Vector dan Doodle Eza Boom Boom

Selasa, Disember 15, 2020

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Harap semuanya sentiasa bersemangat waja. Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 😊

So, Eza nak borak mengenai kenangan lalu mengusik jiwa. Sebab setiap kenangan tu akan hilang kalau tidak disimpan sebaiknya. Biasalah kita manusia mudah lupa. Benda boleh simpan kita simpan. Oleh kerana itu, Eza letak di blog kesayangan ini kenangan manis buruan seluruh kerabat semut. Semut kan suka gula yang sifatnya manis!

Bila throwback atau #tikambelakang masa zaman blogging dulu, ada jugak dapat beberapa hadiah daripada rakan blogger. Eza dapat dua benda yang sifatnya sama iaitu gambar. Satu adalah vector. Satu lagi adalah doodle. Pemberian rakan blogger suatu masa dahulu. Dapat hadiah ni pun Eza happy sangat. So blessed actually merasai kasih sayang sesama blogger walaupun sekadar di alam maya. 

Prinsip Eza senang je, kita tak kenal orang tu kita kena bersangka baik. So kita kena fikir yang baik-baik pasal orang itu. Macam tu jugak dekat dunia blogging. Anggap aje la semua blogger baik-baik ya. Orang buat jahat dekat kita, barulah kita kata dia jahat. Betul dak?😏😒😞

PERTAMA ialah:


Vector ini dihadiahkan oleh Blogger Fiza. Boleh rujuk entry Fiza pada 26 Disember 2011, sembilan tahun lepas. Dapat hadiah sebab berjaya teka vector artis Lisa Surihani paling pantas. Sangat bermakna dan nostalgia ya hadiah ni. Gambar turun kelas pakai tudung warna merah jambu, baju kurung pun warna merah jambu tanpa bunga. POLOS! Tahun 2020 ni, baju warna pink pun tak ada. Alahai. By the way, korang boleh baca je entry tu dekat LINK ini. Terima kasih banyak awak, Blogger Fiza.

KEDUA ialah:


Doodle ini Eza dapat dari Blogger Cahaya Pencinta. Comel sangat doodle ni, dia sampai terangkan kenapa dan bagaimana pemilihan warna untuk doodle ini. Eza sangat menghargainya. Terima kasih banyak. Walaupun, blog dia macam tak aktif lagi tapi kenangan ini tetap manis sampai bila-bila. Boleh baca entry dia pada 03 Februari 2012 bersamaan lapan tahun yang lepas dekat LINK ini. 

Inilah cerita dia mengenai macam mana dia describe Eza sebagai blogger. Antara sedutannya adalah:

Last but not least, dua gambar ini antara tinggalan blog Eza yang terdahulu. Eza memilih untuk diletakkan semula di dalam blog ini untuk simpanan diri sendiri. Setiap kenangan manis itu bisa mengukir senyuman yang cukup indah. Bahagia. Pandanglah semua benda dengan penuh kesyukuran, dari itulah kita akan merasai nikmatnya kasih sayang kurnia Allah. 

Terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah. 😇

Till then. 💕

19 ulasan

  1. ini betul -betul kisah..

    zaman blogger masih top dan hangat di pasaran.

    kini sudah suram dan siapa yang bertahan sampai sekarang alah blogger lejen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mr Hanafi. Memang lejen la dorang. Sampai sekarang masih bertahan. Memang power!

      Padam
  2. Balasan
    1. Uncle pun apa kurangnya! Memang berseni dan kreatif!

      Padam
  3. skrg ramai blogger dh x aktif sbb ada fesbuk, youtube, tiktok bagaii., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat. Mereka ada medium lain. Tapi bagi Eza, blog jugaklah bertakhta di hati sebab suka type panjang-panjang. Hihi!

      Padam
  4. Dahulu pernah hadiah pen, kad raya daripada blogger. Sedih ada blogger sudah meninggal. Al-Fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Dulu best kan. Kadang-kadang dapat reload telco. Hihi. Moga kita dapat semarakkan kembali tradisi blogger dulu-dulu.

      Padam
  5. jom join GA cuya..hehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
  6. Aduh, malu betul tengok art lama lama dulu Eza uii..mujur eza ingatkan entry lama tu, saya dah betulkan link baru Eza dalam entry. Terima kasih Eza untuk entry ni :)

    BalasPadam
  7. wahhh pandai buat arts ni.. kalau akak ehekk..
    orang lidi je tahu..

    BalasPadam
  8. sama. shu masih mencari blogger nama hasnida sampai sekarang masih belum jumpa lepas 4tahun shu tinggalkan blog

    BalasPadam
  9. Ni zaman blogging tengah hot. Sekarang tak ramai yang masih aktif. Seronok blogging ni bila dapat kawan-kawan yang tak lokek walaupun tak pernah berjumpa

    BalasPadam
  10. Comei doodle dan vector. Special hadiah macam ni, sebab dia orang buat khas untuk Eza. :)

    BalasPadam
  11. comel doodle nya hehe dlu rajin jgk buat doodle sendiri then stop then n skrg suda nda berapa pandai mau buat haha

    BalasPadam
  12. Zaman dulu2 memang meriah betul. Masa tu macam-macam style orang hias blog. comel2 semua. Walau dulu-dulu Cik TK jarang update blog, Cik TK ada singgah sini sana jadi silent reader.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.