Koleksi pantun sempena tahun baharu ini merupakan antara cara untuk mengucapkan tibanya tahun baharu. Tahun baharu merupakan tititk tolak permulaan yang segar. Semoga kekal bersemangat dan positif dalam menjalani 365 hari yang penuh warna warninya. Pantun-pantun ini merupakan hasil nukilan asli Eza sendiri. Pantun dicipta dalam satu rangkap. Satu rangkap akan mengandungi dua baris atas sebagai pembayang, manakala dua baris ke bawah adalah maksud pantun.
Jika ada sesiapa yang ingin menggunakan untuk sebarang teks pengacaraan majlis atau atas apa tujuan sekalipun, mohon jasa baik untuk meninggalkan komen di entry ini ataupun boleh menghubungi Eza seperti yang tertera di About Me: The Author atau di ruangan sidebar PUAN TANAH. Memang niat untuk berkongsi, namun Eza tak nak hasil seni ini diplagiat sesuka hati tanpa dikreditkan kepada penulis asal. Terima kasih kerana menghargai dan menghormati bakat seni Eza.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan semua ke blog Eza. Semoga hari yang dilalui dihadapi dengan senyuman.
Tanpa melengahkan masa lagi, Eza kongsikan enam rangkap pantun bertemakan tahun baharu untuk tatapan sidang pembaca:
Pantun 1:
Sayang-sayang buah kepayang
Sayang kekanda pasang pelita
Tahun lalu sudah melayang
Tahun ini menanam cita.
Pantun 2:
Pantun 3:
Hati senang dusun berbuah
Dahan pokok dikerat-kerat
Tahun baharu di sambut meriah
Ikatan keluarga terpatri erat
Pantun 4:
Pantun 5:
Awas taulan bila bertiti
Dalam sungai terlihat bayang
Mulia peribadi kaya pekerti
Indah budi orang pun sayang
Pantun 6:
Sekian dahulu, perkongsian untuk hari ini. Jumpa lagi di sesi pantun akan datang.
Till then 💙💚💛💜💓
waa... hebatnya berpantun...
BalasPadamPandai Eza berpantun. :)
BalasPadamamboi sangat pantun yang first tu haha
BalasPadamMatahari Menyelinap Dibalik Bukit,
BalasPadamSembunyikan Kenangan Hidup,
Menyimpan Lembaran Usang, Menyambut Hari-Hari Muda,
Sebentar Lagi ‘kan Menjelang,
Selamat Datang Tahun Baru 2021,
Harapan Baru Dan Perubahan.
ps. wak nk tnye, camane cik eza pakai template font camtu? pakai apps dlm henfon kah? atau software., huhuhu
maksud wak font dlm gambar tu..
PadamHebatnya berpantun Eza, tahniah :)
BalasPadamAdehhh.. x pandei nak beli pantun ktk eza.. hihihi
BalasPadamPandai awak mengarang pantun...😊
BalasPadambestnya pantun eza.. mmg berbakat ni. selamat tahun baru ye
BalasPadamSuka dengar orang berpantun dalam majlis majlis. Sedap didengar. Nak berpantun tak berapa nak pandai. huhu
BalasPadamkreatif betul eza. sis boleh dengar je lah nak balas tak reti..hehe
BalasPadamSedap pantun eza. Nak membeli juga tak pandai
BalasPadam