Menyukai suatu yang TERBAIK

Friday, March 19, 2021

 Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Allah. Apa khabar? Eza doakan segala yang baik-baik sahaja untuk kalian sidang pembaca. Hari ni Eza ambil Cuti Rehat (CR) sebab banyak urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Husband pun macam tu jugak. Masa CR inilah nak selesaikan banyak perkara. Ye dak? 

Pastinya setiap individu inginkan yang terbaik dalam hidup. Doa pun yang baik-baik untuk diri sendiri. Kita sendiri kena doa untuk diri kita sendiri, orang lain belum tentu doakan kita. Jika ada yang sentiasa mendoakan kita pastinya mereka adalah ibubapa, suami/isteri ataupun anak-anak kita. Moga sentiasa dalam kalangan orang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita seterusnya dikurniakan ibubapa, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah. Sama-sama kita sentiasa berdoa agar Allah kurniakan apa sahaja yang terbaik untuk kita semua. 

Oleh itu,

Bila jadi anak, jadilah anak yang terbaik,

Bila jadi suami/isteri, jadilah yang terbaik

Bila jadi kawan, jadilah kawan yang terbaik

Bila jadi ketua, jadilah ketua yang terbaik

Bila jadi pekerja, jadilah pekerja yang terbaik

Dalam alam pekerjaan, kita juga tidak lari dari tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menjadi yang terbaik. Tiada istilah pertandingan mahupun perbandingan which is competition vs comparison. Cukuplah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Sibukkan diri dengan urusan hakiki. Eza lebih gemar wujudkan rekod bila bekerja maksudnya ada benda dapat dirujuk. Sebab bila kita tak wujudkan rekod, orang boleh kata itu bukan workload kita. Padahal dah bertahun mengerah keringat untuk melaksanakan tugasan tersebut. Selalu doa agar Allah bagi bantuan bila kita tengah buntu dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Mata Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Yakin, Allah sentiasa bersama di setiap ketika. 

Oleh itu, Eza kongsikan sepotong hadis melalui pembacaan buku berjudul 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, penulisnya Dr. Haji Zahazan Mohamed Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Buku ini ada buku hantaran suami sebagai hadiah semasa majlis pernikahan kami. Moga ada manfaatnya kepada kami dan para pembaca.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

11 comments

  1. Betul, cukuplah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jangan nak bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain :)

    ReplyDelete
  2. Header baru hehee :)
    Salam Jumaat..shida singgah sini ya!

    ReplyDelete
  3. Terbaikkkk info...tq sangat2

    ReplyDelete
  4. salam jumaat dan thank you sharing :)

    ReplyDelete
  5. Doa untuk diri sendiri? Mmng selalu doa untuk orang lain. InsyaAllah pasni boleh doakan untuk diri sendiri jgk 😊

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Eza atas perkongsian...

    ReplyDelete
  7. good sharing... thanks eza... selalunya kmk dgn laki kmk pun gia... mun sorg CR, sorang pun mst CR juak... time ber me time laki bini.. hihi

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Perbaiki diri kita dan jadilah yang terbaik. InshaAllah yang terbaik juga kita akan dapat :)

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua dapat jadi lebih baik dan semuanya baik-baik belaka. Terima kasih, Eza.

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.