Assalamualaikum para pembaca sekalian. Salam Nisfu Sya'ban. Lagi setengah purnama kita menuju ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesempatan dan rezeki untuk merasai bulan puasa pada tahun ini.
Malam ini merupakan malam di mana buku catatan amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku catatan yang baharu. Malam ini juga merupakan peluang keemasan yang perlu kita rebut untuk meraih keampunan dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Malam ini merupakan Malam Pengampunan dari Allah.
"Ampunkanlah segala dosa kami, ya Allah. Tahun ini kami masih diduga dengan COVID-19. Ramai yang dijemput Ilahi, ramai juga yang masih berperang melawan penyakit ini. Lindungi kami, ya Allah. Selamatkan kami, ya Allah.."
Demikian juga terkandung dalam Surah Nuh iaitu surah ke-71, ayat ke-sepuluh membawa maksud:
Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun".
Tiada impian lain dalam kehidupan ini, hati ini hanya memerlukan keampunan dari Allah SWT. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah dilakukan, alpa dengan dunia yang sementara dan kerisauan kepada makhluk yang mempunyai pelbagai ragam serta kisah tersendiri. Pahala pula boleh dihitung kerana terlalu sedikit jumlahnya.
Sebenarnya tiada amalan khas sempena Nisfu Sya'ban merujuk laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, apa yang boleh dilakukan dan diusahakan adalah seperti yang berikut:
- Berpuasa
- Istighfar
- Solat Taubat
- Solat Hajat
- Sedekah
- Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain
Salam Nisfu Syaaban :)
BalasPadamsalam nisfu syaaban
BalasPadamSemoga Allah ampunkan dosa kita semua.. Aaminnn
BalasPadamSemoga Allah ampunkan dosa kita semua.. Aamiin..
BalasPadamSalam Nisfu Syaaban :)
BalasPadamAMin! Salam Nisfu Syaaban :)
BalasPadam