Tuesday, February 16, 2021

TIPS BLOGGING: 11 CHECKLIST PENGANJURAN SEGMEN/GIVEAWAY/CONTEST

Hari ni Eza nak share salah satu tips blogging iaitu checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest dan yang sewaktu dengannya terutama di blog. Penganjuran aktiviti bagi rakan-rakan bloggers jugak antara usaha dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan blogger selain dapat meningkatkan traffik blog. Pada masa yang sama, amalan murni seperti memberi dan menerima hadiah juga terlibat dalam aktiviti ini. Bagi penganjur/pemberi hadiah akan lebih gembira apabila berkongsi rezeki. Manakala, penerima hadiah pula mensyukuri rezeki yang diterima. Rezeki ni kita tak boleh nak agak. Ada rezeki, Alhamdulillah. Terutamanya jika penganjur menggunakan kaedah ala-ala cabutan bertuah atau menggunakan random generator. Itulah nenek moyang kita ada menyebut, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu".

Checklist ni dalam bahasa melayunya adalah Senarai Semak. So, bolehlah kiranya dijadikan sebagai panduan bersama. Ini untuk rujukan sendiri sebenarnya. Tahun lepas dengan penganjuran segmen secara solo, Eza detect beberapa kelemahan dan kekurangan. Life is about learning process, right? Eza harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada blogger-blogger yang belum pernah menganjurkan apa-apa Segmen/Giveaway/Contest dan sebagainya. Blog berbeza sedikit dengan sosial media lain seperti twitter yang memang aktif buat Segmen/Giveaway/Contest. Rasanya hari-hari ada je yang anjur benda tu semua. Retweet, follow, komen, siap! Ini perkongsian serba sedikit mengenai dunia twitter. 

Jom kita ambil tahu 11 [SEBELAS] CHECKLIST bagi penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Let's check it out:

  1. Nama Segmen/Giveaway/Contest - Nama ni penting bagi menarik minat rakan blogger untuk menyertai aktiviti yang kita anjurkan. Sekaligus bertindak sebagai platform agar blog kita lebih dikenali. Sangat digalakkan meletakkan sekali nama blog. Selalunya kalau Eza lupa nak bookmark sesuatu segmen yang Eza nak join, sekurang-kurangnya Eza akan ingat nama blog penganjur. Nama nak panjang ke pendek, terpulanglah. Sebab NAMA itu nanti yang menjadi title di entry-entry peserta. Contoh nama: SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPS BY EZA BOOM BOOM
  2. Objektif penganjuran - Setiap benda yang kita lakukan mesti ada tujuan dan matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, mencari bloglist blog. Jadi segmen tersebut mempunyai tujuannya untuk mencari senarai blog yang hendak diletakan pada bloglist di sidebar. Ada juga objektif yang dinyatakan secara umum seperti bagi memeriahkan dunia blogging. Ini juga salah satu contoh objektif. Objektif yang tercapai akan menjadi kayu pengukur selepas selesainya sesuatu aktiviti tersebut. 
  3. Syarat Penyertaan - Kebiasaan syarat asas yang diletakkan adalah seperti follow blog, letak nama segmen dan banner disediakan penganjur serta tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry penganjuran. Syarat ini mesti dipatuhi agar peserta yang gagal mengikuti syarat ditetapkan boleh disqualified, penyertaan peserta itu boleh dibatalkan. 
  4. Tempoh masa penganjuran - Pendapat peribadi Eza, paling lama adalah dua minggu. Tapi terpulanglah kepada korang jugak. Semakin lama tempoh penganjuran, selagi itulah kita ada komitmen hendak dijaga. Jika dapat bagi komitmen yang terbaik, should be no problem. Masa tamat pun kena maklumkan sekali. Nak letak detail, bubuh sekali dengan jam berapa. Contohnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2021 pada jam 8.00 malam. 
  5. Hadiah - Ini adalah pilihan. Nak bagi hadiah ataupun tidak. Tengok bajet yang korang ada. Contoh hadiah adalah barang-barang, wang tunai, vouchers, pemilihan blog yang terpilih jadi bloglist dan sebagainya. Jika rajin nak pergi pos barang, boleh tawarkan hadiah berupa barang-barang fizikal. Nak cepat settle, hadiah wang tunai. Zup zap transfer thru online banking. Settle. Hadiah ni selagi tak sampai ke tangan pemenang, selagi tu lah duk tak senang hati. 
  6. Banner Segmen/Giveaway/Contest - Banner ni penting untuk inform everything. Put all the information in one picture. Masuk la nama segmen, tempoh penganjuran, hadiah, syarat. Semua buh saja. Lagi padat lagi bagus. Nak buat banner segmen, senang sahaja ya. Boleh try aplikasi CANVA. Pantas dan cantik!
  7. Entry Senarai Peserta - Buat satu entry untuk menyenaraikan semua peserta yang menyertai aktiviti kita. Boleh update secara daily atau weekly, ikut kesesuaian masa korang. Fungsi senarai ni untuk semak in case ada penyertaan yang tercicir. So peserta yang dah join pun boleh detect, "Eh eh mana link blog saya, saya kan dah hantar link".  Boleh rujuk contoh di SINI.
  8. Maklum Balas kepada peserta yang menyertai - Tinggalkan komen dekat entry penyertaan peserta. Contohnya, "Terima kasih atas penyertaan Cik Boom Boom dalam Segmen Cikeboom Cikeboom, Cik adalah peserta yang ke-20. Happy blogging ya". So, peserta akan rasa dihargai dan maklum bahawa penyertaan mereka telah diterima oleh pihak penganjur. 
  9. Entry Tamat - Entry ini bertujuan untuk mengumumkan segmen/giveaway/contest telah tamat. Jadi sebarang penyertaan selepas tamat tempoh aktiviti tidak akan dilayan sama sekali. Dekat entry inilah korang akan bagitahu bila agaknya pemenang akan diumumkan. Jika entry tamat sudah posted, korang take your time untuk godek-godek balik entry peserta mengikut syarat ditetapkan dan buat shorlisted. Entry ni boleh je buat awal dan schedule kan mengikut masa tamat yang korang tetapkan.
  10. Entry Pengumuman Pemenang - Ini pun memerlukan satu entry bagi memaklumkan para pemenang yang telah berjaya. Mohon para peserta email maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, alamat, nombor telefon atau nombor akaun bank jika memerlukan transaksi bank. In case aktiviti yang korang anjurkan takda pemenang mahupun pengalah, takda entry ni pun tak apa. Dalam entry ini korang zahirkan juga penghargaan kepada semua peserta dan sponsor (jika ada) atas kerjasama yang diberikan. Budi bahasa kan amalan mulia. 
  11. Maklum Balas kepada Pemenang - Bear in mind, setiap blogger ada masanya sendiri. Ada yang online weekend je, ada yang check blog tiga kali seminggu je. Oleh itu, penting bagi pihak penganjur untuk meninggalkan komen di entry penyertaan untuk memberitahu perkhabaran berita gembira mengenai kemenangan saudara/saudari tersebut. Jika dalam seminggu belum ada feedback lagi dari pemenang, usahakan untuk mencari info contact yang ada kat blog mereka. Sedaya upaya to reach them by email, phone or social media. Ini namanya, courtesy
Sekian sahaja perkongsian Eza mengenai 11 checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Eza tak ada pengalaman luas beribu batu pun. Cuma nanti Eza boleh jadikan sebagai rujukan sendiri. Memang panjang entry ni kan. Suka je nak type explain panjang-panjang, dua malam baru siap. HAHA. Semoga bermanfaat ya. 

Eza doakan andai kata korang anjurkan sebarang Segmen/Giveaway/Contest, semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya mencapai objektif yang diimpikan. Selamat maju jaya! Happy blogging!

20 comments:

  1. Baru perasan, nombor 11 tak buat. Patutla ramai pemenang tak bagi alamat lagi. Aduh, careless betul. Thanks share eza.

    ReplyDelete
  2. Wahhh, Thank you for the tips! 😊

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Eza sharing..

    Naniey nak betulkan ruangan reply komen di blog sebab ada problem nak reply. Terpaksa jawab mase blogwalking pula

    ReplyDelete
  4. Tips yang berguna Eza.. Akak dah lama tak buat giveaway, hihi sebab masa tak berapa nak izinkan untuk akak buat..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing :) Boleh digunakan tips ini di masa akan datang :)

    ReplyDelete
  6. kelakar bila ada yg buat this kind of things, pastu org dah join, dia hilang mcm tu ja

    ReplyDelete
  7. Wah tq eza.. gud info...
    pasni kalau TERajin bole buat segmen /giveaway lagi hehehe ;)

    ReplyDelete
  8. tips yang baik, terima kasih atas doanya :)

    ReplyDelete
  9. wahh rajin dan detailnye buat tips segmen giveway ni., sharing is caring kannns., ;p

    ReplyDelete
  10. Nice sharing. Sangat berguna untuk Myra kalau ada rezeki untuk buat segmen/giveaway nanti.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak buat segmen or giveaway. nak try juga nanti. tq utk tips nya eza..

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing...
    Nice tips dan sgat berguna utk dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  13. ada 3-4 org x tuntut hadiah drpd sy smpi laa ni. puas dah tggl jejak. xde respon. dah x tau nk cr mn lg sbb diorg gn nama lain utk blog. kalau nama sama (username) dgn socmed lain x pe lg.

    ReplyDelete
  14. Tq for sharing. Lama sangat tak anjurkan giveaway.

    ReplyDelete
  15. Tq sharing eza..betul 11 tips ni patut kita buat tau kalau anjurkan aktiviti seperti ini..

    ReplyDelete
  16. Tips yang bagus Eza. Pernah join giveaway, penganjur diam sepi. Tahu tahu link ga pun xde dah. Pernah menang tapi penganjur tak hantar hadiah pun. Macam macam kan, bagus juga eza share ni. Bagi blogger yang buat segmen/ga lebih alert :)

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.

TUAIAN MENJADI