Makan Gaji ataupun Bekerja Sendiri? Mana satu pilihan terbaik..
Ahad, Februari 28, 2021
[TQ Post #4] - Terima Hadiah Dari Rakan Blogger
Sabtu, Februari 27, 2021
Hari tu Eza ada join segmen tau. Boleh baca ENTRI ni untuk tengok entry penyertaan Eza. Mudah sangat syaratnya, so cepat je Eza join.
Ini pula ENTRI Pengumuman Pemenang dari blogger penganjur. Jom la usha tengok Eza pemenang yang ke berapa? Alhamdulillah. Pemenang dipilih melalui random generator. So memang ada tuah Eza ya di segmen tersebut untuk tersenarai dalam bloglist kedua blogger Adinda Baizura Mazlan. Jom la singgah blog dia dan follow terus eh. Support each other kan adalah amalan mulia.
Eza rasa Eza pun nak wujudkan bloglist kedua untuk blogger yang selalu drop comment kat blog Eza tanda penghargaan dan terima kasih. Thank you sangat tau. Dengan harapan ianya akan memudahkan Eza melawat blog blogger lain atau bahasa blog dipanggil blogwalking. Singkatannya, we called as BW. Even korang tak tahu bila la Eza nak marathon kat blog korang, korang tetap tinggalkan komen. Sabar sekejab ya, nanti sampai jugak Eza ke blog korang. InsyaAllah.
Sekian sahaja dahulu entry Eza petang ni. Malam sikit Eza menaip lagi entry baharu. Santai berhujung minggu bersama seisi keluarga.
[TQ Post #3] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger
Selasa, Februari 23, 2021
Bersua lagi kita dalam entry khas Terima Kasih Rakan Blogger. Entry ini sebagai tanda penghargaan yang Eza sisipkan dalam blog agar menjadi kenangan yang semanis gula. Hari ni bersamaan 23 Februari 2021 sampai lagi satu parcel. Eh order mana yang dah sampai ni? Keliru ya sebab banyak sangat order kat Shopee. Insaflah wahai Eza, bulan masih panjang untuk menunggu tibanya gaji.
First thing first kena tengok alamat pengirim. Ye, Eza sudah tau siapa gerangannya pemberi hadiah yang budiman. Terharu sangat dapat hadiah yang comel-comel, ole-ole orang pergi melancong. Dalam banyak-banyak negara dia pergi tu, hanya satu je Eza pernah pergi. Pergi sana sebelum jumpa jodoh, lepas balik terus jumpa jodoh. Sebab excited cerita pergi Krabi Thailand. Dia singgah opis cerita pasal laut apa semua, sangkut lah pulak terus jadi jodoh. Bagi Eza jodoh ni benda yang kita tak dapat nak sangka. Allah akan bagi bila masa kita ready dan orang yang sesuai untuk kita. Macam lari jauh je topik ni. Cerita jodoh sambung ke entry lain. 😂😂😂
![]() |
Cantik dan comel kan hadiah ni semua. TQ Blogger Sal! |
Rujuk ENTRI ini.
Kemudian,
Rujuk ENTRI ini pula.
Dah tahu bukan full story detik-detik kemenangan? Jangan risau, Eza tak letak link spam ke iklan ke. Itu memang link entry.😍
![]() |
Sukanya dapat hadiah macam ni. Semua comel! |
So, antara hadiah yang Eza terima adalah 1 unit Mouse Pad yang bertemakan daun-daun kehijauan dan 4 unit Fridge Magnet dari negeri Pulau Pinang, Krabi Thailand, Korea dan kemungkinan besar negara China. Jauh perjalanan Blogger Sal ni merantau melihat negara orang. Alhamdulillah rezeki untuk melancong jauh-jauh. Masa pandemik ni, berjalan dalam negara je lah dapat ye.
Terima kasih banyak-banyak tau sebab kirimkan Eza hadiah yang bermakna ni. Tak sangka jadi peserta pertama join Giveaway (GA) ada rezeki dapat hadiah daripada Blogger Sal. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Semoga rezeki Blogger Sal melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik.
Maaf juga dipinta atas kelewatan memberi maklumat untuk tujuan pengeposan. Memang silap mata tertinggal satu huruf dalam email tu. Mohon maaf ya sekali lagi.
Oklah sekian sahaja entry kali ni. Terima kasih sudi baca dan singgah sini ya.
Review Table Cloth Dining Table - Shopee je!
Isnin, Februari 22, 2021
![]() |
Cantik tak? |
![]() |
Ini display. Bantal kecik tu tak termasuk eh. Jangan terpedaya. |
![]() |
Inilah perkiraan yang sebenar ya. |
TIPS BLOGGING: 11 CHECKLIST PENGANJURAN SEGMEN/GIVEAWAY/CONTEST
Selasa, Februari 16, 2021
Hari ni Eza nak share salah satu tips blogging iaitu checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest dan yang sewaktu dengannya terutama di blog. Penganjuran aktiviti bagi rakan-rakan bloggers jugak antara usaha dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan blogger selain dapat meningkatkan traffik blog. Pada masa yang sama, amalan murni seperti memberi dan menerima hadiah juga terlibat dalam aktiviti ini. Bagi penganjur/pemberi hadiah akan lebih gembira apabila berkongsi rezeki. Manakala, penerima hadiah pula mensyukuri rezeki yang diterima. Rezeki ni kita tak boleh nak agak. Ada rezeki, Alhamdulillah. Terutamanya jika penganjur menggunakan kaedah ala-ala cabutan bertuah atau menggunakan random generator. Itulah nenek moyang kita ada menyebut, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu".
Checklist ni dalam bahasa melayunya adalah Senarai Semak. So, bolehlah kiranya dijadikan sebagai panduan bersama. Ini untuk rujukan sendiri sebenarnya. Tahun lepas dengan penganjuran segmen secara solo, Eza detect beberapa kelemahan dan kekurangan. Life is about learning process, right? Eza harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada blogger-blogger yang belum pernah menganjurkan apa-apa Segmen/Giveaway/Contest dan sebagainya. Blog berbeza sedikit dengan sosial media lain seperti twitter yang memang aktif buat Segmen/Giveaway/Contest. Rasanya hari-hari ada je yang anjur benda tu semua. Retweet, follow, komen, siap! Ini perkongsian serba sedikit mengenai dunia twitter.
Jom kita ambil tahu 11 [SEBELAS] CHECKLIST bagi penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Let's check it out:
- Nama Segmen/Giveaway/Contest - Nama ni penting bagi menarik minat rakan blogger untuk menyertai aktiviti yang kita anjurkan. Sekaligus bertindak sebagai platform agar blog kita lebih dikenali. Sangat digalakkan meletakkan sekali nama blog. Selalunya kalau Eza lupa nak bookmark sesuatu segmen yang Eza nak join, sekurang-kurangnya Eza akan ingat nama blog penganjur. Nama nak panjang ke pendek, terpulanglah. Sebab NAMA itu nanti yang menjadi title di entry-entry peserta. Contoh nama: SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPS BY EZA BOOM BOOM
- Objektif penganjuran - Setiap benda yang kita lakukan mesti ada tujuan dan matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, mencari bloglist blog. Jadi segmen tersebut mempunyai tujuannya untuk mencari senarai blog yang hendak diletakan pada bloglist di sidebar. Ada juga objektif yang dinyatakan secara umum seperti bagi memeriahkan dunia blogging. Ini juga salah satu contoh objektif. Objektif yang tercapai akan menjadi kayu pengukur selepas selesainya sesuatu aktiviti tersebut.
- Syarat Penyertaan - Kebiasaan syarat asas yang diletakkan adalah seperti follow blog, letak nama segmen dan banner disediakan penganjur serta tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry penganjuran. Syarat ini mesti dipatuhi agar peserta yang gagal mengikuti syarat ditetapkan boleh disqualified, penyertaan peserta itu boleh dibatalkan.
- Tempoh masa penganjuran - Pendapat peribadi Eza, paling lama adalah dua minggu. Tapi terpulanglah kepada korang jugak. Semakin lama tempoh penganjuran, selagi itulah kita ada komitmen hendak dijaga. Jika dapat bagi komitmen yang terbaik, should be no problem. Masa tamat pun kena maklumkan sekali. Nak letak detail, bubuh sekali dengan jam berapa. Contohnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2021 pada jam 8.00 malam.
- Hadiah - Ini adalah pilihan. Nak bagi hadiah ataupun tidak. Tengok bajet yang korang ada. Contoh hadiah adalah barang-barang, wang tunai, vouchers, pemilihan blog yang terpilih jadi bloglist dan sebagainya. Jika rajin nak pergi pos barang, boleh tawarkan hadiah berupa barang-barang fizikal. Nak cepat settle, hadiah wang tunai. Zup zap transfer thru online banking. Settle. Hadiah ni selagi tak sampai ke tangan pemenang, selagi tu lah duk tak senang hati.
- Banner Segmen/Giveaway/Contest - Banner ni penting untuk inform everything. Put all the information in one picture. Masuk la nama segmen, tempoh penganjuran, hadiah, syarat. Semua buh saja. Lagi padat lagi bagus. Nak buat banner segmen, senang sahaja ya. Boleh try aplikasi CANVA. Pantas dan cantik!
- Entry Senarai Peserta - Buat satu entry untuk menyenaraikan semua peserta yang menyertai aktiviti kita. Boleh update secara daily atau weekly, ikut kesesuaian masa korang. Fungsi senarai ni untuk semak in case ada penyertaan yang tercicir. So peserta yang dah join pun boleh detect, "Eh eh mana link blog saya, saya kan dah hantar link". Boleh rujuk contoh di SINI.
- Maklum Balas kepada peserta yang menyertai - Tinggalkan komen dekat entry penyertaan peserta. Contohnya, "Terima kasih atas penyertaan Cik Boom Boom dalam Segmen Cikeboom Cikeboom, Cik adalah peserta yang ke-20. Happy blogging ya". So, peserta akan rasa dihargai dan maklum bahawa penyertaan mereka telah diterima oleh pihak penganjur.
- Entry Tamat - Entry ini bertujuan untuk mengumumkan segmen/giveaway/contest telah tamat. Jadi sebarang penyertaan selepas tamat tempoh aktiviti tidak akan dilayan sama sekali. Dekat entry inilah korang akan bagitahu bila agaknya pemenang akan diumumkan. Jika entry tamat sudah posted, korang take your time untuk godek-godek balik entry peserta mengikut syarat ditetapkan dan buat shorlisted. Entry ni boleh je buat awal dan schedule kan mengikut masa tamat yang korang tetapkan.
- Entry Pengumuman Pemenang - Ini pun memerlukan satu entry bagi memaklumkan para pemenang yang telah berjaya. Mohon para peserta email maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, alamat, nombor telefon atau nombor akaun bank jika memerlukan transaksi bank. In case aktiviti yang korang anjurkan takda pemenang mahupun pengalah, takda entry ni pun tak apa. Dalam entry ini korang zahirkan juga penghargaan kepada semua peserta dan sponsor (jika ada) atas kerjasama yang diberikan. Budi bahasa kan amalan mulia.
- Maklum Balas kepada Pemenang - Bear in mind, setiap blogger ada masanya sendiri. Ada yang online weekend je, ada yang check blog tiga kali seminggu je. Oleh itu, penting bagi pihak penganjur untuk meninggalkan komen di entry penyertaan untuk memberitahu perkhabaran berita gembira mengenai kemenangan saudara/saudari tersebut. Jika dalam seminggu belum ada feedback lagi dari pemenang, usahakan untuk mencari info contact yang ada kat blog mereka. Sedaya upaya to reach them by email, phone or social media. Ini namanya, courtesy.
Long Weekend - Tiga Hari Di Bulan Februari 2021
Ahad, Februari 14, 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Gelaran long weekend diperolehi sekiranya dalam sesuatu minggu tersebut ada Public Holiday atau Cuti Umum pada Jumaat ataupun Isnin. Bagi bulan Februari ini, Public Holiday atau Cuti Umum jatuh pada tarikh 12 dan 13 Februari 2021 iaitu Jumaat dan Sabtu. Tambah hari Ahad, dapatlah long weekend itu. Bestnya hidup tiga hari weekend. Memang detik yang paling Eza tunggu-tunggu memandang rezeki untuk Work From Home (WFH) belum ada lagi. Jadi, nikmat rehat itu sangat dihargai sepenuh jiwa raga. Banyak benda boleh settle di rumah ni seperti kemas dapur, restock barang rumah, cuci cadar, tuala dan banyak lagi lah. Nampaknya aktiviti berkebun ditunda dahulu kerana cuaca kurang mengizinkan. Tengok tanaman yang ada pokok roselle sahaja yang membuahkan hasil selain pokok cili sepohon. Sedih sungguh ya. Next week la nak baja pokok tu semua, kemungkinan kurang kasih sayang 😢.
Rehat tiga hari ni bagi Eza sangat best. Santai badan dan minda. Umur dah meningkat ni, selalu pula beli minyak angin, lenguh-lenguh badan. Blog pun meriah je updatenya. Eza selalu akan support aktiviti blogger lain yang anjurkan segmen, giveaway, contest dan sebagainya jika diizinkan waktu dan kesempatan. Selain itu, Eza juga aktif di Instagram dan Twitter. Facebook ada jugak, tapi tak reti nak aktif macam mana. HAHA. Lain kali lah share ya kalau followers or friends dah banyak sikit. Segan Eza dibuatnya. In case korang scroll media sosial dan jumpa account Eza, dipersilakan je follow dan add friend. No problem 👌.
Walaupun boleh dikatakan berehat selama tiga hari ni, Eza ada je semak-semak email untuk urusan kerja. Mana yang dapat settle segera, dapatlah Eza siapkan. Mana yang tak terdaya otak ini berfikir, Eza fikir esok lah ya. Haa, Eza ada sesi perkongsian atas talian sebenarnya. Slide tak ready lagi ni. Nervous la pulak nak bercakap ni. Tengok mood esok nak macam mana, recording atau live. Takut ketaq suara, orang tak faham pulak apa yang Eza cuba sampaikan ni. All is well, you can do it darling Eza Boom Boom!
Bulan Februari ni pulak investment Eza banyak ke buku also known as book. Dalam lima buah jugak sudah dibeli. Masih menunggu sampai ke tangan. Tiga dari lima tu buku resipi. Eza sangat perlukan buku resipi yang tangible ya sekarang ni. Semoga ilmu pengetahuan mengenai masak memasak akan bertambah dengan pesatnya. Rindu masakan mama sebenarnya. Kami suami isteri ni tak sama bangsa ya, memang agak banyak perbezaan dari aspek makanan. Tapi bagi Eza boleh je makan masakan style mereka. Dia je lah memilih sangat, allergic itu ini. Tak apa sayangku, asal awak sihat walafiat dan cukup makan. Syukur alhamdulillah.
Ok lah. Ini borak-borak kosong je. Korang suka ke baca entry macam ni? 😅😅 Oklah, Eza nak prepare slide dulu. InsyaAllah esok tak letih balik kerja, Eza update lagi ya. Bye!
[TQ Post #2] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kembali lagi kita dalam rancangan TQ Post kali kedua. Dapat hadiah lagi. Alhamdulillah. Mana nak dapat hadiah bergolek. Syukur sangat atas rezeki yang diberikan. Hadiah ini diberikan oleh rakan blogger Dunia Sebenar Shida. Siapa tak kenal bukan? Antara blogger yang lama jugak telah bertapak di dunia blogging.
Nak tahu macam mana boleh dapat hadiah ni? Korang boleh baca entry berikut:
Hadiah ini menjadi kenang-kenangan di kemudian hari. Lain kali boleh throwback. Eza nak create banyak lagi moment blogging selagi masih bergelar blogger. Dulu tak simpan pun kenangan tu semua. Sayang bila dikenang semula. So, simpanlah dalam blog siap-siap. Bila rindu boleh baca balik.
Eza suka je blogging ni sebab dapat banyak baca cerita-cerita blog korang. Mengenali tanpa perlu menilai. Itulah yang paling best sekali. Baca entry sedih, sedih jugak lah Eza. Baca entry ada ilmu, bertambah juga ilmu Eza. Pendeknya, blogging memang sangat fun dan jadi hobi yang berfaedah untuk Eza.
Inilah hadiah yang Eza dapat 😍:
Nice sangat kan dapat kalendar rona kebiruan. Kreatif dan praktikal. Eza boleh simpan di workstation Eza kat rumah ni. Terima kasih tau Blogger Shida sudi kirim dan bagi Eza kalender ni.
Sekian dahulu ya! Jumpa lagi 😘
Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources #Ezajoin
Sabtu, Februari 13, 2021
Hai korang. Eza join segmen lagi ya. Mana tahu dapat tudung dan masuk bloglist Puan Penganjur Segmen. So, cuba je lah ya. Moga berjaya kepada awak Eza Boom Boom.
Syaratnya mudah je seperti yang berikut:
Follow blog Ombak Bergigi - 👌
Follow Shopee Lisz Global Resources - Done 👌
Letak banner (click banner eh jika nak join sekali) dan tinggalkan link entry dekat ruangan komen entry segmen penganjur.
Ok done. Nak hantar link ni, posto posto!
Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey #EzaJoin
Hai korang. Hari ni Eza nak join segmen rakan blogger lagi. Alhamdulillah weekend ni banyak masa sikit untuk bersantai bersama blog tercinta. Senang je nak join. Syarat pun mudah.
Syarat yang perlu dipatuhi:
Follow blog - Done👌
Follow Instagram - Done 👌
Letak banner atas ni (click banner jika nak join sekali) 👌 dan tinggalkan link penyertaan dekat ruangan komen entry segmen penganjur.
Ok siap dah! Sekian dahulu ya😍
[TQ Post #1] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger
By the way, nak baca macam mana boleh dapat hadiah? Jemputlah baca entri berikut:
![]() |
Inilah yang ada dalam parcel tu. Alhamdulillah sangat. |
MOTIVASI DI TEMPAT KERJA: BE YOURSELF
Penulisan entry motivasi ini adalah untuk diri sendiri. Andai ianya bermanfaat untuk pembaca yang lain, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan. Kali ini, Eza mengambil topik "Be Yourself" atau dalam melayunya Jadilah Diri Sendiri.
Pernah tak korang dalam situasi serba salah, tak tahu mana nak pilih dalam kehidupan yang tidak dapat dijangka kini?
Pilihan pertama:
Korang kena jadi somebody else then dapat masuk geng bawang terkenal di tempat kerja
Pilihan kedua:
Untuk jadi diri sendiri tapi kena lonely. Alone. Krik-krik-krik
Eza pernah di situasi ini. Eza pernah jadi orang yang yes-lady all the time. Aok jak all the time. It was not fun at all. Percayalah sesuatu perkara yang dilakukan dan itu bukan diri kita, tak akan bertahan lama. Suatu masa ada benda yang akan melanggar prinsip dan mengguris perasaan kita. At the end, I decided to walk away, enough is enough. Sebagai contoh, geng kita ni suka membawang setiap kali waktu sarapan, ada sahaja makluk Tuhan yang akan dijadikan hirisan dan potongan bawang. Boleh bayang bila belakang kita, apa yang dia boleh kutuk kita? Kita yang dengar sekali tu berdosa sekali dan senak/sesak hati bila mendengar. Dalam hati kata, this is not right! Hati gelisah, serious tak dapat adapt benda macam ni dalam hidup. Eza rasa that was one of the best decision that I made in my life. Biarlah seorang pun, biarlah tak ada geng pun. Tapi hidup lebih aman. Kerja lebih fokus. Allah sudah takdirkan yang terbaik. Hikmahnya terlalu jelas untuk disyukuri. Alhamdulillah.
Bila pilihan untuk bersendiri, cabaran juga super hebat. Ada benda jadi masa kerja, kena hadap sendiri. Berdikari. Hati, fizikal dan mental kena tough. Always remind dekat diri sendiri "Please Eza, you can't trust people here. Be extra careful". Nak share apa-apa, fikir banyak kali nak share ke tidak. Sampai kadang-kadang tak payah share la. Nanti benda kecik, kena sebar jadi besar macam dinasour.
Hebat betul words of mouth. Words of mounth ni bagus untuk marketing product, tapi tak bagus sebagai agen penggalak dosa. Just Eza selalu doa, apa-apa orang fitnah serah saja kepada Allah. Biar Allah yang uruskan. Kebenaran itu pasti ada bagi insan yang teraniaya. Jahat akan terlihat jahat. Baik pun akan terlihat baik. Hikmah dia bila jadi diri sendiri ni lebih ramai datang orang yang baik-baik. MasyaAllah. Allah tunjuk mana satu orang baik, mana satu orang pura-pura baik dan mana satu orang yang memang tak boleh pakai. Lepas tu, prestasi kerja jugak semakin meningkat. Sebab lebih fokus kepada kerja, daripada fokus kepada manusia. So, banyak buat improvement jugak dengan beberapa sistem dan laporan. Mungkin orang lain tak terfikir nak buat, aku buat je. HAHA. As long memberi manfaat, why not?
Sebagai manusia, apabila mendengar sesuatu perkara perlu diselidiki terlebih dahulu pihak-pihak yang terlibat. Cerita A, Cerita B atau Cerita yang sebenarnya. Jangan terus memberi percaya kepada orang. Siasat dahulu. Ada kala yang mengambil keputusan untuk berdiam lebih terluka. Malas nak memanjangkan cerita. Biarlah, suatu hari nanti kebenaran akan terungkai.
Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Pahitnya ku telan, manisnya juga ku nikmati. Jangan pernah menjadi orang lain walau-apa-pun alasannya. Engkau akan keletihan dan dengan rela mengundurkan diri. Jadilah diri sendiri, seburuk-buruk engkau masih ada yang terima kau seadanya. Sebaik-baik engkau masih ramai yang sayang akan kau. Jangan risau. Allah sentiasa bersama kita setiap saat.
![]() |
Entah bila dan di mana gambar ni diambil. HAHA. Pastinya before kahwin. |
Biarlah boss kenal kau dengan prestasi yang kau dah laksanakan bukan dari mana-mana informer, sebab kita tak tahu hati informer tu baik ke tak. Takut hati dia pun tak baik. Buat kerja sungguh-sungguh, so informer pun tak dapat buat cerita dongeng dia.
Biarlah rakan sekerja hormat jawatan kau sebab kualiti kerja yang kau berikan. In case dia tak hormat kau, boleh je kau tak hormat dia. Jangan nak baik sangat. Kalau kau ada staff sendiri, penilaian kau bukan kerana dia caring ke loving ke. Penilaian kau bila dia buat kerja, hasilkan kerja yang bagus.
Bila orang merendah-rendahkan kau, kau buktikan kau boleh perform. Belajar dan bertanya bila tak tahu. Jangan bila ada masalah, kau pulak yang dahulu lari. Jangan lari dari masalah beb, masalah takkan selesai. Dalam melaksanakan kerja jangan malas. Jangan selalu hilang. Jangan buat claim sebarang. Ingat sikit rezeki tu nak bagi makan anak bini, mak bapak. Ramai jugak orang tak jaga perkara ni, asal dapat claim duit menonong je ambik. Padahal kerja tak buat pun. Berkat tu, boleh fikirlah sendiri ya? Itu antara kamu dengan Tuhan.
Oklah sekian dahulu. Selamat menjadi diri sendiri. Semoga berbahagia dengan cara sendiri. Semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bye!
Segmen Blogwakling By Si Hati Berbolak Balik #Ezajoin
Jumaat, Februari 12, 2021
Assalamualaikum korang. Okay hari ni Eza nak join segmen blogwalking rakan blogger kita. Macam biasa Eza support untuk memeriahkan suasana di dunia blogging. Korang pun jemput la join sekali ya.
![]() |
Tekan je banner atas ni jika nak join sekali eh. |
Itu je. Simple sangat.
Sekian 😘
Kisah CNY, alamak salah rumah!
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina bagi masyarakat cina yang menyambutnya. Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai! Hari ini 12 Februari 2021 dan esok 13 Februari 2021 merupakan cuti umum (public holiday) bagi seluruh rakyat Malaysia.
Masa Eza dalam usia lingkungan sekolah rendah kejadian ini berlaku. Namun masih segar diingatan. Rumah kami sekeluarga, eh rumah abah lah terletak di tanah persendirian dan geografinya adalah tanah bukit. Jiran kami kebanyakkan adalah masyarakat Tiong Hua. Area rumah cikgu yang ajar subjek Fizik pun di kawasan kejiranan. Maaf cikgu Fizik saya dapat B saja masa SPM walaupun saya suka je cikgu dan minat subjek ni. Haa, tiber cerita pasal Fizik pulak.
Biasanya, ada budak-budak kampung akan beraya pergi rumah ke rumah jiran tetangga untuk berkunjung. Selain nak ziarah tu, dapatlah angpow sekali. Adik-beradik Eza tak dapatlah nak pergi raya-raya macam tu sebab mama abah strict sikit. Jadi masa cuti perayaan macam ni, memang duduk rumah sahaja. Buat ulangkaji pelajaran. Pendidikan sangat penting ya dalam keluarga kami, dapat markah pen rona merah pun takut nak balik rumah. Tak sanggup nak tengok muka abah kecewa dengan keputusan exam. Tapi ada je lah subjek dapat gagal, kehidupan mana tak bergelora kan. Huhuk.
Nak dijadikan cerita, ada sekumpulan budak ni datang hingga depan pintu rumah kami masa CNY. Mungkin mereka ingat kawasan tu semua berbangsa Cina. Walaupun tanglung tak pasang, Dung Dung Chai tak panggil ke rumah. So, abah pun bagitahu kat mereka semua, "Adik-adik semua, maaf kami bukan orang Cina kami tak sambut Tahun Baharu Cina. Boleh pergi rumah depan sana. Terima kasih". Mereka pun berlalu pergi ke rumah jiran yang lain.
Hihi. Itulah kenangan CNY Eza masa kecil. Malam tadi, masa bertelefon dengan mama bunyi mercun tu memang jelas dan nyata walaupun jam baru jam 7.30 malam. Boom! boom! Dengan percikan bunga api yang berwarna warni menghiasi langit kelam. Meriah bukan kawasan perumahan kami? Itulah kebiasaannya yang terjadi setiap tahun. Kami saling menghormati perayaan orang lain. Benda tak ada isu, tak perlu dijadikan isu.
Itu sahaja cerita sempena CNY.
Sekian dahulu, bye!
Thes's Love Giveaway - #Ezajoin
Selasa, Februari 09, 2021
Hi korang. Hari ni Eza nak join Giveaway daripada rakan blogger. Syarat mudah je, simple omputih kata.
- Follow blog - Done
- Follow IG Account - Done
- Comment blog - Blog sangat kemas. Concept minimalist. Less is more orang kata. Sejuk mata tengok, senang nak baca. Eza ikutkan hati nak jugak blog design ala-ala begitu, tapi tak reti. Ilmu hias blog macam ni je la. Itupun try and error tengok tutorial blog orang. Mana yang jadi itulah yang dikekalkan. Mana yang failed, Eza try lagi next time. So, keep it up tau awak! 😍 Happy blogging!
- Nak join sekali, click je banner warna merah jambu atas ni eh. Okay lah, Eza nak hantar penyertaan dah.
Pengalaman Shopee 2.2 Chinese New Year Sale 2021 - Bajet RM50, Beli 4 barang
Ahad, Februari 07, 2021
Dua Februari 2021 (02.02.21) hari tu, Shopee ada buat Chinese New Year Sale 2021 tau. So, memang harga barang jatuh mendadak dan kita sebagai pembeli pun dapat jimat banyak. Tambahan masa tu nak release sikit otak, shopee adalah terapi minda yang sangat berkesan. Believe it or not, it worked. Happy sangat dapat bershopping di malam hari. Masa kerja dok la dapat nak bershopee bagai, agak-agaklah. Selalu Eza sempat order makan je. Nak berShopee ni, tunggulah balik rumah dulu. Benda boleh tunggu, tak lari Shopee dikejar. Gituuu.
Dengan bajet hanya RM50. Eza transfer masuk ke Shopee Wallet, nanti senang nak buat pembayaran menggunakan Shopee Pay. Kira berbaloi jugak sale kali ni, tahniah Shopee. Smooth je urusan pembelian pada hari sale. Dapat free postage ke Sarawak, dapat redeem banyak coins. Paling penting dapat harga yang terbaik dan termurah! Alhamdulillah. Bajet RM50 tu Eza memang tetapkan sendiri sekadar reward sendiri, kalau lebih sangat berbelanja nanti nak makan apa sampai tunggu gaji. Berbelanja berpada-pada ya. Nawaitu awal pun nak happykan diri sendiri sahaja.
Ok ini adalah barang-barang yang Eza beli. Lihat senarai di bawah berserta maklumat harga ya.
Barang Pertama: Face Shield with a pouch. Beli ni sebab sangat perlu. Memang kena pakai sentiasa di tempat kerja. Hari tu beli half shield dekat Super Save, harga RM2.99. Nak cantik lagi beli lah di shopee, macam-macam ada, warna pun banyak. Ikut je nak warna apa. Eza pilih Matte White dengan shield transparent. Satu set RM6.97. Beli dua set, jumlah harga adalah RM13.94. Free postage. Beli dua sebab one for me, one for him.
Barang Kedua: Penimbang berat badan digital. Penimbang ni boleh menampung berat badan sehingga 180 kilogram. Ini antara alatan penting untuk memulakan program menurunkan berat badan. Memandang treadmill digunakan sekali sekala saja. Insaflah wahai Eza Boom Boom ooiii. Treadmill tu bukan beli pakai daun, tiga bulan kumpul duit. Tau dakkkk?! Dengan adanya penimbang digital ni senanglah nak pantau berat badan kami suami isteri. Harga RM11.00. Postage dapat discount dan Eza ada redeemed point. Final harga adalah RM11.64. Berbaloi bukan?
Barang Ketiga: Lunch box bag ada thick aluminium foil dan waterproof. Ada zip jugak. Eza pilih saiz large. Beli dua bag dengan warna berbeza. Ini kegunaan nak bawak bekal makan tengahari dan jugak husband bolehlah letak bekalan makanan bila pergi memancing nanti. Saiz Large berukuran 25x16x34cm. Harga satu bag adalah RM8.00. Eza beli dua dapat shop voucher dan redeemed coins, dapatlah harga terakhir yang dibayar sebanyak RM13.30. Harap sangat worth buying.
Barang Keempat: Sunglasses untuk pakai masa driving. Eza lama dah tak driving. Sebab husband rajin hantar pergi kerja walaupun di WFH or in Malay called as BDR. So, acah-acah sweetlah beli spec sepasang dengan suami. Pilihan Eza sunglasses berwarna black. Harga sepasang sunglasses adalah RM8.10. Lepas tu dapat free shipping, shop voucher, dan redeemed coins. Harga untuk dua pasang sunglasses jatuh kepada RM7.65. Sangat sangat murah okay.
Pengiraan untuk empat jenis barang yang Eza beli adalah:
RM13.94 + RM11.64 + RM13.30 + RM7.65 = RM46.53
Baki yang tinggal daripada permulaan bajet RM50 adalah RM3.47. Baki tu dibawa ke hadapan untuk pembelian akan datang. Barang ni semua tak sampai lagi tau. Dah sampai nanti, tengoklah kerajinan nak review. Hihi. Harap semua barang ni bermanfaat dan diterima dalam keadaan elok-elok belaka. Terima kasih Shopee!
Sekian dahulu. Bye!
To My Dearest & Loving Husband
Khamis, Februari 04, 2021
![]() |
Pick Up Line Kaki Pancing |
Hi February! Second month of the year
Isnin, Februari 01, 2021
Kita masuk bulan kedua iaitu Februari bagi tahun 2021. Pejam celik pejam celik dah melepasi bulan Januari dan tibanya bulan Februari. Cepatnya masa berlalu. Hari ini masuk hari ke-32 dari 365 hari setahun. Nampaknya sibuk tahun lepas hampir menyamai kesibukan tahun ini. Bersedia sahaja untuk apa sahaja kemungkinan. Kes di kawasan Eza masih lagi tinggi. Entah bila akan turun kes. Doa untuk zon menjingga nampaknya jauh lagi perjalanan tersebut.
Hai korang, apa khabar tu? Maaf ya lama tak blogwalking. Ada baca-baca entry baru korang, tapi tak tinggal komen. InsyaAllah nanti, Eza buat marathon blogwalking. Kepala pening-pening, susah sikit nak buat ayat. Banyak sangat fikir kot. Masih menstabilkan diri fizikal dan mental untuk terus bersemangat berkhidmat untuk negara. Ecewah. Doakan ya korang.
Bulan Januari ni ada beberapa pencapaian yang membanggakan. Bangga untuk diri sendiri je lah. Nak tahu apa? Senarai adalah seperti yang berikut:
- Done beli Makita Metal Cutting Cold Cut Saw. Ini pencapaian husband la. Bagus peralatan ni nak potong besi. Cepat, potongan yang sempurna, tidak panas, serpihan yang minumum. Ini nampaknya Eza akan review la. Beli kat shopee je okay. Trusted seller. Dah guna dah pun, memang puas hati.
- Done beli alas meja makan 8-seaters. Kenapa beli meja makan besar walaupun hidup berdua je, sebab nak semua tetamu duduk kat kerusi bila datang rumah kitorang. Family kitorang besar, lagipun spacing dapur luas lagi. Why not kan? Lama jugak dok fikir nak beli ke tak nak beli. Akhirnya beli jugak. Moga istiqamah ya hasrat nak mencantikkan rumah ni. Ini pun kalau cantik, Eza akan share nanti. Hope kualiti standing harganya.
- Done received hadiah daripada blogger Shida. Belum sempat nak post entry lagi. InsyaAllah soon. Sebab belum photoshoot gambar. Alhamdulillah rezeki Eza dapat cenderahati daripada rakan blogger. Thank you kak Shida!
- Oh ya, kereta pun dah tukar kasut. Tukar tayarlah maksudnya. Dah 5 tahun pakai so walaupun masih elok lagi, Eza tukar je lah. Takut tayar buat perangai masa kegawatan ekonomi rumahtangga, tak ke naya nak membayarnya. Huhu.
- Berjaya masak bubur ayam. Lulus pada selera suami ni kira pencapaian besar tau. Sebab dialah raja cerewat pasal makanan ni. Renyah sikit langkah-langkah dia, tapi hasilnya sangat sedap. Ini pun bakal Eza kongsikan resipinya. Maklum sahajalah, musim hujan ni teringin pula nak masak bubur ayam.
Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan
Ok done. Nak hantar link penyertaan dulu ya. Korang yang baca entry ni, kena join sekali tau. Hehe, Jom lah!
Bye!