NISFU SYA'BAN, AMPUNKAN KAMI YA ALLAH

Ahad, Mac 28, 2021

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Salam Nisfu Sya'ban. Lagi setengah purnama  kita menuju ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesempatan dan rezeki untuk merasai bulan puasa pada tahun ini. 

Malam ini merupakan malam di mana buku catatan amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku catatan yang baharu. Malam ini juga merupakan peluang keemasan yang perlu kita rebut untuk meraih keampunan dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Malam ini merupakan Malam Pengampunan dari Allah.

"Ampunkanlah segala dosa kami, ya Allah. Tahun ini kami masih diduga dengan COVID-19. Ramai yang dijemput Ilahi, ramai juga yang masih berperang melawan penyakit ini. Lindungi kami, ya Allah. Selamatkan kami, ya Allah.."

Demikian juga terkandung dalam Surah Nuh iaitu surah ke-71, ayat ke-sepuluh membawa maksud:

Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun". 

Tiada impian lain dalam kehidupan ini, hati ini hanya memerlukan keampunan dari Allah SWT. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah dilakukan, alpa dengan dunia yang sementara dan kerisauan kepada makhluk yang mempunyai pelbagai ragam serta kisah tersendiri. Pahala pula boleh dihitung kerana terlalu sedikit jumlahnya. 

Sebenarnya tiada amalan khas sempena Nisfu Sya'ban merujuk laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah  Persekutuan. Namun, apa yang boleh dilakukan dan diusahakan adalah seperti yang berikut:

  • Berpuasa
  • Istighfar
  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Sedekah
  • Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain
Bersama-samalah kita berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik, umat yang lebih soleh dan solehah, insan yang menjaga agama dengan akhlaknya, istiqamah dalam beribadat dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa. 

Jalan ke syurga itu bukan mudah tetapi tidak mustahil. Bimbing kami ke syurgaMu, ya Allah. Salam Nisfu Sya'ban. 

Read More

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Sabtu, Mac 27, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog ya. Maklum sahaja balik kerja siap-siap masak then rasa kenyang. Mata pun layu. Dengan kurang sihatnya. Memang tertidur awal. Jadi hari ini bila tengok rakan blogger ada anjur Giveaway, haruslah beri sokongan padu. 

Nak join sekali, jemput click banner ni. 

Perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini iaitu 1442 H. Eza ceritakan mengikut turutan bulan ya walaupun penceritaan ini pada 13 Syaaban. Okay, Eza mulakan penceritaan ya. 

Bulan Ramadhan Al-Mubarak penuh rahmat

Ramadhan kali ini, tahun kedua berpuasa dengan suami tersayang. Perasaannya agak teruja. Semangat nak sembahyang terawih di masjid berdekatan sebenarnya. InsyaAllah bila diizinkan Allah, kes COVID-19 pun mula menurun. Sembahyang dekat masjid ni aura dia lain, lebih ramai orang dan jumpa orang-orang yang sama-sama ingin mengerjakan ibadat di rumah Allah. Borak sia-sia memang taklah. Selalunya akan mengambil jalan untuk mendiamkan diri.Tak tahu nak diceritakan apa. Baik diam sahaja bukan? Rindu nak bersahur dan berbuka puasa dengan mama babah di kampung halaman. Menu semestinya teramat enak dengan masakan mama yang tiada tandingannya. MasyaAllah. Semoga segala ibadat kita pada tahun ini diterima Allah yang Maha Penyayang. 


Bulan Syawal Aidilfitri yang mulia

Perasaan menyambut syawal pula pada tahun ini agak sederhana dan minimalis konsepnya. Baju raya memang guna busana tahun lepas yang baru dipakai beberapa kali sahaja tahun lepas. Cuma ada syaratnya kami dua-dua kena weight loss dulu dalam dua bulan ini. Baju menyempit. Itulah kuat makan sangat. Bersenamnya kadang-kadang. InsyaAllah raya tahun ini akan disambut terutamanya hari raya pertama. Maklumlah di perantauan, sambut sehari dua cukuplah. Lain cerita pulak bila dapat balik kampung, sebulan tempoh raya sebulan itulah meraikan. Kita nantikan rezeki dan nikmat yang Allah nak berikan pada Syawal kali ini. 

Kali ini Eza nak tag rakan blogger Kak Mim dan Kak Shikin. Jemput join sekali ya. Hihi 💕😘

Oklah sekian dahulu entry penyertaan Eza. 
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. InsyaAllah. 

Read More

Lee Zii Jia Juara Terbuka Seluruh England (All England) Tahniah Malaysia!

Ahad, Mac 21, 2021

Wakil tunggal negara yang layak ke peringkat akhir Badminton Terbuka Seluruh England (All England) di Birmingham ialah Lee Zii Jia. Seronok ada atlet Malaysia masuk final, malam ini tunggu siap-siap depan televisyen di TV1. Terima kasih RTM kerana menayangkan perlawanan secara langsung terus kepada rakyat Malaysia. 

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki adalah di antara Lee Zii Jia dari negara kita Malaysia berdepan dengan pemain badminton lelaki Denmark, Viktor Axelsen. 

Kesungguhan LZJ sangat kelihatan sepanjang permainan dengan usaha bertubi-tubi membalas serangan pihak lawan. Pertahanan beliau juga agak kemas. Perlawanan sangat senget dengan corak permainan yang pantas dan tangkas dari kedua-dua pemain ini. Ayuh, Malaysiaku!
LZJ menang di set pertama yang berlanjutan hingga mata kemenangan 30-29. Set kedua pula menyebelahi Axelsen dengan pertarungan senget iaitu 22-20. Set penentuan iaitu set ketiga telah mengesahkan kejuaraan pemain negara dengan jumlah mata 21-9. 


Kemenangan ini merupakan kemenangan julung kalinya bagi pemain badminton negara, LZJ dalam Terbuka Seluruh England. Detik bersejarah ini amat bermakna bagi beliau dan juga kita rakyat Malaysia secara umumnya. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Lee Zii Jia atas prestasi permainan yang sangat membanggakan dan sungguh bersemangat. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara pada All England 2021 di Birmingham. 

Semoga terus maju jaya LZJ dalam arena badminton dan semoga menjadi atlet badminton yang disegani di mata dunia. Terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Read More

Menyukai suatu yang TERBAIK

Jumaat, Mac 19, 2021

 Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Allah. Apa khabar? Eza doakan segala yang baik-baik sahaja untuk kalian sidang pembaca. Hari ni Eza ambil Cuti Rehat (CR) sebab banyak urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Husband pun macam tu jugak. Masa CR inilah nak selesaikan banyak perkara. Ye dak? 

Pastinya setiap individu inginkan yang terbaik dalam hidup. Doa pun yang baik-baik untuk diri sendiri. Kita sendiri kena doa untuk diri kita sendiri, orang lain belum tentu doakan kita. Jika ada yang sentiasa mendoakan kita pastinya mereka adalah ibubapa, suami/isteri ataupun anak-anak kita. Moga sentiasa dalam kalangan orang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita seterusnya dikurniakan ibubapa, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah. Sama-sama kita sentiasa berdoa agar Allah kurniakan apa sahaja yang terbaik untuk kita semua. 

Oleh itu,

Bila jadi anak, jadilah anak yang terbaik,

Bila jadi suami/isteri, jadilah yang terbaik

Bila jadi kawan, jadilah kawan yang terbaik

Bila jadi ketua, jadilah ketua yang terbaik

Bila jadi pekerja, jadilah pekerja yang terbaik

Dalam alam pekerjaan, kita juga tidak lari dari tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menjadi yang terbaik. Tiada istilah pertandingan mahupun perbandingan which is competition vs comparison. Cukuplah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Sibukkan diri dengan urusan hakiki. Eza lebih gemar wujudkan rekod bila bekerja maksudnya ada benda dapat dirujuk. Sebab bila kita tak wujudkan rekod, orang boleh kata itu bukan workload kita. Padahal dah bertahun mengerah keringat untuk melaksanakan tugasan tersebut. Selalu doa agar Allah bagi bantuan bila kita tengah buntu dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Mata Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Yakin, Allah sentiasa bersama di setiap ketika. 

Oleh itu, Eza kongsikan sepotong hadis melalui pembacaan buku berjudul 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, penulisnya Dr. Haji Zahazan Mohamed Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Buku ini ada buku hantaran suami sebagai hadiah semasa majlis pernikahan kami. Moga ada manfaatnya kepada kami dan para pembaca.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Read More

Tiga Puluh Hari Menuju Ramadhan

Ahad, Mac 14, 2021

Hari ini merupakan 30 Rejab 1442 dalam Takwim Hijrah mengikut kalendar Islam. InsyaAllah kita akan berganjak pulak ke Bulan Syaaban iaitu bulan ke-lapan. Selepas bulan tersebut, seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. MasyaAllah. 

Tidak sabar rasanya ingin berjumpa bulan Ramadhan yang sentiasa ditunggu-tunggu. Mengerjakan terawih dan tadarus. Menghayati makna Ramadhan sebenar dan menunggu malam Lailatul Qadar. Semoga kita semua direzekikan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. InsyaAllah. Allahumma Amiin. 


Bagi kaum Muslimah yang belum habis menggantikan puasa disebabkan keuzuran pada Ramadhan yang lalu, masih ada masa lagi untuk berbuat demikian walaupun kiraan hari semakin dekat. Semoga dipermudahkan segala urusan penggantian (qadha') puasa. 

Sebagai perkongsian bersama, Eza kongsikan hadis sahih melalui pembacaan buku yang Eza baca iaitu: 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW bersabda: "Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: 'Sesungguhnya aku berpuasa'." 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sememangnya semasa berpuasa tidak kira puasa ganti, puasa sunat mahupun puasa Ramadhan ujian datang menduga kesabaran kita. Namun, ingatlah kita sedang berpuasa. Jadikan amalan itu perisai diri kita dari sebarang perbuatan yang tidak elok dan sia-sia. 

Rindu Ramadhan. 
Semoga dipanjangkan usia untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. 
Amiin Amiin Amiin YRA. 

Read More

Jom ke Drive-thru (pandu lalu) Tusan Icecream, Krokop 10 Miri Sarawak

Sabtu, Mac 13, 2021

Entry ini sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi. Pada musim pandemik sebegini, amalan norma baharu perlu selalu dijaga antaranya seperti penjarakan fizikal antara satu sama lain. Ini merupakan cabaran bagi pengusaha-pengusaha makanan dan minuman untuk menjaga kelangsungan perniagaan mereka. Oleh itu, Tusan Ice Cream yang sebelum ini yang hanya menawarkan perkhidmatan di premis dan menggunakan food riders muncul dengan cawangan baharu berkonsepkan Drive-Thru (Pandu Lalu). 

Jom Eza ceritakan serba sedikit pengalaman sebelum, semasa dan selepas membeli produk Tusan Icecream yang terletak di Krokop 10, Bandaraya Miri, Sarawak Bumi Kenyalang. 

SEBELUM

  • Mendapat tahu mengenai pembukaan Cawangan ke-8 Tusan Ice Cream melalui instagram mereka iaitu tusan_malaysia. Menurut info di instagram tersebut, ini juga merupakan cawangan ke-4 di Miri terletak di Krokop 10, landmark Stesen Minyak Shell. Tiga cawangan tersebut adalah Tusan Icecream Permyjaya, Tusan Icecream Marina Square dan Tusan Icecream Permaisuri Mall. 
  • Berminat untuk merasai pengalaman sendiri drive-thru seperti McDonald, KFC, Starbucks dan sekarang Tusan Icecream. Terletak dekat Stesen Minyak Shell. Jadi senang dan memudahkan para pembeli. Lepas isi minyak, bolehlah membeli air ataupun icecream. 
  • Konsep Drive-Thru sesuai sangat masa zaman pandemik ni. Less sentuhan, jimat masa dan cepat beredar. Masa pergi hari tu, waktu tengahari. Matahari tengah menghangatkan bumi. Panaih lit lit!
SEMASA

  • Haus sangat masa ni, ada kerja weekend. Tup-tup keluar idea, why not try beli dekat Drive Thru Tusan Ice Cream yang baru bukak tu? Beratur jugak beberapa buah kereta. Eza cuba pengalaman ni kira baru-baru jugak selepas pembukaan rasmi cawangan ini. Suka sangat dengan coconut shake mereka. 
  • Memang ada terpampang menu besar untuk order mana satu pilihan hati. Eza beli coconut shake with durian icecream dan husband order Chocolate Latte. Sebab utama Eza order tu sebab taknak share dengan dia, dia pulak species SAY NO TO DURIAN. Haha. 
  • Mudah je cara nak order. Nama menu pun simple. Tak terbelit lidah nak sebut. Eza kalau nama menu panjang sangat segan jugak nak menyebutnya. Don't worry, petugas dekat terima order dan pembayaran tu helpful sangat. Service tip top!
  • Pembayaran pun boleh cashless. Nak bayar guna cash pun boleh. No problem. Kat sana ada tiga pilihan lain bagi kaedah pembayaran iaitu Sarawak Pay, Maybank QR Pay @ MAE dan Aplikasi Boost. Kami semestinya menggunakan Sarawak Pay yang sentiasa ada cashback. Yeay!


  • Selesai urusan pembayaran, petugas akan meminta kita untuk menunggu seketika. Order pun siap less than five minutes!
SELEPAS

  • Dah dapat order, bolehlah beredar dengan girang gembira menikmati juadah yang baru dibeli. 
  • Rasa alhamdulillah sedap, berpuas hati dengan harga dan recommended to all untuk try. 
  • Mengikut pembacaan, cawangan Icecream Tusan juga disebarluas ke Bintulu, Sibu dan Kuching. 
  • Jadi, kawan-kawan di tempat-tempat tersebut jemputlah try ya. 100% owned by Muslim and it's HALAL dessert shop😍.

Okaylah, sekian sahaja perkongsian kali ini. Maaf atas keterbatasan kualiti photo di blog ini Maklumlah guna handphone biashe-biashe sahaja. Moga bermanfaat kepada para pembaca sekalian. Jumpa lagi di lain entry! Assalamualaikum 😘

Read More

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6 - #EzaJoin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Macam biasa Eza meneruskan tradisi di hujung minggu untuk melakukan hobi yang menggembirakan iaitu berblogging. Hari ni nak join Giveaway (GA) rakan blogger yang memang Eza dah follow before GA ini dianjurkan. Oleh itu, dengan hati yang tak berbelah bahagi Eza menyertai giveaway beliau. Yehaaaa!

Niat dari awal pagi tadi memang begini tau, haraplah ada blogger yang anjur segmen ke, GA ke, contest ke.. Sebab nak post entry sendiri macam kena edit segala gambar dulu. Hehehe. Lambat lagi nak publish entrynya. Ok la korang. Jemputlah join sekali. 10 hari je tau blogger anakomak6 ni nak lancarkan GA dia. Click je banner atas ni untuk terus ke entry GA beliau. Mari support sesama, moga ukhuwah kekal abadi. Gituuuuuu. 😍

Nama GA pun suka-suka, Eza pun suka sangat nak join. 💙💚💛💜💗

Happy weekend uolsss. 

Read More

Syarat Kelayakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak

Rabu, Mac 10, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ada orang Sarawak sik baca blog kamek tok? Mun ada droplah comment. Mun sudilah 😉😉😉. Oklah, kamek sik mok buang masa. Kita kembali ke tajuk asal iaitu Syarat Kelayakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.

Sebenarnya, dalam bulan lepas dah Eza dengar desas desus berita ni. Cuma belum tahu bila  pelaksanaannya. Pada fikiran Eza, memang rezeki sangat jika dapat insentif dari Kerajaan Negeri Sarawak ni. Durian runtuh orang kata. InsyaAllah jika tiada aral melintang dapatlah selesaikan hutang PTPTN tahun ni. Hutang lain, belum selesai 😅. Sebelum ni, Eza lunaskan bayaran secara konsisten dengan menggunakan kaedah potongan gaji. Hutang PTPTN Eza hanya semasa pengajian Diploma. Lepas tu sambung belajar peringkat Ijazah, pinjaman PTPTN dijadikan biasiswa kerana result alhamdulillah. Apa yang Eza maklum, pinjaman jadi biasiswa hanya ditawarkan di peringkat Ijazah dengan CGPA Kelas Pertama. Itulah sebab Eza memang struggle nak dapatkan result first class. Hutang PTPTN ni siapalah nak bayarkan kalau bukan diri sendiri. Ye dak?

Oleh itu, pada tarikh 9 Mac 2021 bersamaan hari Selasa yang lalu anak-anak Sarawak dah boleh Semak Kelayakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Alhamdulillah, nama Eza tersenarai dalam kalangan lebih 9000 penerima insentif. Terima kasih Allah mudahkan dan memberi rezeki seumpama ini.

Jadi jom baca syarat kelayakan untuk menerima insentif tok.

  1. Mun kitak orang mak bapak duak-duak asal Sarawak, memang pure Sarawakians lah kedak Eza tok. Mun salah seorang mak atau bapak kelahiran Sarawak juak layak nerimak insentif tok. 
  2. Udah selesai bayar 30% dari pinjaman PTPTN. Hutang tok perlu dibayar. Incit-incit pun boleh, jangan sik bayar jak. 
  3. Udah selesei belajar dengan jayanya. Sik extend nak oh. InsyaAllah kitak layak deng oii. 

Oklah. Ya jak nak share dolok! Bye. 💕

Read More

Cara Semak Status Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak

PTPTN atau nama panjangnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ni merupakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan dana untuk tujuan pendidikan siswa siswi di menara gading. Mana yang ada mak ayah yang berkemampuan, bersyukurlah sebanyak-banyaknya sebab tak perlu bayar hutang lepas study. Cabaran dunia sekarang bukan mudah nak dapat kerja walaupun belajar tinggi-tinggi. Bila tak ada kerja, susahlah nak buat pembayaran balik PTPTN. 

Alhamdullillah, kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat baik untuk membantu anak Sarawak dengan mewujudkan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Syukur bena kamek orang. Maksud insentif tersebut adalah pengurangan sebanyak 30% daripada baki pinjaman PTPTN peminjam. Ada less harga. Agak banyak jugak discount yang dikenakan. Beruntung betul anak Sarawak yang layak. Mengikut pembacaan Eza di akhbar-akhbar lebih 9000 anak Sarawak yang dapat menikmati insentif ini. Tahniah dan syabas, jom la kita cepat-cepat settlekan hutang kita. Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak!

Nak semak kelayakan, boleh layari pautan in SEMAK STATUS PEMBERIAN INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK  SARAWAK

Korang juga boleh mengikuti tatacara semakan yang Eza telah sediakan di bawah secara visual.

Boleh guna cara ini atau guna terus link yang Eza dah bagi di atas


Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)


Alhamdulillah rezeki Eza.

 

Dalam bulan lepas, Eza sampai pergi ke pejabat PTPTN Daerah Eza untuk tanya pasal ni. Mereka PTPTN maklum untuk tunggu dulu sehingga ada pengumuman rasmi. So, 9 Mac 2021 adalah hari yang ditunggu-tunggu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Memang sangat bermakna insentif seperti ini kepada anak Sarawak seperti Eza. InsyaAllah settle tahun ini jugak. Moga Sarawak dikurniakan rezeki melimpah ruah dan kes COVID-19 semakin reda. Sik sabar saya nak green zone, dapat saya balit kampung. 

Maklumat lanjut boleh rujuk laman web rasmi PTPTN - Click SINI 👈👈

Sekian dulu perkongsian kali ini. Bye!

Read More

A BUSY WEEKEND

Jumaat, Mac 05, 2021

Weekend atau hujung minggu bersamaan hari Sabtu dan Ahad ini agak busy dengan tugasan rasmi. Ahad pula giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin.  Berdebar jugak ya. Maklum sahajalah tindak balas tubuh seseorang tidak sama. Ikut tahap kesihatan masing-masing. Banyakkan berdoa agar semua urusan dipermudahkan. 


Minggu ini jugak banyak cerita dukalara yang diterima daripada orang sekeliling. Turut sama memberi impak kerana merasakan begitu dekat di hati. Moga segala kesedihan, kehilangan dan kesakitan diringankan oleh Allah yang Maha Baik. Kitaran hidup begitulah, ada masa kita diuji dan ada masa kita dipuji. Uji atau puji itulah cabaran yang perlu ditangani dengan baik. Berbalik kepada Allah dan perbanyakkan doa. 

Jadi part-time blogger ni ada kala agak mencabar. Berebut masa. Benda nak cerita banyak. Tapi, bila dah keletihan balik kerja tu memang tak adalah nak menjenguk blog. Dengan masak untuk suami lagi. Ceritera masalah di pejabat lagi, urusan kerja dan sebagainya. Memang tak mudah. Banyak benda kena fikir. Dalam pada itu jugak, Eza start membeli buku. Cuma belum habis baca. Buku resipi beli sampai tiga edisi, ada tiga resepi je baru try. Best sangat semua berjaya nak makan dengan pinggan licin. Investment buku resipi ni agak berbaloi. Suami kenyang dan happy, isteri dapat pahala. Gituuu. InsyaAllah. Semoga Allah redha. 

Oklah, itu je nak cerita. Harap esok dapat update blog jugak. Bye!

Read More

Birthday Giveaway by Eksplorasilea #EzaJoin

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Hari ini Eza luangkan masa untuk join giveaway daripada salah seorang rakan blogger. Tarikh tutup 22 Mac nanti tau. Lama lagi, tapi tak apa kan join awal-awal ni. 

Syarat-syaratnya adalah:

Follow dua blog : Done 👍

Subscribe Youtube Channel: Done 👍

Copy paste banner Giveaway: Done 👍

Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen: Done 👍

Hadiahnya, tersenarai dalam bloglist beliau dan wang tunai. Menarik bukan? Jom la join sekali. Korang click je banner tu ya. 

Sekian dahulu. Bye!

Read More

Hello March. Third month of the year!

Selasa, Mac 02, 2021

Selamat datang ke bulan Mac 2021. Sekejabnya dah bulan ketiga dalam tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Dalam kalendar Islam, kita dah masuk bulan Rejab. Lepas Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Petanda kita tak lama lagi nak puasa. Kawan-kawan yang muslimah, dah habis ganti puasa tak tu? Siapa yang belum tu, cepat-cepatlah ganti eh. Masa tak menunggu kita. 


Minggu ni macam mood ke laut sikit. Entah rasa sedih sangat. Emosi terganggu. Ada beberapa pemergian kawan-kawan sama tempat kerja. Sebak. Tak tahu nak gambarkan perasaan ini. Dalam masa terdekat jugak, sahabat baik Eza kehilangan ayah kesayangan beliau. Ya Allah, maaf tau awak. Belum dapat telefon awak dalam masa terdekat. Teringat kat awak pun, berkolam air mata saya. Awak sabar ya, awak kuat kan. Saya sayang kat awak tau. Allah sayang kat awak. Semoga roh rakan dan arwah ayah sahabat Eza ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Mohon kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita. Moga Allah sentiasa pelihara kita untuk membuat kebaikan kepada semua orang.


Homesick juga. Rindu sangat dengan mama babah. Lama sangat dah tak balik. Dengar suara hanya di telefon, weekend hari tu video call. Ya Allah, rindunya. Sumpah sangat rindu. Benda yang paling Eza syukuri sebab mama abah Eza baik sangat. Selalu doakan, selalu cerita benda yang baik-baik, suka sebut yang baik-baik supaya Eza tak sedih. 

Lepas tu, tengok patient sakit dalam hati selalu cakap kesian pakcik ni, kesian makcik ni, kesian adik ni. Ada yang berkerusi roda. Ada yang kudung. Bergenang lagi air mata. Hati tisu betul kamu ya Eza. Entahlah. Moga pulih perasaan yang sayu-sayu ni. Bantu Eza, ya Allah. 

By the way, pencapaian blog Eza bulan Februari adalah 64% dengan penghasilan entry blog sebanyak 18 entries sahaja. Prestasi menurun dari bulan Januari ya. Tak apalah. InsyaAllah bulan ni nak post entry best-best. Masuk bulan ketiga ada blog Eza Boom Boom ni. Muda lagi usianya. Harap sangat memberi manfaat kepada pembaca. 

Itu sahaja cerita hari ni. Korang jaga diri baik-baik tau. Bye!
Read More