Pengurusan kewangan dalam sesebuah institusi keluarga yang baru dibina adalah penting bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini berlaku. Suami dan isteri tu perlu mencipta kaedah sendiri agar kewangan keluarga stabil dan bersedia untuk menanti kelahiran anak-anak yang comel. Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita, jika boleh hindarkan daripada menyusahkan ibubapa atau kawan-kawan dalam bab kewangan rumah tangga.
Sebelum ini, Eza sudah kongsikan LIMA (5) TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI AWAL PERKAHWINAN - PART 1. So hari ini, Eza sambung lima tips lagi ya. Seperti biasa, diingatkan ini hanyalah pandangan peribadi Eza. Lain orang lain caranya. Mana yang boleh ikut dan bermanfaat, dipersilakan untuk mengaplikasikan tips pengurusan kewangan ini ya.
1. PERBINCANGAN SECARA JUJUR
Di awal perkahwinan, sebenarnya kita baru hendak mengenali suami/isteri kita. Zaman bercinta ke bertunang ke, itu tak cukup kenal lagi ya. Jadi, perbincangan khas adalah mengenai kedudukan kewangan masing-masing perlu diadakan dengan jujur dan terus terang. Bincang mengenai nafkah bulanan, komitmen bulanan dan perbelanjaan dapur. Sebagai isteri, selepas tahu kedudukan kewangan suami macam mana, kita akan maklum dan tak letak expectation terlalu tinggi. Bab nafkah bulanan, itu kewajipan suami. Bab nafkah kena bincang betul-betul tau. Suami kena bagi ikut kemampuan dia. Perbincangan ini penting, maklum sahajalah masa adakan majlis bertunang atau kenduri kahwin dah makan banyak belanja. Jujurnya, memang duit pihak suami dan pihak isteri sendiri yang keluar. Lainlah perkahwinan dapat sponsor, ini memang selamat duit. Sebab itulah perbincangan kena telus antara suami dan isteri. Bayar rumah berapa, bayar kereta berapa, loan bank berapa. Buat kira-kira dulu. Jadi takda siapa yang makan hati.
2. SEDIA BUKU CATATAN DAN FAIL UNTUK REKOD PERBELANJAAN
Ini memang Eza suka sangat buat sebab memang selalu lupa kalau tak rekod. Sediakan buku panjang (hard cover) sebab nak guna setahun kan dan fail clear holder untuk letak resit atau warranty peralatan elektrik contohnya. Simpan dua benda ini di tempat yang sama. Jadi nanti senang cari kalau ada keperluan seperti urusan cukai, peralatan rosak dan bila tak tahu tuju duit ke mana. Every month boleh pantau kedudukan kewangan di tahap mana. Buku catatan tak semestinya tulis perbelanjaan bulanan sahaja, duit masuk pun boleh dicatat sekali. Contohnya seperti duit kecemasan, tabung untuk baby dan tabung balik kampung. Dear baby, mami dadi dah saving tau untuk awak. Semoga Allah berikan rezeki zuriat kepada kami dan pasangan lain yang belum dikurniakan zuriat. Jom doakan beramai-ramai ya!
3. POTONG PERBELANJAAN MANA YANG BOLEH
Ini biasanya berkaitan dengan bil-bil utiliti dan bil-bil yang lain. Contohnya seperti bayaran bil wifi. Sekarang kena bayar dekat RM200. Kita akan survey promo-promo terbaru dari masa ke semasa daripada telco atau TM untuk lebih penjimatan. Bil telefon bimbit pun akan dikurangkan. Memang guna yang pakej jimat bayar berpuluh ringgit saja. Dua biji handphone, dua bil kena bayar. Balik rumah, onlinelah sepuas hati dengan wifi yang laju. Selain itu, amalan penjimatan barangan elektrik seperti penghawa dingin boleh dihadkan dengan menggunakan timer. HAHA! Husband suka tau letak timer bila pasang air-con. Suis lampu dan kipas yang tak digunakan, silalah tutup ya. Jangan membazir elektrik. Duduk rumah sendiri berdua ini, banyak benda Eza belajar. Hidup tak boleh nak ikut orang sangat. Ukur baju di badan sendiri. Rumah pun belum dapat nak renovate cantik-cantik, perancangan dan bajet itu perlu seiring. Tak mahu beban hutang, jadi kena saving.
4. BELI IKUT KEPERLUAN
Ini apabila melibatkan barang yang berharga RM1k dan ke atas. Ini kena kaji dulu memang kena beli terus ataupun boleh tangguh. Ini contohnya HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Rasanya dalam tiga bulan jugak baru decide nak beli lepas tengok skrin beliau yang retak seribu itu. Keywordnya adalah saving jugak. Macam suami ada hobi dan kemahiran dia sendiri. So untuk itu, dia kena aim nak beli beberapa machines untuk buat perabot, gate dan kabinet sendiri. Bagi Eza, tiada halangan untuk dia nak beli machines tu semua sebab memang ada kegunaannya untuk rumah kami ni. Harga machines pun main huruf K je semua. Huhu. 1 mesin dah purchased last week tunggu sampai je lagi. Tinggal 1 mesin je lagi. Almost one year jugak nak completekan semua machines. So, inilah yang Eza maksudkan beli ikut keperluan.
5. PEMBELIAN BERHEMAH BARANG DAPUR DAN MAKANAN
Bab ini memang perlu improvement dari part Eza. HAHA. Suka sangat order makanan tapi tak habis pun. Makan sikit then husband yang habiskan. Kalau makanan dia tak berkenan, ke tong sampahlah jawabnya. Sayang dekat food. Sebenarnya, pembelian barang dapur agak tinggi jugaklah. Namun perlu diutamakan barangan seperti beras, minyak, tepung, pusu, telur, bawang-bawang, teh, garam dan gula. Bahan-bahan pasta juga perlu ada selalu sebab memang makanan kegemaran kami berdua. Masak di rumah lebih jimat, lebih bersih, lebih besar portion yang kita akan dapat. Tak salah makan di luar, sekali sekala. Jangan setiap hari. Duit pun mengalir bagai air sungai. Biasanya kalau kami busy sangat dan keletihan balik kerja, memang akan take away (tapau/bungkus) makanan dulu sebelum balik. Kalau tak pun order je di Grab Food dan Morefun. Order macam ni, tak lepas RM20 tak sah. So, agak costly jugak ya bila difikirkan semula.
Setakat ini sahaja perkongsian Eza. Ada PART 1 dan PART 2 sahaja. Paling penting, simpanan tu kena jaga dan elakkan berhutang. Rumahtangga kita, kita sendiri yang jaga. So, jangan ikut orang lain. Hidup ini bukan satu pertandingan. Tolonglah bahagia dengan cara awak sendiri. Belajar dan saling memahami pasangan. Jangan create beban yang pasangan kita tak mampu nak pikul. Nak beli barang branded? Usahakan sendiri. Kalau pasangan nak hadiahkan, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Sekian dahulu, terima kasih sudi baca.
Yang benar,
Isteri yang kena manage duit keluarga. Hihik!
Thanks share tips eza. sekarang ni beli barang ikut keperluan. musim PKP ni ada juga order food by foodpanda. seminggu sekali je lah camtu
BalasPadamtq eza for sharing.
BalasPadam2021 ni, in shaa Allah tahun ke 18 aida kawin.
ups and downs la bab kewangan keluarga ni.
this year gonna be the 1st year kami ada kelebihan simpanan.
sebab ada few hutangs settle last year.
aida jaga kewangan keluarga. mr.asben tukang luluskan apa2.
and aida proceed dgn pelaksanaan. belanja ke, savings ke...
memang kena sefahaman. if not, sukar nak jaga.
Mudah2an bermanfaat
BalasPadamSemua cdgn tip di atas sy setuju.. mcm biasa binilah menteri kewangan, s/u keluarga, pelulus kewangan pun ya! hehe
BalasPadamnice sharing utk mereka2 yg merancang nk berkahwin.. mudah-mudahan membantu.
BalasPadamkahwin musim pkp tak lah perlu belanja yg byk sebab lepas nikah lg byk duit nk pakai.
Wah thanks for the tips! Sangat2 berguna tak kira bagi mereka yang sudah berkahwin ataupun yang masih single sebenarnya, sebab ada yang ada macam2 komitmen. Boleh amalkan dalam keluarga.
BalasPadam