Sunday, January 24, 2021

Appreciation Post #2 - Terima Kasih Daun Keladi

Entry Appreciation Post ini akan muncul apabila ada entry mengenai blog Eza. Entry jenis ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada Eza untuk menghargai rakan bloggers yang lain. Pastinya, entry seperti ini akan menjadi kenangan yang manis bila dikenang semula atau #throwback pada suatu hari nanti. 

Pada kali ini, Eza nak mengucapkan terima kasih kepada blogger As Samsudin atas entry yang bertajuk:

Menang Hadiah Segmen By Eza Boom Boom

Jemputlah baca entry tersebut. Blogger As Samsudin merupakan salah seorang pemenang dalam kategori Lucky Participant untuk Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom yang berakhir dengan jayanya pada hujung tahun 2020. Beliau ada reveal hadiah yang dimenangi dalam entry tersebut. Jemput baca tau!

Terima kasih As sebab sudi terima hadiah yang Eza kirimkan daripada Bumi Kenyalang. Risau jugak Eza sebab ada kelewatan sedikit dalam pengeposan hadiah. Bila dah settle semua rasa lega sangat-sangat. Selagi tak settle, selagi tu lah dok fikir hari-hari. 

Jujurnya, Eza pun senang jugak berurusan dengan Blogger As Samsudin ni. Alhamdulillah, Mama Yan pun dah terima dengan selamat hadiah yang Eza kirimkan. Selesai akhirnya keseluruhan penyampaian hadiah bagi segmen pertama Eza. InsyaAllah ada rezeki lagi next time, Eza akan anjur segmen lagi untuk semua rakan bloggers. Semoga ukhuwah yang dibina walaupun di alam maya tetap baik dan harmoni sampai bila-bila. 

Click untuk baca: Appreciation post #1

Salam sayang buat semua 💗.

Till then. 

8 comments:

  1. Semangat setiakawan di dalam dunia blogging sangat bagus kak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe...terima kasih Eza untuk Appreciation Post ni...
    Appreciate it! Semoga Eza juga terus diberi idea untuk berblogger.

    ReplyDelete
  3. Lega kan apabila sudah tunaikan janji dan hadiah diberi selamat ke tangan penerima.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua hadiah kiriman Eza dah selamat sampai ke tangan penerima dengan selamat. Semoga Eza dimurahkan rezeki. Aaminn

    ReplyDelete
  5. Tahniah..seronok kan bila org appreciate pemberian kita :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh tahniah kepada penerima! Mesti Eza dah lega hadiah dah sampai di tangan penerima!!!

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.

TUAIAN MENJADI