembahagian tanggungjawab dalam komitmen bulanan

Situasinya, suami isteri yang bekerjaya. Sehubungan itu, pembahagian tanggungjawab dalam pembayaran bulanan perlu dilaksanakan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Contohnya, suami membayar kewajipan nafkah kepada isteri, ansuran rumah, ansuran kereta, bil air, bil elektrik dan sebagainya. Manakala, isteri pula boleh membantu untuk membayar bil yang lain seperti bil wifi, bayaran bulanan penapis air, petrol/diesel kereta dan keperluan-keperluan lain. Pembahagian ini penting supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Namapun hidup bersama. Susah sama susah, senang sama senang. Seorang suami mempunyai tanggungjawabnya besar untuk menyara keluarga. Manakala, tugas isteri membantu mana yang boleh. Dalam perkara ini, perbincangan dan persetujuan bersama perlu dilakukan sebelum pelaksanaan pembahagian  tanggungjawab. 

2. Pembelian Insurans Perlindungan Diri 

Pada pendapat peribadi kami, insurans adalah penting bagi pasangan yang baharu berkahwin. Tambahan lagi, semasa musim pandemik yang sedang melanda dunia. Selain untuk mendapatkan medical card dan menerima manfaat perlindungan yang dinyata dalam pakej insurans, pembelian insurans ini merupakan antara salah satu cara kami menyimpan duit daripada dibelanjakan tanpa hala tuju. Perkara ini amat kami titikberatkan demi masa hadapan dan tahap kesihatan yang tidak dapat dijangka. Sekurang-kurangnya, kami telah menyediakan payung sebelum hujan. 

3. Penyimpanan duit di Unit Trust

Inipun salah satu cara kami untuk menyimpan duit. Ada penyimpanan secara bulanan dan konsisten. Ada juga penyimpanan sekaligus maksudnya lump sum RM10k dan tunggu duit 'beranak-pinak'. Hasil Unit Trust ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Perjalanan kami masih jauh. Cuma konsepnya, semakin banyak simpanan, semakin banyak pulangan (jumlah keuntungan) yang akan diperolehi. Korang boleh membuat pembacaan sendiri mengenai untungnya menyimpan di Unit Trust. Nak explain terperinci, takut salah explain pulak. Sebab tu, Eza tak recommend mana-mana bank yang lebih bagus dalam entry ini kerana masing-masing ada tawaran mereka sendiri mengikut target pulangan korang. Puluhan ribu, ratusan ribu mahupun mencapai angka jutaan. 

4. Simpanan Sendiri (Manual dan Auto)

Simpanan sendiri ini termasuklah duit syiling yang dikumpul secara harian, simpanan tabung haji, dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting kena menyimpan. Dekat ASB Auto-Labur paling minima adalah RM30. Macam Eza bagitahu tadi, biar sikit jangan takda langsung. Prinsip kami dengan mengutamakan simpanan (saving) ni sebab taknak susahkan ibubapa bila sudah berkeluarga. Belajar berdikari. Bagi Eza, mereka dah cukup berkorban segalanya untuk membesarkan kami dari kecil. Tiba masanya kami pula yang berbakti setia kepada mereka. Oh ya, baru teringat duit syiling dalam tin roti tak kira lagi!

5. Sediakan tabung kecemasan

Kegunaan tabung kecemasan ini bagi menghadapi kejadian yang tidak dapat diramal seperti kereta rosak, kecemasan melibatkan keluarga hingga memerlukan pembelian tiket kapal terbang, bayaran klinik swasta dan sebagainya mengikut situasi semasa. Tabung kecemasan perlu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan disiplin kedua belah pihak. Sekurang-kurang, simpanan lain masih terpelihara dan tidak diganggu dengan adanya tabung ini. 

Cukup lima tips dahulu untuk dikongsikan. Kesemua lima tips tersebut, Eza dan suami telah/sedang laksanakan seawal dua ke tiga bulan usia perkahwinan. Kami masih dalam usaha untuk men-stabil-kan kewangan keluarga kecil kami. Sejujurnya, ini merupakan 100% pengalaman sendiri. 

Ada lima tips lagi yang Eza akan kongsikan pada entry akan datang. Semoga manfaat kepada semua pembaca. Panjang pulak bebels pasal ini. Gigih nak taip panjang-panjang. 

Till then. 💕

18 ulasan

  1. betul ni , beruntung saya baca manatau kawin tahun depan ke 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eza amiinkan ya pasal kawin tahun depan tu. Hihi.

      Padam
  2. terima kasih diatas perkongsian tipsnya.. sangat2 berguna ni.

    BalasPadam
  3. tak kwen lagi tapi agree dgn smua point tu ! hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atie. Perkara pokoknya kena saving. Huhu.

      Padam
  4. ingatkan kereta je ada 'manual dan auto'...

    huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hal duit pun ada manual auto uncle. Yang auto tu kena pantau sebab takut ke deduct 2 kali. Hohoho. Makan ikan bilis dengan nasi panas la jawabnya nanti.

      Padam
  5. Terima kasih untuk perkongsian tips ni Eza. Penting tu komitmen bulanan, tabung emergency dan simpanan. Bagi yang mampu bolehlah ambil insurans dan simpan dalam unit trust macam Eza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fiza. Bila cerita pasal duit ni, susah juga nak manage sebenarnya. Tiga yang paling utama tu Eza setuju sangat.

      Padam
  6. Betul tu, kena bahagi sama rata tanggungjawap. Dulu masa mula kawin, saya kerja, bahagi bil, sama rata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Tanggungjawab suami ni besar. Kita sebagai isteri kena selalu doa suami kita murah rezeki melimpah ruah. :)

      Padam
  7. terima kasih sudah kongsi tips tips nya, sangat bermanfaat. boleh jadi referensi buat saya di masa depan

    BalasPadam
  8. siapa nak invest dalam unit trust, boleh contact ciksun..tibahhhhhh! haha!

    tips yang sangat bagus ni eza, dulu awal2 kawen haa memang buat yang no 1 tu...sekarang da pjj balik, so takde la pembahagian sangat...cuma suami memang tiap bulan bagi duit, boleh la buat bayar apa yang patut kat sini...

    BalasPadam
  9. Duit memang kena ada cuba simpan setiap bulan untuk masa depan.
    Elakkan sangat dari berhutang.

    BalasPadam
  10. Setuju semua tips eza share ni :)
    terima kasih harap membantu kepada yg baru nk berkahwin tu kn :)

    BalasPadam
  11. 2 dan 3 tu kebetulan memang aida & asben ada time awal perkahwinan.
    then ada anak, top up terus dgn education plan.
    lepas tu baru la berdikit-dikit dlm berbelanja. thn ke4 perkahwinan, beli rumah.
    the first 5 years memang haru! cukup-cukup aje.
    another 5 years, tetap susah. but ok ok la...
    but now, 17 years kawin, semua ok dah :)
    alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Hehe simpanan pun ada auto dan manual ya? Bab simpanan kecemasan tu memang penting! At least simpan dalam 6 bulan gaji macam tu. Sebabnya memang kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan kan.. tiba-tiba emergency perlukan duit untuk apa-apa.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.