Review Table Cloth Dining Table - Shopee je!

Isnin, Februari 22, 2021

Korang tengah usha-usha lapik meja ke tu? Haaa, Eza hari tu dah beli satu tau. Beli dekat Shopee je. Senang dan cepat je sampai walaupun post dari negara China. Lapik meja atau table cloth ni antara aksesori untuk menceriakan meja makan yang sendu. Macam meja makan kat rumah Eza ni lah, solid wood je sebelum ni. Memang panorama kayu-kayuan ya. Beli masa nak raya tahun lepas. Baru tahun ni terima hidayah nak hias-hias bagai. Bajet keseluruhannya adalah dalam RM200 lebih jugak la. Mahal ke tidak, macam mahal jugak kan. Alaaa Eza, kan dah lepas dah. Duit boleh cari. Memandai je kan sedapkan hati sendiri. 




Table Cloth Dining Table ni sebenarnya ratus kali jugak fikir nak beli ke tidak. So eye-catching. Omputeh kata, something that is eye-catching is very noticeable. Berhari-hari jugak belek shopee. Betul ke berbaloi beli ni? Tanya pendapat husband jugak. Dia jawab gini, "awak beli je lah, kan duit awak". Supportive sangat. Dah kempis duit nanti, saya minta sumbangan kewangan baru awak tahu. Itu cakap dalam hati je. HAHA. 

Cantik tak?


Ini display. Bantal kecik tu tak termasuk eh. Jangan terpedaya. 


Gambar-gambar kecuali atas sekali tu ambik kat kedai kat Shopee

Inilah perkiraan yang sebenar ya. 



So Eza summarize bajet mengikut barang yang Eza beli untuk dekorasi meja makan. 

Table Cloth Dining Table ukuran 140cm x 240cm - RM72.34
PVC Transparent Table Cloth beli 2.5m (1m x RM48) - RM120
Placemat (8 helai x RM2) - RM16
Pokok hijau seketul - RM16.90

Total: RM225.24

Pembelian kat Shopee adalah Table Cloth Dining Table tu je. Colour pink la semestinya. Ada garis warna warni pastel. Barangan lain tu aku beli kat kedai hardware dan DIY je. PVC transparent tu Eza pun tak tahu kenapa mahal. Eza main taram je beli. Sebab harga dekat shopee lagi mahal, so kira jimat sikit beli terus dekat hardware favourite kedai husband Eza tu. Setakat ni kena air panas tak kecut la PVC tu. Syukur alhamdulillah. 

If korang nak beli jugak boleh la click LINK SHOPEE ini. Macam-macam saiz ada tau. Korang beli je ikut saiz yang korang nak. Overall Eza memang berpuas hati dengan kualiti kain. Sesuai beno dengan harganya. Warna pun cantek. Sejuk je mata memandang. Nak protect table cloth tu, korang beli la PVC transparent tu untuk menyelamatkan hati korang bila tengok tertumpah kari ke kicap ke. Bak kata makcik yang aku jumpa masa beli PVC transparent tu, katanya dia dah guna nak dekat lima tahun. So harapannya agar PVC transparent tu berprestasi tinggi dan membanggakan setanding dengan harga.

Itu je lah perkongsian Eza hari ni. Tolong doakan idea Eza mencurah-curah lepas cerita pasal lapik meja ni. Rare tak cerita pasal lapik meja? Tak ada maknanya Eza oii. Aktiviti hari sabtu hari tu main deko-deko di samping kepenatan ke sana ke sini. Banyak lagi bahagian rumah yang tak deko lagi pun. Masih jauhnya perjalanan rumah idamanku syurgaku. Belum sampai tahap hotel berbintang-bintang. Bit by bit lah ya. Buat mana yang mampu dahulu. 

Sekian dahulu perkongsian Eza ya. Terima kasih sudi baca. 

13 ulasan

  1. cantik kain lapik meja ni.. berbaloi dgn harga :)

    BalasPadam
  2. this is so cute and pretty.. thank you sharing links... nak tgk2 jugaaa yg berkenan :)

    BalasPadam
  3. Takpela Eza, beli sikit-sikit nanti lama-lama complete la syurga idaman. Suka idea PVC tu. Warna tu memang cantik. Kalau basuh, jangan bagi kena direct sunlight kalau tak cepat pudar.
    P/s: kalau dah duduk dalam cart Shopee lebih seminggu,memang kena beli. Hehe

    BalasPadam
  4. Cantik sangat! Suka warna pastel tu.

    BalasPadam
  5. cantik color alas meja ni eza..soft jer..sejuk mata memandang :)

    BalasPadam
  6. Cantiknya warna table cloth Eza. menarik pandangan mata saya sebab ada warna pink :)

    BalasPadam
  7. Ni kalau ada memang tak makan bawah dah

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.