Cara edit gambar menggunakan aplikasi CANVA. Guna phone pun boleh!

Sabtu, Januari 09, 2021

Peranan gambar atau infografik dalam media sosial adalah penting bagi menarik minat pembaca/audience/viewer/potential company untuk mengikuti perkembangan media sosial kita. Ada yang lebih gemar melihat gambar, ada juga yang suka dengan susunan ayat (wordings) dalam satu-satu post. Oleh itu, hari ini Eza nak berkongsi macam mana nak menghasilkan suatu gambar yang cantik, kemas dan semestinya mempunyai content yang boleh dimanfaatkan. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari lepas, Eza mendapat pertanyaan daripada Encik Blogger Wak Lat. Soalannya seperti dalam gambar di bawah.


Pertama sekali, terima kasih Wak Lat atas pertanyaan tersebut. Eza beri jawapan dalam satu entry ni ya. Minta maaf juga jawapan daripada Eza ini kelewatan sedikit, weekend baru dapat diselesaikan sebaiknya. 

Untuk entry Koleksi Pantun Ucapan Tahun Baharu By Eza Boom Boom, Eza menggunakan sepenuhnya APLIKASI CANVA untuk memaparkan tiga rangkap pantun tersebut. Di bawah ini merupakan penerangan lebih terperinci mengenai font yang digunakan.

Untuk gambar pertama, font yang digunakan adalah:

Wording Pantun Tahun Baharu - Font Hey Gotcha!
Serangkap Pantun - Font Moontime
Link Blog - Font Organic

Untuk gambar kedua, font yang digunakan adalah:

Wording Kolekasi Pantun Tahun Baharu - Font Glacial Indifference 
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Font Monserrat Classic



Untuk gambar ketiga, font yang digunakan adalah:

Hashtag - Font Code Pro
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Code Pro 


Aplikasi CANVA ni senang nak guna. Boleh download aplikasi ini dekat playstore smartphone korang juga. Mudah sangat. Sebab rata-rata dia bantu untuk buat post kat semua sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. 

Caranya mudah je ikut langkah-langkah berikut:

1. Kena sign up untuk create account korang. Lepas dah sign up baru boleh log in. 
2. Then, create design yang korang nak. Header blog Eza sekarang pun, Eza edit di CANVA je. 
3. Selebihnya, ikut kreativiti korang nak design macam mana ya.
4. Selesai design boleh save dalam format PNG untuk High Quality atau JPEG untuk Small Size File Image. Lepas saved pun boleh je edit lagi. No hal punya. 
5. Dah puas hati kome, boleh dah post dekat mana-mana sosial media. 

Catatan: 
Eza subscribed yang Canva Pro berharga RM21.90/monthly sebab senang nak edit apa-apa, pilihan design lebih cantik, template banyak dan tidak terhad. Jika bagi korang mencukupi menggunakan yang basic dan free, itupun sudah memadai. Terpulanglah ya.

Ini je Eza nak share hari ni. Mungkin ramai yang dah tahu mengenai CANVA ni. Tapi, tak apalah. Eza kongsi lagi ya. Harap boleh membantu serba sedikit. Selamat mencuba dan jumpa lagi di lain entry. 

Terima kasih. 
Till then. 

12 ulasan

  1. mudah dgn apps mcm ni.. tak perlu guna adobe photoshop dh. heheh

    BalasPadam
  2. Canva banyak tools dan template. Banyak pilihan lah kiranya. Pernah download tapi tak sempat explore lagi. Tq share Eza :)

    BalasPadam
  3. Akak buat blog header guna canva juga. Tapi yang free je. :)

    BalasPadam
  4. Wahhhh.. Menariknyaaaa... Nk download jugak laaa... Tq for sharing❤️❤️❤️

    BalasPadam
  5. Sisyat pun guna app canva juga tp yg x berbayar. Yang free puj dah byk yang cantik2 .hehe

    BalasPadam
  6. ada juga guna canva tapi tak download kat phone sebab tak rajin nak edit di phone..hehe

    BalasPadam
  7. Thanks share Eza. Tahu guna Canva di desktop sahaja. Tak tahu pulak ada apps

    BalasPadam
  8. thanks for sharing the apps !!! cantik templete2 dia

    BalasPadam
  9. boleh laa cuba nnt... mn tau ada rezeki dpt hp baru��

    BalasPadam
  10. wow bagus ni mama dpt ilmu baru tq for sharing

    BalasPadam
  11. sy pun selalu guna canva ja.. dgn photoscape..

    BalasPadam
  12. Hehe Cik TK guna Canva juga kat fon.. tapi tak selalu juga la edit gambar. 😅

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.