Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Gelaran long weekend diperolehi sekiranya dalam sesuatu minggu tersebut ada Public Holiday atau Cuti Umum pada Jumaat ataupun Isnin. Bagi bulan Februari ini, Public Holiday atau Cuti Umum jatuh pada tarikh 12 dan 13 Februari 2021 iaitu Jumaat dan Sabtu. Tambah hari Ahad, dapatlah long weekend itu. Bestnya hidup tiga hari weekend. Memang detik yang paling Eza tunggu-tunggu memandang rezeki untuk Work From Home (WFH) belum ada lagi. Jadi, nikmat rehat itu sangat dihargai sepenuh jiwa raga. Banyak benda boleh settle di rumah ni seperti kemas dapur, restock barang rumah, cuci cadar, tuala dan banyak lagi lah. Nampaknya aktiviti berkebun ditunda dahulu kerana cuaca kurang mengizinkan. Tengok tanaman yang ada pokok roselle sahaja yang membuahkan hasil selain pokok cili sepohon. Sedih sungguh ya. Next week la nak baja pokok tu semua, kemungkinan kurang kasih sayang 😢.
Rehat tiga hari ni bagi Eza sangat best. Santai badan dan minda. Umur dah meningkat ni, selalu pula beli minyak angin, lenguh-lenguh badan. Blog pun meriah je updatenya. Eza selalu akan support aktiviti blogger lain yang anjurkan segmen, giveaway, contest dan sebagainya jika diizinkan waktu dan kesempatan. Selain itu, Eza juga aktif di Instagram dan Twitter. Facebook ada jugak, tapi tak reti nak aktif macam mana. HAHA. Lain kali lah share ya kalau followers or friends dah banyak sikit. Segan Eza dibuatnya. In case korang scroll media sosial dan jumpa account Eza, dipersilakan je follow dan add friend. No problem 👌.
Walaupun boleh dikatakan berehat selama tiga hari ni, Eza ada je semak-semak email untuk urusan kerja. Mana yang dapat settle segera, dapatlah Eza siapkan. Mana yang tak terdaya otak ini berfikir, Eza fikir esok lah ya. Haa, Eza ada sesi perkongsian atas talian sebenarnya. Slide tak ready lagi ni. Nervous la pulak nak bercakap ni. Tengok mood esok nak macam mana, recording atau live. Takut ketaq suara, orang tak faham pulak apa yang Eza cuba sampaikan ni. All is well, you can do it darling Eza Boom Boom!
Bulan Februari ni pulak investment Eza banyak ke buku also known as book. Dalam lima buah jugak sudah dibeli. Masih menunggu sampai ke tangan. Tiga dari lima tu buku resipi. Eza sangat perlukan buku resipi yang tangible ya sekarang ni. Semoga ilmu pengetahuan mengenai masak memasak akan bertambah dengan pesatnya. Rindu masakan mama sebenarnya. Kami suami isteri ni tak sama bangsa ya, memang agak banyak perbezaan dari aspek makanan. Tapi bagi Eza boleh je makan masakan style mereka. Dia je lah memilih sangat, allergic itu ini. Tak apa sayangku, asal awak sihat walafiat dan cukup makan. Syukur alhamdulillah.
Ok lah. Ini borak-borak kosong je. Korang suka ke baca entry macam ni? 😅😅 Oklah, Eza nak prepare slide dulu. InsyaAllah esok tak letih balik kerja, Eza update lagi ya. Bye!
Selamat berehat dan bercuti panjang hujung minggu
BalasPadamCuti 3 hari berlalu bagaikan angin. Kalau tak kerana covid tak taula dah ada kat ceruk benua mana. Haha. Best gak entry macam ni. Sesekali kita pun malas nak tulis entry berat. So taip je apa yang keluar di fikiran
BalasPadamSelamat cuti2..esok kerja dah..huhuk
BalasPadamyes, u can do well darling ... its okay sbb dlm recording kena cakap satu2 biar jelas :)
BalasPadamSebab cuti panjang 3 hari, maka saya ambil cuti sehari awal. Tapi sebab PKP, maka cuti itu berlalu pergi begitu sahaja :)
BalasPadamOh pasangan tak sama bangsa ke? Memang cabaran kan nak saling kenal budaya dia, makanan dia dll.
BalasPadamLong weekend duduk rumah je lahh..hehe
BalasPadamlong weekend ni.. bercinta nak start keje balik hehehe
BalasPadamHarap semuanya berjalan lancar, bagi Eza. Ok je, entri macam ni. Happy working, ye!
BalasPadamWeekend memang duk rumah siapkan kerja kat rumah. Isnin pun busy sangat. Baru ada masa buat kunjungan blog kawan2
BalasPadamtp 3 hari tu rs kejap sgt😆😆
BalasPadamAlhamdulillah. Pasangan lain bangsa sudah tentu lain budaya. Inilah peluang untuk mengenal dan memahami budaya masing-masing.
BalasPadamsebenarnya..slagi kerja x selesai..dapat cuti deret pun tiada maknanya bg shida..betul x eza? huhuuu
BalasPadamBest sesekali dapat cuti long weekend. sehari extra pun dah cukup seronok dah. macam macam aktiviti dapat buat. Dapat bersantai lebih :)
BalasPadam