Kita masuk bulan kedua iaitu Februari bagi tahun 2021. Pejam celik pejam celik dah melepasi bulan Januari dan tibanya bulan Februari. Cepatnya masa berlalu. Hari ini masuk hari ke-32 dari 365 hari setahun. Nampaknya sibuk tahun lepas hampir menyamai kesibukan tahun ini. Bersedia sahaja untuk apa sahaja kemungkinan. Kes di kawasan Eza masih lagi tinggi. Entah bila akan turun kes. Doa untuk zon menjingga nampaknya jauh lagi perjalanan tersebut.
Hai korang, apa khabar tu? Maaf ya lama tak blogwalking. Ada baca-baca entry baru korang, tapi tak tinggal komen. InsyaAllah nanti, Eza buat marathon blogwalking. Kepala pening-pening, susah sikit nak buat ayat. Banyak sangat fikir kot. Masih menstabilkan diri fizikal dan mental untuk terus bersemangat berkhidmat untuk negara. Ecewah. Doakan ya korang.
Bulan Januari ni ada beberapa pencapaian yang membanggakan. Bangga untuk diri sendiri je lah. Nak tahu apa? Senarai adalah seperti yang berikut:
- Done beli Makita Metal Cutting Cold Cut Saw. Ini pencapaian husband la. Bagus peralatan ni nak potong besi. Cepat, potongan yang sempurna, tidak panas, serpihan yang minumum. Ini nampaknya Eza akan review la. Beli kat shopee je okay. Trusted seller. Dah guna dah pun, memang puas hati.
- Done beli alas meja makan 8-seaters. Kenapa beli meja makan besar walaupun hidup berdua je, sebab nak semua tetamu duduk kat kerusi bila datang rumah kitorang. Family kitorang besar, lagipun spacing dapur luas lagi. Why not kan? Lama jugak dok fikir nak beli ke tak nak beli. Akhirnya beli jugak. Moga istiqamah ya hasrat nak mencantikkan rumah ni. Ini pun kalau cantik, Eza akan share nanti. Hope kualiti standing harganya.
- Done received hadiah daripada blogger Shida. Belum sempat nak post entry lagi. InsyaAllah soon. Sebab belum photoshoot gambar. Alhamdulillah rezeki Eza dapat cenderahati daripada rakan blogger. Thank you kak Shida!
- Oh ya, kereta pun dah tukar kasut. Tukar tayarlah maksudnya. Dah 5 tahun pakai so walaupun masih elok lagi, Eza tukar je lah. Takut tayar buat perangai masa kegawatan ekonomi rumahtangga, tak ke naya nak membayarnya. Huhu.
- Berjaya masak bubur ayam. Lulus pada selera suami ni kira pencapaian besar tau. Sebab dialah raja cerewat pasal makanan ni. Renyah sikit langkah-langkah dia, tapi hasilnya sangat sedap. Ini pun bakal Eza kongsikan resipinya. Maklum sahajalah, musim hujan ni teringin pula nak masak bubur ayam.
Sini sudah panas. Alhamdulillah baju kering.
BalasPadamHarap tercapai matlamat tulis jumlah pos mencukupi.
Separuh dari misi January dah berjaya tu. Tahniah Eza. semoga February ni lebih menyerlah. Take care Eza and stay safe :)
BalasPadamKalau family besar, memang berbaloi beli 8 seaters. Senang ramai2 nak makan sekali. Tak adalah amik nasi dan lauk lepas tu duduk bertebaran sana sini..
BalasPadamsemoga berjaya misi februari kitak.. chaiyokkk!! utk meja mkn 8 seater ya mmg wishlist kmk mun dh pindah umh baru kelak.. harapnya tercapailah klak... nektok 6 seater jak tpksa mkn ikut turn.. kau lelaki dolok br kaum pempuan.. hahaha
BalasPadamBanyak jugak pencapaian awak pada bulan lepas.. Apa pencapaian akak yea..? hihihi nak kena wat senarai nie..
BalasPadamSemoga Februari ni lebih baik dan lebih banyak azam tercapai
BalasPadamAduhai... kalau sidia raja cerewet pasal makanan, sabo ajelah heheeee. Jangan selera sendiri tak terlayan sudah ler.
BalasPadamAlhamdulillah, kalau kita masak, suami suka. Akak tak pakai pun alas meja makan, pakai coaster yang bila nak makan, baru letak. Bagusla Eza prepare untuk masa depan. Semoga target posting di blog tercapai. Selamat ye!
BalasPadam