Lee Zii Jia Juara Terbuka Seluruh England (All England) Tahniah Malaysia!

Sunday, March 21, 2021

Wakil tunggal negara yang layak ke peringkat akhir Badminton Terbuka Seluruh England (All England) di Birmingham ialah Lee Zii Jia. Seronok ada atlet Malaysia masuk final, malam ini tunggu siap-siap depan televisyen di TV1. Terima kasih RTM kerana menayangkan perlawanan secara langsung terus kepada rakyat Malaysia. 

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki adalah di antara Lee Zii Jia dari negara kita Malaysia berdepan dengan pemain badminton lelaki Denmark, Viktor Axelsen. 

Kesungguhan LZJ sangat kelihatan sepanjang permainan dengan usaha bertubi-tubi membalas serangan pihak lawan. Pertahanan beliau juga agak kemas. Perlawanan sangat senget dengan corak permainan yang pantas dan tangkas dari kedua-dua pemain ini. Ayuh, Malaysiaku!
LZJ menang di set pertama yang berlanjutan hingga mata kemenangan 30-29. Set kedua pula menyebelahi Axelsen dengan pertarungan senget iaitu 22-20. Set penentuan iaitu set ketiga telah mengesahkan kejuaraan pemain negara dengan jumlah mata 21-9. 


Kemenangan ini merupakan kemenangan julung kalinya bagi pemain badminton negara, LZJ dalam Terbuka Seluruh England. Detik bersejarah ini amat bermakna bagi beliau dan juga kita rakyat Malaysia secara umumnya. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Lee Zii Jia atas prestasi permainan yang sangat membanggakan dan sungguh bersemangat. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara pada All England 2021 di Birmingham. 

Semoga terus maju jaya LZJ dalam arena badminton dan semoga menjadi atlet badminton yang disegani di mata dunia. Terus cemerlang, gemilang dan terbilang!

11 comments

  1. Bukan biasa biasa lawan zii jia ni! Tahniah zii jia! :)

    ReplyDelete
  2. kan tahniah...
    k ret pun baru kenal dia hahaha...
    first time tau dia pemain badminton malaysia haha

    ReplyDelete
  3. LZJ Tahniah! semangat shida tgk dia pegang piala tu ^_^

    Ezaa jemput join GA shida ya sedang berlangsung :)

    ReplyDelete
  4. Layan badminton, ya :) Tahniah Malaysia!

    ReplyDelete
  5. Akhirnya muncul juga pelapis baru Raja Badminton Malaysia Lee Chong Wei. Lee Zii Jia bakal jadi Ikon Sukan Negara. Jom kita sama-sama support LZJ untuk menang di Olimpik nanti. Terbaik semua. :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah Lee Zii Jia. Finally ada juga pelapis dalam sukan badminton wakil Malaysia.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.