Tips Tanaman Sayuran Kacang Panjang

Isnin, Januari 18, 2021

Sayur kacang panjang antara sayur yang menjadi pilihan Eza untuk ditanam di belakang rumah. Senang untuk hidup setelah disemai dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk ianya terus menyubur. Jadi, kalau  korang masih dalam proses nak fikir apa nak tanam di kawasan rumah yang terhad bolehlah cuba tanaman sayur kacang panjang ini ya. Alhamdulillah, hasil sayur ini memang agak banyak dan selesai diagihkan kepada orang-orang terdekat Eza. Istimewanya sayuran ini, hayatnya memang agak lama. Panjang usianya dan lebat berbuah. Syukur sangat-sangat rezeki dari Allah. 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Hari ini kita borak pasal sayuran kacang panjang di Kebun Mini Eza. Ok nak borak sikit je pasal sayur kacang panjang ni. Sebenarnya, dulu masa sekolah abah pun selalu bawa pergi pejabat sayur kacang panjang ni. Memang jual murah je seikat sebab kami sekeluarga tak habis makan. Kiranya, Eza tanam kacang panjang ni dapat inspirasi mak ayah jugak la. Lama kot tak balik! Semua moment dirindu sampai tanam sayur sendiri. Alahai!

Tips tanaman sayur kacang panjang mengikut pengalaman sendiri adalah seperti berikut:
  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari. Eza memang biasa semai dulu di tempat semaian untuk semua jenis tanaman. Sebabnya, tanah kawasan Eza ni tanah bukit. Pernah tanam terus ke tanah, tak tumbuh-tumbuh pun. 
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran kacang panjang ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Jumlah daun itu petanda tumbuhan tersebut sudah lulus untuk dipindahkan ke tanah. Ini formula Eza je. Setakat ini, formula ini boleh digunapakai. 
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan sayur kacang ini melilit (husband guna tali rafia, ini Eza tak recommend sebab tali itu putus sebab tak dapat menampung berat daun dan buah kacang panjang). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran agar tumbuhan menjalar ini melilit di kayu/buluh/tali yang telah disediakan. 
  • Apabila tumbuhan sayur kacang panjang ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna putih sebelum mengeluarkan anak kacang panjang yang halus-halus. 
  • Kacang panjang itu akan membesar sehingga cukup masa menuai. Ini tidak mengambil masa yang lama untuk matang. Kena hari-hari jenguk kebun. Kalau seminggu dibiarkan, ada sayuran kacang panjang yang masuk kategori tua dan tidak sesuai dijadikan sayur untuk dimakan. 
  • Selain itu, perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu kacang panjang. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut. Kacang panjang Eza juga diganggu serangga perosak terutama kedudukan buah kacang panjang yang lebih rendah dan dekat dengan tanah. 
  • Tibalah masa penuaian sayur kacang panjang apabila kacang panjang cukup matang apabila warnanya hijau tua, gelap, mudah dipatahkan dan saiznya sedang-sedang. Berbeza pula keadaan kacang panjang yang sudah terlebih matang/tua. Warnanya akan kekuningan, warna hijau semakin pudar, lembik dan biji kacang tertonjol keluar. 
  • Sayur kacang panjang yang telah dipetik bolehlah dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Eza suka masak tumis bawang dengan telur letak kicap. Boleh juga dimakan sebagai ulam. 
Setelah diperhatikan, tanaman sayur kacang panjang lebih mempunyai hayat yang lama berbanding tumbuhan yang Eza tanam sebelum ini. Sayur kacang panjang memang panjang usianya sehingga berbulan-bulan. 

Nak tahu, tanaman yang Eza pernah kongsikan sebelum ini?

Oklah sekian dulu. Terima kasih sudi baca. 

10 ulasan

  1. Best kan bila boleh bercucuk tanam di rumah, ada kawasan dan sedikit tanah memang seronok...kalau duduk di taman perumahan macam SA...memang tanam dalam pasu aje lah...ada yang subur ada yang x menjadi..hehehe

    BalasPadam
  2. Dulu2 akk suka betul sayur kacang panjang ni, tapi bila dah kawen, ensomi tak suka makan, bila masak kena makan sorang2 tu yg tak best, ermmm..kalau beli pun beli sikit dlm 4,5 batang jr utk buat goreng sambal bilis.

    BalasPadam
  3. rajin eza bercucuk tanam.. kalau rajin begini masak pun mudah, tak perlu berebut ke pasar.

    BalasPadam
  4. Mudah nak tanam kacang panjang ni. Ada tanah best gak tanam sebab dia jenis rajin mengeluarkan hasil. Sedap gak buat ulam kacang kacang yang muda tu. Bagus Eza rajin menanam :)

    BalasPadam
  5. Seronok boleh tanam pokok kacang panjang. Bila dimasak, rasanya jauh lebih sedap dan manis berbanding kacang panjang yang kita beli di pasar.

    BalasPadam
  6. rajinnyer., wak pon sukak makan sayur kacang panjang ., ;p

    BalasPadam
  7. Kacang panjang masak lemak.. nyaman.. campur hati kah.. tumis campur beras bubur pedas kah.. mcm2 boleh asal x milih jak.. haha.. masak kacang panjang pandei mek nanam x pandei 😅

    BalasPadam
  8. Seronok tengok sayur kacang panjang tu. Bestnya ada kebun mini begini.

    BalasPadam
  9. Bestnya bila tanaman menjadi! Dan lagi best perasaannya bila masak hasil tanaman sendiri kan...

    BalasPadam
  10. Last sekali akak tanam kacang panjang ni, dia tak berbuah pula. Dah cabut dah pun. Pernah merasa sekali je dulu, menjadi. Sejuk tangan Eza ni. Selamat berkebun, ye.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.