MOTIVASI DI TEMPAT KERJA: BE YOURSELF

Sabtu, Februari 13, 2021

Penulisan entry motivasi ini adalah untuk diri sendiri. Andai ianya bermanfaat untuk pembaca yang lain, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan. Kali ini, Eza mengambil topik "Be Yourself" atau dalam melayunya Jadilah Diri Sendiri

Pernah tak korang dalam situasi serba salah, tak tahu mana nak pilih dalam kehidupan yang tidak dapat dijangka kini?

Pilihan pertama:

Korang kena jadi somebody else then dapat masuk geng bawang terkenal di tempat kerja

Pilihan kedua:

Untuk jadi diri sendiri tapi kena lonely. Alone. Krik-krik-krik

Eza pernah di situasi ini. Eza pernah jadi orang yang yes-lady all the time. Aok jak all the time. It was not fun at all. Percayalah sesuatu perkara yang dilakukan dan itu bukan diri kita, tak akan bertahan lama. Suatu masa ada benda yang akan melanggar prinsip dan mengguris perasaan kita. At the end, I decided to walk away, enough is enough. Sebagai contoh, geng kita ni suka membawang setiap kali waktu sarapan, ada sahaja makluk Tuhan yang akan dijadikan hirisan dan potongan bawang. Boleh bayang bila belakang kita, apa yang dia boleh kutuk kita? Kita yang dengar sekali tu berdosa sekali dan senak/sesak hati bila mendengar. Dalam hati kata, this is not right! Hati gelisah, serious tak dapat adapt benda macam ni dalam hidup. Eza rasa that was one of the best decision that I made in my life. Biarlah seorang pun, biarlah tak ada geng pun. Tapi hidup lebih aman. Kerja lebih fokus. Allah sudah takdirkan yang terbaik. Hikmahnya terlalu jelas untuk disyukuri. Alhamdulillah. 

Bila pilihan untuk bersendiri, cabaran juga super hebat. Ada benda jadi masa kerja, kena hadap sendiri. Berdikari. Hati, fizikal dan mental kena tough. Always remind dekat diri sendiri "Please Eza, you can't trust people here. Be extra careful". Nak share apa-apa, fikir banyak kali nak share ke tidak. Sampai kadang-kadang tak payah share la. Nanti benda kecik, kena sebar jadi besar macam dinasour. 

Hebat betul words of mouth. Words of mounth ni bagus untuk marketing product, tapi tak bagus sebagai agen penggalak dosa. Just Eza selalu doa, apa-apa orang fitnah serah saja kepada Allah. Biar Allah yang uruskan. Kebenaran itu pasti ada bagi insan yang teraniaya. Jahat akan terlihat jahat. Baik pun akan terlihat baik. Hikmah dia bila jadi diri sendiri ni lebih ramai datang orang yang baik-baik. MasyaAllah. Allah tunjuk mana satu orang baik, mana satu orang pura-pura baik dan mana satu orang yang memang tak boleh pakai. Lepas tu, prestasi kerja jugak semakin meningkat. Sebab lebih fokus kepada kerja, daripada fokus kepada manusia. So, banyak buat improvement jugak dengan beberapa sistem dan laporan. Mungkin orang lain tak terfikir nak buat, aku buat je. HAHA. As long memberi manfaat, why not?

Sebagai manusia, apabila mendengar sesuatu perkara perlu diselidiki terlebih dahulu pihak-pihak yang terlibat. Cerita A, Cerita B atau Cerita yang sebenarnya. Jangan terus memberi percaya kepada orang. Siasat dahulu. Ada kala yang mengambil keputusan untuk berdiam lebih terluka. Malas nak memanjangkan cerita. Biarlah, suatu hari nanti kebenaran akan terungkai. 

Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Pahitnya ku telan, manisnya juga ku nikmati. Jangan pernah menjadi orang lain walau-apa-pun alasannya. Engkau akan keletihan dan dengan rela mengundurkan diri. Jadilah diri sendiri, seburuk-buruk engkau masih ada yang terima kau seadanya. Sebaik-baik engkau masih ramai yang sayang akan kau. Jangan risau. Allah sentiasa bersama kita setiap saat. 

Entah bila dan di mana gambar ni diambil. HAHA. Pastinya before kahwin.
Ingatlah..

Biarlah boss kenal kau dengan prestasi yang kau dah laksanakan bukan dari mana-mana informer, sebab kita tak tahu hati informer tu baik ke tak. Takut hati dia pun tak baik. Buat kerja sungguh-sungguh, so informer pun tak dapat buat cerita dongeng dia. 

Biarlah rakan sekerja hormat jawatan kau sebab kualiti kerja yang kau berikan. In case dia tak hormat kau, boleh je kau tak hormat dia. Jangan nak baik sangat. Kalau kau ada staff sendiri, penilaian kau bukan kerana dia caring ke loving ke. Penilaian kau bila dia buat kerja, hasilkan kerja yang bagus. 

Bila orang merendah-rendahkan kau, kau buktikan kau boleh perform. Belajar dan bertanya bila tak tahu. Jangan bila ada masalah, kau pulak yang dahulu lari. Jangan lari dari masalah beb, masalah takkan selesai. Dalam melaksanakan kerja jangan malas. Jangan selalu hilang. Jangan buat claim sebarang. Ingat sikit rezeki tu nak bagi makan anak bini, mak bapak. Ramai jugak orang tak jaga perkara ni, asal dapat claim duit menonong je ambik. Padahal kerja tak buat pun. Berkat tu, boleh fikirlah sendiri ya? Itu antara kamu dengan Tuhan. 

Oklah sekian dahulu. Selamat menjadi diri sendiri. Semoga berbahagia dengan cara sendiri. Semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bye!

9 ulasan

  1. begitulah ragam di tempat kerja..ada.mcm2 jenis org kan..yg penting kita mnjalankan kerja dgn amanah

    BalasPadam
  2. biarlah jd org yg x brp disuka org asal x hipokrit.. ilek jak embak palak dikpun.. haha.. tp ada juak task mmg perlu org lain juak xpat juak nk lawa gilak

    BalasPadam
  3. Macam2 kerenah manusia ni. Tapi yang paling takut jenis tikam belakang dan main halus. Sebab kawan naniey pernah kena dulu. Much better jauhkan diri dari toxic people sebab kita tahu diri kita macam mana. Be yourself !

    BalasPadam
  4. Kat tempat kerja ni memang kita akan jumpa macam-macam ragam. Cik TK pun cuba mengelak daripada cerita hal-hal personal pada rakan sekerja. Sebab tak semua yang boleh kunci mulut. Silap-silap ada yang jadi radio. Bukan setakat satu department je tahu. Department sebelah pun boleh tahu sekali.

    BalasPadam
  5. Akak rasa, Eza buat keputusan bagus dengan walk away. Tak elok le, membawang. Di tempat kerja pula tu, tempat cari rezeki. Sendiri pun takpe, happiness comes from within.

    BalasPadam
  6. ya, betul. Be yourself. Memang tak syok asyik menurut perintah dan mengiyakan je. Di tempat kerja ni beragam jenis manusia. Yang penting, kita buat kerja kita sebaiknya. Bagus Eza, memotivasikan diri :)

    BalasPadam
  7. serious dekat office i have no geng.. selalu sumbat earphone and dgr lagu sambil buat kerja.. senang tatau apa jadi sekeliling..too much toxic people haahah

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.