Pengalaman Kali Pertama Menulis Anekdot - Part 1

Monday, January 18, 2021

Penulisan anekdot merupakan bidang penulisan yang baru diceburi mulai Ogos tahun lepas. Anekdot bermaksud kisah ringkas atau kisah pendek yang diceritakan tentang sesuatu peristiwa yang benar terjadi. Penulisan jenis ini agak menarik kerana ianya mengimbau di sebalik kehidupan seorang manusia yang melalui hari-hari suka duka dan warna warni dunia. Jujurnya, Eza dari bangku sekolah lagi bercita-cita menjadi seorang penulis buku. Ingat taklah kesampaian cita-cita Mat Jenin ni, jadi buatlah blog. Bolehlah digelar penulis blog. Tak gitu? 


Untuk entry ini, Eza akan kongsikan pengalaman Eza menulis anekdot sebagai kenangan di hari tua nanti. InsyaAllah. Doakan untuk projek buku seterusnya ya. 

Mula terjebak

Cikgu D, cikgu yang ajar Eza kat sekolah menengah dulu tanya melalui whatsapp. 

Cikgu D: Nak tulis anekdot tak? 
Eza        : Anekdot tu apa cikgu?

Itulah ajakan awal yang diterima. Mula-mula, memang agak meragui diri sendiri jugak. Nak cerita pasal apa pulak ni. Life taklah hebat sangat. Rakyat marhaen yang biasa-biasa je. Tapi, di sisi yang sama. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Akan ada buku sendiri secara fizikal. Boleh disentuh, diautograf, dan dipeluk erat. Kiranya kejayaan peribadi Eza sendiri. Tak cuba tak tahu, bukan? So, my answer was absolutely YES. Itulah titik permulaannya. 

Whatsapp Group

Eza dimasukkan dalam group yang semuanya adalah penulis-penulis yang berpengalaman. Ada yang cikgu. Ada yang baru lepas STPM tetapi pernah menang pertandingan penulisan peringkat negeri, ada yang dah hasilkan beberapa buah buku, ada juga penulis komsas dan ramai lagilah. So, I'm the only one yang krik-krik-krik zero experience and knowledge. Buku itu nanti akan memuatkan karya-karya daripada 10 orang penulis Wanita Sarawak. Semua mereka baik-baik belaka. Eza kenal Cikgu D sahaja. Penulis lain baru kenal masa zoom meeting hari tu. Whatsapp group itulah info-info disalurkan seperti due date penghantaran anekdot, biodata, bincang costing dan sebagainya. 

Anekdot Pertama

Pengalaman ini memang tak dapat nak lupa. Siapkan anekdot je berhari-hari. Eza bukan orang yang pandai berimaginasi. Penceritaan Eza lebih kepada pengalaman sendiri dan benar-benar terjadi. Eza tak tahu Eza tak reti nak cerita. Anekdot pertama mengambil masa dalam tiga hari baru siap. Itupun tunggu husband tidur dulu. HAHA. Kalau dia tak tidur, dia banyak cerita dan banyak tanya. Jadinya idea pun lari ikut cerita dia. Penceritaan pun ke Lautan Hindi. Anekdot ini Eza taip sampai 7 mukasurat. So, lepas diedit tak tahu lagi berapa page tinggal. Masa hantar email tu siap maklum awal kat Puan Editor, "Mohon maaf atas kecelaruan cerita dan kelemahan penceritaan di sana sini". 😂😂😂

Anekdot Kedua

Ini ada peningkatan sikit. Ambil masa dalam sehari. Ini giliran Eza pulak nak kusutkan fikiran husband. Sebab ini melibatkan banyak ayat-ayat teknikal yang dia tahu. Masa tu dia dah tidur dah. Still, Eza kept on asking him:

"Awak, betul ke nama peralatan ni?"
"Apa nama sungai awak pergi tu?"
"Awak dengar tak niiii...."

Dalam pada dia mengantuk tu, dia jawab jugak. Supportive-nya awak. Saya bagi 5 bintang campur semua bintang di langit! Anekdot kedua saya dapat taip dalam 6 mukasurat.

Anekdot Ketiga 

Anekdot ini terhasil bila kelulusan diberikan kepada husband untuk pergi memancing demi mendapatkan ketenteraman dalam proses percambahan idea. So, seharian itulah Eza menaip dan susun jalan cerita anekdot. Untuk anekdot ini, Eza agak mengerah minda dan fikiran sampai tertido dua jam. Masuk mimpi pulak tu. Nasiblah masa husband pulang dari pancing just tinggal double check ejaan, gaya bahasa dan struktur ayat. Kalau tak, memang tak siaplah. Dahlah due date keesokan harinya. Dapat jugak taip dalam 6 mukasurat. Alhamdulillah dipermudahkan. 


Sekian dahulu perkongsian kali ini. InsyaAllah Eza kongsikan lagi di masa akan datang. 
Ada yang nak beli tak buku Eza ni? 😍😍😘😘 Terima kasih daun keladi jika sudi. 

8 comments

  1. Anekdot kmk lom publish gik.. boleh dikatakan anekdotlah kot... catatan pengalaman nak? Kmk rasa mst ceta kmk paling sempoi dlm byk2 penulis ya... hahaha

    ReplyDelete
  2. Selalu dengar perkataan anekdot ni, baru hari ni tau maksudnya. Semoga berjaya! Ramai je penulis buku yang juga penulis blog tau. Contohnya kak Paridah Ishak dan Syaz Rahim. Harap eza dapat jadi setanding penulis hebat lain

    ReplyDelete
  3. Wah, tahniah.... As pun ada join buku antologi kisah hidup, memang nak tulis satu cerita pun jenuh sampai termimpi-mimpi...hehe

    ReplyDelete
  4. Ada bakat menulis teruskan je Eza. Semoga berjaya dalam penulisan. Mulakan dulu anekdot. Lepas tu mana tahu ke novel pulak.

    ReplyDelete
  5. Semoga terus berjaya dalam bidang penulisan, Eza!

    ReplyDelete
  6. Wah menarik lak penulisan anekdot ni... Blh ajar akak X eza

    ReplyDelete
  7. Mula2 tadi ingatkan anekdot ni tajuk cerita/novel. Rupanya kisah hidup secara ringkas. Menarik juga tu, lagipun gaya penulisan eza menarik, santai dibaca. Mesti best hasilnya nanti! Mana tau nanti ada rezeki, buat novel pula!

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.