Sunday, February 07, 2021

Pengalaman Shopee 2.2 Chinese New Year Sale 2021 - Bajet RM50, Beli 4 barang

Dua Februari 2021 (02.02.21) hari tu, Shopee ada buat Chinese New Year Sale 2021 tau. So, memang harga barang jatuh mendadak dan kita sebagai pembeli pun dapat jimat banyak. Tambahan masa tu nak release sikit otak, shopee adalah terapi minda yang sangat berkesan. Believe it or not, it worked. Happy sangat dapat bershopping di malam hari. Masa kerja dok la dapat nak bershopee bagai, agak-agaklah. Selalu Eza sempat order makan je. Nak berShopee ni, tunggulah balik rumah dulu. Benda boleh tunggu, tak lari Shopee dikejar. Gituuu. 

Dengan bajet hanya RM50. Eza transfer masuk ke Shopee Wallet, nanti senang nak buat pembayaran menggunakan Shopee Pay. Kira berbaloi jugak sale kali ni, tahniah Shopee. Smooth je urusan pembelian pada hari sale. Dapat free postage ke Sarawak, dapat redeem banyak coins. Paling penting dapat harga yang terbaik dan termurah! Alhamdulillah. Bajet RM50 tu Eza memang tetapkan sendiri sekadar reward sendiri, kalau lebih sangat berbelanja nanti nak makan apa sampai tunggu gaji. Berbelanja berpada-pada ya. Nawaitu awal pun nak happykan diri sendiri sahaja. 

Ok ini adalah barang-barang yang Eza beli. Lihat senarai di bawah berserta maklumat harga ya.  

Barang Pertama: Face Shield with a pouch. Beli ni sebab sangat perlu. Memang kena pakai sentiasa di tempat kerja. Hari tu beli half shield dekat Super Save, harga RM2.99. Nak cantik lagi beli lah di shopee, macam-macam ada, warna pun banyak. Ikut je nak warna apa. Eza pilih Matte White dengan shield transparent. Satu set RM6.97. Beli dua set, jumlah harga adalah RM13.94. Free postage. Beli dua sebab one for me, one for him.

Barang Kedua: Penimbang berat badan digital. Penimbang ni boleh menampung berat badan sehingga 180 kilogram. Ini antara alatan penting untuk memulakan program menurunkan berat badan. Memandang treadmill digunakan sekali sekala saja. Insaflah wahai Eza Boom Boom ooiii. Treadmill tu bukan beli pakai daun, tiga bulan kumpul duit. Tau dakkkk?! Dengan adanya penimbang digital ni senanglah nak pantau berat badan kami suami isteri. Harga RM11.00. Postage dapat discount dan Eza ada redeemed point. Final harga adalah RM11.64. Berbaloi bukan?

Barang Ketiga: Lunch box bag ada thick aluminium foil dan waterproof. Ada zip jugak. Eza pilih saiz large. Beli dua bag dengan warna berbeza. Ini kegunaan nak bawak bekal makan tengahari dan jugak husband bolehlah letak bekalan makanan bila pergi memancing nanti. Saiz Large berukuran 25x16x34cm. Harga satu bag adalah RM8.00. Eza beli dua dapat shop voucher dan redeemed coins, dapatlah harga terakhir yang dibayar sebanyak RM13.30. Harap sangat worth buying. 

Barang Keempat: Sunglasses untuk pakai masa driving. Eza lama dah tak driving. Sebab husband rajin hantar pergi kerja walaupun di WFH or in Malay called as BDR. So, acah-acah sweetlah beli spec sepasang dengan suami. Pilihan Eza sunglasses berwarna black. Harga sepasang sunglasses adalah RM8.10. Lepas tu dapat free shipping, shop voucher, dan redeemed coins. Harga untuk dua pasang sunglasses jatuh kepada RM7.65. Sangat sangat murah okay. 


Pengiraan untuk empat jenis barang yang Eza beli adalah:

RM13.94 + RM11.64 + RM13.30 + RM7.65 = RM46.53

Baki yang tinggal daripada permulaan bajet RM50 adalah RM3.47. Baki tu dibawa ke hadapan untuk pembelian akan datang. Barang ni semua tak sampai lagi tau. Dah sampai nanti, tengoklah kerajinan nak review. Hihi. Harap semua barang ni bermanfaat dan diterima dalam keadaan elok-elok belaka. Terima kasih Shopee!

Sekian dahulu. Bye!

14 comments:

  1. hahahah pandai dia berjimat... beli mengikut keperluan dan bajet

    ReplyDelete
  2. faceshield ya menarik eh... ada nangga di supersave tp x teringin nk beli.. tp nangga yg dibeli ktk ya mcm best.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ikut bajet.
    Saya selalu tak beli barang 2 3 bulan, tapi selalu overbajet.
    Huhuhu

    ReplyDelete
  4. Murahnya penimbang berat badan digital tu, RM11 je. Berbaloi Eza membeli.

    ReplyDelete
  5. bahaya bukak shopee for now for me

    ReplyDelete
  6. memang mengelak buka shopee sekarang..bahaya! haha

    ReplyDelete
  7. tapi sarawak xde pkp kann., untungla shopee sakannns ;p

    ReplyDelete
  8. Semua barang yang menjadi keperluan sekarang, untung... hihihi

    ReplyDelete
  9. Ini memang pengguna bijak. Terutama sekali spek tu. Kaw kaw drop harga. Bagus la beli barang keperluan, tak membazir. Semoga setiap kali timbang berat bacaan menurun ok.

    ReplyDelete
  10. ni org pgil pandai kira hehee..good eza! penjimatan itu yg penting hehee

    ReplyDelete
  11. Pengguna yang bijak. Bagus, berbelanja berhemah.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya, beli ikut keperluan dan pandai berjimat!

    ReplyDelete
  13. Macam teringin beli Face Shield juga. Lunch box tu comel lah Eza. Berbaloi beli banyak barang masa sale.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.

TUAIAN MENJADI