Assalamualaikum semua dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman.
Tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok!
Jam sudah menandakan pukul 12.00 tengah malam. Tarikh menunjukkan 28 Disember 2020, hari Isnin. Menanti cinderella keluar ke tu? Eh eh bukan ya, ini bermaksud Segmen Pencarian Bloglist Letopps by Eza Boom Boom sudahpun dititik penamatnya. Sebarang penyertaan tidak akan dilayan selepas ini. Alhamdulillah, sampai juga ke detik ini.
Sejujurnya, nervous jugak ya buat segmen secara solo buat pertama kalinya ni. Banyak benda perlu dijaga dan diurus sendiri agar perjalanan segmen nampak teratur, kemas dan baik-baik sahaja. Persediaan pun perlu terperinci dan teliti.
Oleh itu, Eza suka nak kongsikan pengalaman Eza sendiri berdasarkan segmen yang Eza anjurkan buat julung kalinya ini. Checklist ini boleh dijadikan panduan (guideline) kepada mana-mana blogger yang ingin menganjurkan segmen/giveaway/contest. Antara senarai checklist adalah seperti berikut:
- Nama Segmen
- Banner Segmen
- Objektif penganjuran
- Syarat penyertaan
- Hadiah
- Tempoh segmen diadakan
- Senarai peserta
- Maklum balas kepada peserta
yang ikut serta
- Entry Tamat Segmen
- Entry Para Pemenang Segmen
Setiap penganjuran ada objektifnya sendiri. Penganjurannya kena ikhlas, tak ada hidden agenda dan unsur-unsur penipuan. Sikit atau banyak jumlah peserta, itu bukan persoalan pokok. Paling penting, segmen Eza ni mencapai objektifnya untuk mendapatkan senarai bloglist bagi tempoh enam bulan. Eza boleh melawat dalam 30 blog setiap hari paling minima. Jadi korang rajin-rajinlah update blog jugak ya. Eza sangat berbesar hati datang blogwalking dan drop komen dekat blog korang.
Rumusannya, penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan blogger. Kalau ikutkan, memang rendah hati jugak nak anjurkan segmen dengan followers dari satu angka ke dua angka. Al-maklum, Eza baru nak sebulan dalam dunia blogging dari tarikh FIRST ENTRY: Being a blogger again iaitu pada 29 November 2020. Tetapi ini sedikitpun tidak mematahkan semangat Eza untuk terus mencuba. Tak cuba tak tahu. Ramai jugak blogger-blogger yang baru Eza kenali. Terima kasih korang sebab support dan sudi menceriakan atmosfera blogging Eza! Rasa bijak pulak guna perkataan atmosfera tu. Hihik!
Untuk makluman semua, Pengumuman Rasmi Para Pemenang akan diadakan pada 29 DISEMBER 2020 PADA JAM 8.00 MALAM. Ini merangkumi dua kategori iaitu Lucky Participants dan Entry Positif dan Kreatif. Manakala, Bloglist Letopss akan dikemaskini dari masa ke semasa. Tunggu dan sama-sama kita nantikan keputusannya ya!
SENARAI PENUH PESERTA SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM
Senarai penuh peserta dapat dilihat mulai jam 8.00 pagi esok, click sebelum jam tersebut tak keluar apalah ya. Harap maklum.
Dup dap dup dap!
Jumpa esok!
Tahniah eza!!! sbb dh berjaya menganjurkan segmen tok dan sebagai closing 2020 juak... semoga thn dpn yg tgl bbrp ari jak gik tok akan ada segmen baru gik... hehehehe
BalasPadamHehehe... berdebar juga ni...
BalasPadamwaaa.. berdebar debar rasa ni
BalasPadamLepas ini cari pemenang.
BalasPadamSemoga semuanya berjalan lancar.
Mesti ramai tak sabar nak tunggu result 29hb nanti. All the best untuk semua :)
BalasPadamIngat kan Tik Tok aps tu... tupanya bunyi jam! hehehe
BalasPadamTahniah atas penganjuran segmen, Eza. All the best untuk semua yang menyertai.
BalasPadamSelamat berkenalan, Eza. Akak datang berkunjung dan follow 😊
Good luck untuk yang join
BalasPadamWah ada checklist macam ni boleh jadi rujukan nanti
BalasPadamTahniah kepada Eza, kerana berjaya organize segmen dengan jayanya. :)
BalasPadam