To My Dearest & Loving Husband

Khamis, Februari 04, 2021

Sekali sekala berpuitis beirama bebas, tanpa format hanya lukisan hati menzahirkan kata. Sudilah kiranya membaca kata-kata jiwang ini walaupun tajuk omputeh, karya tetap menggunakan Bahasa Melayu. Teristimewa untuk insan tersayang yang bergelar suami. Dengan ini, mempersembahkan...


Ke hadapan awak yang dicintai, 
Mencintai awak adalah suatu keajaiban 
Dari senyum yang mahal, entah berapa juta harganya
Wajah agak mempesona bila tersenyum
Namun apabila perwatakan tampak serius 
Gerun dibuatnya!

Cukup memberi bahagia dengan kasih melimpah
Menyempurnakan ketidaksempurnaan
Memandang hati dengan kanta hati
Erat berpimpin tangan memperbetul khilaf kendiri
Kita manusia biasa, kita juga digelar pendosa.

Yakinlah dengan redha ibubapa
Redha Allah sentiasa mengiringi 
Syukur dipanjatkan setinggi-tingginya
Meraih jodoh kiriman Allah seindah awak
Manisnya rasa cinta!
 
Mengenali dari mula hingga saat ini
Momen indah yang sukar digambarkan
Hanya kata-kata menari riang mencoret cerita
Walau saat kecewa mahupun duka, 
Awak sabar disisi dan diposisi selayaknya
Mungkin ada kata terluah merobek hati
Atau tingkah yang menyinggung rasa
Awak tetap sabar dan terus bersabar
Terima kasih awak!

Saya tahu awak bukan sasterawan negara
Mungkin sukar menyusun madah
Ada ketika maksud dan kata bertelingkah
Rupanya terkeliru konsep bahasa
Mencuit hati bergema tawa 
Oh girangnya!

Ungkapan manis sering didengar
"Saya akan lakukan apa sahaja asal awak bahagia"
Ayat itu kerap diulang-ulang
Bukan sekadar menyejukkan hati
Bukan hanya berjanji manis meraih kasih
Itu tanda katanya mesti dikota
Tanggungjawab digenggam penuh dedikasi
Maka, nikmat Allah mana yang kamu dustakan?

Kesyukuran ini aku selalu panjatkan tanpa jemu
Biar beribu kali, 
Biar berjuta kali,
Bukan kerana nilai kebendaan 
Bukan kerana wang ringgit 
Tetapi nilai cinta yang mengatasi segalanya

Percayalah pada sang cinta 
Yang diterjemah sebagai cinta sejati
Tahu jujur dan amanah bukan mainan
Memikul gagah walau sarat pengorbanan

Cinta sememangnya memberi bahagia
Kepada yang menghargai cinta
Semoga makin mekar berbunga kasih
Sayang disemai kian bercambah
Senantiasa ditatang sebaiknya

Untuk awak yang dicintai, 
Awak cukup terbaik bagi saya
Awak sudah melakukan yang terbaik
Awak terbaik!
Segala puji hanya untuk Allah, Alhamdulillah!

Pick Up Line Kaki Pancing

Saya sayang awak selalu, wahai suami intan payung sayang!💕

15 ulasan

  1. Tahniah
    Semoga kekal bahagia selama2nya

    BalasPadam
  2. semoga bahagia hingga ke akhir usia

    BalasPadam
  3. Waahh romantik la!! Semoga bahagia selamanya bersama husband tercinta

    BalasPadam
  4. wah puitis sungguh!!
    Semoga kekal bahagia selama nya... :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminnn

    BalasPadam
  6. wewittt... jiwang eh.. hihihi.. semoga berkekalan selamanya..

    BalasPadam
  7. Romantiknya. Semoga bertambah kasih sayang antara kalian, dan kekal hingga ke akhir usia. Amin.

    BalasPadam
  8. sweetnyer., saperlar x sayang laki, tapi ada kann., khanns ;p

    BalasPadam
  9. Puitis yang begitu menyentuh hati nurani, hasil nukilan daripada seorang isteri kepada suaminya yang tercinta.. Semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah..

    BalasPadam
  10. Sendu kita yang single ni baca pagi-pagi. Hehe. Semoga eza dan suami bahagia sampai ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  11. wahhh ni nak pancing pape ke nih hehee..
    Alhamdulillah moga cinta eza dan suami hingga jannah ya :)

    BalasPadam
  12. So lomantik oooo! Moga bahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.