Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Sabtu, Mac 27, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog ya. Maklum sahaja balik kerja siap-siap masak then rasa kenyang. Mata pun layu. Dengan kurang sihatnya. Memang tertidur awal. Jadi hari ini bila tengok rakan blogger ada anjur Giveaway, haruslah beri sokongan padu. 

Nak join sekali, jemput click banner ni. 

Perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini iaitu 1442 H. Eza ceritakan mengikut turutan bulan ya walaupun penceritaan ini pada 13 Syaaban. Okay, Eza mulakan penceritaan ya. 

Bulan Ramadhan Al-Mubarak penuh rahmat

Ramadhan kali ini, tahun kedua berpuasa dengan suami tersayang. Perasaannya agak teruja. Semangat nak sembahyang terawih di masjid berdekatan sebenarnya. InsyaAllah bila diizinkan Allah, kes COVID-19 pun mula menurun. Sembahyang dekat masjid ni aura dia lain, lebih ramai orang dan jumpa orang-orang yang sama-sama ingin mengerjakan ibadat di rumah Allah. Borak sia-sia memang taklah. Selalunya akan mengambil jalan untuk mendiamkan diri.Tak tahu nak diceritakan apa. Baik diam sahaja bukan? Rindu nak bersahur dan berbuka puasa dengan mama babah di kampung halaman. Menu semestinya teramat enak dengan masakan mama yang tiada tandingannya. MasyaAllah. Semoga segala ibadat kita pada tahun ini diterima Allah yang Maha Penyayang. 


Bulan Syawal Aidilfitri yang mulia

Perasaan menyambut syawal pula pada tahun ini agak sederhana dan minimalis konsepnya. Baju raya memang guna busana tahun lepas yang baru dipakai beberapa kali sahaja tahun lepas. Cuma ada syaratnya kami dua-dua kena weight loss dulu dalam dua bulan ini. Baju menyempit. Itulah kuat makan sangat. Bersenamnya kadang-kadang. InsyaAllah raya tahun ini akan disambut terutamanya hari raya pertama. Maklumlah di perantauan, sambut sehari dua cukuplah. Lain cerita pulak bila dapat balik kampung, sebulan tempoh raya sebulan itulah meraikan. Kita nantikan rezeki dan nikmat yang Allah nak berikan pada Syawal kali ini. 

Kali ini Eza nak tag rakan blogger Kak Mim dan Kak Shikin. Jemput join sekali ya. Hihi 💕😘

Oklah sekian dahulu entry penyertaan Eza. 
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. InsyaAllah. 

12 ulasan

  1. selamat bersegmen , semoga beroleh kejayaan.. :)

    BalasPadam
  2. Hai kak. Hihi. Selamat menyambut bulan puasa dan juga hari raya nanti. Happy happy semua kak. Hihi. :). Wish best luck to GA kak. Terbaik kak. hihi

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut bulan Ramadhan.

    BalasPadam
  4. singgah dri GA yg sama..goodluck!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  5. Semoga kta dapat menghayati ramadhan sebaiknya. Seronok dapat balik beraya bersama keluarga tu.

    Apapun semoga ada rezeki Eza menang GA Shida ni. Aaminn

    BalasPadam
  6. Salam EZA :)
    Shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Rasa semangat ya nak sambut ramdhan dan syawal, mudah-mudahan eza sekeluarga bergembira dihari yang dinantikan umat islam ini. Take care eza!

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE EBST!

    BalasPadam
  7. Senarai Pemenang dah keluar ya :)
    Boleh semak, Tahniah kepada semua peserta!

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.