Assalamualaikum. Hai semua. Dah hari khamis. Terima kasih kerana sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Tengah senyum ke tu? Alhamdulillah, banyakkan senyuman dan bermanis muka ya 😄😍😊.
Eza nak share something yang boleh boost up semangat korang masa tengah down. Masa down semua perasaan negatif datang bertalu-talu sekali dengan pakej menangis, mood swing, tak selera makan dan cepat marah. Normal lah tu. Itu perasaan manusia biasa bila berdepan dengan kehidupan yang penuh dengan pancaroba dunia. Jangan rasa weird (pelik) or sebagainya.
Bila tengah down, korang boleh cuba tindakan seperti yang berikut:
- Jika rasa nak menangis, menangislah. Biarkan air mata itu mengalir. Jika rasa nak jerit kuat-kuat, jeritlah. Jangan ditahan. Tapi, carilah tempat yang bersesuaian. Cadangan tempat seperti dalam kereta, tepi pantai. Lepaskan apa sahaja yang dirasa. Beban yang ditanggung. Perasaan yang disakiti. Lepaskan.
- Cari orang yang korang boleh percaya dah luahkan masalah korang. Parents, Husband, Siblings, Bestfriends. No, awak tak susahkan mereka pun. Percayalah. Mereka akan sedia membantu dan mendengar dengan setia.
- Busykan diri dengan pelbagai aktiviti. Bercucuk tanam sayur, bersihkan peti ais, mop lantai, cuci tandas. Korang buatlah apa yang boleh halang korang daripada fikir benda yang menyesakkan jiwa dan raga tu. Please do something dan jangan termenung meratapi nasib diri.
- Yakinlah segala masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cepat atau lambat, kita kena sabar. Hidup ini kita tak selamanya di atas dan tak selamanya juga kita di bawah. Bertahan untuk terus kuat!
- Paling utama, luahkan kepada Allah Maha Mendengar. Tadahkan tangan seeratnya, ceritakan segalanya di depan tikar sejadah. Allah pasti bantu! InsyaAllah.
Ini sedikit sebanyak yang Eza boleh kongsikan. Eza pun pernah melalui zaman kejatuhan yang boleh dikatakan setiap hari menangis. Dan kini, Eza bangkit dengan lebih kuat. Manusia, banyak ragam. Memang complicated. Bila semua orang kita sangka mereka JAHAT, sebenarnya masih ada lagi yang SAYANG kita. No worries!
Percayalah orang BAIK itu masih wujud. Cuma sukar untuk ditemui. Maka, jadilah salah seorang yang baik kerana kebaikan itu SANGAT diperlukan dunia kini. Bukan persekitaran negatif dipenuhi dengan keladak toksik yang kotor. Penganiayaan, hipokrit, hina-menghina, buli-membuli, lontaran kata-kata kesat dan mengadu domba yang menjadi punca utama pergaduhan, perpecahan dan salah faham 💔.
Sedarlah, dunia perlukan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sejagat.
I just sharing this entry in order to tell that everyone has their own struggles. But, some people are better at hiding it than others. So, please please please DO KIND TO EVERYONE 🙏
Ingat (Bear in mind that),
MASIH ADA YANG SAYANG.
SENTIASA ADA YANG SAYANG.
Semoga entry ini jadi satu motivasi untuk terus kuat 💪.
Till then. 💙💚💜💛
Tq eza.. benar ya... setiap kegelapan pasti akan ada titik terang... setiap pagi dengar deejay sarawak.fm madah gia... hv a nice day!!
BalasPadamKan Kakmim. Just perlu bertahan dan bersabar jak. Mudahan segala urusan kita tok dipermudahkan. Amiin.
Padambila tengok orang tu happy tak semestinya dia takde masalah. yg penting buat baik dan murahkan senyuman. nice sharing :)
BalasPadamExactly Tiara. You got my point :). Thank you.
PadamGood sharing Eza 👍
BalasPadamSungguh...kebaikan itu bermula dari diri kita sendiri. Untuk mengubah dunia, ubah diri terlebih dulu.
Betul, kebaikan itu bermula dari kita sendiri yang akan berjangkit dalam kalangan orang sekeliling dan terbitlah persekitaran positif.
PadamPeringatan untuk yang sedih.
BalasPadamMudahan jadi motivasi kepada yang sedih.
PadamCP kalau down, CP ajak kawan- kawan keluar.
BalasPadamMakan2.. window shopping... happy2.. :)
Cara ini pun boleh jugak CP hihi. Asalkan release stress tu. Tapi duit pun keluar. :)
Padamnasihat yang baik tu eza :)
BalasPadamTerima kasih Syaz, nasihat untuk diri Eza jugak :)
PadamNice sharing, Eza. Mengaji Quran juga boleh tenangkan jiwa. Atau hobi, dengar muzik, atau apa yang kita suka. Apa-apa yang berlaku ada hikmahnya. :)
BalasPadamBetul wakk.. Masa mengaji tu boleh mengalir air mata. Memang rasa lega lepas tu.. Allah sentiasa bersama kita. Yakin ya!
Padamfor me, when my anxiety nak hit me, i tengelam kan myself dlm movies and series ... hmmm
BalasPadamBoleh jugak tu Atie. Cara masing-masing. Sedaya upaya alihkan fikiran dari fikir masalah yang menyedihkan tu. You will be better after that.
PadamThanks sharing eza. Pernah melalui zaman tu jugak now slow2 nak bangkit balik. Betul tu, masih ada orang yang baik. Kalau kita cuba jadi orang baik, kebaikan tu pun akan jumpa kita. Insha allah
BalasPadamaminn rasa bersyukur Allah gerakkan saya baca ni . Zaman kegelapan dimana semua rasa salah dan berasa tiada yang kesah :) . Thanks for the entry :)
BalasPadamwell, tis year is a tough year for me, too much pain n tears but its also da one tat make me closer to Allah.. alhamdulillah. semoga terus istiqamah..inshaAllah
BalasPadamSemua orang pernah merasai zaman kejatuhan, kemurungan dan down sangat². Betul tu, nangis dan buat something yang kita suka supaya boleh lupakan apa yang menjadi trigger kesedihan kita tu. Paling penting mengadu pada Allah dan berdoa tanpa putus asa. InshaAllah semuanya akan baik baik je :)
BalasPadamsusah nak jadi baik, tapi ketahuilah memang ada orang yang betul2 baik di dunia ni..setiap kata2 dari mulutnya adalah yang baik2 saja..sampai kita yang tak baik ni rasa pelik..but, it is possible!
BalasPadamThanks for the sharing Eza. Macam Cik TK pula, kalau tengah down biasanya tengok movie atau dengar lagu atau tidur... Kadang tu keluar ke mana-mana, sibukkan diri dan cari ketenangan
BalasPadam