Tuesday, February 23, 2021

[TQ Post #3] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Bersua lagi kita dalam entry khas Terima Kasih Rakan Blogger. Entry ini sebagai tanda penghargaan yang Eza sisipkan dalam blog agar menjadi kenangan yang semanis gula. Hari ni bersamaan 23 Februari 2021 sampai lagi satu parcel. Eh order mana yang dah sampai ni? Keliru ya sebab banyak sangat order kat Shopee. Insaflah wahai Eza, bulan masih panjang untuk menunggu tibanya gaji. 

First thing first kena tengok alamat pengirim. Ye, Eza sudah tau siapa gerangannya pemberi hadiah yang budiman. Terharu sangat dapat hadiah yang comel-comel, ole-ole orang pergi melancong. Dalam banyak-banyak negara dia pergi tu, hanya satu je Eza pernah pergi. Pergi sana sebelum jumpa jodoh, lepas balik terus jumpa jodoh. Sebab excited cerita pergi Krabi Thailand. Dia singgah opis cerita pasal laut apa semua, sangkut lah pulak terus jadi jodoh. Bagi Eza jodoh ni benda yang kita tak dapat nak sangka. Allah akan bagi bila masa kita ready dan orang yang sesuai untuk kita. Macam lari jauh je topik ni. Cerita jodoh sambung ke entry lain. 😂😂😂

Cantik dan comel kan hadiah ni semua. TQ Blogger Sal!

Korang mesti nak tahu macam mana Eza boleh menang kan?

Rujuk ENTRI ini.

Kemudian,

Rujuk ENTRI ini pula.

Dah tahu bukan full story detik-detik kemenangan? Jangan risau, Eza tak letak link spam ke iklan ke. Itu memang link entry.😍

Sukanya dapat hadiah macam ni. Semua comel!


So, antara hadiah yang Eza terima adalah 1 unit Mouse Pad yang bertemakan daun-daun kehijauan dan 4 unit Fridge Magnet dari negeri Pulau Pinang, Krabi Thailand, Korea dan kemungkinan besar negara China. Jauh perjalanan Blogger Sal ni merantau melihat negara orang. Alhamdulillah rezeki untuk melancong jauh-jauh. Masa pandemik ni, berjalan dalam negara je lah dapat ye. 

Terima kasih banyak-banyak tau sebab kirimkan Eza hadiah yang bermakna ni. Tak sangka jadi peserta pertama join Giveaway (GA) ada rezeki dapat hadiah daripada Blogger Sal. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Semoga rezeki Blogger Sal melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik. 

Maaf juga dipinta atas kelewatan memberi maklumat untuk tujuan pengeposan. Memang silap mata tertinggal satu huruf dalam email tu. Mohon maaf ya sekali lagi. 

Oklah sekian sahaja entry kali ni. Terima kasih sudi baca dan singgah sini ya. 

14 comments:

  1. Alhamdulillah selamat sampai hadiah.
    Boleh lekat pada peti sejuk nanti.

    ReplyDelete
  2. simpan memolek... nnt sal bg lg eh ehh��

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Rezeki berblogging. Moga ukhuwah berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. aww congrats! sukaaa fridge magnet dia cantik

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki eza!
    Tahniah eza :)

    ReplyDelete
  6. kaler mousepad tu lawaaaa. suka warna macamtu. tahniahh ezaaa :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tahniah Shida.. cantik la gift tue, tema yang sy suka..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah Eza. Bestnya dapat hadiah comel dari blogger yang suka travel. Dapat hadiah oversea :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Cuya pun dapat hadiah yang sama..Alhamdulilah..
    jemput join Giveaway Cuya ya yg sedang berlangsung... :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah sampai. Fridge magnet merah tu beli di Kyoto, Jepun. Kalau tau Eza dah pernah pergi Krabi, bagi FM lain

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, rezeki berblogging kan :)

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.

TUAIAN MENJADI