TIPS BLOGGING: BLOGWALKING KE SANA KE SINI

Sabtu, Disember 05, 2020

 Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. 

Apa khabar kawan-kawan blogger sekalian? 4 hari Eza tak update apa-apa new post ya. Previous post adalah 1 Disember. Apa tidaknya, memang keletihan dengan tugasan di siang hari. Minggu yang agak mencabar sampaikan balik rumah pun tidur awal before jam 9.00 malam. Letih sungguh ya otak berfikir. Namun hari ini, itu semua tolak sahaja ketepi, kita fikirkan semula Isnin depan. 

Kerja takkan selesai selagi kita masih dalam perkhidmatan. Jadi, hadapi sahaja dengan senyuman. Melihat ragam orang di tempat kerja, caca marba. Ada yang boleh dicontohi, ada yang boleh dielakkan, ada yang merisaukan. Itulah kehidupan kan. Tidak dijanjikan bulan bintang jatuh ke riba. Maka, berusahalah dengan gigih untuk rezeki yang lebih diberkati. 

Ok, panjang sungguh Eza bebel sebab tak berblogging lebih 3 hari. Haha! Itu memang hakikat ya. Eza tak rajin mana nak cerita hal kerja kat blog ni. Tapi mana yang dapat diambil iktibar, dipersilakan ya. 

Kita kembali ke Sri Pentasss.. #tiberrrr 😂😂😂

____________________________________________

BLOGWALKING merupakan gabungan perkataan BLOG dan WALKING. Definisi blogwalking adalah kita berkunjung/melawat/singgah blog orang lain. Biasanya, aktiviti blogwalking akan melibatkan blog yang tersenarai dalam bloglist atau reading list kita. Biasanya Eza berkesempatan untuk melakukan blogwalking semasa hujung minggu atau hari-hari cuti riang ria. Pendeknya, bukan semasa hari bekerja. My first trial untuk ber-blogwalking semasa working days menemui KEGAGALAN. Apa tidaknya, awal sangat mata mengantuk. Zzzz.. 😴😴😴

Aktiviti blogwalking mempunyai kepentingan/kelebihannya tersendiri:

  • Melatih diri untuk menjadi pembaca setia (loyal reader). Selalunya orang-orang loyal ini akan disayangi 😉😉😉. Sekaligus, blog kita pun akan selalu dilawati. 
  • Memupuk minat membaca pelbagai jenis genre bacaan. Setiap blog mempunyai identiti tersendiri meliputi cara penulisan, gaya bahasa, gaya penceritaan dan sebagainya. Terdapat kepelbagaian blog seperti masakan, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Blog Eza ini macam biasalah, janjiku bahagia sahaja 😆😆😆.
  • Pencambahan idea dan penambahbaikan blog. Kita akan dapat idea-idea malar segar bila melawat ke blog yang sudah lama bertapak atau kata lainnya blogger berpengalaman. Dari situ, kita akan dapat menghasilkan suatu post yang berkualiti. Dari penambahbaikan pula, kita boleh menilai kesesuaian sesuatu gadget untuk diletak atau dibuang melalui aktiviti blogwalking ini. 
  • Beri sokongan kepada rakan bloggers yang lain. Biasakan diri untuk meninggalkan jejak seperti di ruangan komen dan shoutbox bagi tujuan interaksi. Kita juga boleh menzahirkan sokongan melalui penyertaan Segmen/Contest/Giveaway anjuran bloggers lain. Sokongan antara satu sama lain adalah penting ya adik, abang dan kakak. 
  • Berupaya untuk meningkatkan followers blog. Orang suka blog kita, orang akan follow. Orang tak sudi follow apakan daya. Jangan sekali-kali paksa kecuali suami sendirik 😜😜😜. HAHA.

Selesailah sudah lima kelebihan dan kepentingan BLOGWAKLING yang Eza boleh kongsikan dengan pakej infografik sekali. Kalau memanjang je kita update post kita tanpa beramah mesra dengan blogger lain, macam syok sendiri pulak ya. Kita dalam sebuah komuniti alam maya ini, kita memerlukan orang lain untuk menceriakan kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Ecewah!

Penulisan Eza dalam blogging ini, Eza sedaya upaya untuk menulis perkara yang bermanfaat walaupun sedikit. Semoga pembacaan korang di blog ini mendapatkan ilmu baharu dan perkongsian yang bermakna. 

Selamat berhujung minggu. 
Eza nak start jalan-jalan ke blog korang.
Salam kenalan dan salam ukhuwah fillah abadan abada. 

30 ulasan

  1. blogwalking mempunyai banyak faedah. baik untuk pemilik blog dan pelawat

    BalasPadam
  2. siap ada infografik lg... nice sharing eza.. betul ni kalau x BW tak meriahlah blogsphere ni... lagipun setiap blog x sama genrenya so scr x langsung kita akn dpt byk info jugak kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul padah kitak ya kakmim. Lain blog, lain ceritanya. Kmk suka cerita sukati kmk mpun. HAHA. Apa yang terlintas jak.

      Padam
  3. Wak kadang2 tak sempat nak blogwalking
    Terpaksalah blogrunning.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogrunning tu wow Wak. Pantas nampak gayanya! Hihi.

      Padam
  4. Suka melawat, baca blog orang. Cuma kadang-kadang terbantut apabila kena tegur sebagai robot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHA. Faham kena tegur sebagai robot tu. Blog Eza xdakan robot tu?

      Padam
  5. Bagusnya tips berblogging yang dikongsi. Terima kasih banyak.

    BalasPadam
  6. Nice infographic Eza..Seronok berblogwalking. Macam macam dapat. Paling penting dapat ramai kawan alam maya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fiza. Ramai kawan kat alam maya tu kawan jugak namanya. Yang penting ukhuwah yang terbina tu.

      Padam
  7. Betul tu eza. Kinah setuju. Tapi disebabkan kekangan masa kinah dah jarang blogwalking. Dlu masa bujang, rajin jugak blogwalking. Sekarang ni susah sikit sebab ada anak kecik. Kalau ada kinah tinggalkan komen maknanya dah free la tu haha. Salam perkenalan eza.

    BalasPadam
  8. Akk suka juga bw ni. Tapi kadang2 kekangan masa, baca tajuk entri kengkawan konon nak dtg lagi, lepas tu dah lupa.
    Nice sharing Eza.

    BalasPadam
  9. Bagi 3 hari tak blogging tu kira normal. Saya mesti kena ada gap bila blogging, normally dalam seminggu or paling lama 2 minggu sebab kadang ada yang tak sempat baca, bila banyak sangat takut org fed up pulak kena kerap2 singgah and comment.

    Betul! Blogwalking tu penting sebenarnya especially bila kita nak naikkan traffic dan engagement blog. Kalau kita tak buat, sampai bila2 blog tak pegi jauh nanti sendiri yang bosan. *sebab pernah kena with my first blog, ni yang second terus lekat bertahun2* 👍🏻

    This is a great tips! Harap2 ramai yang baca post ni sebab dapat membantu.

    BalasPadam
  10. Ha ah, betul tu. Bila kita baca blog orang, boleh juga tambah ilmu apa yang kita tak tahu. Lain tempat, lain orang, lain-lain pengalaman. Interesting. :)

    BalasPadam
  11. sama la kite.. kalau hari kerja memang blogwalking kelaut hehe

    BalasPadam
  12. Haha ini betul! Blogwalking ni tanda kita berkenalan dan bermesra dengan rakan-rakan di alam maya ini, disamping menambah ilmu pengetahuan yang baru kerana semua orang mempunyai konten yang berbeza-beza. Tapi kadangkala Cik TK pun tak sempat nak blogwalking...

    Huhuuu btw infografik tu nice sangat!

    BalasPadam
  13. saya sudah berblogwalking sejak tahun 2009 lagi.

    cuma tidak dapat setiap hari.

    sebab ativiti ini mengambil masa yang lama juga

    BalasPadam
  14. Saya pun suka berBlogWalking jika ada masa dan kesempatan.. membaca story² rakan² blog ada masa²nya memberi inspirasi, informasi dan motivasi...
    ~BTW, salam perkenalan dari saya.. dah follow #28

    BalasPadam
  15. kena bagi lagi rajin blogwalking ni hehe

    BalasPadam
  16. Tips yang sangat berguna. Dulu ada jugak yang bertanya macam mana blog dia nak hidup, ada follower dan ada orang komen? Dah dia pun tak hidup camne orang nak tahu kewujudan dia...

    BalasPadam
  17. aida jarang update blog.
    but aida ni suka blogwalking.
    terutama to those yg tinggal komen di blog.
    memang aida terjah la blog diorang and tinggalkan komen semau nyer...

    BalasPadam
  18. seronok blogwalking ni kan boleh tambah pengalaman dan knowledge kat blog org lain

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.