Kisahnya begini, ada seorang kawan sama belajar bertanya pendapat peribadi kepada Eza. Best ke tak bekerja di sektor kerajaan? Ini kerana dia sekarang mempunyai perniagaan sendiri dengan menjadi stokist/agent produk tertentu. Jawapan Eza mudah sahaja ketika itu, "Jika awak bahagia dengan apa yang usahakan, teruskan apa sahaja usaha itu. Tidak kira dengan perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan". Bagi Eza, dia punya kelebihan dengan kepandaian yang dimiliki. Kami sama-sama merangkul Anugerah Naib Canselor, tetapi dia meraih pointer CGPA yang lebih tinggi dari Eza. Cuma bezanya, belum rezeki mendapat kerja di sektor awam. Bab rezeki kita tak boleh bandingkan. Rezeki setiap orang juga berbeza. Eza selalu doakan kawan-kawan Eza yang berniaga mahupun bekerja di sektor swasta dan sektor awam sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi.
Entri ini hanya sekadar pendapat Eza. Makan gaji ataupun bekerja sendiri, pilihan itu adalah pilihan masing-masing. Hidup kita juga tidak dijanjikan mudah sentiasa. Selalu ada badai yang menimpa sebelum pelangi muncul tiba. Cabaran dan dugaan adalah asam garam kehidupan. Paling penting, kita jadi manusia yang berprinsip. Kita sememangnya boleh berjaya dengan keyakinan dan usaha serta diiringi doa yang dipanjatkan kepada Ilahi, Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq).
Oleh itu, Eza kongsikan sedikit sebanyak perkongsian mengenai perkara ini. Mungkin ada adik-adik lepasan universiti yang masih mencari pekerjaan. Ataupun, rakan-rakan yang belum mendapat pekerjaan yang selari dengan kursus yang diambil di universiti. Ada yang masih buntu bagaimana ingin membantu ibu bapa selepas SPM? Jom Eza kongsikan pendapat Eza. Ambil mana yang baik, ketepikan andai tidak bermanfaat ya.
1. STIGMA IBU BAPA
Setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Ikut pengalaman kawan-kawan, selagi tak dapat kerja kerajaan selagi itulah belum dapat dilabel sebagai anak berjaya. Mungkin sebab banyak kelebihan yang ditawarkan seperti berpencen, Guarantee Letter (GL) boleh digunakan untuk ibubapa, pasangan dan anak, kemudahan cuti, kenaikan pangkat dan sebagainya. Namun pada ketika ini, bekerja di sektor awam bukanlah satu-satunya kayu pengukur kejayaan seseorang. Kejayaan itu subjektif. Bagi Eza, kita dapat hidup berdikari dan tidak menyusahkan kedua orang tua sudah tergolong dalam orang yang berjaya. Rezeki setiap bulan boleh bagi duit atau barang-barang dengan ibubapa sudah alhamdulillah. Pastikan buatlah kerja yang halal ya. Bila rezeki dapat kerajaan pula, jangan sia-siakan amanah yang diberikan. Elakkan hilang semasa bertugas. Kerja bersungguh. Ramai lagi orang nak masuk kerja kerajaan cuma belum rezeki, tapi bila terpilih kerja main-main. Kesian kat orang yang lebih layak. Tambah-tambah lagi semasa pandemik ni. Don't take for granted. Sedih sangat bila nampak orang kerja main lepas tangan, banyak mengadu domba tapi kerja tak jalan. Kerja hakiki itu amanah tau. In a nutshell, stigma ibubapa kita tak dapat ubah. Cuma kita boleh buktikan. Berusahalah dalam mencari rezeki yang diberkati.
2. AMBIL PENGALAMAN
Pengalaman nilainya sangat mahal dan mengajar kita erti kehidupan yang tidak ada di mana-mana buku. Kita merasa, kita menilai dan kita ambil iktibar. Cari kerja bukan mudah. Itulah hakikat dan realiti sebenar. Oleh itu, kita sambut apa-apa kerja yang ditawarkan seperti menjadi casher di supermarket, guru sandaran di sekolah, jurujual produk, jadi agent produk, mengajar tuesyen ataupun jadi Pekerja Sambilan Harian (PSH) di jabatan-jabatan kerajaan. Ini antara contoh kerja-kerja yang Eza buat lepas tamat belajar dulu. Masa penat buat kerja ni semua, menangis waktu lunch. Dulu setiap kali masa lunch Eza akan pergi masjid berhampiran. Kat sanalah nak solat, nak makan, nak baring dan menangis. Selalu juga menangis sebabnya hidup kita tak selalunya indah. Ada hari kena teriak. Ada hari kena maki. Yakinlah Allah dengar setiap rintihan kita. Allah akan bagi rezeki bila tiba saat yang tepat. Pengalaman ni jugak yang akan guide kita sedikit sebanyak bila bertugas di pejabat. Kita jumpa ramai orang, kita akan belajar banyak benda dari each of person yang kita jumpa tu. Tengok yang tak baik, cakaplah begini, "Ya Allah, bimbinglah aku agar tak menjadi seperti dia. Tunjukkan aku jalan yang lurus". Amiin Amiin Amiin Ya Rabbal Alamiin.
3. CARI KEMAHIRAN
Kemahiran sangat penting dalam menjana pendapatan. Ada kawan Eza pandai dalam Excel. Eza belajar Excel dengan dia, pandai dia mengajar. Bila pandai excel, banyak benda jadi mudah. Handling data petik jari je. Nak pantau untung rugi business pun mudah. Ada kawan Eza yang pandai buat biskut. Masa wedding Eza, dialah yang supply doorgift berupa cookies semasa resepsi dan majlis berzikir. Istimewa sangat sebab kiriman doorgift tu dari Kuching ke Miri. Carilah kemahiran korang yang boleh dijadikan sumber rezeki. Eza teringat pula perbincangan semasa zoom meeting dengan penulis-penulis Sarawak, salah seorang daripadanya berumur 19 tahun. Muda lagi. Tetapi berbakat dalam penulisan. Usaha dia nak jual buku dia tu, dia sampai cetak (print) sendiri. Semangat anak muda ini sangat mengagumkan. Turut meraih anugerah penulisan peringkat negeri. Rezeki bukan? Jangan dijangka banyak sikit rezeki, itu semua kerja Allah. Usaha, usaha dan terus berusaha. Contoh dalam kalangan blogger adalah Blogger Sii Nurul. Bakat dan kebolehannya juga menjana pendapatan. Banyak job yang diperolehi dengan kemahiran yang beliau ada. I am very proud of you, Cik Nurul. Teruskan berkongsi manfaat melalui dunia blogging. Keep going ya!
4. REBUT PELUANG
Peluang sentiasa datang dan pergi dalam sebuah kehidupan. Hendak dan tidak hendak sahaja lagi untuk merebutnya. Eza bagi contoh, tawaran pekerjaan yang ditawarkan adalah taraf SPM. Namun, sijil yang dimiliki adalah di peringkat sarjana. Keputusan yang terbaik dalam perkara ini adalah merebut peluang keemasan tersebut. Peluang tidak datang berkali-kali. Usah difikir gaji yang sedikit. Usah dilayan tomahan orang yang berkata, "ada degree tapi kerja kedai sahaja..". Biarkan mereka, bukan mereka yang menyara kehidupan kita. Walhal kita punya tanggungjawab untuk berbakti kepada ibubapa. Dari merenung di luar jendela, lebih baik kita rebut peluang yang ada. Biarlah bermula dari bawah sekalipun, sedikit-sedikit akan naik juga ke puncak. Merasa bila berada di bawah agar nanti bila berjawatan tinggi lebih memahami staff seliaan. Cara berfikir lebih terbuka dan matang. Jangan malu untuk belajar daripada mereka yang senior dan berpengalaman. Dengan ilmu itulah kita akan tahu mana satu kaca dan mana satu permata.
5. BAHAGIA DENGAN CARA SENDIRI
Benar. Bahagia dengan cara kita sendiri. Jangan impikan approval orang lain untuk kita gembira. Bila berkongsi cerita-cerita kehidupan, ada pekerjaan yang nampak gah dan wow di mata orang tetapi hakikatnya perit juga kisah disebaliknya. Padahal kawan yang berniaga, gembira sentiasa tanpa banyak masalah. Begitulah adilnya Tuhan. Oleh sebab itu, jawapanku senada. Lakukan sahaja pekerjaan kamu, mencari rezeki untuk keluarga asalkan kamu bahagia. Jangan membandingkan dengan orang lain. Berdamai dengan takdir Tuhan. Kita hanya tengok kehidupan manusia lain di media-media sosial ataupun di dunia sebenar dengan mata kasar. Itu hanya 10% dari realiti sebenar. Malahan kurang daripada peratusan tersebut. Segala kisah hitam, dukalara disimpan rapi untuk diri sendiri. Oleh itu, jangan terpedaya dengan perkhabaran yang sentiasa indah dan fokuslah mencipta kebahagiaan sendiri. Itu lebih utama.
Sekian dahulu coretan Eza. Mudahan ada manfaatnya kepada para pembaca. Jadilah manusia yang berbahagia dan sentiasa menginginkan kebahagiaan untuk orang lain. Jumpa lagi!
Good sharing Eza. Betul tu. Semuanya pilihan sendiri. Tak boleh compare dengan orang lain sebab masing2 ada jalan dan pilihan sendiri.
BalasPadamNice sharing :)
BalasPadamNo 5 tu paling setuju. Jangan terlalu fikir cakap orang. Dulu saya pun teringin nak kerja kerajaan, taoi kemudian akur rezeki dalam bidang swasta. Yang penting jangan berhenti cari peluang. Bersyukur, tapi pada masa yang sama usaha nak majukan sendiri. Saya so far belum jumpa kemahiran, so prefer makan gaji
BalasPadammasih tergolong "makan gaji"..
BalasPadambelum mmapu or rasa mcm x layak bekerja sendiri...
takde kelebihan atau skill untuk buat sesuatu..
tapi rasa mcm nak pencen awal sebab letih dah bekerja hahaha
kadang2 kita nak benda yang bukan sedang kita buat sebab nampak macam best belah sana
BalasPadami can not bekerja sendiri sbb i am not the one yg pantai marketing .. business mmg not me sbb i cepat kesian haha
BalasPadamThank you for perkongsian and I do agree with yr points :)
BalasPadambila ada rakan2 saya dapat kerja baik.. sy selalu ingatkan diri sendiri, takpa.. ini bagian mereka, ini rezeki mereka..
BalasPadamTerima kasih Eza atas pendapat dan perkongsian. stigma ibu bapa tu tak pernah berubah sebab kerja kerajaan ada kelebihannya dan mereka nak anak anak mereka mempunyai masa depan yang terjamin. Setiap orang perlu ada kemahiran bukan hanya ilmu. Dua dua penting. Apapun pekerjaan pilihan kita, biarlah ianya dari sumber yang halal dan membahagiakan kita. Setiap orang rezeki dan bahagia tu berbeza :)
BalasPadam