Lepas rindu sekejap!

Khamis, Januari 07, 2021

Assalamualaikum korang. Hai semua. Terima kasih tau masih sudi singgah blog Eza. Ada yang baca entry lepas-lepas jugak. Terharunya. Terima kasih tau korang. 

Macam biasa Eza tak pro lagi nak sediakan draft-draft cerita untuk di-scheduled post. Selalunya memang terus type situ jugak edit gambar lepaih tu publish. Pageviews memang drop habislah. Followers pulak tidak berganjak. 

Bukan sengaja tak nak update blog, tetapi sebab Eza masih tak pandai nak atur masa. Balik dari kerja hakiki, ada kerja lain jugak. Itupun ada due date. So, Eza kena set benda nak buat ikut tahap urgency. Nak capai impian ni tak mudah bukan? Kena bersengkang mata lewat tido, jerawat pun tumbuh membiak dengan pesatnya. Entahlah kenapa pulak tumbuh jerawat tahun 2021. Silap guna skincare agaknya!

InsyaAllah esok petang akan kembali lagi menghasilkan entry-entry panjang untuk pembaca sekalian. Hari ini tak ada idea nak borak apa, mungkin sebab dua hari dah memerah idea untuk menulis beribu-ribu ayat. Dua hari dah stay up. Dua hari dah tak cukup tidur. Kerja di pejabat pun boleh tahan banyaknya. 

By the way, korang okay tak tu? Kes COVID-19 dah makin melonjak naik sekarang. Korang jaga diri baik-baik tau. Sama-sama kita doa semoga kes cepat turun sebab Eza nak balik kampung ziarah mama abah. Lama sangat dah tak balik, tau tak? Homesick 😭 walaupun ada home sendiri kat sini, home di kampung tetap pujaan hati. 

Itu sahaja buat kali ni. 
Rindu korang tau.

Perasan ada blogger tanya soalan di ruangan komen, insyaAllah akan dijawab start esok hingga ke hari ahad ya. Eza dah noticed, don't worry. Just belum sempat jawab. Maaf Eza hutang jawapan dulu ya. Blogwalking pun Eza marathon je nanti ya. Belum sempat nak blogwalking malam ni, ada kerja lagi tak siap. 

Till then. 💕

11 ulasan

  1. Mesti hendak balik jumpa emak abah kan kagi-lagi lama tidak balik.

    BalasPadam
  2. Welcome back Eza! hehe.. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
  3. takpaa... take your time in bloggin ya... take care tau.. i pun tak free daily tapi always ada schedule post hehehe

    BalasPadam
  4. Take your time dear sis... Sentiasa tubggu perkembangan Eza ^^
    Keep it up!

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam. Jom kita semua aktifkan blogging semula. Fighting!

    BalasPadam
  6. Take care ye Eza. Ambil masa, jangan rushing. Buat satu-satu. Nanti badan sendiri yang penat. Semoga tercapai hasrat nak jumpa mak abah secepat mungkin ye.

    BalasPadam
  7. Lepas rindu sekejap pun jadilah kan. Hanya blogger je yang faham perasaan ini :)

    BalasPadam
  8. uruskan yg mana penting dulu.. blog boleh tunggu

    nina pun selalu buat autopublish siap2. 1 hari 1 entri

    BalasPadam
  9. Eh, samala kita, Eza. Jerawat tumbuh dengan pesat di tahun 2021. Mungkin itu menunjukkan kita masih ada hormon remaja kot. Remaja purba. Hehehe.. gurau ye, Eza. Semoga segala urusan Eza dipermudahkan.

    BalasPadam
  10. take care, eza.

    aida & famili baik aje di Melaka ni.
    da 5 ari, 2 kali je keluar.
    beli brg utama utk makan :)

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.