Self-Motivation: Stand Tall and Proud

Rabu, Disember 30, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih sentiasa sudi singgah dengan senyuman. Hari ini Eza akan membicarakan mengenai motivasi diri, Stand Tall and Proud. Bukan tak boleh hendak merendah diri, tapi biar bertempat dan bukan dekat semua tempat. Keyakinan dalam diri kena ada supaya orang yang berurusan dengan kita pun akan yakin dengan kita. 

Ok, itu baru intro. Sebelum itu, Eza minta maaf sangat sebab Eza belum sempat blogwalking ke blog rakan-rakan bloggers. Selagi hari bekerja, selagi itulah susah sikit nak fokus aktiviti blogging ni. Esok last day kerja tahun 2020, ada cuti tiga hari long weekend lagi macam minggu lepas. 4 haribulan, kita melangkah lagi ke pejabat untuk mencari rezeki yang halal dan berkhidmat untuk negara. Hashtag, #teamkerjahujungtahun. InsyaAllah, start jumaat tu Eza kembali ke dunia blogging. Ataupun, tak sampai hari jumaat, malam khamis dah terjah blog korang. Tunggu ya!

Sibuk sikit untuk beberapa perkara berkaitan penulisan anekdot, product review, laporan-laporan yang tak pandai habis. Banyak benda la hold. Lama-lama, Eza cakap kat diri sendiri mana yang mampu je lah buat. Hari ni agak struggle jugak sebenarnya, sebab rata-rata yang singgah office borak benda-benda yang Eza tak reti dan tak berminat. Sebab, Eza tengah buat kerja. Then, orang tak faham. Borak sekejap tak apa, ni sampai setengah jam. Eza serious tak okay nak dengar benda yang tak related dengan kerja. Penuh tau otak. Bebel kat blog nampak, Eza. HAHA. Sesi luahan ya tuan-tuan dan puan-puan. 

Kredit kepada Blog Kak Mim. Thank you gilak okay. Moga ada manfaat ngan orang lain juak.


Berbalik kepada motivasi diri untuk sentiasa menghargai diri kita sendiri. Ingat, Masih Ada Yang Sayang. Cuma, kita kena sayang diri kita dulu. Kita kena yakin, kita pun orang yang berguna kepada mak ayah, adik beradik, saudara mara dan komuniti secara amnya. Awak ada kelebihan awak yang orang lain tak ada, be proud of it. Contohnya, awak pandai bake cake. Sedap pulak tu. Pandai buat hiasan kek. Give applause to yourself. Bangga dengan pencapaian awak, tapi diingatkan tak elok pulak bangga diri berlebihan ya. Awak tengok lah Eza kat ENTRY INI, kek simple pun tak lulus lagi. Eza takda kelebihan tu. InsyaAllah, rajin berlatih dan rajin cuba baru Eza akan setanding awak.

So please hargai apa yang awak ada. Mungkin ramai jadikan awak sebagai inspirasi mereka, just tak kabo kat awak. Inspirasi dalam diam-diam je. Paling penting, awak kena jadi diri awak sendiri. Tak perlu jadi orang lain. Awak seorang je kat dunia ni, takda dublicate. Ini jadikan awak paling istimewa kat dunia ni. Ramai sayang awak, sebab diri awak sendiri. Sebab value yang ada dalam diri awak. Awak baik, awak jujur, awak amanah dan sebagainya. 

Oleh itu, bila awak rasa rendah diri dan kesedihan.. Awak kena cepat bangkit. Kehidupan ini banyak lagi benda menarik yang kita kena terokai, banyak lagi benda yang boleh awak happy. Blogging buat awak happy? Type entry dan post. Ceritalah apapun, tetap ada yang sudi baca. Awak suka tanam bunga? Jangan tunggu lagi, cepat beli pasu dan beli anak bunga/biji benih bunga. Start doing it. Mulakan ya dan jangan terlalu memikirkan perkara yang jauh ke hadapan.

Sepatutnya, entry ni tak panjang. Sebab ada kerja nak buat lagi. Tengok dah bebel panjang lagi. Sebelum terlupa, terdapat makluman ringkas kepada pemenang-pemenang Segmen Pencarian Bloglist Letopss by Eza Boom Boom. Bagi Kategori 1: Entry Positif & Kreatif telah selesai urusan penyerahan hadiah kepada ketiga-tiga pemenang melalui kaedah online banking malam tadi. Dapat email je, Eza terus langsaikan. Manakala, Kategori 2: Lucky Participants masih tunggu seorang lagi pemenang untuk email kepada Eza maklumat yang diperlukan. Jangan risau ya, Eza memang nak selesaikan cepat-cepat. Semoga semuanya dipermudahkan. 

Sekian dulu dari Eza.

Jaga diri semua. Till then. 

11 ulasan

  1. Itulah jangan fikir kelemahan diri atau banding dengan orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu wak.. Kena jaga diri sendiri dulu. Apa yang terbaik untuk diri kita.

      Padam
  2. Yes.. kmk pn suka stand tall & proud ya.. spy kita lebih syg dirik kita pun.. lebih menghargai dirik kita tp bkn lah nk bangga dirik nak oo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ya Kak Mim. Untuk boost our confidence bagi menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba tok. Betapa pentingnya, kita sayang dengan dirik kita. Makseh banyak kakmim :)

      Padam
  3. Semoga 2021 akan lebih baik dari 2020 kan! takpe.. selesaikan yg mana penting dulu tau.. and take care :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiin, InsyaAllah. Haah, balik kerja semalam tak larat lah nak blogging lagi. Penat sangat. Take to you too dear! :)

      Padam
  4. You are correct! I need to stand tall too even though I am short!

    BalasPadam
  5. Entri Eza ni, menaikkan semangat. Baik. Berusaha!

    BalasPadam
  6. Betul Eza, tak perlu nak copy paste personaliti orang lain, just be yourself and be confident..

    BalasPadam
  7. Setuju dengan Eza. Saya jenis buat kerja pun tak suka borak lebih. lagi lagi benda kita tak berminat.
    Betul, kena sayang diri sendiri. Kita ni memainkan peranan pada orang lain. Cuma otak je kadang pandai mainkan perasaan kita. love yourself :)

    BalasPadam
  8. Sedang berusaha nak jadi versi terbaik diri sendiri. Self love is the best love there is

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.