Appreciation Post #1 - Terima kasih kembali!

Sabtu, Januari 16, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua. Buat apa tu? Tibalah hari Jumaat, barulah Eza dapat kembali berblogging. Urusan kerja semakin sibuk, tambahan pula kawasan Eza dah jadi Zon Merah. Bergandalah kesibukannya. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Doakan kami seluruh Sarawak semoga baik-baik sahaja hendaknya. 

Okaylah, entry hari ni adalah appreciation post kepada entry penerimaan hadiah pemenang Lucky Participant Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom. Terima kasih sebab sudi juga menghasilkan entry untuk hadiah tersebut. Memang sangat-sangat hargai. Sejuk hati baca bila orang suka hadiah yang kita bagi. Alhamdulillah. 

Jemput baca entry tersebut:

TERPILIH SEBAGAI PEMENANGSEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Sebenarnya kad tu Eza tulis sendiri. Memang ada kesan kotoran sikit sebab kena pen. Kes-kes macam ni memang selalu jadi kalau kidal (lefthanded). Kotor sikit tulisan kad tu ye, mohon maaf zahir dan batin. Pujian tulisan cantik tu Eza terima dengan hati terbuka. Ecewah. Walaupun tulisan macam budak sebijik-sebijik hurufnya. Hehe. Terima kasih. Segala puji hanya kepada Allah. 

Mamapipie kata nak buat GA nanti. InsyaAllah Eza akan join ya untuk memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi sudi terima hadiahnya. InsyaAllah di lain kesempatan, Eza anjur lagi Segmen/Contest/Giveaway untuk para pembaca blog Eza. 

Pesanan khidmat masyarakat: 

Jaga diri baik-baik ya, kes covid semakin tinggi. Wabak COVID-19 is real. No joke! Make sure pakai face mask and handsanitizer selalu. Jika keluar rumah, balik rumah kena terus mandi. Makan supplement tambahan untuk antibody yang lebih kuat. Ada kawan-kawan kita ditimpa banjir. Banyak kerosakan harta benda. Sangat sayu mata memandang nasib mereka. Apatah lagi bahu yang memikul. Doakan untuk semua orang dipermudahkan segala urusan. Banyak bencana berlaku akhir-akhir ini, berdoalah kita agar sentiasa dilindungi. InsyaAllah. 

Catatan:

Pemenang lain iaitu Blogger As Samsudin dah dapat hadiah beliau. Tinggal seorang lagi blogger iaitu Mama Yan, Eza masih belum berkesempatan untuk post dek situasi semasa yang kurang mengizinkan. InsyaAllah Eza akan cuba selesaikan secepatnya. Entri ni dari semalam type, pagi ni baru dapat publish. Banyak halangan. HAHA. 

Update terkini: Eza dah pos hadiah Mama Yan pada 16/1/2021. Tracking number Eza dah email. 

Till then. 💕

12 ulasan

  1. Dh start bz dh oo.. kmk pn byk hutang BW

    BalasPadam
  2. Tahniah buat semua pemenang.
    Mudah-mudahan Sarawak kembali pulih dari segala musibah. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Jaga diri Eza. Terkejut tengok keadaan Sarawak tetibe kes naik. Banjir pulak tu.

    BalasPadam
  4. my workplace red zone now :( huhuh tapi tetap kena kerja

    BalasPadam
  5. Zon merah? Be safe ye, Eza.
    Semoga segala urusan Eza dipermudahkan.

    BalasPadam
  6. Eza pun jaga diri jugak, sama-sama kita mencegah jangkitan COVID-19 nie, semoga Allah melindungi kita semua.. Anyway, TAHNIAH diucapkan kerana Eza menjadi salah sorang Top Commentator jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2021/01/top-commentator-bulan-januari-2021.html

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semua dah terima hadiah masing masing. Semoga murah rezeki Eza.. Aaminn

    BalasPadam
  8. senang ati bila semua da trima, kan :)

    BalasPadam
  9. tahniah buat semua pemenang :) stay safe

    BalasPadam
  10. Aww so sweet eza.. mama mmg suka.tulisan sebijik2 kononnya.tahun ni sampai jadi Azam baru nak tulisan mcm tu. Tapi setakat ni mcm.kelaut dah. Still buruk.gak.haha.. semoga eza pun sentiasa Selamat dari covid

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.