Sinonim dengan permulaan awal tahun, sering berkait rapat dengan azam yang ingin dicapai oleh setiap individu. Bahasa ringkasnya, azam adalah apa kita nak capai pada tahun ini. Impian dan cita-cita sekaligus harapan kita bagi tahun ini. Ada orang, ada azam yang baru hendak dikejar. Ada orang pula, alamak tahun lepas tak tercapai pun. Kena perbaharui semula azam tersebut untuk tahun ini. Itu namanya, Renew Azam! Korang pulak macam mana? Eza harap azam korang tahun lepas tercapai dengan jayanya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca sekalian. Apa khabar hari ni? Macam biasa, singgah blog Eza kena senyum tau.
Okay, topik hari ini adalah mengenai azam. Perkataan A to the Z to the A to the M. Eza kongsikan enam ciri-ciri menetapkan azam dengan baik. Terlebih dahulu, ingin Eza maklumkan penulisan entry ini bersifat pandangan dan pendapat peribadi Eza sendiri. Azam yang baik akan memudahkan kita untuk mencapai apa yang diinginkan dalam tempoh satu tahun bersamaan 365 hari. Nak berazam, azam betul-betul. Kalau tak, jadilah hangat-hangat tahi ayam. So sayanglah sebab jadi sia-sia. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
Spesific
Spesific atau dalam bahasa melayunya spesifik membawa maksud khusus. Maksudnya bukan azam yang secara am atau umum. Contohnya dalam bidang blogging. Azam aku nak post entry berjumlah paling minima 10 entry dalam satu bulan mengenai makanan. Ini secara jelas menggambarkan ciri azam yang spesifik. So dalam satu bulan itu, memang akan cari maklumat pasal makanan. Ataupun, korang pergilah jalan-jalan food hunting. Paling senang, post ajelah yang korang masak sendiri, telur goreng crispy. Makan dengan nasi panas, tuang kicap masin sikit. Settle satu entry makanan. Ini contoh je tau.
Realistic
Realistic atau dalam bahasa melayunya realistik membawa maksud nyata. Kenyataan yang boleh dicapai. Tak berlebihan berazam seperti ingin mencapai kejora di angkasa. Ini imaginasi. Berlainan dengan azam yang ingin menjadi bintang menyinari kehidupan suami/isteri korang. Ini bolehlah korang kata, cia cia cia! Contohnya, sebagai blogger kita kena ada azam untuk merealisasikan pageviews dalam setahun ni nak capai 100k pageviews. Realistik bukan? Tak mustahil kalau selalu update blog. Tak kisahlah panjang ke pendek ke entry. Asal update. No idea nak post apa, join je mana-mana segmen/giveaway/contest dari blogger lain.
Time Frame
Dalam berazam ni, kita kena ada time frame iaitu tempoh masa. Ciri inilah yang akan push kita untuk terus capai apa yang kita cita-citakan. So, kita akan lebih disiplin sebab kita ada komitmen untuk accomplish sesuatu azam itu. Contohnya tempoh masa seperti, 3 hari, seminggu, dua minggu, sebulan mahupun setahun. Kena tetapkan time frame agar landasan tidak tersasar jauh ke gaung. Contohnya, Eza tengah melatih diri untuk menaip entry panjang dalam tempoh dua jam per entry termasuk semakan tatabahasa, ejaan dan grafik. Ye ye, ini semua perlukan latihan. Kejayaan tak datang bergolek ya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Effort
Bila dah ada azam, paling penting ada effort yang membawa maksud usaha. Berusahalah dengan sedaya upaya untuk menggapai azam. Tanpa usaha tiadalah kejayaan. Usaha pula perlu konsisten dan berterusan. Berlatih menaip dalam masa dua jam sambil memikirkan content yang baik juga antara contoh effort. Sebab Eza suka buat sharing mengikut pandangan Eza. Eza selalu harap sharing Eza akan bermanfaat kepada setiap orang yang membacanya. Lagi satu contoh, bila kita tahu tempat kerja kita mempunyai persekitaran yang toksik. Please, don't be a TOXIC PERSON and that's the NOBLE EFFORT. Be the one who support each other. Azam yang baik-baik macam ni, Allah pun sayang. Kesian tau dengar orang meluah perasaan kena buli kat tempat kerja. Pity them. May Allah protect them.
Leave it to Allah
Bila ke-empat-empat ciri menepati syarat menetapkan azam dengan baik, kita serahkan segala urusan kita dengan Allah. Percaya dengan kuasa Allah, Allah Maha Besar. Allah akan bantu kita untuk mencapai azam yang kita kehendaki mengikut apa yang terbaik bagi Allah. Kena ingat, setiap kehidupan tiada yang sempurna. Ada masa Allah beri ujian, ada masa Allah bagi hadiah yang tidak disangka-sangka. Tiada apa yang kita punya, semua Allah yang punya. Oleh itu, belajar mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sedikit apatah lagi bila mendapat nikmat yang besar. Arena blogging bukanlah satu pertaruhan untuk menentukan siapa paling berjaya atau sebaliknya. Kepada Allah yang memberi rezeki dan ilham, alhamdulillah.
Reward yourself
Akhir sekali, reward yourself lebih membawa maksud menghargai pencapaian diri sendiri. Kiranya bagi hadiah untuk diri sendiri. Something special untuk awak yang special. Contoh, beli telekung Siti Khadijah. Sebab harga ratusan, bila achieved satu azam jemputlah beli ya! Itu kalau nak beli telekung la, sebab telekung Eza bawah RM100 semua. Contoh lain, beli sejadah gebu gebas supaya boleh lama di tikar sembahyang. Maaf ye korang, contoh islamik bebenor. Ikut la korang nak beli apa ya untuk reward diri sendiri. Pergi makan kat hotel, beli kunyit (dibaca: emas), beli handbag, asalkan korang happy dan riang gembira. Hidup ni kena buat apa yang buat kita happy. Hidup orang lain jangan dikesah sangat. Orang lain happy, kita patut happy sekali. Arasso?
Sekian dahulu perkongsian Eza mengenai AZAM di tahun baharu tidak kiralah di tahun ini, depan dan seterusnya. Jadi, Eza nak tanya ni.. Korang ada azam baharu ke renew azam? Jom kabo kat ambo π.
Till then π
Bermanafaat.
BalasPadamNanti nak spesifik azam :)
Terima kasih NA. Semoga berjaya mencapai azam :)
PadamSelamat tahun baru 2021 Eza...renew azam..hihi..
BalasPadamSelamat tahun baharu 2021 jugak Nohas. Renew azam, semoga berjaya ya!
PadamRenew azam jak za.. x puas hati pencapaian peribadi 2020... kpi baru?? Ya adaaaa π€π€π€
BalasPadamSama, kmk pun renew jak. Hehe. Banyak alu yang sik tercapai last year. Otedah kmk. Hihik.
Padamstill carry forward azam sebelum ini. hihi
BalasPadamOh yeah, you can do it Naim. Chaiyoook!
PadamTerima kasih Eza.. baru nak tulis pasal azam nie..
BalasPadamSelamat Tahun Baru 2021.. semoga tahun nie lebih baik dari sebelumnya~
Malulah nak share sini, azam akak. Bior akak dan Allah je la yang tahu. :) Semoga azam Eza tahun 2021 ni, tercapai.
BalasPadamHurmmm..Azam?? Dah lama saya tak tetapkan azam tahun baru sebab selalunya x menjadi kenyataanπππ
BalasPadamtahun lepas dah set goal nak banyakkan movie review, cecah la 280 movie. Tahun ni nak aim 350 movie review pulak sebab banyak movie Hindustan nak keluar hihi
BalasPadamtahun ni baru mama ada azam huhu selalu tak letak apa2 azam pun
BalasPadamTahun ni renew azam and be spesific :)
BalasPadamHarap berjaya dan boleh self reward.
Good entry. Setuju azam kena spesifik. Kalau setakat cakap nak kumpul duit tapi tak mention cmane nak kumpul duit, memang ke sudah tak tercapai. Ada tengok satu youtube video ni dia kata jangan set azam, tapi set habit. Habit tu yang akan bantu capai azam tu. Ha giteww. Happy new year Eza!
BalasPadamaduhai... aida xde azam dah bertahun2, eza.
BalasPadamsebab tak pernah serius dgn azam sendiri.
so, normally aida akan post mortem end of the year.
apa aida da capai for that year.
ada la set aim / target for something.
but tak consider ia sebagai azam. buat sambil2 aje.
tercapai or not, in shaa Allah :)