Aiskrim Magnum White Almond & Lipton Teh Tarik Sandwich

Selasa, Januari 26, 2021

Bulan Januari 2021, cuaca majoritinya hujan membasahi bumi. Bila selalu hujan, rindu akan mentari. Tertunggu-tunggu munculnya matahari. Bau baju yang dijemur di bawah terik matahari, istimewa baunya. Jemur bantal pun best, sebab ada bau matahari dan hangat haba mentari. Indah sungguh ciptaan Allah. 

Masa cuaca panas, memang akan tercari-cari makanan yang sejuk-sejuk. Kena cari aiskrim, hati pun sejuk sekali. Magik betul ya! Korang macam tu jugak ke?

Nak dijadikan cerita, Eza dan suami pun singgah la stesen minyak Petronas. Bestnya pergi isi minyak ni, boleh usha sekali aiskrim baru-baru yang ada. Memang tak ketinggalan zaman. Ada je aiskrim baru yang ada di freezer aiskrim tu. Tak kira brand. Tinggal kita nak pilih je lagi yang mana satu pujaan hati. 

So review Eza adalah seperti yang berikut:

Aiskrim ini memang favourite weolls. Harga dalam harga RM4.90. Eza suka round off je harga jadi RM5.00 standard harga dia memang gitu. Plus minus 50 sen ikut kedai. Rasanya memang terbaik. Kami bagi 10/10. Suka beli aiskrim ni dari zaman bertunang. Salutan white chocolate yang crunchy. Memang sedap la aiskrim ni. Serius! Banyak-banyak flavour Magnum ni, kami kekal memilih aiskrim ni sebagai aiskrim favourite. 

Ini pun not bad jugak rasanya. Eza suka je beli aiskrim yang Eza tak pernah try lagi. Ada rasa pahit-pahit sikit. But, still acceptable. Habis juga aiskrim tu dan telah selamat di dalam perut. Korang jangan risau ya, memang ada rasa teh tarik dalam aiskrim ni. Tak lari jauh rasa, just lidah Eza rasa ada sedikit pahit teh. Harganya pula lebih murah. So, korang jemputlah try sekali. 

Masa beli aiskrim ni, cuaca panas. Lepas tu both of us macam serabut kepala pasal kerja, so we decided to buy ice cream. Husband lebih dominan dengan pilihan aiskrim. Memang aiskrim Magnum White Almond jugak pilihan utama. Eza pula lebih suka try dan error. Who knows ada aiskrim yang lagi sedap kan. Never try never know! Hihik. Itu semua alasan mu wahai Eza!

Ok la. Ini je nak cerita. First time type entry blog guna handphone sambil tengok berita. Husband atur joran. Zzz. Menarik bukan? Haha.

Till then. 
Read More

Appreciation Post #3 - Thank you so much!

Isnin, Januari 25, 2021

Ini merupakan entry penghargaan ya. Alhamdulillah. Terima kasih sangat sudi hasilkan entry untuk blog Eza Boom Boom yang baru bertapak ni. Dalam beberapa hari akan berganjak ke usia dua bulan. InsyaAllah akan lebih banyak perkongsian yang akan ditulis di blog ini. 

Terima kasih Eza ucapkan kepada Blogger Mama Yan. Eza suka guna Mama Yan, senang nak ingat. Nama sebenar beliau Puan Azian Khalil. Beliau merupakan salah seorang pemenang Lucky Participants untuk Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom. Secara rasminya jugaklah semua pemenang tidak kira kategori 1 mahupun kategori 2 telah menerima hadiah masing-masing. Moga semua happy dengan hadiah tersebut dan teruskan berblogging ya. Tahniah lagi sekali dan jangan serik join segmen/contest/giveaway Eza lagi tau.

Jemput baca entry daripada Mama Yan:

Hadiah Dari Eza Boom Boom

Eza juga memohon kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada terdapat kekurangan sepanjang segmen berlangsung sehinggalah pengeposan hadiah-hadiah segmen. InsyaAllah, Eza akan perbaiki lagi di masa-masa akan datang. 

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Ditakdirkan jumpa semua bloggers yang senang berurusan dalam pengurusan hadiah dan memahami keadaan Eza. Planner Book tu nak habis bulan Januari 2021 baru sampai semua. Minta maaf tau atas kelewatan. Semoga hadiah tersebut dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk memudahkan urusan seharian. 

Boleh baca sekali:

Sekian sahaja dulu. Terima kasih banyak lagi sekali!

Read More

Giveaway Sii Nurul - #EzaJoin

Ahad, Januari 24, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cepat-cepat Eza nak join Giveaway Sii Nurul ni tanda sokongan. Orangnya sangat helpful bila kita bertanya perihal blog. Nice young lady! Semoga semakin berjaya dalam dunia blogging. Eza kena banyak belajar lagi ni dari Blogger Sii Nurul ni. InsyaAllah, jika diizinkan Allah akan berjaya juga mengikut jejak langkah beliau. Sama-sama kita doakan. Hihik. 

Syarat mudah sangat. Macam biasa kena follow blog Sii Nurul dan blog kedua beliau. Follow Facebook page Sii Nurul. Itu je. siap! Nak join sekali, tekan banner bawah ni ya. 

Ok done, happy blogging semua! Till then. 

Read More

Appreciation Post #2 - Terima Kasih Daun Keladi

Entry Appreciation Post ini akan muncul apabila ada entry mengenai blog Eza. Entry jenis ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada Eza untuk menghargai rakan bloggers yang lain. Pastinya, entry seperti ini akan menjadi kenangan yang manis bila dikenang semula atau #throwback pada suatu hari nanti. 

Pada kali ini, Eza nak mengucapkan terima kasih kepada blogger As Samsudin atas entry yang bertajuk:

Menang Hadiah Segmen By Eza Boom Boom

Jemputlah baca entry tersebut. Blogger As Samsudin merupakan salah seorang pemenang dalam kategori Lucky Participant untuk Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom yang berakhir dengan jayanya pada hujung tahun 2020. Beliau ada reveal hadiah yang dimenangi dalam entry tersebut. Jemput baca tau!

Terima kasih As sebab sudi terima hadiah yang Eza kirimkan daripada Bumi Kenyalang. Risau jugak Eza sebab ada kelewatan sedikit dalam pengeposan hadiah. Bila dah settle semua rasa lega sangat-sangat. Selagi tak settle, selagi tu lah dok fikir hari-hari. 

Jujurnya, Eza pun senang jugak berurusan dengan Blogger As Samsudin ni. Alhamdulillah, Mama Yan pun dah terima dengan selamat hadiah yang Eza kirimkan. Selesai akhirnya keseluruhan penyampaian hadiah bagi segmen pertama Eza. InsyaAllah ada rezeki lagi next time, Eza akan anjur segmen lagi untuk semua rakan bloggers. Semoga ukhuwah yang dibina walaupun di alam maya tetap baik dan harmoni sampai bila-bila. 

Click untuk baca: Appreciation post #1

Salam sayang buat semua 💗.

Till then. 

Read More

Tolonglah LARI dari Malaysia, COVID-19!

Sabtu, Januari 23, 2021

COVID-19 atau nama penuhnya Penyakit Coronavirus 2019 telah melanda di seluruh dunia. Difahamkan COVID-19 berjangkit dari individu ke induvidu melalui titisan pernafasan dan sentuhan. Penyakit ini juga telah meragut ramai nyawa. Kebelakangan ini, kes COVID-19 di Malaysia semakin bertambah dan sangat merisaukan. Dari seangka, dua angka, tiga angka dan kini empat angka. Kes kematian juga semakin meningkat saban hari. Jujurnya, hati ini sangat sayu dan terkesan apabila kes kematian tersebut berlaku di kawasan sendiri. Betul, ajal maut itu ditangan Allah. Tak siapa menyangka bila ajal berkunjung tiba. Bila-bila masa sahaja. Tidak mengira usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Apabila melihat cara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang diuruskan dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE), menangis lagi hati ini. Tidak seperti pengurusan jenazah yang biasa. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA


COVID-19 memang wujud. Bukan satu gurauan. Bukan boleh dibuat main. Bukan dapat dianggap mudah. Hakikatnya virus ini sudah berterbangan di udara. Namun, masih ada yang membawa anak -anak kecil ke tempat sesak ramai orang, masih ada lagi yang memakai mask di bawah hidung dan masih lagi bertepuk tampar sesama sendiri. Penyakit ini tidak mengira siapapun anda. Bersiap siaga sentiasa. Paling penting, berusahalah untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Perlu sedia handsanitizer dalam kereta, dalam beg, dalam laci meja kerja. Usahalah semampu yang boleh untuk menjaga diri sendiri dan keluarga. 

Buat petugas barisan hadapan,
Kekal bersemangat. Semoga tiap titik peluh dan keletihan dikira Allah Maha Pencipta. Terus berjuang sehabis baik. Terus kuat okay! Sama-sama bagi semangat sesama sendiri untuk berkhidmat demi negara. Buat keluarga kami, doakan keselamatan kami. Semoga kami sentiasa dilindungi Allah. Melihat sahabat-sahabat seperjuangan di kuarantin, hati ini menangis lagi. Mungkin sahaja raut wajah menguntumkan senyuman, namun hati gundah gulana tak siapa tahu. Mengharapkan aura positif selalu ada sepanjang masa bertugas. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Ingatlah,
Tak ada permintaan lain yang ingin dimohon, cukuplah untuk bersama-sama patuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Amalkan penjagaan kebersihan kendiri di tahap yang tertinggi. Selalu amal 3W - Wash, Wear & Warn. Elak 3C - Crowded Place, Confined Place, Close Conversation. Bila tengok orang ramai berkumpul, mohon elak untuk pergi. Please jaga diri sendiri, please jaga keluarga sendiri. Positif COVID-19 bukan good news yang boleh dicanang-canang riang. Ini melibatkan nyawa. Ada orang imunisasinya sangat rendah. Ada orang ada penyakit yang dirahsiakan. Setiap orang itu ada risiko yang kita tidak ketahui. Tolonglah jadi individu yang bertanggungjawab untuk bangsa dan negara. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Araising cases,
Doaku semoga graf semakin menurun. Zon Merah menjadi Zon Jingga. Zon Jingga bertukar Zon Kuning. Dan paling diimpikan adalah Zon Hijau. Semoga beroleh semula takhta ini. 

Buat mereka yang terjejas,
Doakan mereka semoga dimurahkan rezeki. Apabila tengok orang promote-promote barang jualan, boleh bantu untuk beli. Setidaknya pun, tolong like dan share. Itu sudah memadai. Tak semua bernasib baik untuk bekerja tetap dan punya gaji setiap bulan. Entah kenapa hati ini agak tersentuh apabila melihat peniaga kecilan berniaga di tepi jalan. 

Makcik Penjual  : Makcik ada atur sikit stall makcik ni guna duit bantuan kerajaan. 
Eza Boom Boom: Alhamdulillah makcik, mudahan kuih dijual kitak abis dibeli tiap hari. 

Bantuan kerajaan itu memang diperlukan oleh rakyat untuk kelangsungan hidup. Untuk dibuat modal niaga. Murahkan rezeki semua orang ya ALLAH, berikan mereka rezeki melimpah ruah seluas lautan. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Entry ni luahan hati sahaja. Bernada melankolik. 
Sedih kes semakin banyak. Kematian juga semakin banyak.
Apa peranan korang untuk mencegah jangkitan COVID-19 ini?
Duduk rumah, jika rezeki untuk duduk di rumah. 
Bertugaslah dengan ikhlas, kiranya dipilih Tuhan untuk bertugas. 
Pengorbanan ini tidak pernah sia-sia di mata Tuhan. 

Pergilah wahai COVID-19, 
Rindu teramat kepada ayahanda dan bonda. 
Sungguh, aku ingin balik ke kampung halaman.
Namun, apakan daya masih cekal berjuang. 
Kuatlah semangat, kuatlah hati!

Sekian, till then. 

Read More

Semerbak Haruman, Nota Wangi

Selasa, Januari 19, 2021

Minyak wangi atau perfume adalah salah satu elemen yang menggambarkan imej dan penampilan seseorang. Namun, perlulah memakai minyak wangi yang bersesuaian dengan keperibadian kita agar diri kita sendiri mahupun orang yang berada di sekitar kita tidak pening apabila menghidu bauan tersebut. Jika terlalu wangi dan menyebabkan pening kepala, fokus terhadap pekerjaan di pejabat juga akan terjejas. 


Bagi Eza, ada beberapa sebab kenapa kita perlu memakai minyak wangi (Perfume) setiap hari. Antaranya adalah:

1. Meningkatkan keyakinan diri. Tambahan lagi, apabila pekerjaan yang memerlukan kita berjumpa ramai orang. Contohnya, kerjaya guru pada zaman sebelum pandemik. Pastinya perlu berwangian untuk tampak lebih berkarisma di mata anak murid. Dengan adanya wangian badan, kita akan tampil lebih yakin untuk berkomunikasi dan berurusan dengan orang lain. 

2. Sebagai identiti diri dan lambang keperibadian. Melalui perfume pun kita dah boleh tahu serba sedikit karakter seseorang itu jenis lemah lembut atau sebagainya. Oleh itu, pemilihan perfume adalah mengikut citarasa kita sendiri. So, bila kita lalu je memang orang dah kenal siapa gerangan si wangi semerbak!

3. Orang lain selesa untuk mendekati kita. Semua orang suka wangian yang harum. Ini kerana secara tidak langsung mewujudkan suasana yang selesa dan menenangkan untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Bayangkan jika kita mempunyai bau badan yang kurang enak, orang lain pun tak mahu mendekat. Paling utama, kena jaga kebersihan diri. Badan wangi tu, kira BONUS lah!

Oleh itu, Eza nak kongsikan satu kedai online yang gerenti trusted seller menjual inspired perfume iaitu NOTA WANGI. Eza ada beli tiga perfume, tiga-tiga sedap bau. Wangian pilihan Eza adalah:

  • Hugo Red Hugo Boss (Men)
  • Tom Ford Black Orchid (Women)
  • Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 (Women)
Eza bagi lima bintang!

Ini review Eza:

Semua bau sangat wangi! Walaupun wangi tapi tak memeningkan kepala. Bau soft-soft dan manja-manja je menenangkan hati. Husband cakap, bila berpeluh makin wangi pulak. Spray sikit je wangi sampai petang. Makin confident nak jumpa orang. Lagi satu, penghantaran ke Sarawak juga memang selamat. Sampai balut guna bubble wrap dan bungkus dalam kotak. Sangat secure dan menjaga keselamatan produk. Pengalaman Eza, sikit pun tak ada yang pecah cela pada botol perfume. So, don't worry ya jika korang yang dekat Sabah dan Sarawak. Boleh je order dengan Nota Wangi. Dijamin sampai dengan selamat. InsyaAllah. 

Dibungkus dengan kemas menggunakan bubble wrap

Lagi satu, jika korang tak pasti nak beli perfume yang mana sesuai untuk korang. Korang boleh tanya je seller tu. Memang seller tu akan sangat membantu. Korang nak bau manis ke, fresh ke, woody ke ataupun nak bau mewah. Kabo dengan seller. Deme mesti akan bantu sebaiknya. 

Kenapa kena beli dengan NOTA WANGI?

1. EDP berkualiti Eropah. Mana nak cari wangi macam ini? Hanya di NOTA WANGI.
2. Bau wangian tahan lebih daripada 8 jam. Sampai malam pun masih wangi.
3. Saiz kecil dan mudah dibawa ke mana saja anda pergi
4. Sebotol, 40 ml. Harga serius sangat berpatutan. Dengar-dengar tengah ada promosi time ini.
5. Seller sangat berkesudian untuk membantu pemilihan perfume yang sesuai dengan citarasa korang 
6. Spray sikit je, wangi sepanjang hari. Berbaloi sangat, bukan?


Berminat? Jom la beli sekali! Rujuk info di bawah ini. 😍😍😍

Instagram: notawangi_inspiredperfume
Whatsapp: 019-9291363
Facebook: Notawangi
Shopee: Notawangi

Apa tunggu lagi? Cepatlah beli sekarang. Tengah PROMO, jom usha!
Hari hari Eza bau wangi.
Hari hari Eza bau wangi.
Hari hari Eza bau wangi.

Haha. Till then. 😘😘

Read More

Chosen As A Top and Lucky Commentator, Horey!

Dalam dunia blogging, komunikasi antara bloggers berlaku apabila aktiviti BLOGWALKING dilakukan. Kemudian meninggalkan komen di entry blog yang dilawati. Begitulah juga Eza yang suka marathon di blog-blog korang terutamanya yang tersenarai dalam Bloglist Petani Letopss Berjaya (boleh tengok di sidebar). Kebiasaannya kunjungan balas lawatan blogger yang meninggalkan jejak di blog Eza Boom Boom ni, Eza akan buat pada Jumaat malam. Masa ni dah yip yip yappy sebab esoknya tak kerja. Tapi, bila dah start Zon Merah ni telefon pun memang akan selalu berdendang. Berdendang mari berdendang, berdendang di seluruh alaaaaaam.. 📻

Alhamdulillah, rezeki ni datang bergolek. Kalau dah rezeki tak ke mana. Kalau tak ada rezeki pun, tak boleh buat apa. Begitulah kehidupan. Perlu disyukuri selalu agar rezeki sentiasa melimpah ruah. Okaylah dipendekkan cerita, Eza berjaya melayakkan diri sebagai Top Commentator di dua buah blog. 

1. Top Komen 2020 - Geng Kuat Komen di Blog Dunia Sebenar Shida

Memang happy sangat sebab Eza tersenarai dalam dua kategori tau. Adakah ini mimpi? Oh tidak, ini memang hakikat sebenar ya. Dua kategori tersebut adalah:

- Geng Kuat Komen Disember 2020 (Tempat ke-10)

- Top 20 Geng Kuat Komen (Jun - Disember 2020) - Eza tempat ke-19


2. Top Commentator Jurnal Shikin Razali Bulan Januari 2021

Kredit gambar kepada Blog Jurnal Shikin Razali

- Eza dapat tempat ke-10 dan bertuah untuk menerima hadiah daripada Blogger Shikin Razali

- Tersenarai dalam Special Bloglist Until 31st January 2021 selama satu bulan. 

Terima kasih banyak kepada kedua-dua blogger yang dinyatakan di atas. Benarlah orang dulu-dulu kata, tuah ayam nampak di kaki.. Tuah Eza Boom Boom nampak di blog. Hihi, gurau je ok! Eza sangat-sangat hargai kerana terpilih dalam kalangan yang bertuah dan banyak komen kat blog Dunia Sebenar Shida dan Jurnal Shikin Shazali. Semoga ukhuwah kita sesama blogger sentiasa mekar dan harmoni. 

Happy blogging uolss!😎

Sampai jumpa lagi di next entry 😉



Read More

Pengalaman Kali Pertama Menulis Anekdot - Part 1

Isnin, Januari 18, 2021

Penulisan anekdot merupakan bidang penulisan yang baru diceburi mulai Ogos tahun lepas. Anekdot bermaksud kisah ringkas atau kisah pendek yang diceritakan tentang sesuatu peristiwa yang benar terjadi. Penulisan jenis ini agak menarik kerana ianya mengimbau di sebalik kehidupan seorang manusia yang melalui hari-hari suka duka dan warna warni dunia. Jujurnya, Eza dari bangku sekolah lagi bercita-cita menjadi seorang penulis buku. Ingat taklah kesampaian cita-cita Mat Jenin ni, jadi buatlah blog. Bolehlah digelar penulis blog. Tak gitu? 


Untuk entry ini, Eza akan kongsikan pengalaman Eza menulis anekdot sebagai kenangan di hari tua nanti. InsyaAllah. Doakan untuk projek buku seterusnya ya. 

Mula terjebak

Cikgu D, cikgu yang ajar Eza kat sekolah menengah dulu tanya melalui whatsapp. 

Cikgu D: Nak tulis anekdot tak? 
Eza        : Anekdot tu apa cikgu?

Itulah ajakan awal yang diterima. Mula-mula, memang agak meragui diri sendiri jugak. Nak cerita pasal apa pulak ni. Life taklah hebat sangat. Rakyat marhaen yang biasa-biasa je. Tapi, di sisi yang sama. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Akan ada buku sendiri secara fizikal. Boleh disentuh, diautograf, dan dipeluk erat. Kiranya kejayaan peribadi Eza sendiri. Tak cuba tak tahu, bukan? So, my answer was absolutely YES. Itulah titik permulaannya. 

Whatsapp Group

Eza dimasukkan dalam group yang semuanya adalah penulis-penulis yang berpengalaman. Ada yang cikgu. Ada yang baru lepas STPM tetapi pernah menang pertandingan penulisan peringkat negeri, ada yang dah hasilkan beberapa buah buku, ada juga penulis komsas dan ramai lagilah. So, I'm the only one yang krik-krik-krik zero experience and knowledge. Buku itu nanti akan memuatkan karya-karya daripada 10 orang penulis Wanita Sarawak. Semua mereka baik-baik belaka. Eza kenal Cikgu D sahaja. Penulis lain baru kenal masa zoom meeting hari tu. Whatsapp group itulah info-info disalurkan seperti due date penghantaran anekdot, biodata, bincang costing dan sebagainya. 

Anekdot Pertama

Pengalaman ini memang tak dapat nak lupa. Siapkan anekdot je berhari-hari. Eza bukan orang yang pandai berimaginasi. Penceritaan Eza lebih kepada pengalaman sendiri dan benar-benar terjadi. Eza tak tahu Eza tak reti nak cerita. Anekdot pertama mengambil masa dalam tiga hari baru siap. Itupun tunggu husband tidur dulu. HAHA. Kalau dia tak tidur, dia banyak cerita dan banyak tanya. Jadinya idea pun lari ikut cerita dia. Penceritaan pun ke Lautan Hindi. Anekdot ini Eza taip sampai 7 mukasurat. So, lepas diedit tak tahu lagi berapa page tinggal. Masa hantar email tu siap maklum awal kat Puan Editor, "Mohon maaf atas kecelaruan cerita dan kelemahan penceritaan di sana sini". 😂😂😂

Anekdot Kedua

Ini ada peningkatan sikit. Ambil masa dalam sehari. Ini giliran Eza pulak nak kusutkan fikiran husband. Sebab ini melibatkan banyak ayat-ayat teknikal yang dia tahu. Masa tu dia dah tidur dah. Still, Eza kept on asking him:

"Awak, betul ke nama peralatan ni?"
"Apa nama sungai awak pergi tu?"
"Awak dengar tak niiii...."

Dalam pada dia mengantuk tu, dia jawab jugak. Supportive-nya awak. Saya bagi 5 bintang campur semua bintang di langit! Anekdot kedua saya dapat taip dalam 6 mukasurat.

Anekdot Ketiga 

Anekdot ini terhasil bila kelulusan diberikan kepada husband untuk pergi memancing demi mendapatkan ketenteraman dalam proses percambahan idea. So, seharian itulah Eza menaip dan susun jalan cerita anekdot. Untuk anekdot ini, Eza agak mengerah minda dan fikiran sampai tertido dua jam. Masuk mimpi pulak tu. Nasiblah masa husband pulang dari pancing just tinggal double check ejaan, gaya bahasa dan struktur ayat. Kalau tak, memang tak siaplah. Dahlah due date keesokan harinya. Dapat jugak taip dalam 6 mukasurat. Alhamdulillah dipermudahkan. 


Sekian dahulu perkongsian kali ini. InsyaAllah Eza kongsikan lagi di masa akan datang. 
Ada yang nak beli tak buku Eza ni? 😍😍😘😘 Terima kasih daun keladi jika sudi. 
Read More

Tips Tanaman Sayuran Kacang Panjang

Sayur kacang panjang antara sayur yang menjadi pilihan Eza untuk ditanam di belakang rumah. Senang untuk hidup setelah disemai dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk ianya terus menyubur. Jadi, kalau  korang masih dalam proses nak fikir apa nak tanam di kawasan rumah yang terhad bolehlah cuba tanaman sayur kacang panjang ini ya. Alhamdulillah, hasil sayur ini memang agak banyak dan selesai diagihkan kepada orang-orang terdekat Eza. Istimewanya sayuran ini, hayatnya memang agak lama. Panjang usianya dan lebat berbuah. Syukur sangat-sangat rezeki dari Allah. 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Hari ini kita borak pasal sayuran kacang panjang di Kebun Mini Eza. Ok nak borak sikit je pasal sayur kacang panjang ni. Sebenarnya, dulu masa sekolah abah pun selalu bawa pergi pejabat sayur kacang panjang ni. Memang jual murah je seikat sebab kami sekeluarga tak habis makan. Kiranya, Eza tanam kacang panjang ni dapat inspirasi mak ayah jugak la. Lama kot tak balik! Semua moment dirindu sampai tanam sayur sendiri. Alahai!

Tips tanaman sayur kacang panjang mengikut pengalaman sendiri adalah seperti berikut:
  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari. Eza memang biasa semai dulu di tempat semaian untuk semua jenis tanaman. Sebabnya, tanah kawasan Eza ni tanah bukit. Pernah tanam terus ke tanah, tak tumbuh-tumbuh pun. 
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran kacang panjang ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Jumlah daun itu petanda tumbuhan tersebut sudah lulus untuk dipindahkan ke tanah. Ini formula Eza je. Setakat ini, formula ini boleh digunapakai. 
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan sayur kacang ini melilit (husband guna tali rafia, ini Eza tak recommend sebab tali itu putus sebab tak dapat menampung berat daun dan buah kacang panjang). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran agar tumbuhan menjalar ini melilit di kayu/buluh/tali yang telah disediakan. 
  • Apabila tumbuhan sayur kacang panjang ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna putih sebelum mengeluarkan anak kacang panjang yang halus-halus. 
  • Kacang panjang itu akan membesar sehingga cukup masa menuai. Ini tidak mengambil masa yang lama untuk matang. Kena hari-hari jenguk kebun. Kalau seminggu dibiarkan, ada sayuran kacang panjang yang masuk kategori tua dan tidak sesuai dijadikan sayur untuk dimakan. 
  • Selain itu, perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu kacang panjang. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut. Kacang panjang Eza juga diganggu serangga perosak terutama kedudukan buah kacang panjang yang lebih rendah dan dekat dengan tanah. 
  • Tibalah masa penuaian sayur kacang panjang apabila kacang panjang cukup matang apabila warnanya hijau tua, gelap, mudah dipatahkan dan saiznya sedang-sedang. Berbeza pula keadaan kacang panjang yang sudah terlebih matang/tua. Warnanya akan kekuningan, warna hijau semakin pudar, lembik dan biji kacang tertonjol keluar. 
  • Sayur kacang panjang yang telah dipetik bolehlah dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Eza suka masak tumis bawang dengan telur letak kicap. Boleh juga dimakan sebagai ulam. 
Setelah diperhatikan, tanaman sayur kacang panjang lebih mempunyai hayat yang lama berbanding tumbuhan yang Eza tanam sebelum ini. Sayur kacang panjang memang panjang usianya sehingga berbulan-bulan. 

Nak tahu, tanaman yang Eza pernah kongsikan sebelum ini?

Oklah sekian dulu. Terima kasih sudi baca. 

Read More

LIMA (5) LAGI TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI AWAL PERKAHWINAN - PART 2

Ahad, Januari 17, 2021

Pengurusan kewangan dalam sesebuah institusi keluarga yang baru dibina adalah penting bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini berlaku. Suami dan isteri tu perlu mencipta kaedah sendiri agar kewangan keluarga stabil dan bersedia untuk menanti kelahiran anak-anak yang comel. Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita, jika boleh hindarkan daripada menyusahkan ibubapa atau kawan-kawan dalam bab kewangan rumah tangga. 

Sebelum ini, Eza sudah kongsikan LIMA (5) TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI AWAL PERKAHWINAN - PART 1. So hari ini, Eza sambung lima tips lagi ya. Seperti biasa, diingatkan ini hanyalah pandangan peribadi Eza. Lain orang lain caranya. Mana yang boleh ikut dan bermanfaat, dipersilakan untuk mengaplikasikan tips pengurusan kewangan ini ya. 

1. PERBINCANGAN SECARA JUJUR

Di awal perkahwinan, sebenarnya kita baru hendak mengenali suami/isteri kita. Zaman bercinta ke bertunang ke, itu tak cukup kenal lagi ya. Jadi, perbincangan khas adalah mengenai kedudukan kewangan masing-masing perlu diadakan dengan jujur dan terus terang. Bincang mengenai nafkah bulanan, komitmen bulanan dan perbelanjaan dapur. Sebagai isteri, selepas tahu kedudukan kewangan suami macam mana, kita akan maklum dan tak letak expectation terlalu tinggi. Bab nafkah bulanan, itu kewajipan suami. Bab nafkah kena bincang betul-betul tau. Suami kena bagi ikut kemampuan dia. Perbincangan ini penting, maklum sahajalah masa adakan majlis bertunang atau kenduri kahwin dah makan banyak belanja. Jujurnya, memang duit pihak suami dan pihak isteri sendiri yang keluar. Lainlah perkahwinan dapat sponsor, ini memang selamat duit. Sebab itulah perbincangan kena telus antara suami dan isteri. Bayar rumah berapa, bayar kereta berapa, loan bank berapa. Buat kira-kira dulu. Jadi takda siapa yang makan hati. 

2. SEDIA BUKU CATATAN DAN FAIL UNTUK REKOD PERBELANJAAN

Ini memang Eza suka sangat buat sebab memang selalu lupa kalau tak rekod. Sediakan buku panjang (hard cover) sebab nak guna setahun kan dan fail clear holder untuk letak resit atau warranty peralatan elektrik contohnya. Simpan dua benda ini di tempat yang sama. Jadi nanti senang cari kalau ada keperluan seperti urusan cukai, peralatan rosak dan bila tak tahu tuju duit ke mana. Every month boleh pantau kedudukan kewangan di tahap mana. Buku catatan tak semestinya tulis perbelanjaan bulanan sahaja, duit masuk pun boleh dicatat sekali. Contohnya seperti duit kecemasan, tabung untuk baby dan tabung balik kampung. Dear baby, mami dadi dah saving tau untuk awak. Semoga Allah berikan rezeki zuriat kepada kami dan pasangan lain yang belum dikurniakan zuriat. Jom doakan beramai-ramai ya!

3. POTONG PERBELANJAAN MANA YANG BOLEH

Ini biasanya berkaitan dengan bil-bil utiliti dan bil-bil yang lain. Contohnya seperti bayaran bil wifi. Sekarang kena bayar dekat RM200. Kita akan survey promo-promo terbaru dari masa ke semasa daripada telco atau TM untuk lebih penjimatan. Bil telefon bimbit pun akan dikurangkan. Memang guna yang pakej jimat bayar berpuluh ringgit saja. Dua biji handphone, dua bil kena bayar. Balik rumah, onlinelah sepuas hati dengan wifi yang laju. Selain itu, amalan penjimatan barangan elektrik seperti penghawa dingin boleh dihadkan dengan menggunakan timer. HAHA! Husband suka tau letak timer bila pasang air-con. Suis lampu dan kipas yang tak digunakan, silalah tutup ya. Jangan membazir elektrik. Duduk rumah sendiri berdua ini, banyak benda Eza belajar. Hidup tak boleh nak ikut orang sangat. Ukur baju di badan sendiri. Rumah pun belum dapat nak renovate cantik-cantik, perancangan dan bajet itu perlu seiring. Tak mahu beban hutang, jadi kena saving. 

4. BELI IKUT KEPERLUAN

Ini apabila melibatkan barang yang berharga RM1k dan ke atas. Ini kena kaji dulu memang kena beli terus ataupun boleh tangguh. Ini contohnya HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Rasanya dalam tiga bulan jugak baru decide nak beli lepas tengok skrin beliau yang retak seribu itu. Keywordnya adalah saving jugak. Macam suami ada hobi dan kemahiran dia sendiri. So untuk itu, dia kena aim nak beli beberapa machines untuk buat perabot, gate dan kabinet sendiri. Bagi Eza, tiada halangan untuk dia nak beli machines tu semua sebab memang ada kegunaannya untuk rumah kami ni. Harga machines pun main huruf K je semua. Huhu. 1 mesin dah purchased last week tunggu sampai je lagi. Tinggal 1 mesin je lagi. Almost one year jugak nak completekan semua machines. So, inilah yang Eza maksudkan beli ikut keperluan.

5. PEMBELIAN BERHEMAH BARANG DAPUR DAN MAKANAN

Bab ini memang perlu improvement dari part Eza. HAHA. Suka sangat order makanan tapi tak habis pun. Makan sikit then husband yang habiskan. Kalau makanan dia tak berkenan, ke tong sampahlah jawabnya. Sayang dekat food. Sebenarnya, pembelian barang dapur agak tinggi jugaklah. Namun perlu diutamakan barangan seperti beras, minyak, tepung, pusu, telur, bawang-bawang, teh, garam dan gula. Bahan-bahan pasta juga perlu ada selalu sebab memang makanan kegemaran kami berdua. Masak di rumah lebih jimat, lebih bersih, lebih besar portion yang kita akan dapat. Tak salah makan di luar, sekali sekala. Jangan setiap hari. Duit pun mengalir bagai air sungai. Biasanya kalau kami busy sangat dan keletihan balik kerja, memang akan take away (tapau/bungkus) makanan dulu sebelum balik. Kalau tak pun order je di Grab Food dan Morefun. Order macam ni, tak lepas RM20 tak sah. So, agak costly jugak ya bila difikirkan semula. 

Setakat ini sahaja perkongsian Eza. Ada PART 1 dan PART 2 sahaja. Paling penting, simpanan tu kena jaga dan elakkan berhutang. Rumahtangga kita, kita sendiri yang jaga. So, jangan ikut orang lain. Hidup ini bukan satu pertandingan. Tolonglah bahagia dengan cara awak sendiri. Belajar dan saling memahami pasangan. Jangan create beban yang pasangan kita tak mampu nak pikul. Nak beli barang branded? Usahakan sendiri. Kalau pasangan nak hadiahkan, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. 

Sekian dahulu, terima kasih sudi baca. 

Yang benar, 

Isteri yang kena manage duit keluarga. Hihik! 

Read More

Appreciation Post #1 - Terima kasih kembali!

Sabtu, Januari 16, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua. Buat apa tu? Tibalah hari Jumaat, barulah Eza dapat kembali berblogging. Urusan kerja semakin sibuk, tambahan pula kawasan Eza dah jadi Zon Merah. Bergandalah kesibukannya. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Doakan kami seluruh Sarawak semoga baik-baik sahaja hendaknya. 

Okaylah, entry hari ni adalah appreciation post kepada entry penerimaan hadiah pemenang Lucky Participant Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom. Terima kasih sebab sudi juga menghasilkan entry untuk hadiah tersebut. Memang sangat-sangat hargai. Sejuk hati baca bila orang suka hadiah yang kita bagi. Alhamdulillah. 

Jemput baca entry tersebut:

TERPILIH SEBAGAI PEMENANGSEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Sebenarnya kad tu Eza tulis sendiri. Memang ada kesan kotoran sikit sebab kena pen. Kes-kes macam ni memang selalu jadi kalau kidal (lefthanded). Kotor sikit tulisan kad tu ye, mohon maaf zahir dan batin. Pujian tulisan cantik tu Eza terima dengan hati terbuka. Ecewah. Walaupun tulisan macam budak sebijik-sebijik hurufnya. Hehe. Terima kasih. Segala puji hanya kepada Allah. 

Mamapipie kata nak buat GA nanti. InsyaAllah Eza akan join ya untuk memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi sudi terima hadiahnya. InsyaAllah di lain kesempatan, Eza anjur lagi Segmen/Contest/Giveaway untuk para pembaca blog Eza. 

Pesanan khidmat masyarakat: 

Jaga diri baik-baik ya, kes covid semakin tinggi. Wabak COVID-19 is real. No joke! Make sure pakai face mask and handsanitizer selalu. Jika keluar rumah, balik rumah kena terus mandi. Makan supplement tambahan untuk antibody yang lebih kuat. Ada kawan-kawan kita ditimpa banjir. Banyak kerosakan harta benda. Sangat sayu mata memandang nasib mereka. Apatah lagi bahu yang memikul. Doakan untuk semua orang dipermudahkan segala urusan. Banyak bencana berlaku akhir-akhir ini, berdoalah kita agar sentiasa dilindungi. InsyaAllah. 

Catatan:

Pemenang lain iaitu Blogger As Samsudin dah dapat hadiah beliau. Tinggal seorang lagi blogger iaitu Mama Yan, Eza masih belum berkesempatan untuk post dek situasi semasa yang kurang mengizinkan. InsyaAllah Eza akan cuba selesaikan secepatnya. Entri ni dari semalam type, pagi ni baru dapat publish. Banyak halangan. HAHA. 

Update terkini: Eza dah pos hadiah Mama Yan pada 16/1/2021. Tracking number Eza dah email. 

Till then. 💕

Read More

Tips Tanaman Sayuran Timun

Ahad, Januari 10, 2021

Sayuran mentimun atau timun antara pilihan Eza jugak untuk ditanam di belakang rumah. Orang kata bagus tanam sendiri, jadi tak perlu membeli sayur di pasar ataupun di tamu sayur. Sejak bertanam sendiri ni memang makan sayur sendiri sahaja. Lebih jimat, lebih kenyang, lebih selamat dan bersih. Lagipun, tanaman kami tidak menggunakan baja-baja atau bahan-bahan kimia. Memang tumbuh semula jadi dan membesar dengan kebebasan yang maksima. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Eza akan kongsikan antara tanaman yang sesuai di tanam di kawasan rumah. Rumah kami merupakan rumah perumahan yang mempunyai halaman di belakang rumah. Daripada dibiar kosong dan semak, Eza usahakan untuk dijadikan kebun mini. Sedikit sebanyak husband pun menyemai minat untuk menguruskan kebun mini kami bersama-sama. 

Tips tanaman adalah seperti berikut:

  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari.
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran timun ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Mudah untuk bezakan sayuran ini dengan tumbuhan lain kerana bau daunnya seperti bau timun itu sendiri.
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan mentimun ini melilit (husband nak guna tali, Eza layankan saja). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran.
  • Apabila tumbuhan sayur mentimun ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna kuning. 
  • Perlu diingatkan, berbunga sahaja belum tentu akan menghasilkan buah. Ada kemungkinan bunga akan luruh. Pada ketika ini, daun-daun yang berada paling bawah akan bertukar kekuningan. Cantas sahaja untuk tumbesaran sayuran yang lebih sihat. 
  • Perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu tumbuhan timun. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut.
  • Apabila buah telah kelihatan dalam dua inci panjang, bolehlah membungkus buah timun tersebut dengan surat khabar bagi melindungi buah tersebut dan bentuknya juga lebih cantik memanjang. (Abah Eza cakap begitu ya, tapi Eza tak bungkus pun sebab nak tengok pembesaran buah. Hasilnya ada yang macam huruf C dan ada yang macam ganggang telefon).
  • Buah sudah matang, bolehlah dipetik untuk dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau diselitkan di dalam sandwich semasa sarapan pagi.
Ini sedikit sebanyak yang Eza boleh kongsikan mengenai pengalaman menanam sayuran timun. Hayat pokok ini singkat dan mudah mati setelah menghasilkan buah. Semakin tua, semakin kecil buah yang dihasilkan. Alhamdulillah hasilnya Eza dapat bersedekah dengan keluarga dan kawan-kawan sekerja Eza. 

Ini pengalaman Eza sendiri, mungkin yang lagi pakar lain pula pendapatnya. Semoga ada manfaat untuk para pembaca. 

Sekian dahulu, terima kasih sudi baca. 
Till then. 

Read More

Cara edit gambar menggunakan aplikasi CANVA. Guna phone pun boleh!

Sabtu, Januari 09, 2021

Peranan gambar atau infografik dalam media sosial adalah penting bagi menarik minat pembaca/audience/viewer/potential company untuk mengikuti perkembangan media sosial kita. Ada yang lebih gemar melihat gambar, ada juga yang suka dengan susunan ayat (wordings) dalam satu-satu post. Oleh itu, hari ini Eza nak berkongsi macam mana nak menghasilkan suatu gambar yang cantik, kemas dan semestinya mempunyai content yang boleh dimanfaatkan. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari lepas, Eza mendapat pertanyaan daripada Encik Blogger Wak Lat. Soalannya seperti dalam gambar di bawah.


Pertama sekali, terima kasih Wak Lat atas pertanyaan tersebut. Eza beri jawapan dalam satu entry ni ya. Minta maaf juga jawapan daripada Eza ini kelewatan sedikit, weekend baru dapat diselesaikan sebaiknya. 

Untuk entry Koleksi Pantun Ucapan Tahun Baharu By Eza Boom Boom, Eza menggunakan sepenuhnya APLIKASI CANVA untuk memaparkan tiga rangkap pantun tersebut. Di bawah ini merupakan penerangan lebih terperinci mengenai font yang digunakan.

Untuk gambar pertama, font yang digunakan adalah:

Wording Pantun Tahun Baharu - Font Hey Gotcha!
Serangkap Pantun - Font Moontime
Link Blog - Font Organic

Untuk gambar kedua, font yang digunakan adalah:

Wording Kolekasi Pantun Tahun Baharu - Font Glacial Indifference 
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Font Monserrat Classic



Untuk gambar ketiga, font yang digunakan adalah:

Hashtag - Font Code Pro
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Code Pro 


Aplikasi CANVA ni senang nak guna. Boleh download aplikasi ini dekat playstore smartphone korang juga. Mudah sangat. Sebab rata-rata dia bantu untuk buat post kat semua sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. 

Caranya mudah je ikut langkah-langkah berikut:

1. Kena sign up untuk create account korang. Lepas dah sign up baru boleh log in. 
2. Then, create design yang korang nak. Header blog Eza sekarang pun, Eza edit di CANVA je. 
3. Selebihnya, ikut kreativiti korang nak design macam mana ya.
4. Selesai design boleh save dalam format PNG untuk High Quality atau JPEG untuk Small Size File Image. Lepas saved pun boleh je edit lagi. No hal punya. 
5. Dah puas hati kome, boleh dah post dekat mana-mana sosial media. 

Catatan: 
Eza subscribed yang Canva Pro berharga RM21.90/monthly sebab senang nak edit apa-apa, pilihan design lebih cantik, template banyak dan tidak terhad. Jika bagi korang mencukupi menggunakan yang basic dan free, itupun sudah memadai. Terpulanglah ya.

Ini je Eza nak share hari ni. Mungkin ramai yang dah tahu mengenai CANVA ni. Tapi, tak apalah. Eza kongsi lagi ya. Harap boleh membantu serba sedikit. Selamat mencuba dan jumpa lagi di lain entry. 

Terima kasih. 
Till then. 
Read More

Giveaway by ejulz & anakdenesor - #EzaJoin

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini Eza meluangkan diri untuk menyertai giveaway daripada blogger ejulz dan anak denesor. Macam biasa, memang syarat mudah yang amat. So, nak join sekali tekan banner bawah ni ya. 

Syarat semua dah patuhi. Untuk Instagram pun sama.ID IG Eza adalah the_ezaboomboom. Tarikh tutup giveaway ni pada 15 Januari 2021.. Cepat-cepat join tau!

Till then. 

Read More

Kisah Hari Jumaat dan Trauma

Jumaat, Januari 08, 2021

Jumaat dan Trauma. Ini sekadar perkongsian Eza. Sesuatu situasi yang hampir serupa tetapi tidak sama. Kesannya hampir sama seperti empat tahun lalu. It is not a matter of time. But it was a painful time for me and my mother. Mungkin bagi orang yang tidak merasai situasi sebenar itu, perasaannya tidak sama. Mana mungkin peristiwa bertahun lamanya masih segar diingatan. Malah, masih sangat terkesan pada hati. Moment apabila hati dup dap dup dap. Moment sentiasa berdoa dengan Allah semoga melindungi orang yang sangat kami sayangi. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih sentiasa sudi singgah blog Eza membaca coretan yang diharapkan bermanfaat kepada pembaca. 



Lima tahun lalu, pada hari Jumaat aku dan mama dikejutkan dengan berita yang memilukan hati. Aku dan mama berdua di rumah. Manakala, babah pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak di bandar. Jam menunjukkan hampir 2.00 petang, kerisauan dalam hati ku dan mama juga bersarang. Mana babah ni pergi, lambat juga selesai sembahyang Jumaat. 

Beberapa ketika, pintu rumah kami diketuk. Ketua kampung rupanya. Dari riak wajah, memang wajahnya ingin menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. "Cepat pergi hospital, pergi sekarang!" katanya kepada mama. Mama kelihatan longlai dan aku juga speechless dengan apa yang terjadi. Hanya ayat itu dan tidak penerangan lanjut. Kami bergegas ke hospital, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD). 

Barulah kami tahu cerita sebenar. Babah mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang dari masjid menuju ke rumah. Tidak silap aku, kejadian tersebut berlaku disebabkan ada kereta terkena bahagian motosikal babah dan babah gagal mengawal motornya lalu jatuh rebah ke jalan. 

Semasa di ETD, babah tidak sedarkan diri dan ku lihat ada kesan darah pada kepalanya. Ada benjolan besar juga di kepala. Sungguh sayu rasa hati ini. Aku pastinya tidak dapat menahan sedih. I cried. Dalam hati ku berdoa, selamatkanlah babah. Itu saja doa yang aku sangat-sangat meminta dan merayu pada Allah. Berat sungguh ujian ini kepadaku, apatah lagi kepada mama. 

Babah akhirnya sedar. Pasukan perubatan mula berkumpul untuk melihat keadaan babah bersama kami ahli keluarga terdekat. Babah bersuara lemah, "Apa yang terjadi?". Soalan-soalan yang ditanya oleh pasukan perubatan juga gagal dijawab. Tidak dapat ingat apa-apa yang jadi. He did not recognize me as well. Terlerai juga hati ini pada ketika itu. But, I said to myself as long as babah selamat everything will be okay. 

Alhamdulillah. Babah beransur pulih, dengan ada beberapa jahitan di badan dan keretakan tulang belakang. Nasib kepala babah tidak apa-apa cuma untuk sembuh itu makan masa yang sedikit lama. Aku masa tu masih bertugas di HQ and all thanks to my boss sebab mengizinkan aku extend cuti untuk menjaga babah di wad. Sepanjang babah sakit tu, aku secara jujurnya dan amat menghormati mama sebab siang malam she prayed for babah, sembahyang hajat, baca yassin, dan sedia segala keperluan babah. I witnessed to this challenging time for our family. Mama loves you very much, Babah. I love you too so much, Babah!

Today, babah balik akhir lagi dari solat jumaat. My mom called me mana nak cari babah. I felt so helpless. Because I'm not living in the same district to them. Nasiblah, balik jugak almost at 3.00 pm. Rupanya pergi minum dengan kawan. Phone babah tinggal di rumah, sebab dia pergi solat Jumaat tak bawa phone. Aku memang sangat-sangat risau tadi. Perasaan hati berombak tu datang balik. Hanya Allah yang tahu. Ya Allah, lindungilah seluruh keluargaku hanya kepadamu tempat aku meminta pertolongan. 

Moralnya, setiap kehidupan seseorang itu ada kisahnya sendiri. I will do everything for my parents. Sayangi mereka sebanyak mana yang boleh. Tak ada benda yang boleh dibanding dengan kasih sayang makbapak kepada kita. Bila ada peluang untuk berbuat baik untuk mereka, buatlah sehabis baik. Apa sahaja yang membahagiakan mereka, usahakan. Semoga doa-doa mereka untuk kita setiap hari akan membuatkan kita seorang yang lebih berjaya, lebih baik dan soleh/solehah. 

Hari Jumaat dan Trauma tu sentiasa ada. 
Untuk aku dan mama. 

Sekian sahaja. 
Till then. 
Read More

My First Giveaway by Blog Sal - #EzaJoin

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera para pembaca sekalian. 

Hari Jumaat yang mulia ni Eza nak join first giveaway daripada blog Sal. Cik/Puan Sal ni selalu jugak singgah blog Eza tinggalkan komen-komen. Terima kasih tau awak sudi singgah blog Eza ni. Ini merupakan first giveaway beliau secara solo. Jomlah sama-sama support dan join ya kawan-kawan. Syarat simple dan mudah sangat. Nak join, click je banner bawah ni ya 😍

Eza dah join, korang bila lagi? Harap bertuahlah dapat hadiah dari Cik/Puan Sal nanti. Sebab Eza ni jarang bertuah kalau ada lucky draw. Haha. So, sama-sama kita doakan. Agitchewww...

Okaylah, till then. 💕

Read More

Lepas rindu sekejap!

Khamis, Januari 07, 2021

Assalamualaikum korang. Hai semua. Terima kasih tau masih sudi singgah blog Eza. Ada yang baca entry lepas-lepas jugak. Terharunya. Terima kasih tau korang. 

Macam biasa Eza tak pro lagi nak sediakan draft-draft cerita untuk di-scheduled post. Selalunya memang terus type situ jugak edit gambar lepaih tu publish. Pageviews memang drop habislah. Followers pulak tidak berganjak. 

Bukan sengaja tak nak update blog, tetapi sebab Eza masih tak pandai nak atur masa. Balik dari kerja hakiki, ada kerja lain jugak. Itupun ada due date. So, Eza kena set benda nak buat ikut tahap urgency. Nak capai impian ni tak mudah bukan? Kena bersengkang mata lewat tido, jerawat pun tumbuh membiak dengan pesatnya. Entahlah kenapa pulak tumbuh jerawat tahun 2021. Silap guna skincare agaknya!

InsyaAllah esok petang akan kembali lagi menghasilkan entry-entry panjang untuk pembaca sekalian. Hari ini tak ada idea nak borak apa, mungkin sebab dua hari dah memerah idea untuk menulis beribu-ribu ayat. Dua hari dah stay up. Dua hari dah tak cukup tidur. Kerja di pejabat pun boleh tahan banyaknya. 

By the way, korang okay tak tu? Kes COVID-19 dah makin melonjak naik sekarang. Korang jaga diri baik-baik tau. Sama-sama kita doa semoga kes cepat turun sebab Eza nak balik kampung ziarah mama abah. Lama sangat dah tak balik, tau tak? Homesick 😭 walaupun ada home sendiri kat sini, home di kampung tetap pujaan hati. 

Itu sahaja buat kali ni. 
Rindu korang tau.

Perasan ada blogger tanya soalan di ruangan komen, insyaAllah akan dijawab start esok hingga ke hari ahad ya. Eza dah noticed, don't worry. Just belum sempat jawab. Maaf Eza hutang jawapan dulu ya. Blogwalking pun Eza marathon je nanti ya. Belum sempat nak blogwalking malam ni, ada kerja lagi tak siap. 

Till then. 💕

Read More

IKTIBAR: Berniaga perlu JUJUR, kalau tak pelanggan LARI!

Isnin, Januari 04, 2021

Cerita ini kisah benar yang dilalui oleh Eza sendiri dalam suatu momen tahun lepas. Masih segar diingatan kerana keadaan itu ADA memberi ruang dan masa untuk peniaga itu jujur atas urusan perniagaannya. Memang benar, setiap business mahukan keuntungan yang berlipat ganda demi kelangsungan hidup pada zaman ekonomi merosot dek kerana pandemik. Namun, itu pilihan masing-masing untuk berniaga secara jujur ataupun  sebaliknya. 



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar sidang pembaca sekalian? Hari ini hari Isnin. Nampaknya, hari Isnin Eza alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Balik rumah pun muka happy. Sik la menjus padah orang Sarawak. Menjus bermaksud raut wajah yang masam mencuka. Semoga hari esok dan seterusnya pun begitu juga. 

Berbalik semula kepada kisah yang ingin Eza ceritakan. Moga dapat dijadikan iktibar. 

Setiap kali, waktu lunch hour kami suami isteri akan mencari masjid yang cantik dan bersih untuk mengerjakan solat Zohor. Masa yang ada terhad, hanya satu jam. Selalunya, sebelum singgah masjid akan beli air dan kuih-muih di tepi jalan jika sudah kelaparan. Kalau tidak, usai solat baru kami akan singgah di stall jalanan yang sejalan ke tempat kerja. Ini tanda support kami kepada peniaga kecil. Tak singgah membeli tu maksudnya dah bawa bekal dari rumah. 

Jadi kejadiannya begini, Eza membeli dua cawan air berharga RM3.00 segelas, kuih ala-ala karipap tapi bukan karipap enam biji berharga RM1.00 per biji, Cheesekut dalam container 1 bekas berharga RM5.00 per bekas. Jumlah keseluruhannya adalah RM17.00. Sama bukan kira-kira kita?

Dengan itu, penjual itu memberitahu jumlah keseluruhan belian Eza adalah RM22.00. Jadi Eza hulurkan wang sebanyak RM52 supaya akan dapat baki RM30 genap. Baki duit bertukar tangan, Eza pun kembali ke kereta. 

Dalam kereta, husband pun tanya berapa total semua? Jawaplah jawapan tadi. Mahal sungguh. Ni lepas set McDonald ni katanya lagi. Eza kiralah semula, congak matematik sikit memang salah kira ni. Kurang RM5.00. Eza pun turun semula untuk dapatkan baki duit yang sepatutnya. 

Eza cakaplah, "Encik, macam salah kira ni..". Dia pun terus meluru bagi Eza RM2.00, oh kurang RM2.00 ya. Terus dia bagi Eza dua keping RM1. Lepas tu pulak ada pembeli lain datang dan Eza pun tak nak panjangkan cerita, lalu berlalu pergi. Tempat orang cari makan, jangan buat kacau. 

Akhir cerita, penjual tu masih hutang Eza RM3.00 lagi. If Eza tak tanya balik baki duit sepatutnya, dia akan untung RM5.00.

Iktibarnya kat sini, apabila berlakunya kesalahan pengiraan dalam urusan jual beli sepatutnya pengiraan semula patut dilakukan. Bukan urusan sekadar ringgit-ringgit. Tetapi, kepercayaan orang terhadap awak sebagai pembeli dah tak ada. Padahal, awak ada je masa untuk kira betul-betul semasa Eza nak buat pembayaran tu sebab tak ada pelanggan lain. 

Pengajarannya kat sini, nak berniaga kena jujur. Orang beli sebab nak support business awak. Kena lagi dekat husband Eza yang pantang kena tipu. Padahal isteri dia yang kena tipu. Tipah tertipu bang! Memang tak singgah lagi la stall tu. Tak suka orang tak jujur katanya. Kepercayaan manusia ni sukar dicari ganti, bila kepercayaan tergadai I say bye bye!😡

Entry ni macam ayat penyelesaian masalah matematik pulak bila baca balik. HAHA. Suka je nak bercerita malam-malam ni. Suka sangat nak taip panjang-panjang. Korang layankan je lah entry Eza ni ye. 

Dalam urusan jual beli ni.....
Pembeli ni tahu je mengira, jangan anggap tak tahu. 
Ambil kesempatan dan keuntungan ni tak bagus tau.
Berniaga dengan jujur, rezeki pun berkat dan barokah.
Pelanggan setia beli hari-hari, awak pun untung hari-hari. 

Terima kasih sudi baca,
Till then. 😍
Read More

Koleksi Pantun Ucapan Tahun Baharu by Eza Boom Boom

Ahad, Januari 03, 2021

Koleksi pantun sempena tahun baharu ini merupakan antara cara untuk mengucapkan tibanya tahun baharu. Tahun baharu merupakan tititk tolak permulaan yang segar. Semoga kekal bersemangat dan positif dalam menjalani 365 hari yang penuh warna warninya. Pantun-pantun ini merupakan hasil nukilan asli Eza sendiri. Pantun dicipta dalam satu rangkap. Satu rangkap akan mengandungi dua baris atas sebagai pembayang, manakala dua baris ke bawah adalah maksud pantun. 

Jika ada sesiapa yang ingin menggunakan untuk sebarang teks pengacaraan majlis atau atas apa tujuan sekalipun, mohon jasa baik untuk meninggalkan komen di entry ini ataupun boleh menghubungi Eza seperti yang tertera di About Me: The Author atau di ruangan sidebar PUAN TANAH. Memang niat untuk berkongsi, namun Eza tak nak hasil seni ini diplagiat sesuka hati tanpa dikreditkan kepada penulis asal. Terima kasih kerana menghargai dan menghormati bakat seni Eza. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan semua ke blog Eza. Semoga hari yang dilalui dihadapi dengan senyuman. 

Tanpa melengahkan masa lagi, Eza kongsikan enam rangkap pantun bertemakan tahun baharu untuk tatapan sidang pembaca:

Pantun 1:

Sayang-sayang buah kepayang
Sayang kekanda pasang pelita
Tahun lalu sudah melayang
Tahun ini menanam cita.

Pantun 2:

Pantun 3:

Hati senang dusun berbuah
Dahan pokok dikerat-kerat
Tahun baharu di sambut meriah
Ikatan keluarga terpatri erat

Pantun 4:


Pantun 5:

Awas taulan bila bertiti
Dalam sungai terlihat bayang
Mulia peribadi kaya pekerti
Indah budi orang pun sayang

Pantun 6:


Sekian dahulu, perkongsian untuk hari ini. Jumpa lagi di sesi pantun akan datang. 
Till then 💙💚💛💜💓

Read More

Azam Baharu atau Renew Azam?

Sabtu, Januari 02, 2021

Sinonim dengan permulaan awal tahun, sering berkait rapat dengan azam yang ingin dicapai oleh setiap individu. Bahasa ringkasnya, azam adalah apa kita nak capai pada tahun ini. Impian dan cita-cita sekaligus harapan kita bagi tahun ini. Ada orang, ada azam yang baru hendak dikejar. Ada orang pula, alamak tahun lepas tak tercapai pun. Kena perbaharui semula azam tersebut untuk tahun ini. Itu namanya, Renew Azam! Korang pulak macam mana? Eza harap azam korang tahun lepas tercapai dengan jayanya. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian. Apa khabar hari ni? Macam biasa, singgah blog Eza kena senyum tau. 

Okay, topik hari ini adalah mengenai azam. Perkataan A to the Z to the A to the M. Eza kongsikan enam ciri-ciri menetapkan azam dengan baik. Terlebih dahulu, ingin Eza maklumkan penulisan entry ini bersifat pandangan dan pendapat peribadi Eza sendiri. Azam yang baik akan memudahkan kita untuk mencapai apa yang diinginkan dalam tempoh satu tahun bersamaan 365 hari. Nak berazam, azam betul-betul. Kalau tak, jadilah hangat-hangat tahi ayam. So sayanglah sebab jadi sia-sia. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

Spesific 

Spesific atau dalam bahasa melayunya spesifik membawa maksud khusus. Maksudnya bukan azam yang secara am atau umum. Contohnya dalam bidang blogging. Azam aku nak post entry berjumlah paling minima 10 entry dalam satu bulan mengenai makanan. Ini secara jelas menggambarkan ciri azam yang spesifik. So dalam satu bulan itu, memang akan cari maklumat pasal makanan. Ataupun, korang pergilah jalan-jalan food hunting. Paling senang, post ajelah yang korang masak sendiri, telur goreng crispy. Makan dengan nasi panas, tuang kicap masin sikit. Settle satu entry makanan. Ini contoh je tau. 

Realistic

Realistic atau dalam bahasa melayunya realistik membawa maksud nyata. Kenyataan yang boleh dicapai. Tak berlebihan berazam seperti ingin mencapai kejora di angkasa. Ini imaginasi. Berlainan dengan azam yang ingin menjadi bintang menyinari kehidupan suami/isteri korang. Ini bolehlah korang kata, cia cia cia! Contohnya, sebagai blogger kita kena ada azam untuk merealisasikan pageviews dalam setahun ni nak capai 100k pageviews. Realistik bukan? Tak mustahil kalau selalu update blog. Tak kisahlah panjang ke pendek ke entry. Asal update. No idea nak post apa, join je mana-mana segmen/giveaway/contest dari blogger lain. 

Time Frame 

Dalam berazam ni, kita kena ada time frame iaitu tempoh masa. Ciri inilah yang akan push kita untuk terus capai apa yang kita cita-citakan. So, kita akan lebih disiplin sebab kita ada komitmen untuk accomplish sesuatu azam itu. Contohnya tempoh masa seperti, 3 hari, seminggu, dua minggu, sebulan mahupun setahun. Kena tetapkan time frame agar landasan tidak tersasar jauh ke gaung. Contohnya, Eza tengah melatih diri untuk menaip entry panjang dalam tempoh dua jam per entry termasuk semakan tatabahasa, ejaan dan grafik. Ye ye, ini semua perlukan latihan. Kejayaan tak datang bergolek ya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. 

Effort

Bila dah ada azam, paling penting ada effort yang membawa maksud usaha. Berusahalah dengan sedaya upaya untuk menggapai azam. Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Usaha pula perlu konsisten dan berterusan. Berlatih menaip dalam masa dua jam sambil memikirkan content yang baik juga antara contoh effort. Sebab Eza suka buat sharing mengikut pandangan Eza. Eza selalu harap sharing Eza akan bermanfaat kepada setiap orang yang membacanya. Lagi satu contoh, bila kita tahu tempat kerja kita mempunyai persekitaran yang toksik. Please, don't be a TOXIC PERSON and that's the NOBLE EFFORT. Be the one who support each other. Azam yang baik-baik macam ni, Allah pun sayang. Kesian tau dengar orang meluah perasaan kena buli kat tempat kerja. Pity them. May Allah protect them. 

Leave it to Allah

Bila ke-empat-empat ciri menepati syarat menetapkan azam dengan baik, kita serahkan segala urusan kita dengan Allah. Percaya dengan kuasa Allah, Allah Maha Besar. Allah akan bantu kita untuk mencapai azam yang kita kehendaki mengikut apa yang terbaik bagi Allah. Kena ingat, setiap kehidupan tiada yang sempurna. Ada masa Allah beri ujian, ada masa Allah bagi hadiah yang tidak disangka-sangka. Tiada apa yang kita punya, semua Allah yang punya. Oleh itu, belajar mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sedikit apatah lagi bila mendapat nikmat yang besar. Arena blogging bukanlah satu pertaruhan untuk menentukan siapa paling berjaya atau sebaliknya. Kepada Allah yang memberi rezeki dan ilham, alhamdulillah. 

Reward yourself

Akhir sekali, reward yourself lebih membawa maksud menghargai pencapaian diri sendiri. Kiranya bagi hadiah untuk diri sendiri. Something special untuk awak yang special. Contoh, beli telekung Siti Khadijah. Sebab harga ratusan, bila achieved satu azam jemputlah beli ya! Itu kalau nak beli telekung la, sebab telekung Eza bawah RM100 semua. Contoh lain, beli sejadah gebu gebas supaya boleh lama di tikar sembahyang. Maaf ye korang, contoh islamik bebenor. Ikut la korang nak beli apa ya untuk reward diri sendiri. Pergi makan kat hotel, beli kunyit (dibaca: emas), beli handbag, asalkan korang happy dan riang gembira. Hidup ni kena buat apa yang buat kita happy. Hidup orang lain jangan dikesah sangat. Orang lain happy, kita patut happy sekali. Arasso?


Sekian dahulu perkongsian Eza mengenai AZAM di tahun baharu tidak kiralah di tahun ini, depan dan seterusnya. Jadi, Eza nak tanya ni.. Korang ada azam baharu ke renew azam? Jom kabo kat ambo 😉. 


Till then 💕

Read More