Kisah Hari Jumaat dan Trauma

Jumaat, Januari 08, 2021

Jumaat dan Trauma. Ini sekadar perkongsian Eza. Sesuatu situasi yang hampir serupa tetapi tidak sama. Kesannya hampir sama seperti empat tahun lalu. It is not a matter of time. But it was a painful time for me and my mother. Mungkin bagi orang yang tidak merasai situasi sebenar itu, perasaannya tidak sama. Mana mungkin peristiwa bertahun lamanya masih segar diingatan. Malah, masih sangat terkesan pada hati. Moment apabila hati dup dap dup dap. Moment sentiasa berdoa dengan Allah semoga melindungi orang yang sangat kami sayangi. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih sentiasa sudi singgah blog Eza membaca coretan yang diharapkan bermanfaat kepada pembaca. 



Lima tahun lalu, pada hari Jumaat aku dan mama dikejutkan dengan berita yang memilukan hati. Aku dan mama berdua di rumah. Manakala, babah pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak di bandar. Jam menunjukkan hampir 2.00 petang, kerisauan dalam hati ku dan mama juga bersarang. Mana babah ni pergi, lambat juga selesai sembahyang Jumaat. 

Beberapa ketika, pintu rumah kami diketuk. Ketua kampung rupanya. Dari riak wajah, memang wajahnya ingin menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. "Cepat pergi hospital, pergi sekarang!" katanya kepada mama. Mama kelihatan longlai dan aku juga speechless dengan apa yang terjadi. Hanya ayat itu dan tidak penerangan lanjut. Kami bergegas ke hospital, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD). 

Barulah kami tahu cerita sebenar. Babah mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang dari masjid menuju ke rumah. Tidak silap aku, kejadian tersebut berlaku disebabkan ada kereta terkena bahagian motosikal babah dan babah gagal mengawal motornya lalu jatuh rebah ke jalan. 

Semasa di ETD, babah tidak sedarkan diri dan ku lihat ada kesan darah pada kepalanya. Ada benjolan besar juga di kepala. Sungguh sayu rasa hati ini. Aku pastinya tidak dapat menahan sedih. I cried. Dalam hati ku berdoa, selamatkanlah babah. Itu saja doa yang aku sangat-sangat meminta dan merayu pada Allah. Berat sungguh ujian ini kepadaku, apatah lagi kepada mama. 

Babah akhirnya sedar. Pasukan perubatan mula berkumpul untuk melihat keadaan babah bersama kami ahli keluarga terdekat. Babah bersuara lemah, "Apa yang terjadi?". Soalan-soalan yang ditanya oleh pasukan perubatan juga gagal dijawab. Tidak dapat ingat apa-apa yang jadi. He did not recognize me as well. Terlerai juga hati ini pada ketika itu. But, I said to myself as long as babah selamat everything will be okay. 

Alhamdulillah. Babah beransur pulih, dengan ada beberapa jahitan di badan dan keretakan tulang belakang. Nasib kepala babah tidak apa-apa cuma untuk sembuh itu makan masa yang sedikit lama. Aku masa tu masih bertugas di HQ and all thanks to my boss sebab mengizinkan aku extend cuti untuk menjaga babah di wad. Sepanjang babah sakit tu, aku secara jujurnya dan amat menghormati mama sebab siang malam she prayed for babah, sembahyang hajat, baca yassin, dan sedia segala keperluan babah. I witnessed to this challenging time for our family. Mama loves you very much, Babah. I love you too so much, Babah!

Today, babah balik akhir lagi dari solat jumaat. My mom called me mana nak cari babah. I felt so helpless. Because I'm not living in the same district to them. Nasiblah, balik jugak almost at 3.00 pm. Rupanya pergi minum dengan kawan. Phone babah tinggal di rumah, sebab dia pergi solat Jumaat tak bawa phone. Aku memang sangat-sangat risau tadi. Perasaan hati berombak tu datang balik. Hanya Allah yang tahu. Ya Allah, lindungilah seluruh keluargaku hanya kepadamu tempat aku meminta pertolongan. 

Moralnya, setiap kehidupan seseorang itu ada kisahnya sendiri. I will do everything for my parents. Sayangi mereka sebanyak mana yang boleh. Tak ada benda yang boleh dibanding dengan kasih sayang makbapak kepada kita. Bila ada peluang untuk berbuat baik untuk mereka, buatlah sehabis baik. Apa sahaja yang membahagiakan mereka, usahakan. Semoga doa-doa mereka untuk kita setiap hari akan membuatkan kita seorang yang lebih berjaya, lebih baik dan soleh/solehah. 

Hari Jumaat dan Trauma tu sentiasa ada. 
Untuk aku dan mama. 

Sekian sahaja. 
Till then. 

9 ulasan

  1. Allahu. Saya faham perasaan eza, sebab saya pun ada ibu ayah yang dah berusia. Kalau balik lewat sikit je saya dah risau. Tak sanggup rasanya hilang mereka. Kadang-kadang terdetik di hati, biarlah saya mati dulu, sebab tak sanggup rasanya nak hadap kehilangan tu.

    Semoga mak ayah Eza sihat dan dipanjangkan umur. Trauma tu mana mungkin hilang walau dah berpuluh tahun. Itu fitrah manusia.

    BalasPadam
  2. Allahu akbar... syukur tiada berlaku sesuatu yg lbh serius... harap2 semuanya dipermudahkan...syafakallah pak cik...

    BalasPadam
  3. Situasi macam ni memang cepat kita terfikir 'something bad happened' bila rutin biasa tak macam biasa. Risau tu lain macam. Saya pun risau betul lah kalau ayah yang kurang sihat lambat balik kalau keluar. Macam macam fikir dah. Gigil terus kalau terjadi apa apa.
    Betul, hanya doa mengiringi dari kejauhan. Semoga mak ayah sihat dan bahagia. Semoga kita semua dilindungi Allah. Aaminnn

    BalasPadam
  4. sedihnya baca bila duduk berjauhan ni memang kerap risau dgn parents.

    macam bapa tak suka bawa phone atau pakai jd bila balik lambat memang risau.

    BalasPadam
  5. Oh, fikir yang baik-baik saja. Akak tahu, sukar nak lupakan trauma tu. Banyak-banyak doa bila hati susah.

    BalasPadam
  6. Semoga semuanya baik2. Trauma mungkin meninggalkan kesan, kita harus tabah dan redha.

    BalasPadam
  7. susah kan nak buang trauma ni, mmg sentiasa akan ada.. hmmm risaukan parents adalah benda yg sentiasa dlm ingatan kan .. byk byk kan berzikir k.....

    BalasPadam
  8. Situasi mcm ni selalu berlaku pada ayah shida juga..dia balik dr mana2 mesti dlm keadaan luka..tahu2 dah balik dr hospital/klinik..skg mak trauma bila dia kluar lama atau lambat balik..doa yg baik2 je lepas ni :)

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.