Chosen As A Top and Lucky Commentator, Horey!

Tuesday, January 19, 2021

Dalam dunia blogging, komunikasi antara bloggers berlaku apabila aktiviti BLOGWALKING dilakukan. Kemudian meninggalkan komen di entry blog yang dilawati. Begitulah juga Eza yang suka marathon di blog-blog korang terutamanya yang tersenarai dalam Bloglist Petani Letopss Berjaya (boleh tengok di sidebar). Kebiasaannya kunjungan balas lawatan blogger yang meninggalkan jejak di blog Eza Boom Boom ni, Eza akan buat pada Jumaat malam. Masa ni dah yip yip yappy sebab esoknya tak kerja. Tapi, bila dah start Zon Merah ni telefon pun memang akan selalu berdendang. Berdendang mari berdendang, berdendang di seluruh alaaaaaam.. 📻

Alhamdulillah, rezeki ni datang bergolek. Kalau dah rezeki tak ke mana. Kalau tak ada rezeki pun, tak boleh buat apa. Begitulah kehidupan. Perlu disyukuri selalu agar rezeki sentiasa melimpah ruah. Okaylah dipendekkan cerita, Eza berjaya melayakkan diri sebagai Top Commentator di dua buah blog. 

1. Top Komen 2020 - Geng Kuat Komen di Blog Dunia Sebenar Shida

Memang happy sangat sebab Eza tersenarai dalam dua kategori tau. Adakah ini mimpi? Oh tidak, ini memang hakikat sebenar ya. Dua kategori tersebut adalah:

- Geng Kuat Komen Disember 2020 (Tempat ke-10)

- Top 20 Geng Kuat Komen (Jun - Disember 2020) - Eza tempat ke-19


2. Top Commentator Jurnal Shikin Razali Bulan Januari 2021

Kredit gambar kepada Blog Jurnal Shikin Razali

- Eza dapat tempat ke-10 dan bertuah untuk menerima hadiah daripada Blogger Shikin Razali

- Tersenarai dalam Special Bloglist Until 31st January 2021 selama satu bulan. 

Terima kasih banyak kepada kedua-dua blogger yang dinyatakan di atas. Benarlah orang dulu-dulu kata, tuah ayam nampak di kaki.. Tuah Eza Boom Boom nampak di blog. Hihi, gurau je ok! Eza sangat-sangat hargai kerana terpilih dalam kalangan yang bertuah dan banyak komen kat blog Dunia Sebenar Shida dan Jurnal Shikin Shazali. Semoga ukhuwah kita sesama blogger sentiasa mekar dan harmoni. 

Happy blogging uolss!😎

Sampai jumpa lagi di next entry 😉



15 comments

  1. tahniah eza!! rezeki bila salu tinggal komen nk oo?

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Teruskan berjalan ke blog-blog.

    ReplyDelete
  3. Tahniah .. semoga terus sukses selalu ya. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Eza. Rezeki sambil blogwalking sambil tinggalkan komen :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah eza. Thanks selalu singgah blog saya

    ReplyDelete
  6. tahniahnyer
    . 😅😅😅

    ReplyDelete
  7. sy mmg tak dapat menandingi eza bab komen nie tau.. walaupun cuba komen tetap tak masuk carta.. hahaha xD semoga dimurahkan rezeki selalu ^^

    ReplyDelete
  8. Wahh tahniah!!! Rezeki tu, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Eza! Rezeki dunia blogging. :)

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.