Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu Eza ada post mengenai terpilih untuk dapat hadiah sebab selalu drop komen. Rezeki tak salah alamat, Eza terima dengan hati yang girang gembira. Alhamdulillah. Dalam minggu ni ada beberapa hadiah yang sampai. Cuma Eza ambik masa sikit nak buat entry dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.
Syukur jugak sakit tak datang masa bekerja, dia menjelma bila di rumah. So, orang akan ingat kita okay-okay sahaja di tempat kerja. Eza selalu doa jugak supaya sakit yang dirasai tak menyerang masa kerja. Sebab tak suka orang kesian dengan keadaan Eza. Terima kasih male nurse aka husband tersayang selalu rawat tak kira masa sampai tak cukup tidur. Husband Eza bukan nurse pun, hihi. Gelaran tu Eza saja je bagi, sebab dia selalu jaga Eza baik-baik. Ah nak nangis pulak cerita pasal ni.
By the way, nak baca macam mana boleh dapat hadiah? Jemputlah baca entri berikut:
So, dah baca dah tahu ceritalah ya. 😍😍😍
Terima kasih sangat rakan blogger, Kak Shikin Razali dah bagi hadiah macam-macam kat Eza. Terharu sangat bila staff hantar kat pejabat. Eh apa benda berat-berat ni. Takkan order shopee pulak. Hihi. Rupa-rupanya ada nota diselitkan di dalam parcel. Terima kasih sangat kak Shikin. Moga murah rezeki melimpah ruah untuk buat renovation rumah dan dipermudahkan segala urusan. Semoga terus berblogging dan menyebar manfaat melalui penulisan blog.
![]() |
Inilah yang ada dalam parcel tu. Alhamdulillah sangat. |
Sekian dahulu cerita hari ni. Nanti update lagi ya.
Bye!
tahniah eza :D
BalasPadamSaya pun pernah dapat hadiah daripada Shikin Razali. Tahniah.
BalasPadamTahniah . & terima kasih singgah blogpost kawan2 .
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah Eza. Menarik betul hadiah-hadiahnya tuh.
BalasPadamSama² Eza.. hihi akak terlupa nak selitkan kad akak.. next time jika awk ada peluang untuk dapat hadiah lagi, akak selitkan sekali..
BalasPadamAlhamduillah, rezeki tu.. :)
BalasPadamTahniah Eza! cantik jam tu :)
BalasPadamTahniah! :)
BalasPadamAlhamdulillah,, rezeki tuu...bestnya. kak Shikin mmg murah hati dan suka kongsi rezeki.
BalasPadamalhamdulillah.. bestnya dpt jam.. tahniah ktk
BalasPadamwahh seronoknya dapat hadiah! tahniahhh
BalasPadamSemoga sentiasa sihat. Macam-macam hadiah tu. Semoga murah rezeki Shikin
BalasPadamWah tahniah...!
BalasPadamWah, macam-macam ada, jam pun cantik. Tahniah, Eza. Semoga Eza sihat dah sekarang.
BalasPadamAlhamdulillah. tahniah eza. aloe vera tu best pakai :) sejuk kulit
BalasPadam