Tips Tanaman Sayuran Timun

Ahad, Januari 10, 2021

Sayuran mentimun atau timun antara pilihan Eza jugak untuk ditanam di belakang rumah. Orang kata bagus tanam sendiri, jadi tak perlu membeli sayur di pasar ataupun di tamu sayur. Sejak bertanam sendiri ni memang makan sayur sendiri sahaja. Lebih jimat, lebih kenyang, lebih selamat dan bersih. Lagipun, tanaman kami tidak menggunakan baja-baja atau bahan-bahan kimia. Memang tumbuh semula jadi dan membesar dengan kebebasan yang maksima. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Eza akan kongsikan antara tanaman yang sesuai di tanam di kawasan rumah. Rumah kami merupakan rumah perumahan yang mempunyai halaman di belakang rumah. Daripada dibiar kosong dan semak, Eza usahakan untuk dijadikan kebun mini. Sedikit sebanyak husband pun menyemai minat untuk menguruskan kebun mini kami bersama-sama. 

Tips tanaman adalah seperti berikut:

  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari.
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran timun ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Mudah untuk bezakan sayuran ini dengan tumbuhan lain kerana bau daunnya seperti bau timun itu sendiri.
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan mentimun ini melilit (husband nak guna tali, Eza layankan saja). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran.
  • Apabila tumbuhan sayur mentimun ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna kuning. 
  • Perlu diingatkan, berbunga sahaja belum tentu akan menghasilkan buah. Ada kemungkinan bunga akan luruh. Pada ketika ini, daun-daun yang berada paling bawah akan bertukar kekuningan. Cantas sahaja untuk tumbesaran sayuran yang lebih sihat. 
  • Perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu tumbuhan timun. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut.
  • Apabila buah telah kelihatan dalam dua inci panjang, bolehlah membungkus buah timun tersebut dengan surat khabar bagi melindungi buah tersebut dan bentuknya juga lebih cantik memanjang. (Abah Eza cakap begitu ya, tapi Eza tak bungkus pun sebab nak tengok pembesaran buah. Hasilnya ada yang macam huruf C dan ada yang macam ganggang telefon).
  • Buah sudah matang, bolehlah dipetik untuk dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau diselitkan di dalam sandwich semasa sarapan pagi.
Ini sedikit sebanyak yang Eza boleh kongsikan mengenai pengalaman menanam sayuran timun. Hayat pokok ini singkat dan mudah mati setelah menghasilkan buah. Semakin tua, semakin kecil buah yang dihasilkan. Alhamdulillah hasilnya Eza dapat bersedekah dengan keluarga dan kawan-kawan sekerja Eza. 

Ini pengalaman Eza sendiri, mungkin yang lagi pakar lain pula pendapatnya. Semoga ada manfaat untuk para pembaca. 

Sekian dahulu, terima kasih sudi baca. 
Till then. 

9 ulasan

  1. yg dok atas langit ni nk bli sayur boleh?��

    BalasPadam
  2. rajinnya bertanammmm!! syok oo mkn sayur tanam dikpun

    BalasPadam
  3. seronoknya ada kebun sayur sendiri.. fresh :)

    BalasPadam
  4. bestnya timun buat ulam. mama tak penah tanam sendiri. tq for info. hadiah dah dapt eza. tq ye http://www.mamapipie.com/2021/01/terpilih-sebagai-pemenang-bertuah.html

    BalasPadam
  5. Seronok ada laman yang ada tanah walaupun sikit. Saya nak bercucuk tanam kena dalam pasu je. Bagus Eza rajin tanam sayur. Saya pun suka tanam tapi ada musuh pulak. Kucing suka datang kencing dalam pasu, habis kunyit serai daun kari. Sedih tengok.

    BalasPadam
  6. tak pernah try lagi tanam timun, malas nak buat kayu untuk dia melilit. btw nice sharing :)

    BalasPadam
  7. Oh, memang pokok timun ni, hayat dia tak lama macam pokok bendi tu ye. Pokok timun akak dah mati, Eza. Sempat berbuah sekali je. Hehe..

    BalasPadam
  8. ari tu timun jepun aida da sukses menjadi anak pokok.
    takde rumah 3 mlm, balik kampung, abis semua anak pokok dimain oleh kucing.
    hadoi lah, eza. sedih!
    dah le lama tunggu benih jadi anak pokok, kan. happy. tetiba mati gitu aje.
    sedih!
    anyway, happy nyer tgk pokok timun tu. segar bugar.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.