Minggu ini jugak banyak cerita dukalara yang diterima daripada orang sekeliling. Turut sama memberi impak kerana merasakan begitu dekat di hati. Moga segala kesedihan, kehilangan dan kesakitan diringankan oleh Allah yang Maha Baik. Kitaran hidup begitulah, ada masa kita diuji dan ada masa kita dipuji. Uji atau puji itulah cabaran yang perlu ditangani dengan baik. Berbalik kepada Allah dan perbanyakkan doa.
Jadi part-time blogger ni ada kala agak mencabar. Berebut masa. Benda nak cerita banyak. Tapi, bila dah keletihan balik kerja tu memang tak adalah nak menjenguk blog. Dengan masak untuk suami lagi. Ceritera masalah di pejabat lagi, urusan kerja dan sebagainya. Memang tak mudah. Banyak benda kena fikir. Dalam pada itu jugak, Eza start membeli buku. Cuma belum habis baca. Buku resipi beli sampai tiga edisi, ada tiga resepi je baru try. Best sangat semua berjaya nak makan dengan pinggan licin. Investment buku resipi ni agak berbaloi. Suami kenyang dan happy, isteri dapat pahala. Gituuu. InsyaAllah. Semoga Allah redha.
Oklah, itu je nak cerita. Harap esok dapat update blog jugak. Bye!
Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya
BalasPadamSemoga dipermudahkn urusan Eza. Awal Eza dapat vaksin. Moga serasi dengan badan. Hepi Weekend!
BalasPadambetul kan, bila time memandu ka, buat kerja ka.. ada saja idea nak tulis tapi bila tiba tie nak tulis, terus writer block huhu...
BalasPadamanyway, moga smuaa urusan dipermudahkan ye
Smoga dipermudahkan semua urusan.
BalasPadamSaya sendiri agak sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan peribadi sejak Rabu lalu. Harini baru lengang sikit. :)
take care Eza :)
BalasPadamwahhh, investment beli buku resepi ye? macam boleh dipikirkan je ni..hehehe..all the best Eza :)
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan Eza dan baik baik je selepas cucuk vaksin nanti. Bila sibuk memang kita kena berebut masa. Yang penting, kepentingan perlu diutamakan :)
BalasPadam