Aiskrim Magnum White Almond & Lipton Teh Tarik Sandwich

Tuesday, January 26, 2021

Bulan Januari 2021, cuaca majoritinya hujan membasahi bumi. Bila selalu hujan, rindu akan mentari. Tertunggu-tunggu munculnya matahari. Bau baju yang dijemur di bawah terik matahari, istimewa baunya. Jemur bantal pun best, sebab ada bau matahari dan hangat haba mentari. Indah sungguh ciptaan Allah. 

Masa cuaca panas, memang akan tercari-cari makanan yang sejuk-sejuk. Kena cari aiskrim, hati pun sejuk sekali. Magik betul ya! Korang macam tu jugak ke?

Nak dijadikan cerita, Eza dan suami pun singgah la stesen minyak Petronas. Bestnya pergi isi minyak ni, boleh usha sekali aiskrim baru-baru yang ada. Memang tak ketinggalan zaman. Ada je aiskrim baru yang ada di freezer aiskrim tu. Tak kira brand. Tinggal kita nak pilih je lagi yang mana satu pujaan hati. 

So review Eza adalah seperti yang berikut:

Aiskrim ini memang favourite weolls. Harga dalam harga RM4.90. Eza suka round off je harga jadi RM5.00 standard harga dia memang gitu. Plus minus 50 sen ikut kedai. Rasanya memang terbaik. Kami bagi 10/10. Suka beli aiskrim ni dari zaman bertunang. Salutan white chocolate yang crunchy. Memang sedap la aiskrim ni. Serius! Banyak-banyak flavour Magnum ni, kami kekal memilih aiskrim ni sebagai aiskrim favourite. 

Ini pun not bad jugak rasanya. Eza suka je beli aiskrim yang Eza tak pernah try lagi. Ada rasa pahit-pahit sikit. But, still acceptable. Habis juga aiskrim tu dan telah selamat di dalam perut. Korang jangan risau ya, memang ada rasa teh tarik dalam aiskrim ni. Tak lari jauh rasa, just lidah Eza rasa ada sedikit pahit teh. Harganya pula lebih murah. So, korang jemputlah try sekali. 

Masa beli aiskrim ni, cuaca panas. Lepas tu both of us macam serabut kepala pasal kerja, so we decided to buy ice cream. Husband lebih dominan dengan pilihan aiskrim. Memang aiskrim Magnum White Almond jugak pilihan utama. Eza pula lebih suka try dan error. Who knows ada aiskrim yang lagi sedap kan. Never try never know! Hihik. Itu semua alasan mu wahai Eza!

Ok la. Ini je nak cerita. First time type entry blog guna handphone sambil tengok berita. Husband atur joran. Zzz. Menarik bukan? Haha.

Till then. 

9 comments

  1. Magnum banyak perisa baru dan sedap.
    Teh tarik itu belum rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. u make it sounds so delicious! nak cuba la

    ReplyDelete
  3. Sekarang musim blogger buat entry pasal aiskrim ye. Ni dah entry ke tiga saya baca hari ni cite pasal aiskrim. Haha. Yelah kan, cuaca panas memang seronok makan benda sejuk

    ReplyDelete
  4. Waahhh dua dua ni tak pernah try lagi! Ada kesempatan nanti boleh la try!! Lagi2 yang rasa teh tarik tu!

    Ohooo taip entry pakai phone ye? Cik TK pernah try guna phone. Tapi teramat susah dengan skrin kecil dan kadang heng2. 😅

    ReplyDelete
  5. White almond tu favorite husband Ai. Kalau dapat, makan sorang je. Hahaha!

    ReplyDelete
  6. Dua dua tak jumpa dan cuba lagi. Sejenis jarang turun kereta. Tak dapat nak cuci mata dan membeli. Hihi..
    Menarik betul teh tarik sandwich tu. mesti unik rasa dia.

    ReplyDelete
  7. aiskrim teh tarik tu abah kite suke hehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun suka aiskrim magnum. Rich betul flavour dia. Nikmat. Teh tarik sandwich akak belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.